Salah satu klu kita belajar ...bila mana kaya berkejaya ..kita akan makin menunduk ...makin kaya makin menunduk ...makin berilmu kan menduduk ...itu la bangsa melayu ...😊
Yep betul tu .. Saya first masuk silat pun mmg first diajarkan iaitu adab dan adat. Disiplin komitmen dan tingkah laku pada diri sendiri .. yg kedua waktu kawan saya kene pukul .. depan org ramai org pertama yg dtg tolong dia iaitu kami kawan mereka yg pertahankan dia .. walaupun kami tidak suka menunjuk yg kami ini ada silat tapi kami terpaksa buka bila mana ada ancaman pada keluarga kami kawan kawan kami dan org yang terdekat dgn kami .. 👍🏼 silat adalah seni pertahankan yg paling hebat didalam dunia ..
Yup kita mesti pertahankan warisan kita kerna kita bangkit semula selepas sejarah melaka diputar belitkan.. justeru itu saya sebagai seorang anak muda melayu.. berduka cita bahawa skrang ini sudah ramai anak muda yg join silat bukan shj untuk pertahankan diri mereka malah ada yang saya mendengar mereka mahu gunakan silat ini untuk melawan dajjal Alhamdullilah anak melayu terus bangkit ... ada sbbnya knp melaka ditindas oleh portugis dahulu .. mereka hanya menang didunia tapi mereka akan kalah di akhir zaman .. kerana kota melaka ataupun nusantara melayu ini adalah yang paling kuat .. diantara mana mana seni mempertahankan diri.. tidak kira daripada mana ia berasal ..
Assalamua’laikum. Sebagai seorang pesilat wanita, saya sangat setuju dengan semua point dalam video ni. Oleh itu, saya ingin berkongsi salah satu kisah hitam dalam hidup saya. Pada bulan puasa 26hb tahun 2013 saya pernah dirompak & hampir dirogol. Waktu tu saya memang tiada ilmu silat cuma saya melawan dengan menggunakan kudrat yang ada sehingga lah ada saksi yang panggil polis ketika kejadian yang secara tak langsung menyelamatkan nyawa saya. Alhamdulillah dengan IzinNya, umur saya masih panjang. Saya mula belajar silat melayu pada tahun 2016. Pelbagai ilmu yang hebat telah diturunkan oleh Tok Guru saya. Telah terbukti keberkesanannya apabila ada seseorang mencuba untuk melakukan gangguan seksual ke atas diri saya tapi telah dipatahkan cubaannya. Saya cuma lakukan satu buah pukul saja tapi Masya Allah hasilnya rahangnya patah. Selain itu, dari segi kesihatan badan saya, cara berjalan,bertutur dan berinteraksi juga berbeza dari sebelum ni mungkin juga dari ilmu silat yang diterapkan. Tuntasnya, ilmu silat ini boleh berikan banyak manfaat kepada kalian tanpa mengira umur dan jantina untuk kebaikan dan keselamatan diri sendiri dan keluarga. Tidak terlambat lagi untuk sertai silat seni bela diri ini. Sekian.
Betul tu... Bila belajar silat Ada 1"feel"dlm badan Kita.. feel ni dia dtg secara sepontan bila diancam.. Pengalaman 1 Aku pernah eksidn mlibatkan Moto ngan Moto.. aku terpelanting dan peliknya aku landing ngan sempurna.. maksudnya bila kau da belajar silat.. kau akan byk belajar, bukan stakat tendang,tumbuk,buah je... lompat,"rolling" kau akan belajar.. so acara automatic,ape yg kau belajar tu akan keluar disaat genting mcm ni... Pengalaman kedua Kawan aku ni suka gurau,gurau dia kasar juga la. Habit dia kalau jumpe mber2 mesti dia grip 2tangan dr belakang... Kbykan bila dia da grip/kunci dia sendiri akan lepaskan grip dia.. tp 1haritu tiba2 aku digrip Dr blakng.. Dan acara spontan aku dpt lpas dlm grip dia... Tu la kelebihan org belajar silat.. Sentiasa dijaga oleh naluri dia... *Kadang2 menyampah gak sir tekwando ni semua org melayu yg zero dlm Silat,xsalah Pon blajr ilmu 2 lain.. tp jgn la jd bodo ngan ilmu Kita sendiri...
Kita tak leh pukul rata semua jurulatih seni mempertahankan diri lain x berilmu atau ilmu mereka dangkal bro.. ilmu tu milik Allah & Allah maha adil dgn turunkan ilmu tu dgn bangsa2 tertentu supaya kita dpt saling tukar2 pendapat, ilmu & saling menghormati. Belajar ilmu lain tak kan jadikan kita 'bukan Melayu' saudara. sbb tu kita kena buka minda & berlapang dada jika ada anak bangsa kita belajar seni mempertahankan diri lain.
ye betul. aku pernh excident motor. tgk rupa mtor tu mmg llunyai. tapi aku sendri tak tahu mcam mana time aku terguling tu secara automatik aku guna tenik gulingan badan. walaupun last gulingan tu aku tergeser jugak. sebb aku guling dlm keadaan momentun tercampak. org yg tgk aku excident tu pun cakap aku guling mcm x cecah jalan. dikira 2 kali aku guling baru tergeser. alhamdulillah hanya luka dekat lengan tgn & lutut je. sbulan jugak sembuh tu. hahaha
@@rashedyshedy5666 betul tuan,jgn meremehkan seni bela diri lain..tiada bela diri yg hebat mau pun yg lemah..masing2 bela diri ada adab tersendiri..ia nya bergantung kpd pengamal bela diri itu sndri..
Setuju. Saya pernah jumpa dengan orang melayu sendiri cakap "buat apa belajar silat, nanti lawan koboi juga" sedih dengan orang2 yg perlekehkan budaya sendiri.
Ya. Yg sedihnya Cikgu sekolah sy pun ckap macam tu dulu. Baru ko buka bunga org dah tembak katanya. Sedihkan? Sy tidaklah tinggi dlm ilmu bersilat cuma sy rasa sayang dgn gerakan langkah silat ini apatah lagi guru sudah lama pergi. Menang atau kalah mati atau hidup semuanya atas kehendak Allah.
masuk kelas muay thai hari hari pukul punch bag, kena buat exeecise supa nak mati, masuk silat steady lari 2.4km pun tak gadoh, cukup doa tu amalan ini supppp boleh terbang
Saya ahli PSSCM(silat cekak Malaysia) adab dan adat tu selalu selalu disebut2 Guru Utama kami Dato Hj Maideen...adab membentuk diri kita untuk jadi insan yang berkualiti adat tu tak boleh lari dengan agama macam yang beliau selalu cakap melayu takkan boleh pisah dari islam melayu tu islam dan islam tu melayu...
Assalamualaikum, Salam Serumpun Buat Semua, Ya Lah. Memang Betul Tu. Bagus Dan Langkap, Ada Keyakinan Diri, Jati Diri, Beradat Dan Beradab. Rasanya, Bila Sudah Belajar Seni Mempertahankan Diri "Seni Silat". Walau Di Mana Pun, Diri Kita Berada. Yang Penting Bukan Salah Guna Pelajaran Yang Ada.
Silat adalah amalan Atau jati diri orang melayu itu sendiri.. silat di menjadikan kita berlajar menjadi kita lebih beradap didalamnya adalah ilmu agama dan ilmu laduni ilmu hakikat atau ilmu kebatinan silat adalah lambang penyatuan orang2 melayu silat adalah dapat mendisiplinkan diri dan dapat menyihatkan tubuh badan kita sehari harian silat adalah seni..silat adalah bela diri orang2 melayu silat banyak kelebihan dan kemahiran dalam bertempur silat adalah melayu.. hidup melayu hidup silat melayu
Saya sangat meminati ilmu Silat dan teringin mempelajarinya walaupun saya pernah belajar Muay thai ketika remaja,tetapi sebagai anak melayu yang bangsanya mempunyai sejarah terhebat saya sangat mengagumi silat kerana itu adalah seni beladiri bangsa kita yang masyur sehinggakan terlalu banyak aliran silat yang menarik minat saya cuma yang paling dikenali ialah silat seni gayong kerana sebagai orang kedah saya hanya mengenali jenis aliran silat ini tetapi sebenarnya aliran silat terlalu banyak di nusantara ini,contoh di indonesia terkenal dengan Kuntau,tarung derajat,pagar nusa,tapak suci dll manakala di tanah air kita terkenal dengan beberapa jenis aliran Gayong,tapan tiga,cekak,pulut,lincah dll yang kurang dipelopori hakikatnya penuh dengan ketatasusilaan dan beradab baik menghadap musuh mahupun menghadap guru.Kita anak melayu wajiblah menyanjung seni beladiri bangsa kita zaman berzaman jika bangsa cina sangat mengagumi seni beladiri bangsa mereka iaitu wushu manakala jepun dengan ninjutsunya,dibarat pula terkenal dengan Tinju jadi lebih baik kita di tanah melayu memartabatkan seni pertahanan diri kita sendiri supaya maruah kita tidak mudah dipijak-pijak serta dianggap bangsa kita ini masih lemah pasca penjajahan.sedangkan seorang samurai pun tidak sanggup maruahnya diinjak2 apatah lagi kita sebagai bangsa MELAYU,TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA...
Salam pencak silat diucapkan kpd semua sahabat.. Saya Grandmaster of Kuntau dari batu gajah perak, silat itu perlu dipelajari demi Menjaga kesenian budaya melayu agar tidak hilang oleh arus moden
aku belajar silat 6 bulan je,(kena ragging best wei)walaupun dah lame tak silat,aku masih ingat basic,bunga....aku masih train sendiri....tak rugi...dulu aku tengok silat ni sebelah mata je...tapi lepas masuk silat,semua yang tak logik jadi logik(kalau guru korang ada tunjukla bestwey excited)...dulu aku pernah kena pukul teruk sbab tak pandai defend,teruk bhai,lepas blajar silat, aku pernah dipukul ,Alhamdulillah aku pandai defend n pernah guna silat ni masa adrenalin aku kencang akibat gangguan fizikal yang kasar(kalau orang gurau kutuk pakai mulut aku tak kesah tapi kalau gurau fizikal yg kasar aku sensitif sbab sakit kan?aku jenis tak pandai nak ajar marah orang pakai mulut...kalau aku marah terpaksa ajar orang pakai tangan kaki sbab kekadang pakai mulut,orang masih pijak kepala)tapi aku jenis chill jarang marah memang jarangla tapi kalau marah pun diam jelaa tapi kalau orang gurau fizikal kasar2 ni aku takut,takut marah n terlepas sbab tak tahn hehe over cerita lah pulk...okaylah atleast tahu asas silat,menda nie org pandg remeh tapi nanti ada satu time kau akan tahu n bersyukur sbab blajar silat...habis spm nanti aku nak continue silat...time f5 ni family tak suruh balik malam akhir2 hehe....tapi semangat silat kekal di dada melayuku ini...pusaka melayu mesti dituntut untuk ajar ke anak cucu kalau ada peluang belajar,belajarlh silat tu warisan melayu....wish me goodluck for my spm.Assalammualaikum
Bagi saya mesti belajar ilmu silat sebab untuk mempertahan kan diri dan mendsplin kan diri lagi dulu zaman sekolah selalu kena buli..sesudah saya jadi seorang pesilat semua yg mengenali saya mereka rasa segan dan menghormati saya.
Kita seharusnya bangga dng bela diri (silat).. Kalau dinegara luar seperti francis, Rusia, Amerika skrng ramai yg belajar bela diri kita (silat) sampaikn tentera dn polis mereka pun guna silat termasuk senjata seperti kerambit.. Malu la klau kita sendiri memilih bela diri orang lain utk dipelajari.. Saya sendiri ahli dlm bela diri cekak hanafi.. Dn saya bangga dng warisan bangsa kita.. Jati diri bangsa Melayu, silat dn melayu xkn terpisah.. Buat ank bangsa Melayu hargai lah warisan nenek moyang kita, hanya inilah saja yg kita ada, lihat saja negara jiran kita indonesia, silat satu kemestian bagi mereka, rata2 ank muda mereka pandai berpencak silat, kerana wajib satu rumah seorang mesti pandai berpencak silat utk melindungi diri atau keluarga.. Kita harus mencontohi mereka.. Bagi ank muda kita, tepuk dada tanya hati..
Aq belajar dari sek men. Anak sulong, ke2 & ke3 dah htr. Insya Allah yg bongsu tahun depan. Aq nak dia orang kenal jati diri Melayu dulu sblum belajar seni pertahanan yg lain utk dia orang ingat Melayu kaya dgn ilmu dan hebat.
Sama sprti sy,pengamal silat pada mula nya & beralih arah ke seni bela diri jepun..masing2 ada kelebihan & kekurangan..ia nya terpulang pada pengamal itu sndri..
Asalamualaikum..silat itu penting dan wajib belajar untuk mempertahan kan diri dan mendisplin kan diri.saya seorang pesilat harimau saya tetap waspada dgn keadaan sekiling walaupun saya seorang pesilat..
Saya rasa antara sebab orang kita sekarang tak nak belajar silat atau pandang rendah pada silat ialah sebab mereka ditanam dengan fikiran atau mindset yg silat ni banyak main ilmu batin,minta pertolongan jin la bagai ii.Pada zaman nenek moyang kita sebelum islam datang,mungkin betul la.Tapi selepas kedatangan islam,kita tahu orang melayu dulu sangat taat kepada ajaran islam sehingga melayu ni menjadi sinonim dengan islam.Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah kerana mengizinkan islam sampai ke tanah melayu.Ustaz Azhar Idrus pun sebenarnya galakkan orang melayu belajar silat sbb orang yg bersilat dia biasanya cinta bangsa,bila cinta bangsa,Dia akan cinta negara,bila cinta negara,tentunya dia cintakan akhiratnya.
Saya dulu masa sekolah darjah 4-6 tahun 1992-1994 belajar seni silat lintau, tahun 1995 saya masuk sekolah menengah belajar silat seni gayong malaysia. Terima kasih cikgu Yahya karim (Lintau) dan Ayahanda Cikgu Amin Hamzah (Gayong Msia) yang telah mengajar saya mengenali dunia persilatan warisan bangsa melayu ini.
Jangan salah guna saja seni mempertahankan diri..semakin tinggi iilmu bela diri dalam diri kita semakin itu kita gelisah hendak beradu kekuatan..bagi anak muda zaman sekarang yang boleh di turunkan hanya asas untuk buka bunga ..saya berguru silat kat abang mak saya berlapar dan berpuasa untuk mendapat ilmu kebatinan..selama kita bertapa berzikir dan berwirid solat sunat dan fardhu puasa hajat. Untuk muhasabah diri untuk nendapat ilmu kebatinan yang tinggi.sekiranya kurang persedian tubuh persilat tidak dapat menampungnya..
assalamuilaikum saya juga seorang pelajar silat dan saya bersetuju dengan point di atas saya belum pelajari semua gerak geri silat tapi saya kagum dengan kemampuan saya sekarang
Salam Silat malaysia...sy mmg minat senibela diri utk mmpertahankan diri ,iaitu seni Muay Thai...alhamdulillah akhirnya sy dh menuntut ilmu Muay Thai lama dahulu..tapi dlm diri sy sebrnarnya ada minat utk mmpelajari senibela diri Silat melayu... Tak kan melayu Hilang didunia Tak kan silat Ditelan zaman
Salam dr silat panglima hitam bt 7 Kuantan. Sy bljr umur 16.skrg dh 48.walaupon dh x amal tp semangat ttp ada. Belajarlah silat wahai Anak2 Melayu semua. Jgn kuburkan seni silat kita sendiri. 🙏👍
Sye sokong dan setuju...walau pun banyak seni ilmu silat,ianya tetap silat melayu warisan kita.tak kira lah silat apa pun,tolong lah jaga warisan silat melayu kita anak2x muda...Assalamualaikum...
Saya setuju..teknik lompatan dlm silat boleh diguna pakai oleh penunggang motor jika berlaku kemalangan yang menyebabkan ia melambung..pengalaman saya 2kali eksiden melambung,alhamdulillah dpt landing dengan betul..amat berharga ilmu tersebut walaupon 2tahun saja dapat saya pelajari diusia saya 10tahun hingga 12tahun,lepas tu terpaksa berhenti atas sebab tertentu..sekarang nie umur dah 31tahun masih gian ingin bersilat,tp syg keadaan belum mengizinkan..insyaallah moga suatu hari nnt jika d'izinkan tuhan saya akan kembali ke gelanggang..
Setuju, semua guru akm ajar utk jaga diri dan keluarga trlebih dlu. Pnuh adab dn adat, cuma mungkin kdg2 kita ada terlepas sbb manusia kan buat silap. . Tp dgn silat ni jgk la slalu peringat kan utk kembali. Sbb silat sungguh tekan kan perihal agama. Amalan2 dlm silat pun ada sebab tersendiri. Sy merupakan ank murid dibwah cikgu ismail chik. So mereka mmg tekan kan jaga hal agama, solat dll. Bukan mereka saja, tp guru2 lain pun sy percaya sgt ptuh kan perihal agama. . Silat juga membantu kita supaya tidak terjerumus dlm hal yg boleh merosakkan diri sndiri. Rakan2 gelanggang dn guru slalu support dn ada bersama ketika susah. Sbb dlm gelanggang mcm 1 family. Hehehe. Sekian dari sy, pesilat biasa.
Setuju amat, tapi guru2 silat kena review balik modul2. jangan lokek bagi ilmu dan turunkan kaedah. Jangan sembunyi2 banyak sangat. Ada aliran lain awal2 lagi dah berlatih mcm2.
Silat ni satu seni..dpt didik diri kita dgn adab..ada yg kata perempuan tak manis kalau belajar silat tapi saya sendiri rasa seronok ada ilmu ni.. bkn untuk pertahankan diri je..
Betul tu.. Setiap hari ada je ilmu untuk kita pelajari.. Seni silat ni sgt istimewa.. Ia lambang kemegahan orang melayu..nampak je mcm kasar tapi ia seni yg sgt halus...
Saya merupakan atlit Taekwondo yg telah bermain sukan ni selama 10 tahun dan sampai skrg main sukan ni mcm mcm ragam yg saya dah tgk ada yg ajak begaduh but sya decide back off je drpd gaduh mcmtu. Semenjak tahun 2017 smpai skrg sya mcm tertarik dgn silat sbb sya suka tgk lenggok badan dlm acara pencak silat dan yg suruh buat saya makin tertarik bila tgk al jufferi main dlm tv. Start dri situ sya start nak cari perguruan yg bgs,ramai kwn yg advice ckp mcmtu menyebabkan sya ingin belajar silat mcm tertangguh sikit. Sbb sya dah capai target dlm tkd utk belajar silat dan diharapkan semoga pertambahan ilmu seni silat akan tercapai nanti. Umur pun dah 23 jdi sya harap dpt jumpa perguruan yg bgs nanti. InsyaAllah
pergilah dik....tuntut ilmu pertahankan diri..kalau tak kau akan menyesal dikemudian hari..sampai bila kau nak dipijak..dihenyak..bangkitlah dan lawan..kau ada maruah....lawan agar kau tak menjadi mangsa...
Betul tu. Dulu member ii aq pandang remeh bab silat. Masa je kem sklh ada member yg sakit lenguh. Aq tolong la lepas tu member yg pandang remeh tu tanya. Mana aq belajar bab ni. Aq cakap la aq belajar daripada silat tapi x berapa power tapi tahu la asas sikit ii. Terus dia terima kasih n mibtak maaf.
saya pernah belajar silat (pssgm) selama 2 tahun lebih. tapi saya jenis yang melanggar pantang. saya tidak sengaja sebab terbiasa mencarut. saya pernah banyak kali tercarut dalam gelanggang. lama kelamaan ingatan saya makin lemah. saya juga semakin rasa kelemahan tersebut bila saya pernah terlewat datang latihan dan terlupa untuk membuka gelanggang 😅 saya juga terpaksa berhenti silat atas sebab lain, contohnya, saya sering didamping makhluk halus. saya tak salahkan silat, mungkin iman saya yang lemah sebab sebelum join silat pun saya dah memang ada gangguan.
Assalammuailaikum,,sy nk tanya ada sesiapa masih ingat dn knl arwah tok guru hashim gayong batu16 guar abg seguru kpd ym dato raja abdul majid,,arwah tok hashim gayong guru silat terkenal di kedah
Permisi🙏, cerita sedikit di mana sy sewaktu itu melatih dan ad seorang datang marah2 tak jelas maslahx apa dan menantang saya tapi sy berprgang pada adat silat dan islam bahwa meminta maaf mungkin ad slah krna itu yg di ajarkan guru2 saya sebnyak 3x dan jika tidak ada jalan kluarnterpaksa saya duel di saksikan bnyak orang, mereka mencemooh sy memaki dan mengatai beladiri silat, mereka mngatakan tehnik silat tidak ad guna mereka mngatakan silat gak akan bisa bertarung di jalan dan alhasil saya membuktikan klw silat tdk seperti beladiri lain dan memotifasi orang yg merah2 kepada saya untuk ikut berlatih silat serta mempelajari adat seorang pesilat sejati, semoga bisa menjadi pelajaran buat teman2 ade2 serta guru dari cerita pengalan saya🙏🙏 slam saudara ku
Saya bukan x nak join silat tapi solat kt sekolah saya dah xde.. pstu taekwondo pun mencari ahli baru untuk 2019 so mak ayah saya sruh saya msuk je Mana Ade so saya join lah taekwondo Dari awal tahun 2019 tapi lepas pkp ni x aktif sgt... So Kat sini saya nak ckp ape yg saya x suke psl taekwondo lepas setahun lebih msuk dan dapat Tali pinggang kuning... 1st taekwondo hanya menumpukan Dan menekankan kekuatan hanya pada kaki Dan dlm sparring x boleh Guna tgn sbb dlm taekwondo (WTF) x boleh Guna tgn so kalau di dunia real mmg x leh guna tgn 100% Guna kaki untuk bertempur 2. X mcm silat semua anggota badan guna. Suka ni tidak menggunakan senjata. Sukan in mmg main tgn kosong padahal tgn pun x leh guna. X mcm silat boleh belajar menggunakan senjata. Oleh kerana ayah saya belajar judo, taekwondo Dan tts dekat atm so saya join lah taekwondo mungkin ayah saya boleh tolong ajar sikit... So kalau aktif balik atau masa masuk u nanti taekwondo Dan silat mana saya patut join eh? Nak teruskan taekwondo bagi dapat senior Dan black belt atau jadi rekrut silat?
SILAT MALAYSIA takpe cikgu, ini bukan soal layak atau tidak..tapi demi menyampaikan mesej kepada anak muda supaya lebih terdedah dgn silat ini..kerana di ML studio di sana lebih ramai penonton anak muda.
1 je masalah di Nusantara ni yang saya nampak kesan yang begitu mendalam, mistik. Silat tak salah yang salah adalah pengamal yang tak mampu untuk terangkan dengan lebih jelas, harap semua guru2 mampu untuk terangkan dan kembangkan ilmu silat yg betul dan tiada kaitan dgn mistik seperti saka dan sebagainya. Salam dari Selangor.
Salam persaudaraan buat pesilat di manapun berada.... Mari kita kembangkan dan lestarikan Pencak silat di mana pun berada... Salam serumpun salam persaudaraan dari persaudaraan setia hati TERATE pusat madiun Indonesia.....
Pertahankan diri,rohani,agama dan bangsa.. Bagi saya silat lambang tamadun melayu dari berzaman,kuatnya seseorang bukan dari silatnya tapi dari akal nya berpikir serta silat d gerakan ikot tari silat serta langkah serta buah pukul. Maaf cikgu pendapat saya berbeza..
Kat sekolah kebangsaan perlu ada pertandingan silat olahraga. Dari sekolah rendah lagi Dini perlu ada pertandingam silat olahraga mewakili rumah sukan n sampai peringkat wakil sekolah.
Ohh xpe aku walau pun aku buat taekwondo dkt gym aku Tapi aku buat silat dkt umah aku dan aku bangga jadi orng malaysia dan aku pnye testimony untk silat aku suke silat Mcm xde masalah klu sape2 nk buat seni luar tapi advice aku Kalau nk buat seni luar buat laa jugak silat baru ok Tengok aku pun buat taekwondo tapi aku hormat silat aku hormat malaysia aku pun buat silat walau aku xpergi sekolah silat aku masih buat silat di rumah
Iya mmng btl mesti ada Adab utk mempertahan kn diri , Tpi SA nk maklum kn , SA tdk pantas utk mengelak kepantasan peluru , kalau la SA pejuang yg sbnr. SA pasti dpt elak kn kepantasan peluru. tu di nama kn super power silat geng. sebanyak" silat teda yg dpt tangkis peluru slma SA masih hdp. kalau la ada guru pro dpt tangkis peluru , SA nk brguru dia sudah.
@@SILATMALAYSIA amin.. Kami anak gayong dari kluang johor suka dengan pandangan dan mesej yang disampaikan.. Disiplin adab mempertabatkan seni dan ape saja berkenaa dengan melayu.... Salute 💪
Salah satu klu kita belajar ...bila mana kaya berkejaya ..kita akan makin menunduk ...makin kaya makin menunduk ...makin berilmu kan menduduk ...itu la bangsa melayu ...😊
Yep betul tu ..
Saya first masuk silat pun mmg first diajarkan iaitu adab dan adat. Disiplin komitmen dan tingkah laku pada diri sendiri .. yg kedua waktu kawan saya kene pukul .. depan org ramai org pertama yg dtg tolong dia iaitu kami kawan mereka yg pertahankan dia .. walaupun kami tidak suka menunjuk yg kami ini ada silat tapi kami terpaksa buka bila mana ada ancaman pada keluarga kami kawan kawan kami dan org yang terdekat dgn kami .. 👍🏼 silat adalah seni pertahankan yg paling hebat didalam dunia ..
Adab yang baik tu tuan
Salam segayong
Assalamualaikum semua sahabat... saya dari lincah Malaysia...? Apa khabar semua... sihat ka..? Kita mesti pertahankan warisan bangsa kita...?
Yup kita mesti pertahankan warisan kita kerna kita bangkit semula selepas sejarah melaka diputar belitkan.. justeru itu saya sebagai seorang anak muda melayu.. berduka cita bahawa skrang ini sudah ramai anak muda yg join silat bukan shj untuk pertahankan diri mereka malah ada yang saya mendengar mereka mahu gunakan silat ini untuk melawan dajjal Alhamdullilah anak melayu terus bangkit ... ada sbbnya knp melaka ditindas oleh portugis dahulu .. mereka hanya menang didunia tapi mereka akan kalah di akhir zaman .. kerana kota melaka ataupun nusantara melayu ini adalah yang paling kuat .. diantara mana mana seni mempertahankan diri.. tidak kira daripada mana ia berasal ..
Salam harimau putih
Assalamua’laikum. Sebagai seorang pesilat wanita, saya sangat setuju dengan semua point dalam video ni. Oleh itu, saya ingin berkongsi salah satu kisah hitam dalam hidup saya. Pada bulan puasa 26hb tahun 2013 saya pernah dirompak & hampir dirogol. Waktu tu saya memang tiada ilmu silat cuma saya melawan dengan menggunakan kudrat yang ada sehingga lah ada saksi yang panggil polis ketika kejadian yang secara tak langsung menyelamatkan nyawa saya. Alhamdulillah dengan IzinNya, umur saya masih panjang. Saya mula belajar silat melayu pada tahun 2016. Pelbagai ilmu yang hebat telah diturunkan oleh Tok Guru saya. Telah terbukti keberkesanannya apabila ada seseorang mencuba untuk melakukan gangguan seksual ke atas diri saya tapi telah dipatahkan cubaannya. Saya cuma lakukan satu buah pukul saja tapi Masya Allah hasilnya rahangnya patah. Selain itu, dari segi kesihatan badan saya, cara berjalan,bertutur dan berinteraksi juga berbeza dari sebelum ni mungkin juga dari ilmu silat yang diterapkan. Tuntasnya, ilmu silat ini boleh berikan banyak manfaat kepada kalian tanpa mengira umur dan jantina untuk kebaikan dan keselamatan diri sendiri dan keluarga. Tidak terlambat lagi untuk sertai silat seni bela diri ini. Sekian.
Assalamualaikum kak belajar umur berapa
Betul tu... Bila belajar silat Ada 1"feel"dlm badan Kita.. feel ni dia dtg secara sepontan bila diancam..
Pengalaman 1
Aku pernah eksidn mlibatkan Moto ngan Moto.. aku terpelanting dan peliknya aku landing ngan sempurna.. maksudnya bila kau da belajar silat.. kau akan byk belajar, bukan stakat tendang,tumbuk,buah je... lompat,"rolling" kau akan belajar.. so acara automatic,ape yg kau belajar tu akan keluar disaat genting mcm ni...
Pengalaman kedua
Kawan aku ni suka gurau,gurau dia kasar juga la. Habit dia kalau jumpe mber2 mesti dia grip 2tangan dr belakang... Kbykan bila dia da grip/kunci dia sendiri akan lepaskan grip dia.. tp 1haritu tiba2 aku digrip Dr blakng.. Dan acara spontan aku dpt lpas dlm grip dia...
Tu la kelebihan org belajar silat..
Sentiasa dijaga oleh naluri dia...
*Kadang2 menyampah gak sir tekwando ni semua org melayu yg zero dlm Silat,xsalah Pon blajr ilmu 2 lain.. tp jgn la jd bodo ngan ilmu Kita sendiri...
Perkongsian hebat
Kita tak leh pukul rata semua jurulatih seni mempertahankan diri lain x berilmu atau ilmu mereka dangkal bro.. ilmu tu milik Allah & Allah maha adil dgn turunkan ilmu tu dgn bangsa2 tertentu supaya kita dpt saling tukar2 pendapat, ilmu & saling menghormati. Belajar ilmu lain tak kan jadikan kita 'bukan Melayu' saudara. sbb tu kita kena buka minda & berlapang dada jika ada anak bangsa kita belajar seni mempertahankan diri lain.
ye betul. aku pernh excident motor. tgk rupa mtor tu mmg llunyai. tapi aku sendri tak tahu mcam mana time aku terguling tu secara automatik aku guna tenik gulingan badan. walaupun last gulingan tu aku tergeser jugak. sebb aku guling dlm keadaan momentun tercampak. org yg tgk aku excident tu pun cakap aku guling mcm x cecah jalan. dikira 2 kali aku guling baru tergeser. alhamdulillah hanya luka dekat lengan tgn & lutut je. sbulan jugak sembuh tu. hahaha
@@rashedyshedy5666maaf, yg nk dimaksudkan oleh sahabat kita ialah jangan jadi bodo ilmu sendiri, maknakata tak tahu ilmu dan adat sendiri.
@@rashedyshedy5666 betul tuan,jgn meremehkan seni bela diri lain..tiada bela diri yg hebat mau pun yg lemah..masing2 bela diri ada adab tersendiri..ia nya bergantung kpd pengamal bela diri itu sndri..
Setuju. Saya pernah jumpa dengan orang melayu sendiri cakap "buat apa belajar silat, nanti lawan koboi juga" sedih dengan orang2 yg perlekehkan budaya sendiri.
Melayu mudah lupa. Hehehe
lawan koboi tu mmg benar bukan budak silat je budak tkd dan karate camtu gak..tu semua sbb latihan xbetul xde kene mngena dgn ilmu
Ya. Yg sedihnya Cikgu sekolah sy pun ckap macam tu dulu. Baru ko buka bunga org dah tembak katanya. Sedihkan? Sy tidaklah tinggi dlm ilmu bersilat cuma sy rasa sayang dgn gerakan langkah silat ini apatah lagi guru sudah lama pergi. Menang atau kalah mati atau hidup semuanya atas kehendak Allah.
Lagi sedih ada yg kata silat ni ketinggalan zaman 😭😭
@@sunan45 betul. Walhal kat barat ramai yg belajar silat.
masuk kelas muay thai hari hari pukul punch bag, kena buat exeecise supa nak mati, masuk silat steady lari 2.4km pun tak gadoh, cukup doa tu amalan ini supppp boleh terbang
Saya ahli PSSCM(silat cekak Malaysia) adab dan adat tu selalu selalu disebut2 Guru Utama kami Dato Hj Maideen...adab membentuk diri kita untuk jadi insan yang berkualiti adat tu tak boleh lari dengan agama macam yang beliau selalu cakap melayu takkan boleh pisah dari islam melayu tu islam dan islam tu melayu...
Tepat sekali tuan
ustadz hanafi.....
@@albanjariahlanwalsahlan9231 Allahyarham guru utama ustaz hanafi pengasas kami persatuan seni silat cekak malaysia.
Assalamualaikum, Salam Serumpun Buat Semua, Ya Lah. Memang Betul Tu. Bagus Dan Langkap, Ada Keyakinan Diri, Jati Diri, Beradat Dan Beradab. Rasanya, Bila Sudah Belajar Seni Mempertahankan Diri "Seni Silat". Walau Di Mana Pun, Diri Kita Berada. Yang Penting Bukan Salah Guna Pelajaran Yang Ada.
Teruskan sokongan
Silat adalah amalan Atau jati diri orang melayu itu sendiri.. silat di menjadikan kita berlajar menjadi kita lebih beradap didalamnya adalah ilmu agama dan ilmu laduni ilmu hakikat atau ilmu kebatinan silat adalah lambang penyatuan orang2 melayu silat adalah dapat mendisiplinkan diri dan dapat menyihatkan tubuh badan kita sehari harian silat adalah seni..silat adalah bela diri orang2 melayu silat banyak kelebihan dan kemahiran dalam bertempur silat adalah melayu.. hidup melayu hidup silat melayu
Terbaik tuan
@@SILATMALAYSIA terima kaseh
Semoga kita mertabatkan silat Melayu kepada anak2 bangsa kita
Saya sangat meminati ilmu Silat dan teringin mempelajarinya walaupun saya pernah belajar Muay thai ketika remaja,tetapi sebagai anak melayu yang bangsanya mempunyai sejarah terhebat saya sangat mengagumi silat kerana itu adalah seni beladiri bangsa kita yang masyur sehinggakan terlalu banyak aliran silat yang menarik minat saya cuma yang paling dikenali ialah silat seni gayong kerana sebagai orang kedah saya hanya mengenali jenis aliran silat ini tetapi sebenarnya aliran silat terlalu banyak di nusantara ini,contoh di indonesia terkenal dengan Kuntau,tarung derajat,pagar nusa,tapak suci dll manakala di tanah air kita terkenal dengan beberapa jenis aliran Gayong,tapan tiga,cekak,pulut,lincah dll yang kurang dipelopori hakikatnya penuh dengan ketatasusilaan dan beradab baik menghadap musuh mahupun menghadap guru.Kita anak melayu wajiblah menyanjung seni beladiri bangsa kita zaman berzaman jika bangsa cina sangat mengagumi seni beladiri bangsa mereka iaitu wushu manakala jepun dengan ninjutsunya,dibarat pula terkenal dengan Tinju jadi lebih baik kita di tanah melayu memartabatkan seni pertahanan diri kita sendiri supaya maruah kita tidak mudah dipijak-pijak serta dianggap bangsa kita ini masih lemah pasca penjajahan.sedangkan seorang samurai pun tidak sanggup maruahnya diinjak2 apatah lagi kita sebagai bangsa MELAYU,TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA...
Salam pencak silat diucapkan kpd semua sahabat.. Saya Grandmaster of Kuntau dari batu gajah perak, silat itu perlu dipelajari demi Menjaga kesenian budaya melayu agar tidak hilang oleh arus moden
Semua nye sempurna..dan saya setuju kerana saya adalah pesilat dan pernah memlaluinye..🇲🇾👍
Sekadar perkongsian pendapat
Adab dan adat...
Betul itulah yang cikgu saya ajar...
aku belajar silat 6 bulan je,(kena ragging best wei)walaupun dah lame tak silat,aku masih ingat basic,bunga....aku masih train sendiri....tak rugi...dulu aku tengok silat ni sebelah mata je...tapi lepas masuk silat,semua yang tak logik jadi logik(kalau guru korang ada tunjukla bestwey excited)...dulu aku pernah kena pukul teruk sbab tak pandai defend,teruk bhai,lepas blajar silat, aku pernah dipukul ,Alhamdulillah aku pandai defend n pernah guna silat ni masa adrenalin aku kencang akibat gangguan fizikal yang kasar(kalau orang gurau kutuk pakai mulut aku tak kesah tapi kalau gurau fizikal yg kasar aku sensitif sbab sakit kan?aku jenis tak pandai nak ajar marah orang pakai mulut...kalau aku marah terpaksa ajar orang pakai tangan kaki sbab kekadang pakai mulut,orang masih pijak kepala)tapi aku jenis chill jarang marah memang jarangla tapi kalau marah pun diam jelaa tapi kalau orang gurau fizikal kasar2 ni aku takut,takut marah n terlepas sbab tak tahn hehe over cerita lah pulk...okaylah atleast tahu asas silat,menda nie org pandg remeh tapi nanti ada satu time kau akan tahu n bersyukur sbab blajar silat...habis spm nanti aku nak continue silat...time f5 ni family tak suruh balik malam akhir2 hehe....tapi semangat silat kekal di dada melayuku ini...pusaka melayu mesti dituntut untuk ajar ke anak cucu kalau ada peluang belajar,belajarlh silat tu warisan melayu....wish me goodluck for my spm.Assalammualaikum
Bagus perkongsian pengalaman
Bagi saya mesti belajar ilmu silat sebab untuk mempertahan kan diri dan mendsplin kan diri lagi dulu zaman sekolah selalu kena buli..sesudah saya jadi seorang pesilat semua yg mengenali saya mereka rasa segan dan menghormati saya.
Kita seharusnya bangga dng bela diri (silat).. Kalau dinegara luar seperti francis, Rusia, Amerika skrng ramai yg belajar bela diri kita (silat) sampaikn tentera dn polis mereka pun guna silat termasuk senjata seperti kerambit.. Malu la klau kita sendiri memilih bela diri orang lain utk dipelajari.. Saya sendiri ahli dlm bela diri cekak hanafi.. Dn saya bangga dng warisan bangsa kita.. Jati diri bangsa Melayu, silat dn melayu xkn terpisah.. Buat ank bangsa Melayu hargai lah warisan nenek moyang kita, hanya inilah saja yg kita ada, lihat saja negara jiran kita indonesia, silat satu kemestian bagi mereka, rata2 ank muda mereka pandai berpencak silat, kerana wajib satu rumah seorang mesti pandai berpencak silat utk melindungi diri atau keluarga.. Kita harus mencontohi mereka.. Bagi ank muda kita, tepuk dada tanya hati..
Terbaik tu kupasan tuan
Perh saya sokong tuan ayat mendalam
kena belajar silat ni warisan org melayu @ org nusantara
Benar sekali
Aq belajar dari sek men. Anak sulong, ke2 & ke3 dah htr. Insya Allah yg bongsu tahun depan. Aq nak dia orang kenal jati diri Melayu dulu sblum belajar seni pertahanan yg lain utk dia orang ingat Melayu kaya dgn ilmu dan hebat.
Terbaik tu
Sama sprti sy,pengamal silat pada mula nya & beralih arah ke seni bela diri jepun..masing2 ada kelebihan & kekurangan..ia nya terpulang pada pengamal itu sndri..
Asalamualaikum..silat itu penting dan wajib belajar untuk mempertahan kan diri dan mendisplin kan diri.saya seorang pesilat harimau saya tetap waspada dgn keadaan sekiling walaupun saya seorang pesilat..
Kebangkitan semakin terasa
Saya belajar silat mula2 memang nk tumbok org jer semata mata. Lps dh belajar baru saya tau bnyak sebab ape nk belajar silat
Saya rasa antara sebab orang kita sekarang tak nak belajar silat atau pandang rendah pada silat ialah sebab mereka ditanam dengan fikiran atau mindset yg silat ni banyak main ilmu batin,minta pertolongan jin la bagai ii.Pada zaman nenek moyang kita sebelum islam datang,mungkin betul la.Tapi selepas kedatangan islam,kita tahu orang melayu dulu sangat taat kepada ajaran islam sehingga melayu ni menjadi sinonim dengan islam.Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah kerana mengizinkan islam sampai ke tanah melayu.Ustaz Azhar Idrus pun sebenarnya galakkan orang melayu belajar silat sbb orang yg bersilat dia biasanya cinta bangsa,bila cinta bangsa,Dia akan cinta negara,bila cinta negara,tentunya dia cintakan akhiratnya.
Ade tak kat sini yang pernah belajar , PSSGM
Kenpe bro..
Aku belajar
Saya dulu masa sekolah darjah 4-6 tahun 1992-1994 belajar seni silat lintau, tahun 1995 saya masuk sekolah menengah belajar silat seni gayong malaysia. Terima kasih cikgu Yahya karim (Lintau) dan Ayahanda Cikgu Amin Hamzah (Gayong Msia) yang telah mengajar saya mengenali dunia persilatan warisan bangsa melayu ini.
Terbaik tu
Penjelasan yg terbaik mantap.moga silat tidak pupus ditengelami zaman.amin amin
patut la..ada sekali tu saya excident..automatik sy terus berguling peluk tubuh dan membiarkan badan bergolek..alhamdulillah tiada apa2
Jangan salah guna saja seni mempertahankan diri..semakin tinggi iilmu bela diri dalam diri kita semakin itu kita gelisah hendak beradu kekuatan..bagi anak muda zaman sekarang yang boleh di turunkan hanya asas untuk buka bunga ..saya berguru silat kat abang mak saya berlapar dan berpuasa untuk mendapat ilmu kebatinan..selama kita bertapa berzikir dan berwirid solat sunat dan fardhu puasa hajat. Untuk muhasabah diri untuk nendapat ilmu kebatinan yang tinggi.sekiranya kurang persedian tubuh persilat tidak dapat menampungnya..
assalamuilaikum saya juga seorang pelajar silat dan saya bersetuju dengan point di atas saya belum pelajari semua gerak geri silat tapi saya kagum dengan kemampuan saya sekarang
Umur 25 tahun masih lum terlambat untuk belajar silat kecuali umur 40 ke atas dah tutup buku baik belajar ugama lagi baik
Agama, rohani dan jasmani kena seimbang
Aparaaaa!!! Silat tu exercise... lantak la umur berapa pun.. janji berpeluh...
Jangan marah tuan
@@rurounikenshin3573 betul tu.
Betul jugak ape tuan ckp,tapi tk salah pon untuk belajar silat tk kesah laa tua atau muda..tk pernah terlambat untuk kita belajar
Salam Silat malaysia...sy mmg minat senibela diri utk mmpertahankan diri ,iaitu seni Muay Thai...alhamdulillah akhirnya sy dh menuntut ilmu Muay Thai lama dahulu..tapi dlm diri sy sebrnarnya ada minat utk mmpelajari senibela diri Silat melayu...
Tak kan melayu
Hilang didunia
Tak kan silat
Ditelan zaman
Niat tu sudah bagus. Apa lagi, mulakan
Ouhhh abng NI yg selalu lalu kt fyp aku
Assalamualaikum
Benar skali bosss☝️😊😊😊
Salam dr silat panglima hitam bt 7 Kuantan. Sy bljr umur 16.skrg dh 48.walaupon dh x amal tp semangat ttp ada. Belajarlah silat wahai Anak2 Melayu semua. Jgn kuburkan seni silat kita sendiri. 🙏👍
baik
Terima kasih atas info ni. Saya masih contemplating nk belajar ke tak. Tapi lepas tgk video ni terus rasa yakin. Insyallah
Betul tu abg Sye btul² minat silat jgak nmbr satu Sye minat silat
Best ke silat ? Dimana boleh belajar
Sye sokong dan setuju...walau pun banyak seni ilmu silat,ianya tetap silat melayu warisan kita.tak kira lah silat apa pun,tolong lah jaga warisan silat melayu kita anak2x muda...Assalamualaikum...
saya setuju dgn semua pandangan cikgu azrul .
Saya dapat belajar silat ketika umur pertengahan 20an tapi tak habis sebab masalah kerja.Harap dapat kembali belajar.
Saya setuju..teknik lompatan dlm silat boleh diguna pakai oleh penunggang motor jika berlaku kemalangan yang menyebabkan ia melambung..pengalaman saya 2kali eksiden melambung,alhamdulillah dpt landing dengan betul..amat berharga ilmu tersebut walaupon 2tahun saja dapat saya pelajari diusia saya 10tahun hingga 12tahun,lepas tu terpaksa berhenti atas sebab tertentu..sekarang nie umur dah 31tahun masih gian ingin bersilat,tp syg keadaan belum mengizinkan..insyaallah moga suatu hari nnt jika d'izinkan tuhan saya akan kembali ke gelanggang..
dulu waktu kecik nak belajar silat tpi sebab takde org nak ajar tak dapatlah nak belajar, akhirnya belajar taekwondo je
Saya suka penyampaian tuan..terima kasih atas peringatan dn nasihat ini
Teruskan sapot channel kami
Setuju, semua guru akm ajar utk jaga diri dan keluarga trlebih dlu. Pnuh adab dn adat, cuma mungkin kdg2 kita ada terlepas sbb manusia kan buat silap.
.
Tp dgn silat ni jgk la slalu peringat kan utk kembali. Sbb silat sungguh tekan kan perihal agama. Amalan2 dlm silat pun ada sebab tersendiri. Sy merupakan ank murid dibwah cikgu ismail chik. So mereka mmg tekan kan jaga hal agama, solat dll. Bukan mereka saja, tp guru2 lain pun sy percaya sgt ptuh kan perihal agama.
.
Silat juga membantu kita supaya tidak terjerumus dlm hal yg boleh merosakkan diri sndiri. Rakan2 gelanggang dn guru slalu support dn ada bersama ketika susah. Sbb dlm gelanggang mcm 1 family. Hehehe. Sekian dari sy, pesilat biasa.
Sampaikan salam pada cg ismail chik
Lagi 1..SENI..tiada yg kena selain silat yg mempunyai seni yg halus siratnya.
Setuju amat, tapi guru2 silat kena review balik modul2. jangan lokek bagi ilmu dan turunkan kaedah. Jangan sembunyi2 banyak sangat. Ada aliran lain awal2 lagi dah berlatih mcm2.
Pun ada kebenarannya
ADAB dan ADAT lah yg menjadi asas murid nak belajar..berguru..mencari ilmu...tingkatkan zahir dan batin
Benar
Silat ni satu seni..dpt didik diri kita dgn adab..ada yg kata perempuan tak manis kalau belajar silat tapi saya sendiri rasa seronok ada ilmu ni.. bkn untuk pertahankan diri je..
Siapa yang kata tak manis tu? Lagi baik sebenarnya pempuan belajar sebab zaman ini pempuan bukan lagi di ceruk dapur
Betul tu.. Setiap hari ada je ilmu untuk kita pelajari.. Seni silat ni sgt istimewa.. Ia lambang kemegahan orang melayu..nampak je mcm kasar tapi ia seni yg sgt halus...
Assalamualaikum...
TerBAIKlah...
PerKONGsian HEBAT Ini...
Aamiin YRA...
In Shaa Allah...
Saya merupakan atlit Taekwondo yg telah bermain sukan ni selama 10 tahun dan sampai skrg main sukan ni mcm mcm ragam yg saya dah tgk ada yg ajak begaduh but sya decide back off je drpd gaduh mcmtu. Semenjak tahun 2017 smpai skrg sya mcm tertarik dgn silat sbb sya suka tgk lenggok badan dlm acara pencak silat dan yg suruh buat saya makin tertarik bila tgk al jufferi main dlm tv. Start dri situ sya start nak cari perguruan yg bgs,ramai kwn yg advice ckp mcmtu menyebabkan sya ingin belajar silat mcm tertangguh sikit. Sbb sya dah capai target dlm tkd utk belajar silat dan diharapkan semoga pertambahan ilmu seni silat akan tercapai nanti. Umur pun dah 23 jdi sya harap dpt jumpa perguruan yg bgs nanti. InsyaAllah
Terbaik tu tuan
Betul tu
perlu tekan kn lgi tentang silat
Setuju,Saya masuk silat untuk pertahankan diri,disiplinkan diri dan budaya kita sebab tu saya masuk silat 😄 BEST...
Budaya Arab Ramai Penghafal Quran
Budaya Nusantara Bersilat..ada sebab kenapa Kita dpt ilmu bersilat ini
Terbaik sahabat silat
Benar belaka semua nya
Hamba setuju
Saya teringin sangat nak belajar silat , sebab saya selalu dibuli di sekolah dan di kampung
pergilah dik....tuntut ilmu pertahankan diri..kalau tak kau akan menyesal dikemudian hari..sampai bila kau nak dipijak..dihenyak..bangkitlah dan lawan..kau ada maruah....lawan agar kau tak menjadi mangsa...
Adab & Adat dlm persilatan yg saya pelajari: Pakai Tak Pakai.. Tak Pakai Pakai..
Mendalam tu maksud tersiratnya
Mantap. Cekak Hanafi ke tuan ?
Mantap...kita geng PSSCH
@@MuhammadHafizuddin-sm2fp maaf apa maksudnya tu
Paling ketara dan perasan sekali apabila tersadung atau diselit pasti susah nak tersembam macam sebelum belajar silat
Ya betul setuju sgt2 tapi sy xtahu nk belajar ilmu persilatan dekat mne ..dekat kg sy xde guru silat
Mantap sokong
Waalaikumsalam cikgu..terima kasih cikgu🙏
Sama2
Betul tu. Dulu member ii aq pandang remeh bab silat. Masa je kem sklh ada member yg sakit lenguh. Aq tolong la lepas tu member yg pandang remeh tu tanya. Mana aq belajar bab ni. Aq cakap la aq belajar daripada silat tapi x berapa power tapi tahu la asas sikit ii. Terus dia terima kasih n mibtak maaf.
Mendidik supaya lebih beradap.
Betul sangat saya sokong
Setuju,sy sokong 😊🙏🙏🙏
saya setuju...saya mengikuti channel ni sejak thun lps dan saya tgk channel ni semakin berkembang dan maju....tingkatkan lgi...
Teruskan sokongan tuan. Ajaklah rakan2 lain subscribe ye
saya pernah belajar silat (pssgm) selama 2 tahun lebih. tapi saya jenis yang melanggar pantang. saya tidak sengaja sebab terbiasa mencarut. saya pernah banyak kali tercarut dalam gelanggang. lama kelamaan ingatan saya makin lemah. saya juga semakin rasa kelemahan tersebut bila saya pernah terlewat datang latihan dan terlupa untuk membuka gelanggang 😅 saya juga terpaksa berhenti silat atas sebab lain, contohnya, saya sering didamping makhluk halus. saya tak salahkan silat, mungkin iman saya yang lemah sebab sebelum join silat pun saya dah memang ada gangguan.
Mmg dah belajar masa sekolah menengah tahun 1990 sampai 1993, lepas tu gelanggang pun tutup, tapi kemudian aku terus belajar dengan perguruan lain ,
Mana2 pun sama je tuan
Setuju !
Btoi apa yg dikatakan...
Zaman sya kecik dulu banyak guru ajar silat di kampung saya memang minat nak belanja tapi bapa saya tak bagi saya belajar silat
Assalammuailaikum,,sy nk tanya ada sesiapa masih ingat dn knl arwah tok guru hashim gayong batu16 guar abg seguru kpd ym dato raja abdul majid,,arwah tok hashim gayong guru silat terkenal di kedah
Terima kasih
Permisi🙏, cerita sedikit di mana sy sewaktu itu melatih dan ad seorang datang marah2 tak jelas maslahx apa dan menantang saya tapi sy berprgang pada adat silat dan islam bahwa meminta maaf mungkin ad slah krna itu yg di ajarkan guru2 saya sebnyak 3x dan jika tidak ada jalan kluarnterpaksa saya duel di saksikan bnyak orang, mereka mencemooh sy memaki dan mengatai beladiri silat, mereka mngatakan tehnik silat tidak ad guna mereka mngatakan silat gak akan bisa bertarung di jalan dan alhasil saya membuktikan klw silat tdk seperti beladiri lain dan memotifasi orang yg merah2 kepada saya untuk ikut berlatih silat serta mempelajari adat seorang pesilat sejati, semoga bisa menjadi pelajaran buat teman2 ade2 serta guru dari cerita pengalan saya🙏🙏 slam saudara ku
Sy dari indonesia slam🙏🙏🙏
Assalamualaikum sahabat ii semua dalam video tu adalah seorang cikgu saya yg mngajar saya..salam kenal dari gelangang lela rentaka.
CIKGUAZRUL
Alhamdulillah. Teruskanlah bersilat
Saya bukan x nak join silat tapi solat kt sekolah saya dah xde.. pstu taekwondo pun mencari ahli baru untuk 2019 so mak ayah saya sruh saya msuk je Mana Ade so saya join lah taekwondo Dari awal tahun 2019 tapi lepas pkp ni x aktif sgt... So Kat sini saya nak ckp ape yg saya x suke psl taekwondo lepas setahun lebih msuk dan dapat Tali pinggang kuning... 1st taekwondo hanya menumpukan Dan menekankan kekuatan hanya pada kaki Dan dlm sparring x boleh Guna tgn sbb dlm taekwondo (WTF) x boleh Guna tgn so kalau di dunia real mmg x leh guna tgn 100% Guna kaki untuk bertempur 2. X mcm silat semua anggota badan guna. Suka ni tidak menggunakan senjata. Sukan in mmg main tgn kosong padahal tgn pun x leh guna. X mcm silat boleh belajar menggunakan senjata. Oleh kerana ayah saya belajar judo, taekwondo Dan tts dekat atm so saya join lah taekwondo mungkin ayah saya boleh tolong ajar sikit... So kalau aktif balik atau masa masuk u nanti taekwondo Dan silat mana saya patut join eh? Nak teruskan taekwondo bagi dapat senior Dan black belt atau jadi rekrut silat?
belajar silat untuk mempertahankan diri
Setuju cikgu. Cer cikgu buat vedeo dekat ML studio. Diorang pnye viewer bnyak gen y yg ramai x bangga bab silat ni.
Tak layak saya masuk ML tu
SILAT MALAYSIA takpe cikgu, ini bukan soal layak atau tidak..tapi demi menyampaikan mesej kepada anak muda supaya lebih terdedah dgn silat ini..kerana di ML studio di sana lebih ramai penonton anak muda.
1 je masalah di Nusantara ni yang saya nampak kesan yang begitu mendalam, mistik. Silat tak salah yang salah adalah pengamal yang tak mampu untuk terangkan dengan lebih jelas, harap semua guru2 mampu untuk terangkan dan kembangkan ilmu silat yg betul dan tiada kaitan dgn mistik seperti saka dan sebagainya. Salam dari Selangor.
Benar
Sy minat silat
budak2 skrg nak ajak masuk silat susah sikit ..xberminat lar apa lar ..main tiktok mau pulak .
Assalam..silat warisan bangsa melayu.
Terbaik tuan
Salam persaudaraan buat pesilat di manapun berada.... Mari kita kembangkan dan lestarikan Pencak silat di mana pun berada... Salam serumpun salam persaudaraan dari persaudaraan setia hati TERATE pusat madiun Indonesia.....
Terbaik. Kita serumpun
Pertahankan diri,rohani,agama dan bangsa.. Bagi saya silat lambang tamadun melayu dari berzaman,kuatnya seseorang bukan dari silatnya tapi dari akal nya berpikir serta silat d gerakan ikot tari silat serta langkah serta buah pukul. Maaf cikgu pendapat saya berbeza..
Kat sekolah kebangsaan perlu ada pertandingan silat olahraga. Dari sekolah rendah lagi Dini perlu ada pertandingam silat olahraga mewakili rumah sukan n sampai peringkat wakil sekolah.
Banyak pertandingan diadakan akhir2 ini
Salam santun salam sou dara dari silat cimande aceh..... Lan jutkan laksmana jara di laut.
Silat cimande aceh tu di mana
Terimakasih inspirasinya
In shaa Allah, ada niat nk belajar
Carilah silat yang sesuai
Kalau betul2 nak meh dtg ke GELANGGANG HARIMAU WILAYAH PSSGM TAMAN BUKIT ANGKASA PANTAI DALAM KL 0175614458
@@iskandarshahzrin8010sy ddk area bandar sunway.. So dekat sgt la tu.. In shaa Allah
Elok sangat. Harimau wilayah punyai barisan jurilatih yang bagus
Saya mula2 tak percaya silat ni macam lemah je tapi sekarang saya dah faham saya mau belijar silat
Betull..
Ohh xpe aku walau pun aku buat taekwondo dkt gym aku
Tapi aku buat silat dkt umah aku dan aku bangga jadi orng malaysia dan aku pnye testimony untk silat aku suke silat
Mcm xde masalah klu sape2 nk buat seni luar tapi advice aku
Kalau nk buat seni luar buat laa jugak silat baru ok
Tengok aku pun buat taekwondo tapi aku hormat silat aku hormat malaysia aku pun buat silat walau aku xpergi sekolah silat aku masih buat silat di rumah
Saya minat senjata tekpi jer. Pastu tetiba nampak kuntau tekpi....boleh tahan laa..
Kuntau tekpi memang best
💪💪💪
Kekuatan silat terletak pada Rohani.bkn hanya semata2 pada fizikal saja
Benar sekali
Bangsa kita,agama kita,budaya kita,SILAT KITA! #21daysSilat
Teruskan sokongan
@@SILATMALAYSIA insyaallah adab kita peribadi kita mencerminkan ibu bapa kita
5:37 cikgu koha vs cikgu wahab dripada psspgm👍🏻👍🏻
Iya mmng btl mesti ada Adab utk mempertahan kn diri , Tpi SA nk maklum kn , SA tdk pantas utk mengelak kepantasan peluru , kalau la SA pejuang yg sbnr. SA pasti dpt elak kn kepantasan peluru. tu di nama kn super power silat geng. sebanyak" silat teda yg dpt tangkis peluru slma SA masih hdp. kalau la ada guru pro dpt tangkis peluru , SA nk brguru dia sudah.
Sy teringin nk msuk silat dengan niat dr dhulu smpai skrg adalah sbb nk jaga keturunan ku
Menjaga keturunan adalah wajib
Setuju sangat ape yang disampaikan....
Alhamdulillah. Moga ada manfaat bersama
@@SILATMALAYSIA amin.. Kami anak gayong dari kluang johor suka dengan pandangan dan mesej yang disampaikan.. Disiplin adab mempertabatkan seni dan ape saja berkenaa dengan melayu.... Salute 💪
Sebar2kanlah
@@SILATMALAYSIA baiklah cikgu
Nak belajar silat.. Tp tak thu pusat2 latihan silat area kota damansara..
Ada gelanggang di damansara damai. Jauh tak
Ada silat cekak pusaka hanafi dekat kota damansara seksyen 6 belakang mcd. SALAM. DARI SILAT CEKAK
Uish.. sampai terpercik api golok tu
Terbaikk
Saya dah lama minat belajar silat..tapi sampi umur dah36masih belum dapat beljar sebab tak jumpa guru yg nak ajar..sedih