Sinar Baru Di Pulau Sebangkat

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 5 вер 2024
  • Air merupakan hak untuk setiap manusia, ia adalah sumber khazanah yang tidak ternilai kepada kita. Tanpa air manusia tidak dapat hidup, tidak dapat melakukan kegiatan harian sepeti mandi, membasuh, memasak malah di dalam Islam air merupakan elemen yang penting untuk penyucian seperti mandi hadas dan berwuduk.
    Pulau Sebangkat sebuah pulau kecil yang terletak di Taman Marin Tun Sakaran, Semporna di Sabah telah lama berhadapan dengan masalah mendapatkan air bersih. Kawasan mereka yang terpencil menyebabkan mereka terpaksa hidup lebih 40 tahun tanpa bekalan air bersih. Mereka tiada pilihan melakukan aktiviti harian seperti mandi, memasak dan membasuh menggunakan air laut. Malah mereka juga terpaksa berulang-alik menggunakan bot kecil dari Pulau Sebangkat ke pekan Semporna untuk membeli air bersih yang dijual pada harga RM0.50 sen segelen dan jika air berkenaan dihantar menggunakan bot oleh pembekal ke pulau yang diduduki, penduduk terpaksa membayar RM2 segelen. Air bersih terpaksa disukat untuk diminum dan memasak. Selain menggunakan air laut, penduduk juga membuat sistem tadahan air hujan sebagai alternatif jika kekurangan air bersih.
    Kini, penduduk Pulau Sebangkat yang terdiri daripada komuniti nelayan dapat menarik nafas lega apabila mereka tidak lagi perlu bersusah-payah untuk mendapatkan bekalan air bersih.

КОМЕНТАРІ •