REVIEW : Farm Ville Homestay & Cafe Sekinchan Selangor

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 29 січ 2020
  • Farm Ville Homestay & Cafe Sekinchan.
    Sebuah lagi homestay berkonsep kontena, Farm Ville Homestay & Cafe merupakan sebuah penginapan yang lebih luas berbanding Padi Box yang juga terletak di Sekinchan. Lokasinya yang berhadapan sawah padi yang menjadi tarikan utama di sini, homestay unik ini menawarkan pilihan bilik penginapan sesuai untuk percutian bersama anak-anak pada harga berpatutan.
    Bilik-bilik di sini dilengkapi penghawa dingin, kipas dan attached bathroom untuk keselesaan para tetamu. Tiada televisyen disediakan di dalam bilik. Jika anda mahu menonton televisyen, anda boleh meluangkan masa bersama-sama di waiting room.
    Di sini, anak-anak (malah ibu bapa) pasti teruja bermain trampolin yang disediakan di bahagian rooftop. Selain itu, anak-anak juga boleh mencuba bakat bermain golf di sudut mini golf atau bergembira di swimming pool kecil lengkap dengan gelongsor ringkas.
    Farm Ville Homestay & Cafe turut menyediakan basikal dan buggy yang mana anda boleh gunakan untuk bersiar-siar mengelilingi kawasan sawah padi yang terbentang luas. Walaupun sewaan basikal dan buggy dibuka kepada mereka yang tidak menginap di sini, sudah tentu sebagai tetamu, anda diberi harga istimewa. Setelah penat bersiar-siar mengelilingi sawah, anda boleh melepaskan penat bersama anak-anak dengan menghirup minuman di cafe sambil menikmati pemandangan yang indah dan mendamaikan.
    Attraction in & around Sekinchan
    - Paddy Factory
    - Pantai Redang ( Watch Sun Set )
    - 3D Art Gallery
    - Nan Tian Temple
    - Rent bicycle or buggy to travel around Paddy Field ( Watch Sun Rise )
    - La Famillia Orchard
    - Ah Ma House
    - Visit the fisherman's Wharf
    - Kuala Selangor Nature Park
    - Firefly Park
    - Eagle Watching
    - Malawati Hill
    - Fresh Seafood and local food
    Farm Ville Cafe & Homestay
    Lot 11304, Kampung Site B Tambahan
    Jalan Tepi Sawah, Sekinchan
    45400 Sekinchan, Selangor
    CONTACT
    017-206 8666
    017-206 8666
    booking@farmvillehomestay.com.my
    Facebook Page: FarmVille Cafe & Homestay
    #farmvillecafeandhomestay #sekinchan #shortvacay #pantairedang #homestay #kontena #hotel #padi #paddyfield #rice #sawahpadi #travel #vacay #holidays #foodhunter #schoolholidays #travelforfood #satayhut #bigsatay #makansedap #tanjungkarang #kualaselangor #sabakbernam #visitselangor #visitmalaysia #Hospitality #accomodation #rooms #agency #Agoda #Expedia #Trivago #Traveloka #Resort #Booking

КОМЕНТАРІ • 4

  • @syahmiemie9025
    @syahmiemie9025 3 роки тому +1

    Terbaikk rivew, keluar dekat fb, cari kat youtube ada org review tempatnya semua, sebab 1hb nak bercuti dekat situ, terbaikk boss

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  3 роки тому +1

      Alhamdulillah... Terima kasih bro kerana sudi singgah ke Gnola79 Channel & selamat bercuti ye 👍👏😉

  • @nazmisyamimnadzri2643
    @nazmisyamimnadzri2643 4 роки тому +1

    Berapa ni satu mlm

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  4 роки тому

      1 malam RM168 bro... Kami pergi masa awal bulan 12 thn lps masa school holidays...Jenis bilik Family room downstair... Dekat dgn pool...
      Tqvm bro kerana sudi singgah Gnola79 Channel 👍👏