Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir
Вставка
- Опубліковано 11 лют 2025
- Menerusi episod menarik ini, Majalah 3 akan kongsikan pengalaman empat petugas TNB yang terperangkap. Mereka menjadi saksi kepada kejadian tanah runtuh dan kepala air yang berlaku pada cerun-cerun sekitar stesen. Batu-batu besar yang jatuh dari cerun turut merosakkan segala yang ada di laluannya, termasuk aset-aset TNB seperti bangunan pencawang dan beberapa menara talian penghantaran elektrik.
Cabaran TNB seterusnya adalah untuk memulihkan operasi stesen tersebut secepat mungkin. Kerja-kerja membaik pulih Stesen Janakuasa Sultan Mahmud telah siap tiga bulan lebih awal daripada perancangan asal iaitu 6 bulan, dan ianya kembali beroperasi sepenuhnya pada 26 Jun 2022.
#BetterBrighter