Bolehkah Umat Islam Menyambut Perayaan Hari Ponggal? | Dato' Dr. Danial Zainal Abidin

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 12 вер 2024
  • Latarbelakang Pesta Pongal
    Pesta Pongal adalah festival yang diraikan di seluruh India dengan nama yang pelbagai mengikut tempat, sebagai menghormati Dewa Matahari iaitu Surya. Antara nama-nama lain bagi Pesta Pongal adalah:
    Pongal (Tamil Nadu)
    Maghi (Lahore)
    Bihu / Bohaggiyo Bhishu (Assam)
    Sankrat (Rajasthan)
    Makara Sankranti (Maharashtra)
    Uttarayan (Gujarat)
    Magha Saaji (Shimla)
    Poush Sankranti (Bengal Barat)
    Surya adalah Dewa Matahari dalam kepercayaan agama Hindu dan penjaga bagi sudut selatan dan barat. Bapanya adalah Dewa Langit iaitu Dyaus. Terdapat satu mitos menyebut bahawa dia dijadikan daripada mata Purusha iaitu makhluk kosmos. Rambutnya dan kedua-dua lengannya berwarna emas. Dewa Surya menaiki kereta kuda yang dikenderai oleh 4 atau 7 ekor kuda. Ditangannya terdapat bunga teratai dan juga cakera. (Lihat The Routledge Dictionary of God, Goddesses, Devils & Demons, m. 178)
    Secara khususnya, Pongal adalah satu festival yang diraikan oleh masyarakat di Selatan India terutamanya Tamil. Festival Ponggal disambut pada hari pertama bulan Thai (pada 14 Januari setiap tahun) bagi meraikan Dewa Surya yang merupakan sumber tenaga dan penyumbang utama bagi pertanian.
    Pelbagai cerita dibawakan berkenaan Dewa Surya yang mempunyai kesan terhadap sambutan Pesta Pongal ini. Dewa Surya mempunyai ramai anak, antaranya Dewa Shani yang dinisbahkan dengan Planet Saturn. Semasa Shanti lahir, dikatakan berlaku gerhana matahari. Dewa Shani dan Dewa Surya dikatakan sering berbeza pandangan namun pada hari pertama dalam bulan Thai, Dewa Surya akan menziarahi Dewa Shani. Makanan terutamanya manisan disediakan dengan menggunakan minyak bijan kerana kelikatan dan kepekatannya. Oleh itu, manisan yang diberikan adalah sebagai symbol tautan dan hubungan yang erat walaupun apa jua perbezaan yang ada.
    Pesta Pongal juga adalah meraikan fasa-fasa awal kitaran pertanian. Ia adalah masa bagi mendoakan musim menanam padi yang produktif dan musim menuai yang baik di masa hadapan. Kebiasaannya, lembu-lembu juga dimandikan pada hari ini begitu juga meraikan aspek-aspek lain berkaitan produktiviti pertanian. (Lihat Religious Celebrations: An Encyclopedia of Holidays, Festivals, Solemn Observances, and Spiritual Commemorations, m. 547)
    Hukum Meraikan Perayaan Keagamaan Bukan Muslim
    Para ulama’ sepakat bahawa meraikan perayaan keagamaan bukan Muslim adalah haram. Berikut adalah pandangan-pandangan daripada setiap mazhab:
    Mazhab Syafie: Menurut Imam al-Damiri ketika mensyarahkan perkataan Imam al-Nawawi dalam al-Minhaj, dihukum ta'zir bagi sesiapa yang mengikuti orang-orang kafir dalam perayaan-perayaan mereka, siapa yang memegang ular, sesiapa yang memasuki api, sesiapa yang berkata keada seorang kafir zimmi: “Wahai Haji", sesiapa yang mengucap tahniah kepadanya dalam satu perayaan, dan sesiapa yang menamakan penziarah kubur orang-orang soleh (atas tujuan yang syirik) sebagai " Haji". " (Lihat al-Najm al-Wahhaj, 9/244)
    Hujah yang sama juga dibawakan oleh Imam al-Ramli dalam Hasyiah al-Ramli ‘ala Asna al-Matalib, al-Khatib al-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj, 4/255 dan al-Iqna’ fi Halli Alfazh Abi Syuja’, 2/526. Maksud muwafaqah orang-orang kafir adalah “melakukan apa yang mereka lakukan di hari perayaan mereka, dan ini haram.” (Lihat al-Bujairimi ‘ala al-Khatib, 5/21). Begitu juga penegasan Ibn Hajar al-Haitami dalam Tuhfah al-Muhtaj, 9/181; Syeikh Zakaria al-Ansari dalam Asna al-Mathalib, 4/162 dan Hasyiah Qalyubi wa ‘Umairah, 4/206.
    Mazhab Hanafi: Menurut Abu Hafs al-Kabir dari mazhab Hanafi, jika seorang lelaki beribadah kepada Allah 50 tahun lamanya, kemudian datangnya Hari Nairuz dan dia menghadiahkan telur kepada sebahagian musyrikin dengan tujuan mengagungkan hari tersebut, maka telah jatuh kafir dan terhapus amalannya. (Lihat Al-Bahr al-Ra’iq Syarh Kanz al-Daqa’iq, 8/555).
    Mazhab Maliki: Ibn al-Haj al-Maliki secara ringkasnya melarang orang Islam melakukan apa yang orang bukan Islam lakukan di hari perayaan mereka. (Lihat al-Madkhal, 2/46-48).
    Mazhab Hanbali: Imam al-Buhuti menjelaskan bahawa hukum mengucapkan tahniah kepada bukan Islam sewaktu perayaan mereka adalah diharamkan kerana ia merupakan satu bentuk pengagungan kepada mereka. (Lihat Kasyf al-Qina’, 3/131)
    Antara Adat dan Agama Dalam Perayaan Pongal
    Pesta Pongal kini sudah dianggap sebagai tradisi yang merentas agama di sesetengah tempat di dunia, namun kami tidak menafikan wujudnya unsur-unsur keagamaan sebagaimana sambutannya dalam kalangan masyarakat Hindu di Malaysia. Ini sebagaimana yang tertera dalam Garis Panduan Kuil Hindu Kebangsaan terbitan Malaysia Hindu Sangam. Maka, secara asasnya Muslim haram untuk menyambutnya.
    Bacaan Sumber Penuh lagi di: muftiwp.gov.my...

КОМЕНТАРІ • 212

  • @rohanamohdyusof9219
    @rohanamohdyusof9219 4 роки тому +84

    Allahu sangat bersetuju dgn Dato Dr, kita terlalu nak meraikan org lain hingga mengenepikan aqidah & hukum. Sbb itu langsung tiada hormatnya mereka kpd agama kita

  • @mahatibrahim9874
    @mahatibrahim9874 4 роки тому +76

    Betul Dato Dr Danial. 100% setuju. Tolong Mujahid dengarlah sikit suara rakyat.

    • @kasmahzakaria1071
      @kasmahzakaria1071 4 роки тому +6

      Btul Dato Dr Daniel setuju 100% srh mujahid tu bljar sikit psl Agama dgn Dato dan Jakim

    • @zainaldin397
      @zainaldin397 4 роки тому

      Mujahid ni buat apa hah?? Allahu akbaaaarrr

  • @noressam8121
    @noressam8121 4 роки тому +38

    Semoga Allah melindungi dan memberi kekuatan pd ustad2 yg berani mempertahan agama Islam di Malaysia.

  • @mr.coolmike236
    @mr.coolmike236 4 роки тому +26

    Terbaik Dato Dr.Danial harap semua org2 MELAYU ISLAM sedar tentang garis panduan AGAMA ISLAM

  • @abuabu9882
    @abuabu9882 4 роки тому +21

    Mcm ni gayanya,kerajaan pun mungkin sepenggal jelah jawabnya...dah makin melalut,benda tak kena mengena dgn agama Islam pun nak diraikan;syirik mana boleh buat main2..

  • @benmie7837
    @benmie7837 4 роки тому +51

    Yang haram itu jelas dan yang halal itu jelas.. umat islam tidak boleh merayakan ponggal sebab membabitkan agama

  • @muhammadshafie447
    @muhammadshafie447 4 роки тому +9

    Alhamdulillah, penjelasan yg sngt jelas. Klu pak² menteri masih lg x fhm x tahulh. Cukup bagi sepenggal je.

  • @hauletpacket3218
    @hauletpacket3218 4 роки тому +29

    Jaga akidah. Itu yg penting. Rugi je sembahyang 5 waktu, puasa, syahadah, haji, umrah dll amalan.

  • @sahribinosman8353
    @sahribinosman8353 4 роки тому +9

    Oleh kerana itulah menteri agama & rakan sperjuangannya tgglkan Pas,disebabkan Pas masih tetap pelihara agama Islam hgga keakhirnya,puncanya inilah sebab2nya.

  • @zaqrazali4929
    @zaqrazali4929 4 роки тому +25

    Alhamdulillah. Saya setuju dengan dato. Terima kasih

  • @bangbangbongbong9982
    @bangbangbongbong9982 4 роки тому +9

    Akhirnya dah sedar.. alhamdulilah

  • @JEMAAH-is6kz
    @JEMAAH-is6kz 4 роки тому +28

    X cukupkah perayaan org Islam yg ada , dok sibok nak raya org bukan punya bt apa ?

  • @mariahdin8887
    @mariahdin8887 4 роки тому +21

    Pelik2..Ponggol disuruh rai..apa he..x tau hukum ke..jgn kerna nak jaga hati satu pihak .sanggup membunuh hati bangsa sendiri..lebih2 akidah...xkan x tau...hai dunia dunia.....

  • @hashimrasip4337
    @hashimrasip4337 4 роки тому +12

    Apa saja perayaan yg berkaitan dgn BUKAN ISLAM jika ada unsur KEAGAMAAN hendaklah DIJAUHI oleh setiap penganut Islam termasuk YB2 pemimpin politik. Ini WAJIB difahami oleh penduduk M'sia berbilang bangsa dan berbilang agama agar salah faham dpt dihindarkan dan perpaduan bangsa terus berkekalan. Yg menjadi masalah skrang ialah TERSEBAR LUASNYA kefahaman LIBERALISME dlm negara yg seolah2 melihat ISLAM mengekang kebebasan dan perpaduan dlm negara.

    • @lyanaafira3342
      @lyanaafira3342 4 роки тому +3

      Tahun lepas.. Ada juga Melayu kita yg bodoh siap pakai sari dan perhiasan mereka. Bukan setakat itu saja.. Siap join tanak nasi dalam balang tu. Saya yg ambil gambar jadi serba salah. Sebb dia seislam dgn saya dan kaumku sendiri. Bagi saya.. Kalau jahil pasal agama sendiri dan tak sure.. Tanya la ustaz2. Jangan suka2 main hentam je join. Sama halnya sambutan Krismas. AJK Melayu Muslim diminta pakai topi elf. Time saya dtg.. Saya disuruh pakai. Saya tolak. Saya bagi alasan susah nak ambil gambar.. Walaupun x logik😁😁😁. Saya tegur kawan2 yg pakai topi tu. Saya bisikkan haram. Ada yg tempelak saya balik. Tapi ada seorang kawan tetus google. Bila tau Haram terus buka topi. Yang lain pakai juga dan post2 lagi kat istagram.. Kat sini.. Kalau org Melayu itu sendiri yg JAHIL, kena belajar dan bertanya. Jangan bodoh sombong. Takkan esok ada yg nak terjun mati dr tingkat tinggi ko nak ikut juga kot?

  • @lindmohamad3726
    @lindmohamad3726 4 роки тому +12

    Benar tu ustaz.. Masya Allah SubhanAllah

  • @wira2011
    @wira2011 4 роки тому +24

    Hebat Mujahid sebab nak sangat perpaduan dgn pelbagai bangsa sehinggakan sanggup mengetepikan antara Hak & Bathil. Sesat dlm terang lebih bahaya drp sesat dlm gelap.

    • @ctfatimaazzahra3756
      @ctfatimaazzahra3756 Рік тому

      Mcik cdgkn PM10 jgn lah buat atau ulang lagi merai agama non muslim ni elok serah jer kpd yb hindu atau cina tengok skarang dah rosak nama PM10 yg sgt kami sayangi trsilap langkah dah cacat

    • @wira2011
      @wira2011 Рік тому

      @@ctfatimaazzahra3756 😂😂😂😂😂

  • @naninurainni6531
    @naninurainni6531 4 роки тому +14

    Terbaik la Dr.

  • @noorazwan4660
    @noorazwan4660 4 роки тому +5

    Klu dibolehkan pongal sekali pun..... tk hingin saya nk join depa.....

  • @noname-dm9yl
    @noname-dm9yl 4 роки тому +15

    Alhamdulillah terima kasih Dato Dr. Danial. Tapi malangnya Menteri Agama masih jahil tentang hukum Allah SWT. Akhirnya dia ternampak terlalu haprak.

  • @abdshukor2945
    @abdshukor2945 4 роки тому +11

    Terbaik Datuk.

  • @krikkurik8832
    @krikkurik8832 4 роки тому +2

    Jgn muhibbah tak kena gaya..jgn rahmah tak kena gaya...sokong Dr Daniel...tq Dr...

  • @rosag6709
    @rosag6709 4 роки тому +2

    Bgus pnggil smula mntri2 PH tu..bgi krusus skit mna stu bleh..dn yg tk bleh d rai kn..mnatau bla dh jd mntri tu ..dh lupa dri...knn...salut lh dr. Zainal abidin ni..brani krna bnar....prthan kn agama suci kita...

  • @mohdsidek4711
    @mohdsidek4711 4 роки тому +10

    Berlkata lah yg hak walau pun pahit, jaga lah Akidah dgn sebaik mungkin, rosak akidah ke neraka lah jwb nya, Allah x kira siapa kamu, walau pun kamu se org menteri...

    • @asmahyacob2038
      @asmahyacob2038 4 роки тому +1

      Mohd Sidek syukur kita masih ada ada org seperti dr danial yg boleh bekata2 bagi pihak kita at islam

    • @mohdsidek4711
      @mohdsidek4711 4 роки тому +2

      @@asmahyacob2038 dekati lah diri kamu dgn Islam, insaallah kamu akan slmt di dunia ini lbh lbh lgi di akhirat nti... Aamin.

  • @mohdnajib6135
    @mohdnajib6135 4 роки тому +4

    Pertamanya Terima kasih pada Dato Dr Danial..
    Ini semua ANGKARA KEBANGANGGAN DAN KESOMBONG oleh ORANG YG KONON NYA MENTRI AGAMA..
    KUDA KAYU PUNYA MENTRI!!!

  • @abdulghaffar8058
    @abdulghaffar8058 4 роки тому +14

    Betul tu, kalau dh golongan alim ulama ni dh bg teguran, x dengaq lg x tau la.

  • @hamdanharun8900
    @hamdanharun8900 4 роки тому +7

    Terbaik Dato'

  • @jackrose1885
    @jackrose1885 4 роки тому

    Dlm byk2 ceramah utz Daniel yg aku tgok,
    Ni suara plg tinggi pernah aku dgr masa dia bercakap!
    Itupon masih dikira lembut lg.
    Betapa tinggi nya kesantunan beliau😣

  • @abdoulrahmanabdullah1002
    @abdoulrahmanabdullah1002 4 роки тому +2

    satu penerangan yang amat tepat harap Dato Dr dapat menerangkan kepada ummah agar tanah-tanah yang terbiar milik umat islam diusahakan demi menjaga keselamatan makanan agar umat islam boleh menguasai industri makanan negara kerana umat islam negara ini terlalu harapkan makanan import . Semua mesjid dan ustat-ustat harus terangkan kepada umat agar penghasilan makanan juga dibeikan keutamaan seperti penerangan seperti masuk shorga.

  • @shafifjaafar606
    @shafifjaafar606 4 роки тому +5

    Terbaik ustaz terang lg jelas penjelasan buat

  • @ghazalisalim339
    @ghazalisalim339 4 роки тому

    Semua manusia di atas muka bumi ini akan dihisab olih allah ta'allah diakhirat kelak,disana nanti bersiap sedia lah dgn janji allah,dimana masing masing akan menerima balasan yg setimpal dgn apa yg dilakukan didunia ...

  • @heaven2399
    @heaven2399 Рік тому +2

    Kenapa PM kita tidak ikot arahan JAKIM. Kenapa penasihat2 beliau tidak memberi nasihat. Kenapa tak banyak rakyat yg membangkang. Kenapa Alim ulama semua diam melainkan MAZA yg berani bersuara. Adakah ini bermakna kerajaan kita sekarang ini sudah jadi begitu liberal. Diharapkan perkara ini mendapat perhatian dari rakyat yg beragama Islam. Jangan sampai kita terleka dengan ketaksuban sehingga merelakan apa saja lebih2 lgi yg melibatkan akidah.

  • @habbatusiaysaudaii4753
    @habbatusiaysaudaii4753 4 роки тому +1

    yang paling menakutkan sikap2 org2 berkuasa yg terdiri dari umat islam tapi tak faham agama sehingga perkara2 yg memperuntukkan sensiviti terabai dek sifat jahil ttg agama. rakyat di bawah merasa ketakutan melihat perangai org2 berkuasa yg sedemikian.

  • @shammzh122
    @shammzh122 4 роки тому +1

    Alhamdulillah..
    Setuju 100%

  • @zaminazamzam4507
    @zaminazamzam4507 4 роки тому +1

    bagi mereka yg bukan islam, harap kamu faham.

  • @abmanaf1181
    @abmanaf1181 4 роки тому +6

    Saya sarankan supaya menteri agama perdalaman lagi ilmu dan rujuk kepada pakar dan ilmuan islam sebelum buat apa apa keputusan berkaitan keterlibatan dalam perayaan agama hindu dan lain2.

  • @hoso1725
    @hoso1725 4 роки тому +2

    Hal-hal agama tidak boleh di campur aduk macam rojak tetapi di Malaysia kita perlu saling hormat menghormati di antara satu sama lain untuk perpaduan dan keharmonian keseluruhan rakyat.

  • @hamidahshaari4477
    @hamidahshaari4477 4 роки тому +17

    Setuju 100% dato dr danial... xkan mujahid x tau kot..

    • @zulhilmizulkifli2740
      @zulhilmizulkifli2740 4 роки тому +2

      Bkn dia xtau tp utk pngkt didunia lupa kain putih akn mendtg...

    • @asmadihalim9532
      @asmadihalim9532 4 роки тому +1

      @@zulhilmizulkifli2740 btul ..dia tahu tp demi nk jaga kuasa...ini bkn prkara baru sbnarnya...zaman najib juga tok sami blum sampai najib dn rosmah dah trcegat di tangga batu batu caves siap dgn pakaian india dan kalungan bunga...bkn nk kata individu...org melayu klau bab nk rai bangsa lain memang bangang...btul sgt ckp ulama tu...sakan nk merai mcm dah tak cukup perayaan kita...

    • @johnsedaka8966
      @johnsedaka8966 4 роки тому

      Mujahat sayyed dick saifudin ini semua monyek sarkis terlepas Nak buat macam mana!!??? Buat lawak aje lah bila bercakap gitu kan😂😆😃🤣😂🤣😂🤣😂🤣😂🤣😂

  • @ruzalihashim6396
    @ruzalihashim6396 4 роки тому +10

    Betul apa yg diucap..jadi menteri2 harus faham Hal begini ...yg susahnya menteri2 ni dah termakan racun dari menteri cina Dan India takut Tak Ada sokongan agama letak tepi ...Tuhan melihat apa yg Kita kerjakan.

  • @Arm-fk3tb
    @Arm-fk3tb 4 роки тому +1

    mujahit ni kalau buat keputusan mmg x rujuk para agamawan dan jakim dulu ke . main buat keputusan sendiri tanpa dgr pihak agamawan terus buat kenyataan dan seolah2 ugut bila ckp nak amik tindakan klu ada yg bantah utk sambut ponggal..klu semata2 rujuk ngo mereka dan badan yg lantikan politik atau parti mmg x patutlah...mmg teruklah..

  • @caronksexstar9936
    @caronksexstar9936 4 роки тому +1

    Berjuta2 trilion aku sokong apa kata dr danial ni....allahu kenapa laaa orang atasan tak nampak benda ni...terima kasih dr danial atas penjelasan...

    • @upower8735
      @upower8735 Рік тому

      terlampau nkkan sokongan. Iman jadi taruhan. Ini la org yg gila kuasa. Sanggup gadai agama

  • @rahmanharun909
    @rahmanharun909 4 роки тому

    Penjelasan menteri sangat jelas dan selari dgn ustaz. Pasaipa nak marahkan menteri lagi. 1 lagi ustaz xnampak ka mcm2 menteri dah buat utk kabaikkan islam...

  • @Abdul_hanif123
    @Abdul_hanif123 4 роки тому +3

    Ustaz danial juga dulu yang sokong ph sebelum pru14

    • @roli5646
      @roli5646 4 роки тому +4

      Mungkin tersalah menilai la tu..sekarang baru tahu..harap2 nanti yg ke 15 dah tak tersilap

  • @ahmadfaridah370
    @ahmadfaridah370 4 роки тому +2

    Pendapat Dato Kami sokong walaupun Dato penyokong PH

  • @user-oh4qw4nk1y
    @user-oh4qw4nk1y Місяць тому

    termasuk lah bila Perdana Menteri pergi ke kuil di batu caves siap pakai baju tradisi hindu dan dikalungkan rantai berbunga lagi

    • @realridzstudio
      @realridzstudio  Місяць тому

      @@user-oh4qw4nk1y termasuk juga ahli politik pembangkang yang lain. Nk gmbr x?

  • @aalaal5364
    @aalaal5364 4 роки тому

    Terbaek Dr.

  • @mizalee1859
    @mizalee1859 4 роки тому +2

    Org kuat ph

  • @halimshamsuddin70
    @halimshamsuddin70 4 роки тому +8

    Tapi dato' ..kenapa ada satu mentri bebal dr PH yg suruh sambut sama

    • @zulkifliali9448
      @zulkifliali9448 4 роки тому

      ade kah menteri tu suruh sambut.. bila tolong bagi fakta.. dulu najib pergi ke batu cave siap sambut cara hindu lagi.. so tak pernah dengar pon ostat ostat ni.n mufti tegur.. memang salah trtap salah.. haram tetap haram tapu ade kah kenyataan dr mujahid suruh sambut..brgitu juga.d serawak ..sambutan hari menuwai . gawai.. dah berapa lama merajaan serawak sambut...agak nye haram ker tak... kalau tanya says haram ler sebab ade hubungan dgn kerpercayaan sesuatu kaum dan agama...

    • @zulkifliali9448
      @zulkifliali9448 4 роки тому

      dsn jgn tufuh bebal tak tentu pasal
      ..yg kamu tu cerdik sangat... tolong bagi fskta dan hujah.. kenapa tuduh orang bebal...kalau ade kelemahan saya terima...tu belum tuduh dia kafir... ade juga yg tuduh kafirkan dia... siapa kamu... jgn buat yg rasul larang...

    • @mahziahwalid3874
      @mahziahwalid3874 4 роки тому

      Sebab bodoh x bertebing

    • @tengkujuh9563
      @tengkujuh9563 4 роки тому +1

      @@zulkifliali9448 kau ni nak menegak benang basah,tak kiralah siapa siapa pun,klau tak boleh tetap tak boleh la,klau kau dah pandai sangat berhujah saje dgn dato danial

  • @mohammadhafizul7697
    @mohammadhafizul7697 4 роки тому

    Kami sokong ustaz💯

  • @lysaarysa3537
    @lysaarysa3537 4 роки тому

    Jawapan yg betul dr orang beriman..

  • @wanieldaniel3601
    @wanieldaniel3601 4 роки тому

    Setuju ngan dato sgt2...

  • @roslanabdulrashid7116
    @roslanabdulrashid7116 4 роки тому

    terbaik

  • @shaharuddeenhassan5332
    @shaharuddeenhassan5332 4 роки тому

    Mujahid terima banyak DERMA dri persatuan2 Si Kapir.
    Beliau telah termakan Budi dan terpaksa menjaga hati Si Kapir Laknatullah hingga sanggup mengenepikan Hukum Allah...
    Inilah Bahayanya Ambil Duit (kononnya Derma) dri Musuh, pasti kita akan di PERGUNAKAN !!!!

  • @asmawatihamzah212
    @asmawatihamzah212 4 роки тому

    d.masli malik di paksa letak jawatan isu jawi .tapi menteri agama tak di paksa letak jawatan isu pongol.why.

  • @paranggilapendekar5249
    @paranggilapendekar5249 4 роки тому +5

    Aritu sokong sgt dgn PH...suruh sokong la apa..lani baru tau ke dr?

    • @joharishak759
      @joharishak759 4 роки тому +3

      Siap muzakarah dgn klrga lg dan bangga dgn pilihannya ph...tp x pe Allah dah tunjuk kebenaran Nya..Dr pun dah insaf gamaknya..😁

    • @shafikhamid6152
      @shafikhamid6152 4 роки тому

      Hahaha...itu la korang...politik mmg ini mcm...mrk2 ni bukan nak sgt ph jadi pemerintah...cuma nak jatuhkan bn je utk sementara...bila bn dah xde kuasa baru boleh pi tangkap jerung2 besar dlm bn...bila bn dah bersih baru boleh undi semula bn...korang boleh tgk kan prk yg lepas2 semua bn menang..yg bagi ph menang pru itu hari pon org bn gak...korang ingat melayu2 dlm ph tu nak sgt cina ngan keling jadi menteri...saja je wayang...nanti pru akan dtg bn mesti perintah semula

    • @littleladyasra131
      @littleladyasra131 4 роки тому

      Sokong xbermaksud taksub atau membisu bila parti tu salah. Lgpn mana la dato danial nk tao yg ph akn jd camni. Allah je yg tao perjalanan kita cmnr. Bagus la dato danial tegur. At least dy berani kritik wlpn sokong parti. X mcm sesetengah org yg jd lembu kena cucuk hidung.

  • @bibiyana9870
    @bibiyana9870 Рік тому

    So what about pesta menuai kaamatan in Sabah n Hari Gawai which were attended by Muslim ministers eversince? Dulu x ada bising?

  • @otaiman6728
    @otaiman6728 4 роки тому

    Aku rindu hidup waktu2 dulu, langsung xda isu haram2 mcm ni..cool je setiap perayaan. Kdg2, tertanya2 pada diri sndr, apakah org2 Melayu Islam skrg dh kurang aqidah?

    • @pemuraspemuras811
      @pemuraspemuras811 4 роки тому

      Mmg dh terhakis dh aqidah..nk smbut rya org kafir nk wtpe...gi lantak la...

    • @upower8735
      @upower8735 Рік тому

      kalau memfitnah d ibarat mcm kacang inikan pulak join prayaan yg dtangkan sokongan politik. apa ada hal. hukum Allah lmbat lagi smpat taubat. Itu lah dia yg d namakan libralisasi......

  • @sidalaska3109
    @sidalaska3109 4 роки тому

    Satu kata je...dek kerana mengharapkan sokongan bukan islam...sanggup langgar hukum hakam...bab aqidah dan syariat mereka butakan mata...yg penting mereka dicintai dan terus disokong bukan Islam!!!

  • @hamdanhamdan2744
    @hamdanhamdan2744 4 роки тому +1

    trbaikkk...cuma pmpin islam prlu di jelaskan oleh pra ulamak..bgi mndpatkn pncerahan

  • @zaharijusoh1904
    @zaharijusoh1904 4 роки тому

    Sebenarnya kita islam di malaysia memang terbuka. Kita tak larang mereka amalkan ajaran agama mereka. Tak cukupkah lagi.

  • @lutpiaman3
    @lutpiaman3 4 роки тому

    Skrng terbalik menteri mrk yg terangkan kpd menteri islam... Menteri islam terus meraikan atas dasar rahmatan lilalamin, sampai segerombolan turun...

  • @azleen7155
    @azleen7155 4 роки тому +3

    Ap nk ksahkan..nk kte ponggal tk leh sambut..hari valentine day..happy mother pun ad yg sambut..tk ksah halal k haran langgar aje

    • @ikhwan_sagasaga
      @ikhwan_sagasaga 4 роки тому

      hari valentine day to memang haram..tapi hari mother to bgs lah..sambut hari ibu..ibu lah orang paling kte kena syg bru isteri dan anak2

  • @adukaperkasa
    @adukaperkasa 4 роки тому

    Menteri PASOLA tu pasal jadi macam tu . org islam wajib menjaga akidah agar tidak di campur aduk dlm merayakan perayaan keagamaan org bukan islam.

  • @deemanshaarul1954
    @deemanshaarul1954 4 роки тому +1

    the "UNITY" today among races in Malaysia,
    is getting "RUST" & "FADE"..!!!!!!!!!!
    sekarang bermacam macam racial issues ditimbul..!!!!!!!!!
    is it called "ONE" Malaysia....????
    no matter what "FESTIVAL" it is,
    we as a Malaysian,
    we should "OBEY" and "WISH" each other for the "SUCCESS" of our loving country as well..!!!

  • @Hitchiker
    @Hitchiker 4 роки тому +1

    Dulu x ada pun isu2 mcm ni...skrg ni mcm2 ada... Terbaik PH.. Kerajaan 1 penggal

  • @atoksabahan4170
    @atoksabahan4170 Рік тому

    Tak apalah kita marah, atas sebab demi mencari sokongan(pengundi), YB2 itu mana peduli sama ada mereka turut merayakan acara lain agama itu salah atau tidak pada aqidah Islam!

  • @giogiagiagio2278
    @giogiagiagio2278 4 роки тому

    Betulah tu ..dengarlah wahai menteri ..esok diakhirat menjawablah

  • @abdul9662
    @abdul9662 Рік тому

    Ponggal tu ape yer?

  • @mohdikhsan3172
    @mohdikhsan3172 4 роки тому +9

    kurang ilmu YB² PH ni..

  • @syiaedqadrie1429
    @syiaedqadrie1429 Рік тому

    Hari Menuai seperti Pesta Gawai

  • @Fuad5665
    @Fuad5665 4 роки тому

    Lakum diniukum walaiyaddin = Agama mu adalah agamamu , agamaku adalah agamaku. AYAT QURAN SURAH KULIYA AL YUHAL KAFIRUN . Ni soal akidah Ahli sunnah wal jamaah , Muhajid mcm nak sesatkan kami org awam ni jadi mcm Syiah ke? Nazuzibillah min zalik.

  • @nazriramly6199
    @nazriramly6199 4 роки тому +1

    Itu la dr hari tu nak turun kan jahiliah untuk naikkan yg lebih jahiliah...carilah yg kurang mudarat la ni baru tahu ya

  • @wjayes5722
    @wjayes5722 4 роки тому +1

    Sepatutnya dari pemerintahan dulu lagi melarang dan mewar2kn yg meraikan sebarang upacara keagamaan adalah haram bagi umat islam..kenapa bru sekarang isu ni kluar..kenapa bukan sebelum ni, adakah disebabkan isu ph jd kerajaan bru nak heboh..sy percaya, org jakim,ngo2 ni takut nk hebahkan masa tu..xberani..tp alahamdulillah, diharap menteri2 sekarang sedar yg matlamat kamu xmenghalalkn cara..jgn lg ungkit zaman dulu boleh sekarang napa xboleh..yg dulu boleh sebab rakyat sdri xtegur..yg sekarang xboleh sebab kita dh sedar yg hukum dan akidah mmg xboleh raikan..terima kasih yg menegur

  • @princeraychanel5576
    @princeraychanel5576 4 роки тому +3

    DR ZAINAL PLEASE JADI MENTERI AGAMA , BIJAK , DAN CERDIK

  • @baygonkiller4221
    @baygonkiller4221 4 роки тому +1

    Ramai lgi Melayu yg Jahil ttg akidah.. t. Kasih dato atas pencerahan...

  • @affendiabdullah404
    @affendiabdullah404 4 роки тому

    Dtk Dr Zainal ur perception is wrong Ponggol means nasi yg didik. Dr ponggol is for tq to earth or tanah for the blessing which has given food harvest.Come on Dtk Dr dnt mix religion n adat lah.Sya flu hindu kini Islam tak haram pun bukan makan maka daging atau babi hnya sayuran2 aja Please Dtk Dr dont confuse the normal malays n Islam.if u dnt plse refer to the Hindu Sangam for better understanding.Insyallah

  • @lokmanhakim2415
    @lokmanhakim2415 4 роки тому +4

    Mujahid bukan taw ape

  • @khairijunus4708
    @khairijunus4708 Рік тому

    Fikir2kn lah YB² yg beragama Islam ..akidah kena jaga jgn over sngt.Mengharhomikn sambutan TK salah kena faham Akidah agama

  • @syahrizan6403
    @syahrizan6403 4 роки тому

    Btl tu dato.

  • @kongkangsottenukmabor8462
    @kongkangsottenukmabor8462 4 роки тому +1

    bg ruang je dh cukup la, xyh sibuk2 nk raikn la. bln pose akn dtg ni mai la menteri2 terutamanya mentri tu dtg solat terawih kt tmpt aku, pnuhkn budaya sendiri dlu. lg elok klu dia yg imamkn solat terawih tu sok. kikikiki.... rindu bln ramadhan la pulak. jgn lupa dtg. takut sok2 title mntri tu terlucut.. hehe... kmpom kot.

  • @osmanyusop5645
    @osmanyusop5645 Рік тому

    Yg x reti bahasa tu org politik. Depa nak org sokong. Apa pun sanggup depa buat.

  • @EdWard-wi2up
    @EdWard-wi2up 4 роки тому +2

    Hari ponggal itu apa?

    • @roisisma4722
      @roisisma4722 4 роки тому

      Maknanya Penggal kepala...😅😅😅..u suka baca facebook...tada suka baca book..🤭🤭

    • @EdWard-wi2up
      @EdWard-wi2up 4 роки тому

      @@roisisma4722 lambe mu kang

  • @milookosongmiloo1306
    @milookosongmiloo1306 4 роки тому +4

    Bila menteri pening..🙄🙄 kacau..

  • @nasirramli8658
    @nasirramli8658 4 роки тому

    Menteri2 Kerajaan sekarang terutamanya Menteri Melayu, amat mengeciwakan termasuk PM dan Timbalannya juga.. Terlalu banyak menyakiti Orang Melayu sekarang.. Menjaga sungguh kedaulatan Bangsa asing seperti Cina dan India.. sedangkan kedua dua kaum ini tidak langsung menjaga Kedaulatan Bangsa Melayu dan Raja2.. !! Memang sudah jelas ternyata, Orang Melayu akan MEREMPAT DINEGARA SENDIRI !! Pada PRU kali ini, Bangsa Melayu BERSATU lah dan jangan BERPECAH BELAH
    .. jangan sampai Orang Cina dan India mentadbir Negara ini..

  • @mizamshah
    @mizamshah 4 роки тому

    Haram tetap haram walau nak dikata rahma

  • @nong3800
    @nong3800 4 роки тому +1

    Rohmah2 juga. Akidah tergadai sia2 ja

  • @akuboss4966
    @akuboss4966 4 роки тому

    Dah dapat duduk atas...rasa kemewahan duniawi ...lupa akidah...

  • @hanzao7285
    @hanzao7285 4 роки тому

    Mntri tu kje utk sape ??? Cap aysm

  • @ramlibaharom8163
    @ramlibaharom8163 Рік тому

    Rasanya kita rakyat Malaysia cukup²lah Anwar menjadi PM hujung bulan ini,takut² nanti Israel pun dia akan sambut perayaannya nnt dan bawa masuk rakyat Israel keMalaysia nnt,fikir²kan lah

    • @realridzstudio
      @realridzstudio  Рік тому

      Dan masuk bulan puasa ni elakkan berkata benda tak betul, fitnah. Peliharalah lidah tuan ya..

  • @fawzbani
    @fawzbani 4 роки тому +2

    Alhamdulillah, jelas keterangan nya cuma tak payah lah slang2 kan sebutan ponggal, nampak macam mengejek-ejek pulak bahasa orang lain.

    • @wanieldaniel3601
      @wanieldaniel3601 4 роки тому

      La ini pun nk jd isu ke? Die bkn nk mengejek pun..tk fahamla...

    • @fawzbani
      @fawzbani 4 роки тому

      Waniel Daniel, baca betul2 komen sya, sya kata "nampak macam mengejek" Baik sya terangkan dari sudut mana sya berkomentar; sya berbangsa peranakan India dan membesar di sekitaran bangsa Melayu dari kecil orang2 Melayu selalu mengejek-ejek sya dgn percakapan yg sengaja di-slangkan, pada org Melayu pelat org India kelakar, seronok gitu, sya di panggil budak keling, ada urr kah? Pak itam, jadi sya tahu sangat perangai org pure Melayu. Untuk pengetahuan anda umur sya 62 tahun. Jika anda pikir perangai macam ini elok, silakan teruskan semoga anda bahagia.

    • @wanieldaniel3601
      @wanieldaniel3601 4 роки тому

      @@fawzbani ,saya minta maaf sbb wat encik terasa.. Sbb sy cuma pelik ini pun jd isu ke sbb sy rasa dato daniel tk bermaksud pun nk mengejek.. Tp lepas penjelasan en. Brula sy faham.. terima kasih la atas penjelasan awk.. Sorry skali lg..

  • @haleemgugel7450
    @haleemgugel7450 4 роки тому +1

    dr. danial jangan malu2 sebut nama mujahid tu. biar dia panas

  • @kumasihdisini6934
    @kumasihdisini6934 4 роки тому

    Mujahid ni orang agama reti tak mereka tu pasal agama..jgan jual agama demi habuan dunia yg hanya seketika sahaja ni dunia ni.. wallahualam

  • @insyaallah1216
    @insyaallah1216 4 роки тому

    Jom sokong ph...

  • @lyanaafira3342
    @lyanaafira3342 4 роки тому +1

    Kerja saya kena ambil gambar setiap program yg berlaku termasuk program komuniti. Esok di tempat saya, satu sambutan akan diadakan. Saya terpaksa juga pergi. Jika tak pergi, dikatakan 'pincang tugas' pula..😣😏Kawan2 islam lain tak pergi. Malah boss2 pun tak join. Setiap tahun begitu. Ambil gambar je. Tak ada la nak join sampai dok masak2 nasi dalam balang tu. Itu kes Ponggal. Cucuh pelita time Deepavali pun haram juga bagi kita umat Islam. Jangan la paksa boss2 Melayu Islam ni dok cucuh api tu. Dan lagi satu. Boleh tak tolong buang renjis2 air mawar dan baling2 beras kunyit time pengantin bersanding tu. Itu bukan budaya Islam. Syirik betul laaa.. 🙄🙄😣😣

  • @lazymano3651
    @lazymano3651 4 роки тому

    Saya pun maarah

  • @puteradanish7268
    @puteradanish7268 4 роки тому

    Mau luku kpala berjemaah mintri mgkuk ayun tu...

  • @arrazz4304
    @arrazz4304 4 роки тому

    2:51

  • @anuarbasiron8628
    @anuarbasiron8628 Рік тому

    Orang Islam sambutlah upacara perayaan Islam.Ketua negara masyarakat majoriti Islam Tak perlu bersama untuk sambut.Haram

  • @sharudinsagiman4104
    @sharudinsagiman4104 4 роки тому

    YB YB dengar apa kata Dato Dr Danial tu... jangan nak mengampu sangat..

  • @ZamriZalina
    @ZamriZalina 4 роки тому

    Biar la mujahid sambut...kita sbg umat islam jgn sesekali gadaikn akidah kita hanya utk pangkat n kuasa

  • @chedin5738
    @chedin5738 4 роки тому

    YB di atas tu ada hukum tapi x de hakam