TFA0️⃣vs5️⃣SKFA |U10|games ke7|LIGA| SUPARIMAU |MUSIM C|19/11/2023|Ahad|8AM|ARENA OWL TRAFFORD BANGI

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 27 жов 2024
  • ⚽⚽⚽Arjuna
    ⚽Arif

    start 8pagi
    19/11/2023 AHAD, BANGI. Perjuangan diteruskan pada pagi yang indah bagi memulakan permainan ke-7 bertemu Top Football Academy.
    Permainan bagi kali ini, pasukan Serdang Kickers bawah 10 tahun memulakan aksi babak pertama. Kelihatan respon dari setiap posisi menjadikan corak permainan yang sistematik. Minit pertengahan babak pertama, Arjuna muncul menjadi penjaring pertama setelah pasukan bergelut untuk mendahului permainan. Lidah pendeta ada mengatakan "Embacang buruk kulit" sepakan itu kelihatan seperti tidak masuk tetapi terus meluru ke dalam gawang gol dari tengah padang.
    Tidak sempat pasukan lawan menyusun strategi, satu lagi tendangan oleh Arif memberikan jaringan ke-2 buat Sang Singa. Selang beberapa minit, Arjuna muncul sekali lagi meletakkan bola ke dalam gawang gol setelah bola ditolak di hadapannya ibarat "Gajah berhati, kuman juga berhati" yang mana nafsu atau keghairahan gol pertama tadi terus diikuti dengan jaringan peribadi kedua ini.
    Aforisme melayu ada mengatakan bahawa "Hari ini terlebih baik daripada esok" apabila Ieman menggelecek 2 pemain bagi membuat hantaran lintang ke tengah. Satu umpanan mudah leret kepada Arjuna terus meledakkan hatrik buat peribadi. Tidak melengahkan banyak masa menjadikan Sang Singa gah dengan 4 jaringan.
    Babak kedua, Top Football Academy membuat sentuhan pertama bagi memulakan permainan seterusnya. Kedua pasukan bergelut bagi mencari jaringan akan tetapi tiada jaringan hanya percubaan antara kedua pasukan.
    Babak terakhir permainan memberikan saingan sengit. Sang Singa membuat pertukaran pemain di babak ketiga dan corak taktikal kali ini. "Jalan mati lagi dicuba, inikan pula jalan binasa" Ashraf membuat satu percubaan lalu terkena pertahanan lawan melantun memasuki gawang gol menjadikan gol ke-5 buat Sang Singa.
    3 mata penuh diraih oleh SKFA dengan pungutan mata 7 mata untuk setakat ini dan menunggu permainan terakhir bagi menentukan kejuaraan liga.
    Tajaan :
    @gdex_official
    Liga :
    @ligasuparimau
    www.instagram....

КОМЕНТАРІ •