Kisah Penuh Mangsa Skim Pelaburan Forex

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 19 жов 2024
  • Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, menjelang hari raya ni semakin menjadi-jadi pula scammer skim cepat kaya menjalankan aktiviti mencari dan memperdaya mangsa.
    Dalam video ini, saya kongsikan pengalaman Puan Siti yang telah ditipu oleh sejenis pelaburan yang tidak wujud yang bersembunyi disebalik urusniaga pertukaran wang asing. Dengan menjanjikan pulangan yang lumayan dalam masa beberapa jam dengan modal permulaan RM1000.
    Puan Siti telah menanggung kerugian sejumlah RM11,500 dalam masa beberapa jam dan ini hanya salah seorang yang tampil memberanikan diri berkongsi pengalaman. Saya yakin masih ramai lagi yang terpedaya dan hanya mendiamkan diri setelah hilang segalanya.
    Musim perayaan ni memang banyak scammer mencari mangsa, nak-nak lagi bila dia tahu yang sekarang ramai orang dapat buat pengeluaran khas kwsp sebanyak RM10,000. Disebabkan inginkan kehidupan mewah, ada manusia yang tidak berhati perut sanggup melakukan apa sahaja untuk merealisasikan impiannya untuk hidup bermandikan emas.
    Mereka tak peduli anda tua atau muda, sakit atau sihat. Mereka akan kerah duit anda dalam berbagai cara untuk menjadikan diri mereka kaya. Segala tipu muslihat akan dipertontonkan untuk menarik minat anda.
    Saya harap anda dapat ambil pengajaran dari video ini dan boleh share video ini kepada kawan-kawan atau saudara mara yang berpotensi untuk terjebak dengan skim cepat kaya seperti
    a) pelaburan yang menjanjikan keuntungan melampau
    -kalau boleh buat 1000 jadi 15000 dalam masa 6 jam, kenapa kau masih perlukan duit orang lain? Kau bagi pinjam dulu la RM1000 kalau dah kaya sangat.
    b) signal trade yang claim signal dia boleh buat beribu pips setiap masa
    -dah kalau beribu pips boleh buat, kenapa asal biru kau close? tak kanlah kau trade profit 1pips seribu kali sehari!
    c) copytrade yang claim dia tak pernah rugi dan selalu untung
    -nak tengok drawdown boleh? nak tengok trade performance lebih setahun ada? tak kan lah sebab fullmargin berjaya sekali dah nak kutip duit orang, come on la boy!
    Tu logical thinking yang kita boleh buat sebelum nak habiskan duit kita ke pelaburan yang kita sendiri tiada ilmu yang mendalam berkenaannya. Iklan-iklan yang korang nampak kat facebook dan instagram tu memanglah bagitahu signal diaorang percuma, takde IB takde VIP la, tapi kene ingat yang duit korang guna untuk deposit tu bukan percuma. Mereka dah labur beribu untuk bayar iklan di facebook, akan tiba juga masa mereka akan makan korang. Cuma dia tunggu kolam ikan dia penuh dulu, baru dia mula permainan dia.
    Bagi yang berfikir memang boleh nampak dengan common sense, tapi bagi mereka yang terdesak dan tertekan dengan beban kehidupan, kadang-kadang nak berfikir secara rasional pun dah tak boleh. Bila ada scammer datang tunjuk kekayaan, kemewahan dah memang tak boleh fikir apa dah. Maka hilanglah duit simpanan seperti yang terjadi pada Puan Siti dalam video ini.
    UA-cam Channel ni saya buat untuk sediakan tempat belajar yang selamat untuk korang belajar berkenaan trading bagi mereka yang dah terjebak dalam industri ini dan ingin meneruskan perjalanan sehingga mampu untuk menjadi Fulltime Trader. Perjalanannya panjang dan sukar, tidak ramai yang mampu menanggung bebannya sebuah pengajaran dan pengalaman. Disebabkan ini, adalah lebih baik untuk meninggalkan industri ini jika anda seorang yang malas belajar dan nak cepat kaya.
    Lagi satu pesanan saya, apa yang saya ajar disini, berlatihlah di demo account, trade lah di demo account....sampai bila?
    Sampai dah lupa cara untuk rugi...
    Sekian dari saya, hanzo.
    Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
    ========================================
    WEBINAR PERCUMA SETIAP BULAN
    Korang Newbie dan berminat untuk belajar trading? Tak tahu mana nak mula?
    Setiap bulan saya ada buat kelas basic untuk trader baru secara percuma!!
    Boleh join telegram channel saya untuk dapatkan tarikh webinar paling latest
    t.me/shadowcodes
    t.me/shadowcodes
    t.me/shadowcodes
    ========================================
    =================================
    Ubat untuk mereka yang masih mencari jalan untuk bahagia
    shope.ee/7UbBT...
    =================================
    Stay Connected
    Instagram: / hanzoshadowcodes
    TikTok: / hanzoshadowcodes
    Facebook Page: / shadowcodespriceaction
    Facebook Personal: / shadowcodesfx
    Linkedin: / muhdhanzo
    Twitter: / hanzoshadowcode
    Telegram: t.me/shadowcodes
    My wife UA-cam Channel: / @jalanmerata9604
    Our Cooking UA-cam Channel: / @dapurkempis7100
    My Wife Instagram: www.instagram....

КОМЕНТАРІ • 273

  • @mohdnazim8706
    @mohdnazim8706 2 роки тому +48

    Belajar la ilmu trading even semangat dan keimanan sekejap di atas sekejap di bawah. Aku follow hanzo 3 tahun lepas keep belajar even down terus stop tapi cari semangat untuk start balik. Siri belajar forex pon saya tak habiskan tapi Alhamdulillah bila dah kaji 3 tahun apa yang dah belajar terus nampak macam mana nak tentukan structure market,zone base,kalau break sini price berpotensi pegi mana. Keep going, TERUSKAN BELAJAR.

    • @mariokart2170
      @mariokart2170 2 роки тому

      Dah konsisten ke bro sebab aq pun mcm kau dulu stop skrg nak cari semangat balik

    • @Azwan886
      @Azwan886 2 роки тому +2

      Alhamdulillah... Dah consistent sekarang... Dulu awal belajar selalu lost juga... Tapi setiap kali dah lost banyak saye ulang blik video cikgu untuk cari silap saye... Nak belajar kne sabar insya Allah ade berkat dalam kesabaran kite belajar... Ade video cikgu Hanzo yg saye ulang2 sampai 1 bulan supaye faham...

    • @mohsufimohramli6844
      @mohsufimohramli6844 2 роки тому

      Tapi xsemua boleh catchup bro kena ada guru yg bole bagi feedback face to face

    • @mohdnazim8706
      @mohdnazim8706 2 роки тому +4

      @@mohsufimohramli6844 betul,tapi kita kena tengok kemampuan diri sendiri. Ada yang mampu bayar mahal2,ada yg tak mampu untuk face 2 face sbb insecure, anxiety , mental problem. Yang penting kita jangan mengeluh

    • @mohdnazim8706
      @mohdnazim8706 2 роки тому +3

      @@mohsufimohramli6844 keep going bro, insyaallah one day

  • @zalezola7472
    @zalezola7472 Рік тому +1

    saya kenal trading dari boss ni. Hanzo. dia ajar lengkap. walaupun belajar sendiri, saya dapat faham dengan mudah. skarang trade di cent acc, cari trading stratigi yang ngam dengan diri dulu. kalau sudah buat profit konsistance baru berangan angan buat standard acc. Thank Hanzo.

  • @KecekMolek_
    @KecekMolek_ 2 роки тому +1

    Dalam telegram byk benda2 macam ni.. Tetiba diorang add dlm group ape benda ntah..

  • @addymiry6801
    @addymiry6801 2 роки тому +2

    Kita byk terima skim begini pujuk utk join dlm acc tele. Kita abai je report & block dah. Logik akal buat apa penat nak urus duit org lain klau kita dpt return laba lumayan dlm masa 3 jam. Baik buat sendiri. Terbaik Tn. Hanzo buat peringatan utk semua ...

  • @rup_rechtintraco7229
    @rup_rechtintraco7229 2 роки тому +1

    hanzo harap boleh tolong kak siti ni,tlg ajar dia supaya dia dpt blik duit dia dgn trade,harap dia jadi trader yang berjaya lepas ni

  • @kidphantom89
    @kidphantom89 2 роки тому +13

    dia boleh report no akaun yang transfer tu jugak..walaupun pemilik akaun x tahu pun akaun diorg digunakan..mostly yang jadi, pemilik akaun ni ada buat pinjaman along, part of agreement memang kena bgi details banking diorg dekat along..so geng2 along ni guna balik untuk scam org

  • @RIXGUNN
    @RIXGUNN 2 роки тому +8

    bukan senang nak senang , bukan susah nak susah , ini dunia , bukan syurga HAHAHA . Selamat Hari Raya juga idola

  • @rohanahajiabdullah3383
    @rohanahajiabdullah3383 2 роки тому +3

    Saya doakan Puan Siti agar di mudahkan segala urusan dia. Banyak tu 10K, sentap saya tengok.

  • @yOyOe86
    @yOyOe86 2 роки тому +5

    Kesian Puan Siti tu… Good job Bos Hanzo reveal benda mcm ni.. kena sedarkan org ramai dgn video mcm ni.. at least scammer susah nak cari mkn… Saya doakan semoga scammer tu terkena hukuman setimpal…

  • @arffanmazro8247
    @arffanmazro8247 2 роки тому +1

    abah saya 400k kwsp kena scam mcm tu jgk.. dgn abg dia skalo 400k jgk.. habis semua setahun byr byr byr.. denda tu denda ni.. tukar warganegara.. mcm2 dia suruh ayah saya ikut jee.. hbis semua bergadai geran rumah,kad kredit, brg kemas nenek sy 70k bbyk hbis.. sy hari2 menangis nk menangung hutang ayah saya dekat 1juta semua..😭

  • @CasterzKampung
    @CasterzKampung 2 роки тому +1

    terima ksih kpd cikgu hanzo sbb sentiasa pesan kpd kami tntg scamer" ni..👍🏻 semoga hanzo sekeluarga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat🤲🏻Aminn

  • @johnpopguy
    @johnpopguy 2 роки тому +2

    kesian Kak Siti ni... harap-2 semua yg dah tgok video Sifu hanzo ni x kena tipu ... tiada rezeki yg datang secara cara senang ... kena wise, jgn tamak nak cari short-cut

  • @Azwan886
    @Azwan886 2 роки тому +4

    Saya pon mase first time masuk dunia forex nie ade kne juga skim mcam nie tapi x sampai lah 11k... Tapi lepas jumpe channel cikgu Hanzo nie, Alhamdulillah saye dah pandai cari profit guna ilmu yang cikgu sampaikan dah berkat pengalaman... Terimakasih cikgu, mintak halalkan ilmu yg cikgu bagi dan semoga maju jaya...

  • @mohdnazim8706
    @mohdnazim8706 2 роки тому +1

    Hanzo , seandainya berhasrat untuk sambung Siri Belajar Forex buat pasal compression pulak

  • @justshafiq4249
    @justshafiq4249 2 роки тому +1

    idola comeback..dh tgok kt ig tgok sini plak..sbb lama sgt hanzo berpuasa dalam video youtube haha

  • @abuhanafiah469
    @abuhanafiah469 2 роки тому +1

    Terbaik Hanzo selalu meningati org lain👍🏻. Kepada scammer diluar sana sebenarnya dia tak ada agama. Sebab itu dia sanggup guna nama Allah untuk tipu org...Ia lebih teruk daripada haiwan. Haiwan lebih manfaat dari penipu, haiwan sedap dimakan, tapi penipu menyusahkan org. Malu la.. Tunggulah wahai ii scammer diluar sana. Kau tak akn terlapas dari menzalimi org lain. Oneday walau kamu bertaubat sekalipun, hak org yg kamu ambik tidak akan terlepas!!!

  • @yushabaniyusuf861
    @yushabaniyusuf861 2 роки тому

    Allahuakabar..mcmana tu..semoga dipermudahkan segalanya .harap dapat ambil iktibar dari video perkongsian ni.walaupun dah banyak tuan hanzo dah kongsi tentang scammer ni.

  • @saudagarsepitmerah4768
    @saudagarsepitmerah4768 2 роки тому +1

    Alhamdulillah, lama dah tak tengok video dari hanzo.. sini kat sabah pun ada skim yang guna nama forex tapi bila saya tanya dengan makcik2 yang join, benda tu adalah MLM atau skim piramid.. adeh

  • @mlifestylee
    @mlifestylee Рік тому

    Rajinkan buat video lgi bang .. kitorg always tunggu video2 bru 👍🏻

  • @adnanmuhamad4643
    @adnanmuhamad4643 2 роки тому +3

    Adusss kesian tul... Kene tahu sikit sebanyak hal terkini... Supaya tak tertipu... Kesian mangsa.. hati2 semua...😔😔😔

  • @PakcikKogoro
    @PakcikKogoro 2 роки тому +2

    Taktik ni bnyk dah org kena...ak pnggil taktik yg scammer guna ni taktik pancing ikan...skali ko dah deposit kau dh xboleh pullback...kalau nk masuk mna2 investment better tnya public dulu..dkat fb bnyk grup2 alert scam..hari2 ak tgk org kena scam...forex, shopee, emas, crypto, saham...bagi aq klau nk mula melabur ni klau boleh elakkan berurusan dgn org ketiga kecuali org yg dilantik dan diiktiraf sahaja.

  • @KaliIniTV
    @KaliIniTV 2 роки тому +2

    Adoii. Please extra careful. Xde fast money dalam hidup ni.

  • @guinandraguspan3785
    @guinandraguspan3785 2 роки тому +2

    Guru yang selalu d tunggu ilmunya.. salam dari sunatera indonesia

    • @MrAdergh
      @MrAdergh 2 роки тому

      I don kalo tak menipu orang boleh mampus agaknya

  • @riffatmohdyusof6602
    @riffatmohdyusof6602 2 роки тому +1

    Rindu sifu hanzo. Lama tk Up video. Terima kasih atas ilmu nya . Al hamdulillah sy dh boleh buat profit sikit2 cuma emosi jak gagal kawal

  • @maxryenn6158
    @maxryenn6158 2 роки тому +1

    Aduhh sy pula yg sakit hati kena tipu MCM tu

  • @wanabdulazim1893
    @wanabdulazim1893 2 роки тому +2

    1 lg kalau mcm org call tu dri pihak bank (mana2 la) ..bila borak2 tu kalau dia dh start mntk no kad ATM kt belakang kad tu (3 digit) jgn bg ..mmg sah scammer...bank sesekali x akan mintak no kad client dia ...bnyk org dh kena ..biasanya org tua n org baru pegang kad ...habis duit dlm acc...

  • @gtsc
    @gtsc 2 роки тому

    Kesian Puan Siti dan budak2 mcm kita yg xpandai trade. Ikut signal pon kelaut... yg ikut SL, yg xikut teros jalan 30-100pip. Tuan buat lah CT tolong rakyat... ayam sekor xlama lagi sampai RM20.

  • @mohsufimohramli6844
    @mohsufimohramli6844 2 роки тому

    Assalamualaikum... Maybe dah sampai masa hanzo aktif balik untuk bantu golongan2 yang memerlukan daripada terjerumus ke kancah kerugian atau terscam....lagipun xsemua yg belajar ni cepat catchup....perlu jugak guru yg sentiasa membimbing....harap hanzo bole pertimbangkan... terima kasih

  • @ldadd8531
    @ldadd8531 2 роки тому +1

    Allahu..Sian mangsa. Mcm mana lah akk bleh percaya pdhal ketara sgt scammer(ayt kanak² je kak oi)saya 3thn lebih dok study video hanzo still lg trade demo,knape tak melabur pada saya je😂

  • @UzumakiNaruto-kx6gp
    @UzumakiNaruto-kx6gp 2 роки тому +2

    Try la 100usd dlu..sblm start trading byk belajar dlm utube byk ilmu..dgn 100usd ble collect minimum 5usd tiap hari dgn selamat...tiap2 mgu ada side income..asalkan jgn tamak..kecuali ada keberanian dan sanggup ambl risiko..

  • @jai861
    @jai861 2 роки тому

    Assalamulaikum tuan hanzo, boleh tuan hanzo buat vidoe berkenaan auto trading mengunakan EA tak? Saya mahu tahu pro and con berkenaan EA trading ni dan boleh suggestkan EA yg terbaik tak di luar sana..terima kasih

  • @muhammadbizmrthq6807
    @muhammadbizmrthq6807 2 роки тому +1

    harap perbanyakkan video macam ni supaya ramai yg sedar

  • @farifdollah2559
    @farifdollah2559 2 роки тому +1

    Tulah pentingnya ilmu.. thanks hanzo

  • @adriansanisahimi1156
    @adriansanisahimi1156 2 роки тому

    Terima kasih atas perkongsian saudara. Hampir2 terjerumus.

  • @ismailnakiahahmadmaidin2587
    @ismailnakiahahmadmaidin2587 2 роки тому

    Salam..sy dah follow hanzo baru berapa bulan..tp alhamdulillah ckit2 dah blh buat profit..cuma sy nak tau tentang nfp..blh tlg tunjuk ajar trade ketika nfp.

  • @vs03farid93
    @vs03farid93 2 роки тому +1

    Saya cari nama scammer tu kt tele. Saja la nk jadi investor die. Lpastu trus trang kt die. Udah2 la tu amek hak org. Stop la jadi scammer. Trus die block tele sy. Sedih kdang bile tgok org kene scam ni. Lagi2 dh belas² ribu kene scam mcm tu je..

  • @rasdar8502
    @rasdar8502 Рік тому

    Baru je ada mesej dkt whatsap aku avatrade dia kata bank in 200 3 jam tunggu bole dapat 6.800 tapi saya terfikir search pasal trade ni alhamdulillah dapat tengo video abang ni scammer rupa nya mesej tadi tu

  • @Biliu9
    @Biliu9 2 роки тому

    Cikgu hanzo..saya asal sabah.. Minat betul cara kamu mengajar pasal trade ni.... Bila lagi next season cikgu 😅🙏🏽😂

  • @aisyah_aleesa
    @aisyah_aleesa 2 роки тому

    Sedih la. Jgn pecaya sgt bende2 mcm ni. Sy dh pernah kne sekali.tu pun kawan sndiri. Lepas tu dh x percaya bende2 mcm ni. Susah wui nk dpt duit.

  • @FearOrGreed
    @FearOrGreed 2 роки тому +1

    Berhati-hati la dkt luar sana. Banyak modus operandi scammer ni dkt luar sana. Yang paling sakit hati baca SS chat akak tu dgn scammer mase dia transfer duit. Dah terang terang nama orang lain. Hmmm kesian dkt akak ni. Tolong guys, dizaman moden ni lagi mudah org menipu dgn teknologi yg ada. maka gunakan akal sebaik mungkin tanpa terjun ke dalam perangkap scammer. Nampak link pelik pelik pun jgn mudah click. Stay Safe

  • @RobbiSalam
    @RobbiSalam 2 роки тому +2

    iya makanya balik lagi bang lanjutin ajar siri belajar forexnyaaaa,,, jangan baperan pula bang niatin ajah buat ngajarinnn, ditunggu.

  • @anbushadowroot432
    @anbushadowroot432 2 роки тому +1

    Jgn buat benda pelik²
    #cikguhanzo
    Selamat hari raya cikgu, maaf zahir dan batin.

  • @sebywanted742
    @sebywanted742 2 роки тому +3

    lurus bendul betul kak siti tu😅😅

  • @jumeedejumeedee2207
    @jumeedejumeedee2207 2 роки тому

    Salam hanzo. Bagai mana nk mula meniaga ni. Saya dah banyak x.kena secam. Bagai mana nk atasi masaalah

  • @boyfishs7291
    @boyfishs7291 Рік тому

    Semoga semua pahala scammer diberikan kepada mangsa di akhirat nanti

  • @MrCn-yh6qu
    @MrCn-yh6qu 2 роки тому

    cekgu hanzo tolonglah nak ajar teknik fundamental forex!!

  • @aleeyamaisarah5659
    @aleeyamaisarah5659 2 роки тому

    Maaf nk tny, sy pn pnh join yg mcm company Park royal, garuda ape smua tu scammer jgk ke? Amount 500 profit sbln 1500 cmtu.. Pnh dpt skali je profit modal 3k dpt 5k lps tu modal yg lain diam seribu bhsa kononnya sbb pkp... Dn modal sy terbuku sejak pkp smpai skrg blom ade berita lg 😭.

  • @helmiminhat1542
    @helmiminhat1542 2 роки тому

    Sifu Hanzo.. Saya Dh Stop Industri Ni. Selepas Sifu Stop Siri Belajar Saya Dah Banyak Rugi. Tak De Motivasi Dari Sifu Emosi Saya Pon Tak Stabil. Terlalu Kejar Market🥲.

  • @faridyahya4896
    @faridyahya4896 2 роки тому

    Byk benda2 logik ..pembayran akan dimaklumkan sedikit Demi sedikit..itu kuncinya..mujur kak SITI ni X Di offer : X cukup Wang utk pembyrn, scammer boleh dahulukan pembyaran Tu (scammer Minta mangsa buat pinjamkan dgn nya) dgn syarat kene daftar Dlm apps yg scammer create..kene part ni lagi haruu.dah jd 1 pakej klau terkena MCM ni,abis Suma akaun yg Kita Ada diorg ni boleh tgk ..Allahuakbar

  • @Mr.charkueyteow
    @Mr.charkueyteow 2 роки тому +1

    Ss details tu aku penah jumpa. Scammer tu tarik aku gi group dia dari Group Hanzo ataupun group yg byk subscriber lain aku xpasti. Tp bila aku nampak je post details pasal so called untungan langit aku terus delete Dan report group tu. Sbb Tak logik dgn keuntungan byk tu invest usd1k dapat usd15k dlm masa sebulan. Power betol compounding dia ? Dan kalo logic pun fund manager xkan buat promo atau dia bole trade sendiri je, betol x?

  • @azirulyuzri4921
    @azirulyuzri4921 2 роки тому

    assalamualaikum boss hanzo. bos ada tak buat trading grow duit untuk orang lain. Means modal orang lain la? or bos ade kenal sape ii yang buat? Yang trusted la. 😅

  • @HJ-il9yd
    @HJ-il9yd 2 роки тому

    Link shopee tu betul2 padu bang . Rasa bersyukur

  • @mohamadfauzi2917
    @mohamadfauzi2917 2 роки тому

    Mmg hampir percaya pelaburan ni.. bila fikir balik, takkan dapat untung banyak dalam masa terdekat.. klu baca iklan dia mmg terliur untung dia byk giler 😬😬

  • @borneoukulele7458
    @borneoukulele7458 2 роки тому

    Harap2 jadi pengajaran seumur hidup.

  • @tgfzone2281
    @tgfzone2281 2 роки тому

    Byk org cepat buta hati & mata kalau tgk blh popit cepat, byk pulak percent yg dia janji popit...mmg confirm la scammer...forex trading ni bukan skim cepat kaya...tak caya korang tny hanzo, mesti pernah loss gak...hehe...nak capai tahap konsisten tu mmg lama...bukan esok belajar, bulan depan da blh pakai lambo...

  • @CostLower
    @CostLower 2 роки тому +1

    kenapa ea masih ada yang mudah percaya lagi scammer? tengok meseg ofer pon dah tahu scammer.2022 kot.

  • @kataonly9233
    @kataonly9233 2 роки тому

    Bagus bro bagi awareness pada semua org. Plus I love your style bro. Chill je.

  • @e.j.a.n8858
    @e.j.a.n8858 2 роки тому

    Bang nak tanya.. ASJ FOREX GLOBAL tu scamer ke real.. Baru join 3 hari ini.. Follow signal dia 3 hari profit.kawan yg ajak join ni kata ok dah 5bln main dan boleh withdraw .. Search youtube org luar ckp scamer. .. Hmm tolong pencerahanye bang HANZO

  • @fracl9369
    @fracl9369 2 роки тому

    aku pernah ditipu golongan scammer cam ni jugak.. kenal sama seorng "trader" lepas itu diorng tunjukkan profit2 dia lpas tu ajak saya masuk group signalnya didaftar sama brokernya. Padahal broker tu fishy dah xde regulation depo RM10k masa tu ikut signal bitcoin lepas. selepas signal dibagi "pakar analist" tu tanya dah masok order ke belom.. lepas tu harga spike terus hilang semua duit sbab x sempat letak SL. RM10k hilang dalam berapa saat camtu..

  • @RaflisAB
    @RaflisAB 2 роки тому +2

    Kasihan Kak Siti..moga jd iktibar buat semua.

  • @kaiiyoutube2927
    @kaiiyoutube2927 2 роки тому +1

    Aduii kesian yee😭 nak nangis aku😭

  • @sakilaharshad7960
    @sakilaharshad7960 2 роки тому

    Saya baru seminggu tengok video Hanzo sebelum 2. sambung lah lagi pembelajaran Hanzo.

  • @izrazak5035
    @izrazak5035 2 роки тому

    Akhirnya video baruuuuuu..layannnn👍👍

  • @mohamadyuzainiyus1315
    @mohamadyuzainiyus1315 Рік тому

    Tya pendpt bro..yunikon fx ni ape pendpt bro dh maintanence dr mei lg smpi skrg..

  • @asrulazman3634
    @asrulazman3634 2 роки тому +1

    Salam Hanzo, rindunya dgn siri belajar. Kalau tak keberatan boleh tak saya nak mintak lebih contoh berkenaan flag pattern, sbb bila back test saya masih tercari cari dan susah nak jumpa pattern ni. Tq

  • @smilee6249
    @smilee6249 2 роки тому +2

    ☺️ Saye pun pernah alami..... zalim orang macam ni

  • @ceritarekayasa524
    @ceritarekayasa524 2 роки тому +3

    Saya baru kena dengan scammer ni bulan lepas 😅abis rm 1200 saya hahahaha tak apa lh pengajaran untuk saya 🤣🤣🤣

  • @wanmohdsarapiwanzulkefli
    @wanmohdsarapiwanzulkefli Рік тому +1

    As salam brother Hanzo..nak tanya demo boleh tolong duk pasal deposit ambo sangkut di HFM? Kalu ada boleh rojer ko ambo..

    • @hanzoshadowcodes
      @hanzoshadowcodes  Рік тому +1

      wa.me/60132162420
      whatsaap admin saya kt HFM, insyaAllah dia bantu...kalau ada problem admin sy akan report kt sy

    • @wanmohdsarapiwanzulkefli
      @wanmohdsarapiwanzulkefli Рік тому

      Terima kasih boh...sy cuba..nanti sy rojer ke demo..

  • @bidzsmarthin8344
    @bidzsmarthin8344 2 роки тому

    Terima kasih bro

  • @locuscodex
    @locuscodex 2 роки тому +1

    Alhamdulilah Hanzo dh muncul 🥰

  • @mfaviator90
    @mfaviator90 2 роки тому +5

    Scammer atas nama forex juga, kononya dia trader terunggul siap berpudah. Tapi tipu beratus K dah duit orang.

  • @aldimahmuda
    @aldimahmuda 2 роки тому

    Hanzo, kalau support d break, bisa jadi tempat entry. Kalau tempat entry tu di break lagi bisa support lagi ke?

  • @ABC_6059
    @ABC_6059 2 роки тому

    selamat sore... sah scammer dari negara jiran, dorg kalau bab menipu memang bijak.

  • @fredpeter1166
    @fredpeter1166 2 роки тому +1

    nak belajar flag pattern lebih detail pls sifu :)

  • @umaarifsaharan7138
    @umaarifsaharan7138 2 роки тому +1

    Dulu aku bodoh dalam trading n xtau pasal trading..tp bile aku tengok bro henzo buat trading n ajar cara trading,aku jd cepat blajar..aku dah mula trading selama sebulan,dan dah kutip keuntungan..alhamdulillah

    • @RedAmazing
      @RedAmazing 2 роки тому

      Yeke tu.. ke temberang jew..

    • @fmmc833
      @fmmc833 Рік тому

      @@MrB0tak4rd eh? 😂

    • @MrB0tak
      @MrB0tak Рік тому

      @@fmmc833 4th

  • @zachyahya3844
    @zachyahya3844 2 роки тому

    Alahai kak siti..myirap rasa bila tgok org kena tipu mudah2

  • @taufiknazaki203
    @taufiknazaki203 2 роки тому

    Hampir gak nak terjoin masa puasa haritu. Siap ada group support yg tak tahan tu. Dekat seminggu aku selidik, sekali aku komen sikit dalam group, kebetulan pula chat tengah open. Tetiba dia kick aku keluar group. Langsung hilang kepercayaan aku 😂😂😂. Selamat duit aku..huh

  • @malioooooo
    @malioooooo 2 роки тому

    Sambil2 baca komen tu jom baca selawat sekali geng.
    اللهم صل على سيدنا محمد

  • @rachel7919
    @rachel7919 2 роки тому

    Kesian puan tu…moga diberi kemudahan….baik hanzo exposed org2 munafik gini..😠😠😠

  • @kaistraedufx2996
    @kaistraedufx2996 2 роки тому

    Bang betul ke forex trading ni patuh syariah? Boleh terang kan next video.. tq

  • @mariathegenetics6172
    @mariathegenetics6172 2 роки тому +3

    org ingat duit ni senang dpt kot . Even trade forex pn perlukan masa bertahun2 utk belajar shj. org ingat jd forex trader berjaya ni boleh jd sekelip mata kot. Jgn pikir duit ni senang dpt. And jgn senang2 bg duit dekat org. Org da buat video pemblajaran bnyk2 ni utk bg org belajar buat sndiri , blajar smpai pndai buat sndiri. bukan bg duit at org. hmm... beringat2 lah smua.

  • @Senyap619
    @Senyap619 2 роки тому +2

    Aku pelik lah orang2 kita ni, kalau skim cepat kaya je cepat masuk tapi bila nak belajar ilmu forex, attend class, x nak spend haha! sifu forex2 malaysia ni ramai yang bagi free ilmu, cemana nak trade semua and ada some siap bagi signal to practice kt demo BUT still org kita pilik nak join skim cepat kaya haha

    • @anaqi3869
      @anaqi3869 Рік тому

      Diorang yang macam ni jenis nak cepat kaya tapi goyang kaki taknak belajar apa2. Diorang harap duit masuk je setiap hari😂😂😂

  • @mohdarhamnr7268
    @mohdarhamnr7268 2 роки тому

    Ini nama kebodohan senang dibodoh kan tanpa soal selidik dlu..mau untung cepat sampai sanggup tknak soal selidik dlu benda tu..memang kena la..

  • @xxmacaskill418
    @xxmacaskill418 2 роки тому

    aku 3 mingu lost 8k sbb baru belajar trade sakit kepala juga tapi puas hati dpt belajar, lost sbb nak profit 50 percent sehari hahaha lesson learned.

  • @borneoukulele7458
    @borneoukulele7458 2 роки тому

    banyak sngt masuk kt tele Sy. Sy pantun sikit je terus hilang.

  • @mohamadhafeez161
    @mohamadhafeez161 2 роки тому

    Semoga kak siti dapat belajar dari kesilapan dan dapat balik wang simpanan. Terima kasih dan salam rindu pada cikgu hanzo.

    • @hamidijafri
      @hamidijafri 2 роки тому

      Siti... Lupa kan saja... Dah hilang pun...

  • @aimankhairul4481
    @aimankhairul4481 2 роки тому +1

    Wah, setelah sekian lama menyepi 😁

  • @azmanzolkepli8285
    @azmanzolkepli8285 2 роки тому

    Dah banyak dah bang skim macam ni.Alhamdulillah saya x labur sebab saya fikir mana ada semudah itu nak dapat duit cepat.klu guna robot pun profit x banyak camtu dalam masa 6 jam.

  • @sandyceptajunior726
    @sandyceptajunior726 2 роки тому

    🙏Terimakasi atas semua ilmu yang sudah tuan ajar selama ini

  • @aminroslan951
    @aminroslan951 2 роки тому

    Welcome back bro

  • @mohdsuqairi9754
    @mohdsuqairi9754 2 роки тому

    Aduh kesian Pn Siti.. dah kena kencin jam 10pg kena plak lagi jam 2pm.. double kill tu.. kesian dia..

  • @daniallo980
    @daniallo980 2 роки тому

    Upload je la pape hanzo kan youtuber 😜

  • @muhammadbizmrthq6807
    @muhammadbizmrthq6807 2 роки тому

    selamat hari raya brader

  • @muhammadbizmrthq6807
    @muhammadbizmrthq6807 2 роки тому +1

    makin berleluasa scammer ni dan belumada satu pun scammer macam ni yang tertangkap

  • @distortion494
    @distortion494 2 роки тому

    cikgu hanzo siri from zero to hero ad berapa siri?

  • @seventhsol5410
    @seventhsol5410 2 роки тому

    Terima kasih

  • @suzicicunchannel2727
    @suzicicunchannel2727 7 місяців тому

    mcmana kalo dh terkena? mcmana cr nak dptkan balik duit tu?

  • @jarren9878
    @jarren9878 2 роки тому

    Bro hari tu dollar market ade buat hal ke, member deposit 500$ sbb ada free hari raya,baru cuma guna dollarmarker, trade dalam semingu profit 20k usd, bila nak wd, terus dollar market bgi email mengatakan kawan ni scammer, trade gold je, hoklahh dgn 20k burn, modal yg 500$ pun burn acc kena investigate

  • @mantteratube
    @mantteratube 2 роки тому +2

    mangsa memang tak ada ilmu langsung tentang forex....mudah sangat tertipu....

  • @lavunkchannel
    @lavunkchannel 2 роки тому

    Parahh..terbaik boskuu..