CAMERON CENTRUM MALL BRINCHANG | TEMPAT WAJIB SINGGAH | TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLANDS

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 16 лют 2023
  • Dimasa Cameron Centrum baru dibuka duhulu, ramai orang berpusu-pusu masuk kesini disebabkan suka suasananya seperti luar negara. Bukan apa, ini adalah satu-satunya shopping mall gaya moden kat Cameron yang ada. Dahulunya bila cuti di Cameron Highland Pahang Malaysia, asyik bergambar dengan bunga sahaja. Sekarang anda boleh mengambil gambar lebih cantik dengan suasana bertema kan London juga. Anda mungkin boleh terlupa yang anda berada di Malaysia. Ini shopping mall terbaru kat Cameron Highlands ini. Dan shopping mall Cameron Centrum adalah salah satu tempat wajib singgah di Cameron Highland ini buka sampai malam hari. Jadi anda boleh keluar dengan keluarga bila malam tiba. Ramai yang suka ke sini sebab didalamnya kelihatan seperti bandar moden dan sangat cantik. Boleh ber OOTD dan bergambar untuk kenang kenangan. Untuk masuk kesini adalah percuma.
    Lokasi Cameron Centrum Cameron Highland
    goo.gl/maps/f2rN2TPVqhdvGRL59
    Lawati juga blog Addashuk untuk lebih artikel-artikel menarik
    www.addashuk.com
    Alang-alang anda sudah berada di sini, anda boleh makan malam di kedai fast food seperti Pizza Hut dan Marrybrown, Starbucks, Family Mart. Dan untuk anda yang ingin beli barang keperluan cuti, boleh jenguk barang barang berkenaan di supermarket Billion di tingkat bawah. Sesetengah signboard di sini seperti Family Mart adalah berwarna hitam putih. Dan bukannya hijau macam biasa. Sebabnya polisi syarikat Family Mart menyatakan yang warna hijau untuk signboardnya akan dibuat begitu untuk cawangan yang kawasannya ada panorama cantik berlatar belakangkan alam semulajadi. Sebab mereka tidak mahu warna hijau signboard mereka lebih menyerlah dari suasana hijau alam sekitarnya.
    Apa Ada Di Cameron Centrum Mall Brinchang ni? Cameron Centrum adalah tempat wajib pergi di Cameron Highland. Antara tarikan yang ada dekat sini ialah ada disediakan perkhidmatan Tram, ada deretan kedai seperti Baskin Robbins, Family Mart, Marrybrown, Billion, Guardian Dan banyak lagi kedai yang akan dibuka. Cameron Centrum adalah salah satu tarikan baru Di Brinchang Cameron Highlands yang sangat cantik seolah olah anda berada di negara Eropah. Kalau jalan-jalan di mall terbaru Cameron Centrum ni rasa macam tengah jalan dekat Eropah. Dengan suhu sejuknya, dan senibina bangunan ala-ala English style memang boleh lupa rupanya anda berada di Malaysia. Siapa yang suka selfie, disinilah portnya… Memang puas hati untuk menangkap gambar. Salah satu tempat menarik di Cameron Highland ini adalah Cameron Centrum Mall.
    Setakat ini sahaja video yang kami sediakan kali ini. Diharapkan penonton mendapat informasi dan pengalaman yang berguna untuk perancangan percutian anda. Jangan lupa sabskraib addashuk channel untuk lebih video-video menarik dan jangan lupa aktifkan loceng untuk tidak ketinggalan video-video yang akan datang. Terima kasih kerana menonton.

КОМЕНТАРІ • 27

  • @izzaniielachannel
    @izzaniielachannel Рік тому +1

    trbaik selalu atas perkongsian video nye.

    • @Addashuk
      @Addashuk  Рік тому

      Mantap tuan.. Selalu support

  • @mdhanifmatubber4311
    @mdhanifmatubber4311 Рік тому +1

    Syaa pun sudah kirja ini tempat 1 tahun ❤❤❤❤ I miss

    • @Addashuk
      @Addashuk  Рік тому

      Sekarang sudah tidak kirja lagi ka?

  • @MyTechKelantan
    @MyTechKelantan Рік тому +2

    Comel tempat weh..

    • @Addashuk
      @Addashuk  Рік тому

      Sini lamo dh ado, meme comel tepak utk bergambar, supo duk di negara eropah

    • @jimimc8016
      @jimimc8016 28 днів тому +1

      ​@@Addashukdemo ore kelate beloh mana.

    • @Addashuk
      @Addashuk  28 днів тому

      Kawe duduk mache dkt uitm

  • @AkokChannel
    @AkokChannel Рік тому +1

    Terimo kasih sudi tunjukkan tempat hok molek ni.

    • @Addashuk
      @Addashuk  Рік тому +1

      Terima kasih akok, bilo balik kelate, sbb kawe nk buat collaboration dgn KelateKia.. Dia ajak jgk demo.. Jom2

    • @AkokChannel
      @AkokChannel Рік тому +1

      @@Addashuk nanti Akok Roger deh

    • @Addashuk
      @Addashuk  Рік тому +1

      Bereh2

  • @amirism91
    @amirism91 Рік тому +1

    cameron highland dah jadi mcm genting highland dah

    • @Addashuk
      @Addashuk  Рік тому

      Suhu sekarang dh xsejuk mcm dlu2

  • @Onyucifer
    @Onyucifer Рік тому +1

    Hi.. kalau pergi hari biasa n cuti sekolah, better pergi awal ke tak kisah? Akan jam x? Naik trem semua tu bermula pukul berapa?

    • @Addashuk
      @Addashuk  Рік тому

      Hari cuti sekolah biasa jem teruk la kt pasar kea farm brinchang, kalau hari biasa kurang la jem.. Naik trem kt mana tu, kalau kt Cameron Valley xkisah pun pkul berapa

    • @Onyucifer
      @Onyucifer Рік тому +1

      @@Addashuk kalau kat centrum, jam x? Saya tgk ade video tunjuk kat situ pukul 10 lebih dah jam nak masuk. Naik trem kat Centrum tu

    • @Addashuk
      @Addashuk  Рік тому

      Sy pergi hr tu musim cuti sekolah, pkul 9 dh start jem.. 😅 😅 😅

  • @kelompokbelajar11
    @kelompokbelajar11 5 місяців тому +1

    Kak di cameron apa ada grab

    • @Addashuk
      @Addashuk  5 місяців тому

      Kt Cameron ada grab tuan..

  • @nikmanb.acyclo3491
    @nikmanb.acyclo3491 Рік тому +3

    Secara peribadi saya tidak setuju CH dibuat mall sebab biasanya kita ke CH kerana sukakan alam dan suasana kebun tanamannya.kalau pembangunan pesat suhu jadi panas, hilang nikmat ke CH. Kalau nak pergi mall baik kat KL jer atau ke Genting.

    • @Addashuk
      @Addashuk  Рік тому +2

      Owh, sini dio buat mall terbuka jah, kiranya mall dia di celah antarabdua bangunan, bumbung dia letak macam kanvas khemah. Maknanya ni konsep outdoor mall

    • @AbgZaidy
      @AbgZaidy Рік тому +1

      Btl klau dah alam semulajadi dibuat mall xmnarik lg la tmpat tu

    • @Addashuk
      @Addashuk  Рік тому

      Dia bukan macam mall jgk, kiranya kt sini macam outdoor mall, dua bangunan kat tgh2 tu dia guna bumbung kanvas saja

  • @norhayatinordin2659
    @norhayatinordin2659 Рік тому +1

    Assalamualaikum
    Boleh beri nama homestay@apmnt servis@hotel..
    Saya minat tempat ini..menarik sgt 👍❤

    • @norhayatinordin2659
      @norhayatinordin2659 Рік тому

      Tak panas@rimas..tak berpeluh2..he3

    • @Addashuk
      @Addashuk  Рік тому

      Sis boleh tgk video ni, saya stay kt Snooze Too Hotel, jalan kaki saja untuk ke Cameron Centrum... Cameron Centrum ni mcm mall celah2 bangunan je.. Memang xberpeluh 😅😅😅