TEKANAN DALAM CECAIR ( FIZIK KSSM)
Вставка
- Опубліковано 20 вер 2024
- Dipersilakan Download Soalan Untuk Tutorial
drive.google.c...
FIZIK KSSM BAB 2 TEKANAN CECAIR
PHYSICS KSSM CHAPTER 2 PRESSURE IN LIQUID
0:35 - Pengenalan Tekanan P=F/A
8:52 - Menerbitkan Formula Tekanan Dalam Cecair
12:44 - Faktor Mempengaruhi Tekanan Dalam Cecair
15:33 - Pengiraan Tekanan Dalam Cecair
29:38 - Jumlah Tekanan (Tekana Cecair Dan Atmosfera)
35:37 - Tekanan Cecair Dalam Unit mH2O dan mmHg
Salam Semua.. Panjang Bebenor Video Kali Ini.. Tak Apa, Saya Sudah Bahagikan Kepada Masa Tertentu Supaya Mudah Untuk Anda Mencari Dan Belajar..
0:35 - Pengenalan Tekanan P=F/A
8:52 - Menerbitkan Formula Tekanan Dalam Cecair
12:44 - Faktor Mempengaruhi Tekanan Dalam Cecair
15:33 - Pengiraan Tekanan Dalam Cecair
29:38 - Jumlah Tekanan (Tekana Cecair Dan Atmosfera)
35:37 - Tekanan Cecair Dalam Unit mH2O dan mmHg
Tq cikgu
cikgu, mohon tolong pin comment ini supaya mudah mencari comment ini. Terima kasih cikgu..
@@razlanbinramlikm-pelajar6689 eh rasanya udah pin komen ini.. anyway thank ya
Hebat, cikgu 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
Trimakasih Cg! 🤩
Terima kasih cikgu,sgt ringkas dan mudah faham
Terima kasih cikgu!....walaupun panjang tetapi saya pasti semua boleh faham satu-satu.
terima kasih banyak” cikgu ..im appreciated it 😭💗💗💗
semoga cikgu dapat sampai bab kuantum 🤲🏻🥰
Tq Cg.... Mudah utk saya fahami .... Alhamdulillah 😊
mataceh cikgu , terus minat fizik lepas tgk ni , rasa cam senang pulak hehe
Sama2.. Fizik spm mmg mudah pun 😁😁
Alhamdulillah...semoga cg dimurahkan rezeki😊
CIKGUUU SAYA suka lah cikgu ajar best sangat and faham..saya share channel cg kat kawan kawan saya sebab video-video cg membantu sangat😆
terima kasih cikgu atas ilmu yang cukup banyak ini
Terima kasih cikgu, banyak tengok video cikgu sebelum spm physics tadi ☺️
tq cg ,saya dah semakin faham tentang fizik,alhamdullilah, harap ii spm fizik saya a, cg tolong doakan saya ye
insyaAllah, amiin.. terima kasih kembali.. semoga cemerlang A+ amiin..
30:21
terima kasih cikgu . faham sangat !
Terima kasih cg senang nk faham💯
Terima kasih cg atas ilmu yg mudah difahaminyaa😍been waiting for the next topic.. 😂😂Hmm nk khatam vid cg before masuk asrama nnti ehee
TQ senang nk faham cg ajar kalau kat sek pecah otak nak faham
biasa lah, first time dengar mmg tak berapa faham.. bila dengar kali kedua dan ketiga, akan mudah faham.. teruskan usaha
Tahniah..alhamdulillah..cg afifi..byk membantu guru n plajar...
wow hampir 1 jam cikgu
Silap patut part tekanan air dengan atmosfera tu boleh masuk part 2 😅😅
Terima kasih sir...Alhamdulillah saya sudah faham...
Terima kasih kembali, semoga terus cemerlang
video ni sangat membantuu🙂🙂🙂🙂 thankyouu cg afifi😍😍😍
Alhamdulillah, terima kasih kembali.. semoga terus bermanfaat
@@MohdAfiffiPhysics cg.. tajuk gelombang bab5 tingkatan 4 mmg cg tak buat vd ke? 🥺🥺
@@najiahmaisarah maaf belum
Terima kasih cikgu~
Terima kasih, Cikgu..
41:33 kenapa soalan mcm ni kene ambik 0.85 tu terus eh ? 0.85 bukan kedalaman air tu eh ..tak payah kira guna formula tekanan cecair tu ke cikgu ? sy tk faham part ni 🥹
ada dua cara kira tekanan.. satu dalam unit Pascal.. satu lagi dalam unit kedalaman cecair..
mudahnya buat dulu dalam unit tekanan cecair (kedalaman cecair).. then dah dapat nilai akhir, baru tukar kepada pascal guna formula..
jazakallahu khairan kathira cikgu!
Tq cikgu
Terima kasih cikgu
Terima kasih cg😊mohon halalkan ilmu✨
terima kasih kembali, semoga bermanfaat ya
Cikguuu saya awal hri nii 🥰
hahaa.. tahniah, power2..
terima kasih cikgu
terima kasih cikgu 😊
terima kasih cikguuu!
Terima kasih cikgu.Kesian cikgu mesti penat.Saya doakan cikgu sihat sentiasa dan murah rezeki.Doakan saya A fizik cikgu.
thankyou cikgu
Terima kasih cikgu 😀😀😀 alhamdulillah faham
Terima kasih kembali.. teruskan dengan membuat tutorial supaya lebih faham 🤓👍
25:01 kenapa unit takyah tukar? Saya tak jelas apa yg cikgu cakap. Final answer density kan dalam unit kgm-3
Unit tak perlu tukar merujuk kepada kedalaman yang dalam cm tu, tak perlu tukar kepada meter..
Terima kasih banyak2 cg
Slm cikgu..tekanan atmosfera diberi ke cikgu
Biasanya diberi jika perlu digunakan
@@MohdAfiffiPhysics mekasih cikgu
cikgu untuk unit h mmg kne tukar jadi meter kee
ya sebab unit akhir tekanan adalah Pascal, Pa merupakan unit SI.. so semua pengiraan perlu dalam unit SI.. sebab tu h mesti dalam meter..
terima kasih cikguu :3
Tq cgg
terima kasih cikgu 🤍 semoga cikgu konsisten buat video sampai habis tajuk kssm . video cikgu sangat membantu di musim pandemik ini
Terima kasih kembali, insyaAllah semoga diberi kelapangan
21:40 cgu untuk soaln ni unit mmg kene kgm3 ke bole tulis Pa
tidak,. kgm-3 adalah unit ketumpatan..
Pa adalah unit tekanan, ia setara dengan Nm-2
Cikgu, knp yg latihan 1.bongkah Tu x amek Luas 4x3
Luas minimum dan luas maksimum.. sebab soalan minta tekanan maksimum dan minimum..
38:24 kenapa h =14 dan bukan 4m ya?
sebab soalan minta jumlah tekanan kat dasar kolam.. tekanan dasar kolam adalah gabungan dua tekanan iaitu tekanan air (4m) dan tekanan udara di atasnya (10m)
nilai tekanan udara dalam unit meter air adalah 10.. so kalau tekanan udara + tekanan air, tu yang 10 + 4 = 14 m..
dah dapat 14 m, baru boleh masuk ke formula kalau nak cari dalam pascal
@@MohdAfiffiPhysicsknpe tak kira phg dlu bru +Patm ?
@@miloos sama juga.. cuma dua kali kerja.. tambahan lagi kalau soalan tak beri berapa Patm dalam unit pascal..
terima kasih cikgu . sangat membantu
Assalamualaikum cikgu yang budiman.
Saya juga seorang guru Fizik. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan atas penerangan yang mantap. Tidak bergantung kepada buku teks semata-mata. Saya tertarik dengan medium yang cikgu gunakan. Ternyata papan putih tetap ABM yang terbaik. Saya ada soalan:
Adakah cikgu letakkan kamera/ handphone di atas tripod bagi tujuan rakaman?
Terima kasih jugak atas tutorial berserta jawapan. Mintak halal untuk saya gunakan.
Looking forward for more videos from u... Well done! =)
Waalaikumussalam wbt.. terima kasih kembali atas sokongan cikgu..
tentang kamera, ya saya menggunakan tripod yang boleh dilaraskan sama tinggi dengan saya.. kamera bersambung dengan laptop yang terlindung di sebelah kanan video..
@@MohdAfiffiPhysics Assalamualaikum. Terima kasih cikgu, alhamdulillah pengajaran yang menarik. boleh cikgu buat tutorial setup masa ? dan adakah pelajar boleh tonton live?
@@zerrysus89 waalaikumussalam.. setakat ni semua recording.. sebab sy record ni tak tentu masa ikut free je
38:09 cg adakah ketumpatan air tetap? Iaitu 1000?
Ya.. ketumpatan air tulin 1000 kg/m3
Cikgu, soalan 3 tu klau kedalaman amek dari permukaan bkn ke kedalaman y 0.02 meter
Minit 16:38
x pada kedalaman 5 cm..
y pada kedalaman 15 cm..
20 cm tu dasar bekas.. y tak sampai bawah
@@zulihtisyam9374
assalamualaikum cg boleh cg tlg cek kn konsep saya ini.. 16:42 untuk jenis cecair yang sama maka ketumpatan nya sama jadi boleh guna kedalaman keseluruhan jadi tk perlu lagi tambah tekanan yang di atas
untuk 27:42 untuk yg jenis cecair yang berbeza maka ketumpatan berbeza jadi kena tambah kedalaman ikut jenis itu sahaja kemudian perlu tambah tekanan yang di atas
begitu ke cikgu?
tepat sekali.. Tahniah
terimakasih cikgu , doakan saya boleh jawab exam fizik minggu depan :) !
Amiin semoga cemerlang..!!
14:17 "awk jgn buat mcm pelangi pulak" 🤣sy tk tau knapa tpi sya trhibur
kannn hahaha
salaam cikgu, terima kasih atas penerangan terbaikk.
saya ada soalan, untuk soalan terakhir itu, maksud cikgu kita boleh tinggalkan jawapan dalam bentuk mH2o dan mmHg je sahaja ke? semasa menjawab tu? tak perlu convert to pascal? atau ikut kehendak soalan?
maaf jawabkan hhehehe..kena ikut kehendak soalan
Cikgu, saya confuse lah..P dan h sama ke ?
P tekanan, h kedalaman..
tetapi kalau unit cecair seperti cmHg atau meter air, dia gunakan h untuk mewakili tekanan..
contoh pada kedalaman 5 meter, jumlah tekanan adalah 15 meter air..
maksudnya kalau nak tahu tekanan dalam unit Pascal, jadikan 15 tu sbg h dalam formula hpg
Cikgu kt minit 28.00 kenapa kedalaman Py 0.5 meter bukan 0.7m?bukan kedalaman ukur dari permukaan air?
Tekanan Py adalah hasil tambah tekanan cecair pink (0.5 meter) dan biru (0.2 meter).. tak boleh total terus 0.7 meter sebab dua cecair yang berlainan.. kalau analogi math, 0.5x + 0.2x, kita boleh total terus 0.7x sebab pemalarnya sama iaitu x.. tapi kalau 0.5x + 0.2y, kita tak boleh terus total 0.7 dah.. gitu~
@@MohdAfiffiPhysics Ouh,faham ii...terima kasih cikgu
:)
😎👌
trimas cg
Alhamdulillah terima kasih cikgu,saya makin suka belajar fizik dengan cikgu.Mudah untuk faham.Semoga cikgu dipermudahkan urusan ✨
29:38 nanti sambung
assalamualaikum cikgu, tolong buat tajuk gelombang, tk berapa nk faham kalau bukan cikgu yg ajar...
Hm cikguuuu, mana cikgu menghilang ni. Lama tak upload video. Saya tertunggu-tunggu. Tiap hari check channel cikgu 😭
maaf, bulan ni agak busy, sebab spm dan beberapa perkara lagi huhuu
@@MohdAfiffiPhysics ooo yeke. Hehehe okayy tkpa, no problem
@@MohdAfiffiPhysics btw video cikgu semua membantu sgt sgt. Terima kasih!!
alhamdulillah cg, saya dah faham cara nak kira tekanan dalam cecair, mmg awesome cg! terima kasih byk byk, may Allah bless you sir!
Terima kasih cikgu. Cikgu, soalan tutorial tu ada tak versi bahasa Inggeris?
Selalunya mmg sy buat Bm dan Bi.. cuma kadang2 bila buat dua2 bahasa, jadi tak muat
44:14 merkuri tu dlm mmHg tapi kenapa cikgu tulis cmHg ? Jdi hasil tambah tekanan atm+cecair dalam cm = 27.6 cmHg lah kan ? Ke sy yg slh 🤔
cg sy ade 2 soalan
1. ketumpatan bg air biasa mmg 1000 ke
2. unit tekanan cecair tu maksudnye selain unit Pascal kn
1. Betul, ketumpatan air tulin Adakah 1000.
2. Tekanan Ada Berapa unit lain selain Pascal.. kalau guna cecair, Lebih mudah unitnya Dalam bentuk kedalaman..
wait cikgu, nak tanya kenapa 26:04 tak perlu tukar ke metre
boleh tukar ke meter, tiada masalah.. saya tidak tukar kerana formula yang digunakan sekarang adalah formula "berkembar".. jika formula sebelah kiri = formula sebelah kanan, maka unit tak perlu tukar.. (kecuali kelvin)
maksudnya kalau kiri saya tukar ke meter dengan darab 0.01, maka kanan pun kena tukar meter, darab 0.01 jugak.. sama sahaja boleh cancel dua2
cg,kalau tekanan tanpa tekanan atmosfera eh kalau guna hpg terus dpt dlm unit pascal
pastu tekanan melibatkan tekanan atmosfera kita kena guna unit meter air dulu baru tukar kpd pascal?
unit SI tekanan adalah Pascal.. yang buat jadi banyak unit ni, adalah kerana tekanan atmosfera kita yang bernilai 100 kPa ni, dia boleh disebut dalam unit2 lain.. so lebih mudah kalau guna air, kita tambah dengan atmosfera dalam unit meter air.. kalau guna merkuri, kita tambah dengan atmosfera unit cm merkuri... gitu
assalamualaikum cikgu. terima kasih untuk video yang sangat membantu. nak tanya, cikgu ada buat video bagi subjek tingkatan 5 bab 6 : fizi nuklear? sebab macam tak jumpa pula.. tq cikgu..
Waalaikumussalam.. ya maaf gelombang dan nuklear belum buat.. elektronik pun tak habis
@@MohdAfiffiPhysics oh begitu. Baik, terima kasih sekali lagi👍
@@nurulhusna850 terima kasih atas sokongan, insyaAllah akan cuba cari masa utk buat 😊😊
assalamualaikum cg afifi kenapa kedalaman(h) utk soalan minit ke 28.12 kenapa cg tak tambah semua kedalaman....cecair yg berbeza mempengaruhi kedalaman ke cg?
tak boleh tambah semua kedalaman sebab cecair berbeza.. sebab kalau ambil semua kedalaman, h.. ketumpatan nak ambil cecair yang mana satu? ketumpatan tak boleh tambah gitu aje..
@@MohdAfiffiPhysics terima kasih cg..doakan saya 11A+ spm cg...saya support cg sampai habis spm😄
@@mintzmuhaimin6174 terima kasih atas sokongan walaupun smpai habis spm aje hahaaa
16:42 cg kenapa soalan ini titik y tak tambah dengan tekanan di titik sama
macam 27:43??
sbb dua dua jenis soalan sama tekanan yang atas tolak ke bawah
Ya betul.. utk soalan 16:42, tekanan pada titik x pada kedalaman 5 cm adalah = 490.5 Pa..
tekanan pada titik y adalah 10 cm di bawah x.. kalau guna P=hpg, ambil h = 0.10 cm (dari x ke y) kita akan dapat 981 Pa..
so total masih akan dapat sama = 981 + 490.5 = 1471.5 Pa..
=============
cuma kes ini kita boleh ambil terus kedalaman keseluruhan sebab cecair yang sama..
Cg kalau sy x guna rumus h1p1=h2p2 untuk soalan "same level same pressure" tu xpe kn?sy guna formula yg cg ajr tu h=hpg yng potong ii graviti tkp kan kalau dalam exam?
sama sahaja.. asalkan jawapannya betul
Ok cg,Thankyou!
45:02 cg maksudnya tekanan dalam unit mmHg sama dengan ketinggian dalam unit pascal kn cuma kena tukar unit dlm m
Ya.. mmHg tu cuma tinggi h dalam formula hpg.. so nk kira dlm pascal kena dalam meter
Cikgu, boleh ajar macam mana nak letak calculator dalam slide mcm ckg buat tu? Saya nak Cuba guna untuk micro teaching
Cuba buka kat sini.. download dan terus boleh guna.. tak perlu install
drive.google.com/file/d/1QJDF8Y62Cu-xdvQww-GuO419qZQ8NUXe/view?usp=drivesdk
Cikgu kalau nak tukar pergi kilopasca bahagi 1000?
cikgu tak buat vid dalam bahas english ke
Maaf Kurang fasih berbahasa inggeris..
Kalau kbsm dekat graviti tu kita kena masukkan 10 ka?
ya, kbsm nilai g adalah 10.. kssm, 9.81.. lebih accurate la
@@MohdAfiffiPhysics thank you cikgu
assalamualaikum,cikgu. boleh saya tanya kenapa gravity dia 9.81 ye? sbb cikgu saya ajar gravity 10N
kbsm nilai 10.. kssm dia ubah nilai lebih accurate 9.81.. ini nilai yang digunakan oleh form 6 dan universiti
tq cg... cg mohon share vid prinsip pascal...huhuhu
Terima kasih kembali.. mungkin bulan depan baru boleh smbung video kut sbb skg busy dgn spm huhuu 😔
cikgu dah sebulan hilang 😭 mohon cikgu cepat tak busy dan boleh sambung chapter chapter form 5
Bab elektrik dan elektromagnet dah buat tahun lepas.. 😁👌
Tekanan atmosfera ada dalam air ke cikgu.?
Pada seekor ikn dlm laut ada:
jumlah tekanan =ada tekanan atmosfera +tekanan cecair
Jika soalan tanya "berapa tekanan yg dikenakan oleh air", maka hanya kira tekanan air shj..
Jika ditanya jumlah tekanan, baru tambah atmosfera.. tekanan atmosfera berada di atas air.. maka yg dalam air juga akan merasai tekanan tersebut
Cg buat lg cg bab seterusnya sbb cg sy bole fhm cg...
Terima kasih.. bab seterusnya tekanan atmosfera, boleh rujuk playlist ya.. yang lain insyaAllah akan diusahakan
Cikgu yg kira jumlah tekanan antara merkuri dengan atmosfre tu yg tinggi tekanan dlm merkuri tu tk yh tukar kepada meter ka
1. tengok cecair yang digunakan.. (contoh merkuri)
2. tambah dengan atm yang sama unit dengan cecair tadi
3. jika atm tu dalam unit mmHg, maka ketinggian merkuri perlu dalam mm..
4. jika atm tu dalam unit meter air, maka ketinggian air perlu dlm meter.
5. nak tukar kepada Pascal, wajib tukar meter
nak tanya apa beza rumus h1p1=h2p2 dgn rumus P=hpg cg? dan soalan yang mcm mana yg sesuai utk guna rumus h1p1=h2p2 tu cg?
h1p1 = h2p2 adalah apabila dua cecair dibandingkan dengan TEKANAN YANG SAMA..
sebab ia bermula dengan
P1=P2.. kemudian baru jadi
h1p1g1 = h2p2g2
Bila nak sambung topik yg seterusnya cg..
lambat sikit lah sbb sekarang minggu SPM.. banyak urusan rasmi smpai hujung bulan ni.. huhuu
@@MohdAfiffiPhysics baik cg 😊
Cikgu, jumlah tekanan sama maksud ke dgn tekanan sebenar?
hpg+atm
ya.. iaitu tekanan cecair + atmosfera
Cikguu nak video bernoulis principal hehe
assalamualaikum cgu dalam minit 42.21 kenapa 10.85 diambil sebagai kedalaman air . Bukankan 10.85 tu tekanan air
paskal pom pom pom
Keliru nk guna 76 cm Hg atau 760 mm Hg..
mn2 blh guna ke?
Sama sahaja.. tapi apa pun tengok soalan dia nak mana.. atau dia beri yg mana
💕
cikgu, kenapa ada yg kena tukar kepada m. ada yang tak tukar kepada m?( kekal cm)??
1. Tukar meter jika soalan minta jawapan dalam unit Pascal (kerana Pa adalah unis SI)
2. Tukar meter jika nak tambah tekanan atmosfera, 10 m H2O.. (sama unit baru boleh tambah)
3. Tukar kepada cm atau mm jika tambah tekanan atmosfera merkuri, 76 cmHg atau 760 mmHg.. (bagi unit sama, baru boleh tambah)
4. Tidak perlu tukar unit jika persamaan seimbang kanan dan kiri.. contoh, P1=P2.. h1p1g1 = h2p2g2
@@MohdAfiffiPhysics oooo faham. terima kasih cikgu!
besok spm!!
Cg, memang kene guna 9.81 ke kalu dlm perikse?
kssm akan mula guna 9.81 sepatutnya
@@MohdAfiffiPhysics ooo, ok cg. Tq
Cikgu boleh saya tanya
30:46 ya allah ikan tu lagi tertekan dari aq-
Cg tlng sambung bab seterusnya .
Because I don't understand
mungkin bulan hadapan baru dapat buat video seterusnya.. sebab sekarang sudah mula busy dengan urusan peperiksaan spm
Assalammualikum,cikgu saya nak tanya tekanan adalah satu konsep di dalam fizik.macam mana pulak dengan tekanan di dalam air konsep jugak ke cikgu
assalaikum cikgu, soalan tutorial tu ada jawapan tak? hihi
Saya x faham yg "same level,same pressure"tu
boleh tengok video atmospheric pressure.. mungkin boleh faham
menarik
bereh boss