Mancing Ikan PATIN di Sungai Dengkil‼️PATIN SUNGAI DENGKIL TAK CEREWET TENTANG PERAMBUT?

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 16 жов 2024
  • Kaki pancing di sekitar Lembah Klang tentu kenal dan tak asing bagi mereka tentang Sungai Dengkil yang kaya dengan beberapa spesis ikan terutamanya Patin Buah, Baung, Lapam, Bandaraya dan Talapia. Namun yang paling popular dan menjadi ikan target ialah ikan Patin.
    Spesies Pegasius yang biasa disebut ikan patin merupakan jenis ikan air tawar yang kebanyakan masanya bermain di dasar perairan. Untuk memancing ikan jenis, ada beberapa teknik, tips dan trik tersendiri.
    Rangkaian set pancing ikan patin lazimnya menggunakan pelampung atau pemberat. Rangkaian perambut biasanya pula terdiri dari 1 atau 2 mata kail ukuran kecil hingga sederhana. Perkara ini penting kerana ikan patin tidak memiliki mulut yang terlalu besar.
    Umpan yang paling digemari mengikut cubaan aku ialah roti gardenia digaul dengan paste strawbery dan juga buah berembang. Umpan yang lain juga mendaratkan ikan tetapi peratus agak kurang berbanding 2 umpan yang disebut tadi.
    Ikan patin tidak akan membawa umpan dalam satu kali sentapan, sebaik saja tali pancing bergerak beberapa saat cepat-cepat sentap joran anda. Terlewat menyentap akan mengakibatkan umpan dimuntahkan oleh ikan dan terlepas.
    kesimpulannya bagi aku ikan patin di sungai Dengkil ni memang tak memilih jenis perambut tetapi lebih kepada memilih jenis umpan yang di gemari.
    ⚠️ Kepada rakan pemancing, jika bertandang ke sungai ini silalah berhati-hati kerana terdapat sang buaya.
    #mancingikanpatinsungaidengkil #Pegasius #mancingikanpatin #memancing #ikanpatin #patin #memancingdisungai #sungaidengkil #sungaidengkil #sungai #dengkil #river #fishing #fishingvideo #fishingtips #fishinglife #hobby #kakimancing #videomancing #pekandengkil #fish #catchfish #catchfishtechnique #joran #teknikmancing #caratangkapikanpatin #umpanrotigardenia #rotigardenia #umpanroti #umpan #nature #explore #bigfish #fyp #gnola79channel #xpdcmemancing #umpanpower #portmancing #adventure #perambut #tangkapikanpatin #patinmasaktempoyak #patinsedap
    🌟 My channel are base on how make money on youtube. Every video might not the same but somehow all video has one purpose. How to make money with it.

КОМЕНТАРІ • 64

  • @riezothman
    @riezothman 7 місяців тому +1

    Paduuu... Hadirku tanda supot kaki Pancing Braderhood Satu Malaysia 🇲🇾

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  7 місяців тому +1

      Alhamdulillah... Ada masa kumpau berdarah gak tuan...🤣
      Terima kasih tuan kerana sudi singgah ke Gnola79 Channel 👍 👏 😉

  • @sardinochannel1907
    @sardinochannel1907 10 місяців тому +1

    Hadir bos ku, salam strike ❤❤ nih sedikit kopi hitam nya di kirim

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  10 місяців тому

      Salam dari Malaysia mas... Terima kasih kerana mas sudi singgah ke Gnola79 Channel 👍👏😉

  • @paceran
    @paceran 8 місяців тому +1

    Wahh mantap‼️sg langat sg buaya Banting pun kerap sy dapat patin ada saiz,sy ada upload video patin tumpas serta umpan yg digunakan❤

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  8 місяців тому

      Ooo ye ke tuan? Mesti otai memancing ni 👍👏... Terima kasih tuan kerana sudi singgah ke Gnola79 Channel 👍 👏 😉

    • @paceran
      @paceran 8 місяців тому +1

      @@Gnola79Channel baru belajar pakai rod 14ft,memang layan untuk sungai lebar,sama² tuan,ada masa boleh cuba memancing di sini,sekarang musim udang galah weekend memang ramai org dekat tebing&naik bot..

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  8 місяців тому

      @@paceran Terbaik tuan. Semoga terus sukses 👍👏

  • @NickQlatey
    @NickQlatey Рік тому +2

    mantap bang.... hadirrr

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  Рік тому

      Terima kasih bro Nick Qlatey sudi singgah ke Gnola79 Channel 👍👏😉

  • @XxamIsmail
    @XxamIsmail 2 роки тому +1

    Rindu nya nk komplot lagi...

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  2 роки тому

      Errrrmmmm.... Ko pun dah dok jauh skg ni... Nampaknya aku dah x boleh la naj bergambo dengan ikan ko lagi 😂😝

  • @mohamadyazid269
    @mohamadyazid269 7 місяців тому +1

    kadar tankapan sgt tingi..tapi sungai ni mmbekalkan stok patin yg sgt byk. pasal umpn tk crewet.roti ara sawet perot ayam dedak semua bole pakai

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  7 місяців тому

      Betul tu tuan. Setakat ni kalau pergi mancing area sungai langat jarang nk kumpau berdarah. Paling kurang pun dapat ikan keli 😅... Cuma patin area sg langat ni agak berbau la isi ikan dia. Bukan setakat bau lumpur, isi ikan dia pun rasa mcm bau minyak. Lebih² lg kalau dapat kat area pekan dengkil. Org kata patin sg selangor lagi sedap & tak berbau. Masaalahnya 2× g, kumpau berdarah kaw²... Dah la jauh nk g ke sana 😅.... Btw terima kasih tuan kerana sudi singgah ke Gnola79 Channel 👍 👏 😉

    • @mohamadyazid269
      @mohamadyazid269 7 місяців тому +1

      @@Gnola79Channel jgn putus asa..kalau sg sgor kumpau cube kt sg bernam..umpan buah ara dn perot ayam..rujuk youtube yg berkaitan mancing sg bernam

    • @mohamadyazid269
      @mohamadyazid269 7 місяців тому +1

      @@Gnola79Channel abg dpt 2eko patin kt sg sgor..memang sedap..bau dn rasa normal..patin sg denkil sgt berbau..lebih2 lagi lepas ujan

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  7 місяців тому

      @@mohamadyazid269 terima kasih atas info & pandangan tuan

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  7 місяців тому

      @@mohamadyazid269 terima kasih atas info & pandangan tuan

  • @BNCcomny
    @BNCcomny Рік тому +1

    Mantappp

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  Рік тому

      Terima kasih tuan kerana sudi singgah ke Gnola79 Channel 👍👏😉

  • @superman5046
    @superman5046 10 місяців тому +1

    Nak tanya sikit bos,ikan sana xbau mcm ikan patin yg org jual kat pasar mlm tu ke,sbab sy pernah beli ikan patin kat pasar mlm,bau mmang kuat gila, pastu bila goreng, langsung xleh makan,sbb bau dia betul² kuat,smpai kepala sy pening dan sakit di sbab kan bau ikan tu,kalau mcm ikan keli,xpe la juga..ikan keli mmang xbau sgt..

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  10 місяців тому +1

      Ikan patin dekat area sg dengkil berbau lumpur gak tuan tapi tak la sekuat bau lumpur dengan patin kolam yg org jual kt pasar & pasaraya... Tapi kalau nak dibandingkan dgn patin sg pahang bagai langit dgn bumi 😅... Member bagitau patin sg sungai selangor rasa dia ok... de gak try p mancing sana tapi kumpau berdarah... Dlm channel saya ada video trip memburu patin dekat sana... Macam² umpan yg kitaorg bw tp jiran sebelah kami gak yg dapat hanya pakai buah sawit... Kitaorg pakai sawit peram pun tak jalan... Terima kasih tuan kerana sudi singgah ke Gnola79 Channel 👍👏😉

    • @superman5046
      @superman5046 10 місяців тому +1

      @@Gnola79Channel ,bau lumpur sy xkisah sgt,tapi bau mcm ikan org jual kat pasar mlm tu,aduhhhh...sgt mnyengat bagi sy..smpai skrang sy xnak beli ikan kat pasar mlm,takut kena yg bau tu..bau dia lain mcm..😅😅😅😅,hobi kita sama bos,cuma dah lama pencen,sbab merantau..nak pi mancing pun xdak kawan..sbab sy xsuka pi sorang,boring kalau layan sorang..lagi 1, takut jdi ape²,sbab tu sy xsuka sorang²..skurang nya,kalau ada kawan,ape² jdi,kawan tu boleh info kat org atau tolong kita..

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  10 місяців тому

      @@superman5046 sama la tuan... saya pun kalau xde geng memang tak g mancing... Biasanya kalau g mancing, saya la yg byk ambil gambar & video sebagai kenangan pada masa akan datang... kawan² kalau dah mancing mmg diaorg dah tak sentuh camera & camera tu 😂

  • @Fauzyfishing
    @Fauzyfishing 5 місяців тому +1

    Mantap jiwa bossku,,,
    Spot dengkil sebelah mana bossku,

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  5 місяців тому +1

      Dekat ngn pasar awam dengkil. Jambatan tu bwh highway elite tuan. Nak cite pun payah. Tuan tgk video jgn skip sampai habis. Masa balik ada tjk jalan nk g situ. Terima kasih tuan kerana sudi singgah ke Gnola79 Channel 👍👏😉

  • @EyusKhilaf
    @EyusKhilaf Рік тому +1

    Bang maaf nak tnya,,knp patin nak kena sentap??sy mancing patin x pernah sentap..tahu² rod bengkok..xpernah pulak sy sentap..kalau dia makan,,dia kan terus makan..tu yg buat rod terus melengkung

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  Рік тому

      Entah la tuan... Mungkin nak rasa ada feel dpt gorgon kot 😂... Kami ni pun bukannya otai bab² mancing patin... Selalu gak membangau... Mungkin masa kami pergi tu rezeki kami kot 😅... Btw terima kasih tuan kerana sudi singgah ke Gnola79 Channel 👍👏😉

    • @EyusKhilaf
      @EyusKhilaf Рік тому +1

      @@Gnola79Channel 🥰🥰🥰🥰

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  Рік тому +1

      @@EyusKhilaf Salam perkenalan tuan 👍👏

    • @superman5046
      @superman5046 10 місяців тому +1

      Mmang nak kena sentap sikit,sbab nak bagi mata kail tu masuk dalam lagi kat bahagian yg kena tu,patin xsama mcm ikan lampam dan udang,ikan lampam pun kalau ikut kan xboleh sentap kuat,boleh koyak bibir ikan tu,sy pernah dulu mancing ikan lampam,sy sentap kuat,skali naik,bibir ikan lampam je😂😂😂😂😂,..udang pula lansung xleh sentap..

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  10 місяців тому +1

      @@superman5046 Terima kasih atas pencerahan tuan 👍👏

  • @mohdmazlan2236
    @mohdmazlan2236 2 роки тому +1

    Mantapppppp hahahaha

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  2 роки тому

      Perrgghh!!!... Idola singgah komen weiiii 😘

  • @dausjohnbrochannel4647
    @dausjohnbrochannel4647 2 роки тому +2

    Lokasi kat mana ni teringin la nak pegi...saya tahu ni sungai Dengkil cuma nak pergi tempat dalam video ni nk cari macam mana ye

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  2 роки тому +4

      Kalau dari Putrajaya atau highway elite dia sebelum jambatan pekan dengkil... Masuk lorong kiri... Kalau dari balai polis dengkil selepas jambatan masuk lorong kanan... Port mancing tu betul² bawah jambatan highway elite kot... Bile masuk lorong tu x boleh bawa laju kang terlajak... Jalan masuk dlm tu ada pokok kelapa sawit... Terima kasih tuan kerana sudi singgah ke Gnola79 Channel 👍👏😉

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  2 роки тому +1

      Payah gak ni nak terang detail... Masa msk lorong yg kat jambatan dengkil tu terus je sehingga jumpa terowong kecik...lepas terowong masuk trs lorong kanan yg kat area ada pokok kelapa sawit... Lalu depan rumah org kat dlm tu... Ada sebuah rumah kat situ... Biasanya port ni sentiasa penuh... Masa kami pergi waktu bekerja... Kalau hari minggu atau cuti confirm penuh 😅

    • @dausjohnbrochannel4647
      @dausjohnbrochannel4647 2 роки тому +1

      @@Gnola79Channel ok terima kasih sudi berkongsi

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  2 роки тому

      @@dausjohnbrochannel4647 ... Sama² bro... Selagi lagi ucapan terima kasih kerana sudi singgah ke Gnola79 Channel 😊

    • @jezzlee720
      @jezzlee720 2 роки тому +3

      Dekat aje dgn Rumah saya..beberapa minit aje jalan kaki dari Rumah saya

  • @mohdhadikakipancing4506
    @mohdhadikakipancing4506 Рік тому +1

    👍👍👍

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  Рік тому

      Terima kasih tuan kerana tuan sudi singgah ke Gnola79 Channel 👍👏😉

  • @cheridhuanchewe3649
    @cheridhuanchewe3649 Рік тому +1

    Br g mggu lps..rzeki nmpk buaya.hahaha

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  Рік тому

      Ooo ye ke? Untung arr jumpa buaya 😅... Setakat p ni tak pernah jumpa lagi & tak pernah teringin nak jumpa 🤭👌😂... Macam mana? Ada bw cik tin balik ke? Btw terima kasih kerana sudi singgah ke Gnola79 Channel 👍👏😉

  • @MinLiangPang
    @MinLiangPang Рік тому +1

    boleh tanya locasi mana ? esok petang pigi 6:44

    • @MinLiangPang
      @MinLiangPang Рік тому +1

      kalau guna roti gardinia + predator boleh kah dapat?

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  Рік тому

      Ni area jambatan dekan pekan dengkil. U boleh view video sampai habis tanpa skip video untuk lebih tau jalan masuk ke sana 😉

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  Рік тому

      Kami semua pakai umpan roti gardenia dengan liquid perisa strawberry atau perisa pisang saje bro... Takpe u try je semua umpan. mana tau boleh dapat byk. Good luck bro 👍

  • @seliparputusoutdoorchannel5366
    @seliparputusoutdoorchannel5366 2 роки тому +1

    Umpan apa paling killer sifu

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  2 роки тому +1

      Uittt!!! Xde la sifu... Ada gak g membangau 😅... Setakat ni kalau turun sana, roti gardenia + perisa strawberry dah cukup terbaik.... Ada member guna perisa pandan pun ok gak ... Tgk rezeki gak... Terima kasih tuan kerana sudi singgah ke Gnola79 Channel 👍👏😉

    • @seliparputusoutdoorchannel5366
      @seliparputusoutdoorchannel5366 2 роки тому +1

      @@Gnola79Channel igt nk try gak patin liar...nk cari pot sesuai je x tau kt sana

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  2 роки тому +1

      @@seliparputusoutdoorchannel5366 ... Terbaik tuan... Rasanya sepanjang sungai Dengkil & Langat ok je kalau nk layan patin liar cuma semuanya bergantung pada rezeki gak.. Kadang² bile kita g port org kata terbaik , ada gak membangaunya... Rasanya kalau mancing malam lagi terbaik kot... Cuma x tahan la dgn nyamuk & gangguan lain ... Kena berhati² psl sg tu ada buaya cuma saya tak pernah lagi jumpa 😅

  • @dinochannel8470
    @dinochannel8470 2 роки тому

    Blh tumpang komplot skli ke bang? 😁

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  2 роки тому +1

      Ni geng² biasa kumpau tuan 🤭😂
      InsyaAllah kalau dipertemukan... Ni pun dah lama tak g membangau... Masing² bz memanjang je skg ni... Terima kasih tuan kerana sudi singgah ke Gnola79 Channel 👍👏😉

  • @kingtingvlog8613
    @kingtingvlog8613 Рік тому +1

    Location kat mana ni bang

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  Рік тому

      Dekat area jambatan pasar awam dengkil tuan. Terima kasih kerana sudi singgah ke Gnola79 Channel 👍👏😉

  • @saadiahusu6868
    @saadiahusu6868 Рік тому

    B

  • @akmalmahroob
    @akmalmahroob Рік тому +1

    Bang minta no hp

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  Рік тому

      Minta maaf tuan tak dapat la nak bg no hp kat sini tapi kalau tuan ada pertanyaan... Tuan boleh tanya di sini saje... 😅 Terima kasih tuan kerana sudi singgah ke Gnola79 Channel 👍👏😉