Nasi Daging Utara terlajak sedap

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 30 чер 2023
  • Bismillahirrahmanirrahim,
    Hari ini saya akan kongsikan resipi Nasi Daging Utara iaitu antara menu popular di Utara Semenanjung. Hidangan ini biasa disajikan semasa majlis kenduri atau pun untuk dimakan bersama keluarga. Kalau waktu dulu, nasi daging dihidangkan di dalam dulang dan dimakan beramai-ramai. Meriah sungguh suasana dan menjadi nostalgia yang indah untuk dikenang.
    Ringkas sahaja hidangan ini, iaitu nasi bertumis dimakan bersama dengan daging yang dimasak sekali dengan nasi, dicicah pula dengan air asam tomato berkerisik. Di samping sup kosong sebagai pelengkap hidangan. Memang sangat sedap.
    00:20 Merebus daging
    01:19 Air asam kerisik
    04:26 Cara masak nasi daging
    09:41 Cara gemburkan nasi
    09:57 Sup kosong
    10:41 Hiris daging
    10:53 Cara hidang nasi
    //Bahasa Melayu
    ……………………………………………………….…………………………
    Nasi Daging Utara
    📷 Surianti _Kitchen
    Bahan-bahan untuk rebusan daging :
    1 kg daging lembu
    2 liter air
    1 inci halia
    1 sup bunjut
    Bahan-bahan untuk nasi :
    4 cawan beras basmathi
    6 cawan air rebusan daging
    ½ cawan susu cair
    2 sudu besar rempah sup
    2 sudu besar rempah kurma
    ½ cawan air
    1 biji buah tomato
    1 biji bawang besar
    4 ulas bawang putih
    1 inci halia
    2 helai daun pandan
    Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 3 bunga lawang, 5 bunga cengkih, 5 buah pelaga)
    ¼ cawan minyak masak
    2 sudu besar minyak sapi
    Garam secukupnya
    Daun sup dan daun bawang
    Bawang goreng
    Bahan-bahan untuk air asam tomato berkerisik :
    1 ½ - 2 biji buah tomato
    1 biji bawang besar
    5 - 10 tangkai cili padi
    ½ biji buah tomato (untuk dikisar)
    2 biji cili merah
    1 inci belacan
    1 cawan air asam jawa
    Jus perahan limau kasturi (atau limau nipis)
    1 sudu besar kerisik
    1 sudu besar gula
    Garam secukupnya
    Bahan-bahan untuk sup kosong :
    Baki air rebusan daging
    Garam secukupnya
    Gula (jika perlu)
    Daun sup dan daun bawang
    Bawang goreng
    //English
    ……………………………………………………….…………………………
    Northern Beef Rice
    📷 Surianti _Kitchen
    Ingredients for beef broth:
    1 kg of beef
    2 liters of water
    1 inch ginger
    1 soup spices
    Ingredients for rice:
    4 cups of basmati rice
    6 cups of beef broth
    ½ cup of evaporated milk
    2 tablespoons soup powder
    2 tablespoons of korma powder
    ½ cup of water
    1 tomato
    1 onion
    4 cloves of garlic
    1 inch ginger
    2 pandan leaves
    4 spices (1 stick of cinnamon, 3 star anise, 5 cloves, 5 cardamoms)
    ¼ cup cooking oil
    2 tablespoons of ghee
    Salt to taste
    Celery leaves and spring onions
    Fried shallots
    Ingredients for tomatoes in sour gravy :
    1 ½ - 2 tomatoes
    1 onion
    5 - 10 stalks of bird’s eye chili
    ½ tomato (for grinding)
    2 red chilies
    1 inch belacan
    1 cup tamarind water
    Squeezed calamansi juice (or lime juice)
    1 tablespoon of toasted coconut paste
    1 tablespoon of sugar
    Salt to taste
    Ingredients for soup:
    Leftover beef broth
    Salt to taste
    Sugar (if needed)
    Celery leaves and spring onions
    Fried shallots
    Instagram : / surianti_kitchen
    Facebook : m. Surianti_Kitch...
    UA-cam : / suriantikitchen
    TikTok : vt.tiktok.com/ZSdJjGMxH/
    #jendeladapursurianti #nasidagingutara #nasidagingsurianti #airasam #airasamkerisik #airasamtomato #foodporn #foodblogger #foodie #foodporn #foodphotography #homesweethome #homecooked #homemade #foodblogger #foodporn #instafood #foodstagram #sedap #homecooking #sedap #mudahdansedap #foodporn #food #foodie #foodies #foodstagram
  • Розваги

КОМЕНТАРІ • 46

  • @norrehanabdullah7109
    @norrehanabdullah7109 15 днів тому +3

    hmdulillah jadi , suami pun suka. cuma air asam tak masuk kerisik. terima kasih kongsi resepi.❤

  • @norhasanibintiomaraniman3902
    @norhasanibintiomaraniman3902 2 місяці тому +3

    Alhamdulilah..npk sedap sgt..t.ksh kongsi resepi..
    Semoga bermanfaat untuk semua..👍🤲

  • @fizaazrein9529
    @fizaazrein9529 2 місяці тому +5

    Alhamdulillah menjadi saya ikut resepi ni.terima kasih❤ dah lama teringin nak makan

  • @noorsiahbidin6132
    @noorsiahbidin6132 12 днів тому +1

    Alhamdulillah terimakasih share resepi

  • @fauziahhelenabdullah5613
    @fauziahhelenabdullah5613 4 дні тому

    Sedap nya

  • @azizahahmad7105
    @azizahahmad7105 20 днів тому +1

    Daging korban bnyk nk buat lah nasik daging

  • @ZainabYunos
    @ZainabYunos 13 днів тому

    Alhamdulillah terima kasih kongsi resepi ..baru nk cuba..msk daging korban

  • @eykarahim2076
    @eykarahim2076 23 дні тому

    rupanya taklah nk buat susah nasi dgg.
    Terima kasih kongsi resepi.. ❤

  • @tigerganeral5109
    @tigerganeral5109 Рік тому +4

    Alhamdulillah amin surianti kitchen sentiasa dgn menu2 masakan yg sedap ❤❤❤🥰😋🎉

    • @SuriantiKitchen
      @SuriantiKitchen  Рік тому +1

      Alhamdulillah terima kasih singgah & selalu support channel Surianti Kitchen 😁😁

    • @tigerganeral5109
      @tigerganeral5109 Рік тому +1

      @@SuriantiKitchen saya sentiasa mnuggu content2 seterusnya dri surianti kitchen semoga Allah permudahkan 🥰😋❤️👌👍

  • @izhamyusof392
    @izhamyusof392 Місяць тому

    Sedapnya ❤❤❤

  • @Shahir-cg4my
    @Shahir-cg4my 2 місяці тому

    Alhamdulillah terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu

  • @yatimatjisil5382
    @yatimatjisil5382 Місяць тому

    Terima kasih resepinya ya.

  • @hj.mohammadhakimhashim960
    @hj.mohammadhakimhashim960 9 місяців тому +2

    Meleleh air liur .nasi peberet..nasi daging...

  • @norainighani8609
    @norainighani8609 Рік тому +1

    cheq suka mkn nasi daging ni dgn dalca,ayaq asam..pe pun tq sudi share buat cheq telioq..❤

  • @ena73catlover85
    @ena73catlover85 Місяць тому

    Lama aih tk buat nsi daging utaqa.nk kena buat la Raya haji ni jamu tetamu.nk balik kedah dh tkdak sapa dah di kg

  • @hakimimohdsaibi
    @hakimimohdsaibi 5 місяців тому +1

    Terima kasih kongsi resepi

  • @salmahudin1060
    @salmahudin1060 Рік тому

    Alhamdulillah....terima kasih berkongsi resepi

  • @user-ib8ld2tr6p
    @user-ib8ld2tr6p Рік тому

    Alahaiii sedapny👍

  • @zazarinajaafar9315
    @zazarinajaafar9315 Рік тому

    Alhamdullilah..tqsm resepinya..❤

  • @shikinsaerah
    @shikinsaerah Рік тому

    Sedapnya 🤤

  • @norainiaziz7380
    @norainiaziz7380 18 днів тому

    Nak buat nasi daging korban

  • @anatanjung7068
    @anatanjung7068 Рік тому +1

    Aduhaii sedapnya...terima kasih kongsi resepi...👍💜💕

  • @mahanimasjuki2048
    @mahanimasjuki2048 Рік тому

    Alhamdulliah terimakseh adik share resipi 👍❤️

  • @chempakabiru1235
    @chempakabiru1235 8 місяців тому

    askum sis scroll npk ni tq

  • @amranibrahimrashidi
    @amranibrahimrashidi Рік тому +10

    Orang utara makan ngan jelatah nasik daging ni nak habaq mai hahahah.... Ayaq asam tu bubuh cili padi jugak bagi pedas...

    • @SuriantiKitchen
      @SuriantiKitchen  Рік тому +3

      Tu dlm video saya ada masukkan cili padi & saya ada sebut jgk kalau suka lebih pedas boleh letak lebih. Cuma saya tak masukkan banyak cili padi tu sebab anak kecik tak boleh makan pedas

    • @Light_Nur
      @Light_Nur Рік тому +1

      ​@@SuriantiKitchensaya orang Kedah. Memang kalau mak buat kami satu family makan dengan ayaq asam yg boh risek..terima kasih share resepi.😊

    • @user-wh8gf5jx5t
      @user-wh8gf5jx5t Рік тому

      Ayaq asam tu xnmpk boh kerisek pn

    • @SuriantiKitchen
      @SuriantiKitchen  Рік тому

      @@Light_Nur sama2 😍

    • @SuriantiKitchen
      @SuriantiKitchen  Рік тому +1

      @@user-wh8gf5jx5t ada tengok video tak , minit 03:53 ? Saya ada bagitau saya hanya letak 1 sudu besar & kalau suka lagi pekat boleh letak lebih. Ni mesti tak tengok video tapi singgah “komen” je kan😁

  • @jam-lm1sz
    @jam-lm1sz Рік тому +1

    Alhamdulilah!