Cerita Agropreneur Kita . Ep.7: “Usahawan Muda Ternak Itik Telur, Hasilkan Telur Masin Sendiri”

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 6 жов 2024
  • Menceburi bidang pertanian pada usia muda adalah pilihan yang telah dibuat anak muda berusia 29 tahun dari Dungun, Terengganu ini. Encik Ahmad Tarmizi Bin Hashan, yang juga pemegang Diploma Seni Bina dari Politeknik Port Dickson tekad meneruskan perniagaan telur itik mentah keluarganya. Bernaung di bawah syarikat Unggas Jaya Enterprise, beliau mengusahakan perniagaan berasaskan telur itik ini bersama seorang lagi abangnya di Kampung Bukit Merah, Padang Pulut, Dungun.
    Bukan sahaja mempunyai lebih 2,500 ekor itik telur di ladang sekitar rumahnya, usahawan muda ini turut mengusahakan pembuatan telur masin dalam masa yang sama. Menggunakan telur itik segar dari ladangnya, beliau sentiasa mencari peluang memasarkan produk telur masinnya di sekitar Terengganu dan berazam menjadi pengeluar telur masin Bumiputera yang unggul di negeri Darul Iman ini.
    Lebihan telur itik mentah berikutan penutupan kedai makan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan menjadi satu peluang berharga buat anak muda ini untuk menambah jumlah telur masin yang dihasilkannya. Ternyata ada hikmah di sebalik cabaran, permintaan telur masin keluaran Unggas Jaya Enterprise mendapat sambutan yang amat menggalakkan lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan.
    Bagi Tarmizi, status pendidikan seseorang tidak seharusnya menjadi penghalang bagi anak muda menceburkan diri dalam bidang pertanian. Tidak perlu malu mencuba sesuatu yang baharu, kejayaan anak muda ini membuktikan bahawa perniagaan berasaskan pertanian boleh menjadi kerjaya pilihan.
    Ikuti kisah Agropreneur muda penuh berwawasan ini dalam Cerita Agropreneur Kita.

КОМЕНТАРІ • 5