Keberkesanan dolomite kepada durian. Update 12 hari selepas tabur
Вставка
- Опубліковано 12 гру 2024
- #musangking #durian #kolam
KAPOR PERTANIAN merupakan sejenis bahan mineral yang didakwa menyuburkan tanah selain daripada baja. Kebanyakan petani akan menggunakan kapor jenis seperti Cristmas Island Rock Phosphate (CIRP) atau pun Ground Mangnesium Limestone (GML) dimana jenis bahan yang terbaik kini adalah Dolomite. Dolomite adalah merujuk kepada batu mineral yang mengandungi unsur bahan Magnesium (MgO) dimana kehadirannya adalah melebihi 18%.
Apa yang penulis blog hendak kongsi info dimana dolomite juga bahan yang mengandungi bahan Kalsium (Ca). Sebenarnya fungsi dolomite didalam industri adalah banyak termasuk ia digunakan didalam industri pembuatan besi dan gelas sebagai salah satu bahan semasa proses dalam pembuatannya. Dalam pada semasa pembinaan rumah akan ditabur bahan dolomite bertujuan mengelakan serangan anai-anai (termite).
Bagaimana pun pembaca juga perlu tahu dimana dolomite paling meluas digunakan didalam sektor pertanian khususnya dalam tenaman untuk menyuburkan tanah. Ini kerana penggunaan batu kapor semenjak dahulu memang telah digunakan secara meluas untuk menaikan keasidan tanah sebagai perawat tanah atau 'soil confitioner' sejak lebih berpuluh-puluh tahun.
Kandungan bahan Magnesium, Kalsium dan Silikon serta Ferus didalamnya akan mempebaiki pH tanah sehingga optimum untuk baiki pertumbuhan tanaman. Didakwa dolomite merupakan bahan terbaik digunakan didalam merawat tanah dengan kos yang ekonomik dan keberkesanan terbaik. Bagi jenis asidik keperluan dan keberkesanan penggunaan dolomite amat signifikan untuk tumbesaran tanaman terutamanya tanaman makanan. Tanah gambut yang rata-rata masam akan bertambah subur setelah dolomite ditabur diatasnya.
Kadar penggunaan dolomite dalam kebun berbeza-beza mengikut jenis tanah, tahap kemasaman tanah, jenis tanaman dan juga pengurusan kebun atau ladang. Semasa penulis belajar dahulu dijelaskan dimana biasanya untuk seekar tanah (0.4 hektar) akan diberitahu diperlukan tabur sebanyak 7 beg kapor untuk merawat tanah. Ini juga bermakna kalau dikira dengan mudah satu beg beratnya 50 kg bermakna jumlah ditabur adalah sebanyak 350 kg bahan kapor.
Kadar ini juga akan ditingkatan sehingga sebanyak 1 metrik tan bergantung kepada kemasaman tanah. Kemudian setelah ditabur kapor atau dolomite dan diperiksa dengan alah pH meter dimana didapati tahap keasidan masih tinggi lagi maka boleh disesuaikan semula kadar kapor diberikan. Penggunaan bahan dolomite dilaporkan lebih ekonomik atau lebih murah daripada penggunaan bahan zeolite. Bagaimana pun jika tanah yang hendak diusahakan itu beralkali maka bahan yang sesuai digunakan untuk mengimbangi tahap kesuburan tanah adalah Sulfur.
Dalam pada itu pemberian kapor boleh ditabur terus keatas tanah atau dicampurkan didalam bahan kompos dimana ia menambah bahan unsur mineral didalam baja kompos tersebut. Ada laporan dimana baja dolomite amat sesuai untuk tanaman jenis Citrus (limau) kerana pokok limau adalah tanaman yang banyak perlukan bahan Magnesium (Mg) untuk pertumbuhan baik. Dalam sektor ternakair pula lazimnya kapor atau dolomite ditabur didalam dasar kolam untuk membunuh patogen merbahaya, menaikan pH tanah dan merawat sisa-sisa kimia yang ada didalamnya.
Didalam beberapa testimoni syarikat dan petani didakwa dimana baja dolomite memang mempunyai banyak kegunaan dan kelebihan. Pertaman baja dolomite ini memberikan daya kesuburan tanaman. Ini disebabkan dimana baja dolomite memang kaya dengan unsur makro nutrien seperti Unsur Magnesium (18-23%) dan juga Unsur Kalsium (30-34%). Para saintis dakwa dimana antara asas kebaikan Magnesium (MgO) adalah dimana dolomite ada keupayaannya untuk Mg ini menarik unsur Nitrogen dan unsur Posforus (N,P) dalam tanah. Bahan Magnesium ini didakwa mampu untuk menghijaukan daun dengan cara meningkatkan proses membantu fotosintesis sepenuhnya.
Dolomite juga menggemburkan tanah, mencegah serangan anai-anai, membaik pulih struktur tanah serta membaiki pengudaraan tanah. Paling hebat dimana rawatan dengan dolomite ini dilaporkan akan menggalakan aktiviti cacing tanah dan juga menggalakan aktiviti bakteria baik dan memudahkan akar pokok menyedut nutrisi dalam tanah. Memang disahkan dolomite ini akan menstabil dan juga akan menaikkan pH tanah, mampu membunuh bakteria jahat, membaiki tanah jerlus dan akan memulihkan tanah gambut.
Peranan lain adalah seperti ia akan menyah zat besi yang merbahaya kepada pokok serta peranannya dalam ia membunuh cacing nematodes (Meloigyne spp). Kehebatan bahan juga didakwa mampu membunuh patogen yang mana ia adalah punca segala jangkitan kulat, mampu memudahkan akar masuk ke dalam tanah, mencegah penyakit akar putih serta merupakan bahan mineral semulajadi. Bahan ini juga memang didapati tidak bahaya kepada manusia, tanaman dan ternakan.
Terbaik Tuan, info yg bermanfaat, tq
Alhamdulillah terbaik Andak..
Tq sahabat.
Terbaik
Tq bang. 😀
Mmg terbaik
Alhamdulillah
👍👍👍
Mantappp.. Saya pun baru guna dolomite di kebun durian saya.
Terbaik bos.. memang nampak kesan die. Dah 3 miggu saya tabur masih keluar pucuk.
Hadir tuan..mantap perkongsian..👍Sya mau tnya tuan..apa perbezaan baja kapur Dolomite dan baja kapur jenis Dolomex -M-205..Sya msi ragu2 guna baja Dolomex m 205 ni..
Saye tak pasti tuan.. samaada jenis kapur atau baja.. saye buat carian google pun tak jumpe
@@DkebunAndak ok..tuan..tq
Sembur fish amino acid, pun cepat tumbuh pucuk baru
Alhamdulillah cantik dan subur nampaknya pokok tuan
Tahniah
Alhamdulillah tuan.
alhamdulillah Andak menjadi juga usaha/ikhtiar ..memang nampak SANGAT ketara kesan dia 👍👍👍👍👍
Alhamdulillah tuan
hebat bro
Thank u bos.. baru nak belajar
pokok buah nona saya besar, tpi bnyk kulat..daun jadi hitam2,letak ni ok tak
Andak,... nak tye pisang2 tu mmg tak dibuang ye pelepah2 tua tu?...
Macam mana saya nak order racun foliar yg tuan buat sendiri.
Kena banjir ka rtu bos... Patut lah.. Masam lah tanah kan
Ya betul bos.
MAAF saya budak baru belajar.
1. Untuk anak pokok durian. Berapa lama tempoh selepas tabur DOLOMITE akan nampak pucuk baru akan keluar.
2. Untuk pokok durian dewasa. Selepas tabur dolomite. Brp selang masa utk tabur baja subur@buah.
3. Baja organik jenis apa yg baik utk pokok durian subur & berbuah. T kasih
Saya cuba jawab bang berdasarkan pengetahuan dan ..saya bukan pakar. Mintak maaf kalau silap… Kesan dolomite akan nampak dalam masa 2-3 minggu. Jarak selepas tabur dolomite dengn baja untuk pokok dewasa adalah sembulan sekiranya air cukup dan dolomite larut dan dn membantu menyuburkan struktur dan ph tanah.. sekiraya kurang air dan hujan selepas 2 bulan..untuk baja buah lebih elok gunakan baja kimia yg unsur potasium/K yang tinggi.. selang seli pengunaan kimia dengn organik. Organik lebih kepada membaiki struktur tanah dan penyuburan pokok kerana kaya dengn unsuk mikro /hara yang tinggi yg tiada dlm unsur kimia.
Boleh kita tabur dolomite ketika durian sedang berbunga tuan?
Rumput tu kena guna racun monex berwarna putih seperti susu khas untuk rumput tu...berapa jarak tanam durian tu bro tq
Ya tuan.. terima kasih sudi berkongsi.. sebelum ni saya banyak gune durion. kurang mati.
Rumput sambau guna racun rumpai jenama Kisol. Rumput sambau akan mati bersama biji benihnya.
Ulasan seringkas mungkin serta padat imfo 👍 panjang melalut larut 👎
Sifu .Bkas luka camtuman .boleh sapu cat kapur tak
Cat kapur tak pasti tuan.. saye tak pasti berkenaan dgn itu..
Abg nk tnye ckit Klau daun ad bintik2 nk pkai racun ape ye...
Serangan serange dan jangkitan kulat d tempat gigitan serangge tu tuan. Pakai racun serangge campur racun kulat mencoren atau antracol je.
daun berbintik? cuba periksa bawah daun kalau ada benda mcm teritip kat situ maknanya boleh guna racun jenama Albarol atau yg sejenis dengannya ✌️✌️
Berapa banyak untuk pokok besar tu tuan?
Pokok besar sekurangnya 4 kilo.. seeloknye meliputi pangkal dan seluruh kanopi pokok.
Tn klau dh letk bja organik..lpas 3 4 hri ltk plk dolomite ade ksn x pde bja atau ank pokok tu...
Setahu saye tak ape.
Berapa kerap bubuh dolimite dlm setahun?
Kalau ikut orang lama 4 kali setahun tuan .
Lama tak bersiaran..
Rumput samba atau rumput yg degil guna racun Kenpat tuan, beli kat Shoppe je
Slm andak, musim tengkujuh mcm skrg boleh tabur x baja dolomite, mohon pencerahan
Salam.. X jadi masalah.. lagi elok..
Salam kalau terlebih letak ada kesan tak pada pokok??
Kalau terlebih sangat sampai 5,6 kilo ade kesan jugak. Daun akan kuning. Boleh mati..
@@DkebunAndak okay2 baik2 cirp tu pulak ada sukatan jugak ke tuan
@@misteripuaka7718 cirp sekadar 2,3 gengam pada pokok yang baru tanam.
@@DkebunAndak okay baik..bos boleh tak buat 1 video untuk penjagaan Dari mula tanam sampai la umor 3 tahun ke..Baja ape yg Perlu,seberapa kerap Perlu dibaja..kalau tuan sudi terima kasih
Terbaik bos,guna dolomite jenama ape?
Tidak bernama tuan.. hanya tulis dolomite sahaja
@@DkebunAndak ok..wrna putih biasanya halus, mgkn 100 mesh..gred pertanian..👍👍
Assalam tuan...saya suda letak baja kimia 16 16 16...jd boleh lagi ka tabur dolomit
Salam tuan.. pada pendapat saya biar baja tu dapat diserap dulu oleh pokok.. paling tidak dalam masa 2 miggu...lepas tu boleh tabur dolomite.
Setiap bln ke bgi dolomite
Setahun 4 kali
Apa jenis dolomite yg tuan guna, kat mana beli
ua-cam.com/video/6lV6Cai8jQI/v-deo.html
Jenis ni..mana2 same je.. kedai2 baje ade
Dolomite boleh tabur Kat polybag ke ..maaf baru nak berjinak