Garenti tak menyesal. Teknik ni buat penjual benih durian pening kepala

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 15 вер 2024
  • CANTUMAN MATA TUNAS DURIAN (Durio zibethinus)
    Langkah kawin mata tunas atau teknik cantuman samada di dalam polibag dan juga di lapangan
    1. Kelar melintang 1/3 lilitan batang anak pokok penanti. Kopek kulit keluar daripada batang bermula dari kelaran lintang menghala kebawah menggunakan pisau cantuman.
    2. Pilih mata tunas dari pokok induk durian terpilih mengikut keperluan anak benih yang hendak dihasilkan. Pastikan ambil scion dari pokok yang sihat dan mencukupi bilangannya. Kelar memanjang mata tunas memanjang kiri kekanan untuk mendapatkan matatunas (scion).
    3. Mata tunas yang akan kelihatan dari disebelah dalam kulit mata tunas. Pastikan mata tunas tudak cacat atau tertinggal pada kayu ranting apabila lapisan kayu dikeluarkan dari mata tunas. Potong bahagian hujong mata tunas agar rata.
    4. Letakkan mata tunas durian kepada bahagian tingkap pada pokok penanti dari langkah (1). Potong bahagian kulit tetingkap pokok penanti sedikit kebawah dari mata tunas.
    5. Apabila kedudukan mata tunas sudah 'ngam' diletak pada tingkap, maka kita perlu balut dengan menggunakan pita cantuman dengan kemas. Balutan dimulakan daripada bahagian bawah ke atas dimana ini mengelakkan air mesuk jika dibalut terbalik ketika siraman dijalankan.
    6. Pastikan pita cantuman tidak menutup mata tunas kerana kita mahu tunas durian tumbuh keluar kelak. Matikan pita cantuman setelah membalut 3 cm hingga 4 cm.
    7. Pita cantuman akan dibuka selepas 3-4 mingga didalam nurseri. Kalau kita dapati kulit scion menjadi hijau menunjukkan ia berjaya dan sebaliknya. Potong batang pokok penanti anggaran 15 cm dari paras cantuman selepas 7 hari. Ini akan mengurangkan pertumbuhan pucuk pada pokok penanti sebaliknya menggalakan tunas baru tumbuh pada mata tunas cantuman.
    8. Pemerhatian saya di Stesyen Pertanian yang mengeluarkan beribu-ribu anak pokok durian cantuman mata tunas durian mendapati selepas 8 - 10 bulan proses cantuman, anak pokok tersebut sedia untuk ditanam diladang. Pada masa ini terdapat antara 10 -12 helai daun dengan ketinggian lebih dari 30 cm.
    Diantara kelebihan teknik cantuman mata tunas adalah kerana cara ini dapat menghasilkan varieti atau klon durian yang mempunyai maklumat genetik yang sama seperti pokok induk (true- to - type seedlings). Ini berbeza dengan jika tanam terus dari biji durian yang diambil dari buah kerana bunga durian adalah heterozygous dimana biji yang ditanam tidak menyerupai induk akibat pendebungaan bersilang (cross pollination) dari beberapa varieti berlainan. Kaedah ini mampu menghasilkan anak benih klon yang berkualiti dengan cepat, kuantiti yang banyak dan mudah diuruskan dalam nurseri. Pengurusan tanaman didalam nurseri juga agak mudah kerana keseragaman pertumbuhan dan baka yang digunakan. Kini banyak nurseri swasta telah mengkomersilkan aktiviti mencantum anak benih durian varieti terpilih seperti Varieti Raja Kunyit / Musang King (D197), Varieti Bukit Merah (D24) dan banyak lagi varieti pilihan ramai.
    Kredit:
    M Anem
    Pusat Pertanian Serdang,
    Selangor, Malaysia.
    (26 Muharram 1434H)
    #durian #musangking #cantumanpenanti #lapangan #kawin #blacktorn #durihitam

КОМЕНТАРІ • 141

  • @mattryan5896
    @mattryan5896 2 роки тому +9

    Ini mmang cara yg terbaik klau nk tanam durian ne..tanam anak biji smpai subur,lepas tu baru kawin..pokok mmang tahan lasak punya..tk payah nk pening2..yg penting jaga kasi baja dgn cara masing2 ..kita nk bertani ,bertanam pokok kena mengkaji dgn cara2 yg tersendiri..kepada yg bertani ne semua geng2 Prof..

  • @dinmj6859
    @dinmj6859 2 роки тому +12

    Ketika saya buat seperti ini 5 tahun lalu.. saya ditertawakan.. sekarang ada buktinya disini.. Zaman media sosial.. Terbaik

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 роки тому +1

      Terbaik bang

    • @mohdfahmi1775
      @mohdfahmi1775 2 роки тому

      Setuju. Bila Saya buat dulu ni. Smua kata buang masa

  • @tomjosjtomjos6120
    @tomjosjtomjos6120 2 роки тому +4

    Memang betul sebap akar dia tumbuh semula jadi memang jauh lebih bagus cantik dari yng kita kawen di polibeg dan juga akar dia pun capet berkembang luas. Dari yng di plastik beg itu kehidupan dia pun separti durian liar hidup subur bebas dari berbagai penyakit

  • @khairulfatah3564
    @khairulfatah3564 2 роки тому +3

    Betul tuan, tanam biji lg elok. Pokok tahan lasak. Cukup masa buat cantuman@kawin.

  • @leeley114
    @leeley114 2 роки тому +3

    Mantul...

  • @idrisdurian7400
    @idrisdurian7400 2 роки тому +4

    Luar biasa bos ku.salam petani dari banyumas.

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 роки тому

      Salam petani dalam malaysia pak.. ❤❤

  • @mutangbaru
    @mutangbaru Місяць тому

    setting kita sebijik tuan. tanam celah kebun pisang lps tu sering kena banjir. keadaan geografi tmpt sy mmg tak bagus, sering banjir. tp semua penanti yg sy tanam biji dilapangan, masih survive ke hari ini. teramatlah lasak.

  • @lifebalance8417
    @lifebalance8417 10 місяців тому +1

    Cara ni bagus tapi kena tunggu lama juga untuk membesarkan dahan baru boleh cantum

    • @mohdnorarif9598
      @mohdnorarif9598 Місяць тому

      Betul..setiap yg di dunia ini pasti ada kelemahan..kampung setahun,masuk MK,jadi usia 0 balik..jadi pokok 7 tahun hakikat dia 6 tahun..tapi kelebihan dia mmg betul2 heavy duty😊😊

  • @mazalanhasan1502
    @mazalanhasan1502 Рік тому

    Tahniah tuan kongsi ilmu kawin tunas durian

  • @nakano8125
    @nakano8125 2 роки тому +2

    Terima kasih bang .. byk ilmu bermanfaat dr chanel abg sy dapat ..

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 роки тому +1

      Alhamdulillah.. same2.. 👍

  • @pieterbudiarta5973
    @pieterbudiarta5973 6 місяців тому

    Mantab bang, semoga suatu saat saya punya kebun..

  • @nazizi4385
    @nazizi4385 2 роки тому +8

    Kalau cantum dilapangan tuan, bukan sahaja pkknya cantik dan cept mmbesar tapi pkk lebih tahan penyakit tapi pastikan biji nk buat btg Penanti jgn diambil dari pkk durian kawin ambek pkk durian kg yg berusia lebih 30th sebesar pemeluk ataupun biji dari durian hutan mmg sgt bagus tahan dn kuat

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 роки тому +1

      Terima kasih perkongsianya tuan. Teebaik 👍👍

    • @damaicai1325
      @damaicai1325 2 роки тому +1

      Setuju

    • @alexpro9854
      @alexpro9854 2 роки тому +1

      kalau kawinkan dari jenis lain, rasa dia akan lari ke. sbb cth setahu sy ada org korea yg tanam harum manis di perlis. pokok dia hanya tut dari baka asal. dia kata jika kawin. rasanya akan lari smpi 30%. sbb tu pokok dia rasa lebih sedap

    • @damaicai1325
      @damaicai1325 2 роки тому +1

      @@alexpro9854 durian tidak digalakkan tut sebab pokok besar. Memerlukan akar tunjang.
      Durian musing king yg dah merata Malaysia dan ke luar negara tu guna teknik "kawin" mcm ni lah. Tp mungkin lain teknik.
      klau nak kena ambil tunas pokok asal. Mati kita nak beli or tunggu giliran.
      Cuma Pendapat saya 😅

    • @alexpro9854
      @alexpro9854 2 роки тому +1

      @@damaicai1325 btul juga durian pokok besar.kena ada akar tunjang.

  • @samsirjaafar364
    @samsirjaafar364 Рік тому

    Assalamualaikum. Saya beli benih kawin Dari polibeg. Kemudian saya beli benih durian kampung di polibeg juga. Kemudian saya buat Kaki Ganda.

  • @elicchannel2164
    @elicchannel2164 2 роки тому +1

    Terbaik perkongsian video ini andak..

  • @zulliewtt
    @zulliewtt Рік тому

    tq tuan, sy igt nk try mcm ni juga, sbb ada yang tanam mati, ank beli

  • @jawasedoo2483
    @jawasedoo2483 Рік тому +2

    Orang kampung tanam biji durian terus ke tanah..Akar lebih stabil dan tidak terganggu..

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  Рік тому +1

      Ya bos.orang kampung banyak pengalaman

    • @sharpenkeytone
      @sharpenkeytone 16 днів тому

      Orang kampung menanam pokok mengikut proses alam semula jadi, kawasan pokok dibiarkan tidak terlalu bersih alasannya supaya tanah di kawasan itu sentiasa lembab dan tidak terlalu cepat kering jika hujan tak turun dalam jangka masa lama, mereka selalunya memangkas jika pokok-pokok liar terlalu cepat naik supaya pokok tanaman tidak kalah ketika bersaing mendapatkan cahaya matahari ketika pokok tanaman itu sudah mulai membesar.

    • @freddyoson6003
      @freddyoson6003 3 дні тому

      Kelebihan tanam biji durian trus ke tanah sebab akar tunjang yg dulu keluar barulh akar2 serabut yg khas utk serap baja di atas permkaan tanah

  • @noorakmal5227
    @noorakmal5227 2 роки тому +5

    tuan boleh tak share cara buat foliar

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 роки тому +1

      Kalau dibagi rezeki saya akan saya patent dan botolkan bos..

  • @lintasproyek6838
    @lintasproyek6838 2 роки тому +1

    boskuu mantaap...
    Salam dari sungai jerik..maran pahang

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 роки тому

      Salam dari pulau tawar.. sungsai jerik klaster durian tu. 👍👍

  • @tomjosjos54
    @tomjosjos54 2 роки тому

    Memang bagus mantap broo ..kalau kita beli yng sudah kawen tu ..kurang bagus dan kurang sehat lagi bagus kawen di lapangan kebun sebab akar dia sudah kukuh tetap dari semula kita tanan biji dia memang cantek broi saya pun buat cam itu juga..sudah banyak rugi saya beli di pasar semua mati kerana ajar dia tak sehat

  • @mohdabdullah5937
    @mohdabdullah5937 2 роки тому +2

    Terbaik tuan 👍👍

  • @sahared9262
    @sahared9262 2 роки тому +2

    Betul tuan, kawin lapangan lbh cpt besar & xbnyk masalah..terbaik tuan 👍

  • @hamdani5502
    @hamdani5502 2 роки тому

    Mantap bg..terimakasih ilmunye..

  • @xfiles179
    @xfiles179 2 роки тому +1

    Boleh tunjukkan cara mencantum d lapangan ka tuan

  • @tebuantanah7519
    @tebuantanah7519 2 роки тому

    Perkongsian yang baik. Tq info tn

  • @gustinagoientertainmentstu7997

    Bagus ilmu ni mas

  • @sahizanzan4760
    @sahizanzan4760 2 роки тому

    Kongsi foliar paklong...xsalah berbagi ilmu.jgn mkn sorang nti bruk siku😅

  • @rapleeyambu3110
    @rapleeyambu3110 2 роки тому +1

    Baru Kana buat ni jln kio asi cantik ni tampat

    • @DigBick81
      @DigBick81 10 місяців тому

      Ko cakap filipino ke ni?

  • @razlanmdos662
    @razlanmdos662 2 роки тому +1

    Assalamu'alaikum tuan..
    Di hujung video tu apa maksud tuan tersalah potong dan terlalu rapat tu?
    Saya belum faham.
    Apa pun terima kasih sangat bermanfaat semoga Allah berkahi semua usaha tuan.
    Aamiin

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 роки тому

      Salam.. Pokok yang dibuat cantuman bila nuang penamti asal jangam potong terlalu dekat degn mata tunas yg di kawin

  • @imiqaf
    @imiqaf 2 роки тому

    buat kaki ganda lagi,mantap.

  • @hussinibrahim1726
    @hussinibrahim1726 2 роки тому +3

    Salam Tuan...bila dh khwin cara kaki gnda dh brtunas...btng pokok penanti tu kene potong ke

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 роки тому

      Sala... Bila dan berjaya dan cantuman tu besar potong sedikit demi sedikit dari atas dasi semasa ke semasa lagi elok.

  • @mujekchannel8242
    @mujekchannel8242 2 роки тому

    Mantap bosss

  • @snipersniperx2822
    @snipersniperx2822 Рік тому

    Ok dah

  • @rohanimagansang3324
    @rohanimagansang3324 11 місяців тому

    Kos lebih rendah pokok tahan lasak terbaik tuan

  • @idayatii8044
    @idayatii8044 Рік тому

    Kawin pokok di kebon best sangatlh

  • @yunosabdullah9477
    @yunosabdullah9477 2 роки тому

    Assalammualaikum tuan, sihat pokok2 semua yg tian kawin dilapangan Alhamdullillah, saya tgk jer sungguh sangat gembira dan ceria. Mcm mane tuan dapatkan pucuk2 yg matang utk dikawinkan? klu upah org kawin, anggaran kos sepokok berapa ye, pucuk dari sumber dia ye, tkasih tuan

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 роки тому +1

      Ya tuan.. ikut jumlah pokok.. kalau pokok sedikit agak tinggi upah perpokok.. kalau banyak biasa 10-15 ringgit setiap pokok dijaga sampai hidup.. tunas di sediakan tukang cantum

  • @BimaSakti-jm7up
    @BimaSakti-jm7up 2 роки тому

    Hadir bosss ku

  • @ceramahpondok
    @ceramahpondok Місяць тому

    Aku tanya mak aku ,cara org dulu tanam durian dia campak biji je. Lepas tu xjaga mana pun ,besar elok je makan ,7 keturunan

  • @shafiqhakimi5217
    @shafiqhakimi5217 10 місяців тому

    Salam tuan klau untuk mencegah serangan kulat cukup ker dgn 2 jenis racun moceren dgn antracol ?

  • @maziankalan3974
    @maziankalan3974 2 роки тому

    assalam tuan..saya dah tanam biji dekat musangking...tinggi tunas biji skrng dah sejengkal...boleh buat kaki ganda dah atau bagi tinggi lg tunas biji tu...

  • @qasehdahlia9913
    @qasehdahlia9913 Рік тому

    Andak rasa angah kalau penanti lgi cepat naik...lgi2 kita bgi baja

  • @raisadenan4560
    @raisadenan4560 2 роки тому

    Tuan tanam biji di ladang,nak kahwin kan mane nk DPT pucuk 2 durian mk yg baik, adeke org jual,

  • @nakano8125
    @nakano8125 2 роки тому +2

    Pokok penanti utk kaki ganda sebelah tu tn tanam polibeg atau tanam biji ya ..

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 роки тому +1

      Anak polibag saya ni. Tapi yg baru tumbuh dlm 2 jengkal

  • @anasrull582
    @anasrull582 Місяць тому

    Tuan bagaimana keadan pokok ini sekarang?

  • @osmanosman9226
    @osmanosman9226 2 роки тому +1

    Tumpang ikut boss first time.tk🙏

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 роки тому

      Selamat datang tuan.. tq hadir.

  • @HelwinHelwin-d2n
    @HelwinHelwin-d2n 2 місяці тому

    Saya pemula bang sering gagal

  • @mattryan5896
    @mattryan5896 2 роки тому +1

    Salam Prof brader..nanti buad cara cantuman kawin anak pokok..kasi keluar ilmu pelbagai cara kawin pokok.. 👍👍👍

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 роки тому

      Saya baru belajar juga tuan. Ade jugak perkongsian saye dlm chanel ni mcm mana saye kawinkan penanti di lapangan.. insyaallah ade masa saya buat cara yg lain. Terima kasih atas idea tuan.. 👍👍

  • @jalinissan5897
    @jalinissan5897 2 роки тому +2

    terbaik bohh

  • @timbaganpulut1896
    @timbaganpulut1896 2 роки тому +1

    Tuan, boleh ke tanam biji terus kat lapangan, bila dah tumbuh, umur 2-3 bulan, boleh baji terus tak ?

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 роки тому +1

      Boleh je tanam bini.. baji tak sesuai di lapangan.. tak hidup. Seolok nya 6 bulan ke atas kawin tunas.

  • @kamalbinchemat7691
    @kamalbinchemat7691 Рік тому

    Semai bijik sebab akar tunjung awal kedalam tanah

  • @Kamarudin-pb3wd
    @Kamarudin-pb3wd 2 роки тому +2

    Klu dari biji musang king yg kawin tak boleh ke buat pokok penanti dilapangan ?

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 роки тому

      Bokeh je tuan. Tpi kalau nk tahan lasak penanti jangan ambik baka pokok kawin.

  • @pakleechannel9537
    @pakleechannel9537 2 роки тому +2

    Bos.. klu nak buat kaki ganda..jarak brpe cm tanam biji dari pokok Menanti

  • @MasonLow97
    @MasonLow97 Рік тому

    racun rumput basta ke '?>

  • @timbaganpulut1896
    @timbaganpulut1896 Рік тому

    Buat video pokok ne skrg😁

  • @mohdhambaliyazid2790
    @mohdhambaliyazid2790 2 роки тому +2

    Tn penanti tu tanam biji atau semai kt polibag lpastu bru tanam?

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 роки тому +2

      Semai polibang dan tanam sebelum akas dia bersumpul.. dalam sejengkal dh boleh tanam.

  • @leeley114
    @leeley114 2 роки тому +4

    Ooo.. itu bekas potong kawin sanding erkk

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 роки тому +1

      Ya.. cantuman sisi

    • @leeley114
      @leeley114 2 роки тому +1

      @@DkebunAndak tq info nya boskuu

  • @mohdfahmi1775
    @mohdfahmi1775 2 роки тому +2

    Salam tuan. Saya baru tanam biji di lapangan dalam 30 pokok. Usia 2 bulan. Nak Tanya sop pnjagaan racun Dan Baja mcmana? Sama mcm anak pokok ke

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 роки тому

      Ye.. mcm biasa.. jangan pakai baja kimia seeloknya.. takut mati overdose.

    • @mohdfahmi1775
      @mohdfahmi1775 2 роки тому

      @@DkebunAndak ok kalau mcm. Saya cuma guna organik stakat ni. Zeenex. Masa tanam tu Saya buat 4 biji satu plot. Ada yg hidup. Ada yg mati. Ada yg dah tinggi, ada yg statik. Seeloknya mula cantum, umur brapa ya tuan

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 роки тому +1

      @@mohdfahmi1775 nak mudah hidup umur setahun ke atas.. pokok dah cukup kuat dan subur.

    • @mohdfahmi1775
      @mohdfahmi1775 2 роки тому +1

      @@DkebunAndak ok baik tuan. Cukup setahun lebih penanti kampung, baru saya cantumkan

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 роки тому +1

      @@mohdfahmi1775 ya betul.. makin besar penanti lagi cepat mata tunas dan perkmbangan pokok disebabkan akar dan merebab dan sesuai dgn persekitaran.

  • @azharhassan986
    @azharhassan986 2 роки тому +3

    Sy x pndai kwin tuan
    Tu kna bli gak

    • @Kamarudin-pb3wd
      @Kamarudin-pb3wd 2 роки тому +1

      Boleh cuba bos...

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 роки тому

      Boleh cuba.. tanam je kt rumah biji2 tu.. lepastu kawinkan.. nk pakai ke tak belakang kire.. buat belajar je

  • @TARO-wb6oe
    @TARO-wb6oe 2 роки тому +2

    👍

  • @timbaganpulut1896
    @timbaganpulut1896 Рік тому

    Tuan, update pokok skrg ne😁

  • @timbaganpulut1896
    @timbaganpulut1896 Рік тому

    Tuan, update pokok skrg ne

  • @fazlieismail12
    @fazlieismail12 Місяць тому

    Berbuah bang dahan v y pun sebab durian sya elk2 berbuah..durian kg lg la berbuah d dahan v y dahan jantan ni..rasanya mitos je org kata tak berbuah sbb durian sya berbuah elok2 durian kg kawin ni

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  Місяць тому

      @@fazlieismail12 tu durian kg.. kalau nak cakap pasal mitos bukan serakat dahan v.. durian hutan berbuah pada akar..

  • @ranggichanneltop5857
    @ranggichanneltop5857 2 роки тому

    👌

  • @mohdakim6803
    @mohdakim6803 11 місяців тому

    Salam bang
    Sy semai biji durian kawin, untuk pembesaran pokok sihat dh berbuah cepat perlu ke kawin kn lagi??

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  11 місяців тому

      Anak tanam biji sedikit lewat pokok tu matang.. tapi kalau betul jagaanye ade yang 7 tahun berbuah.. berbanding anak kawin 4tahun dah boleh berbuah

    • @mohdakim6803
      @mohdakim6803 11 місяців тому

      @@DkebunAndak ok faham...maaf bang sy bru nk bljar. Sy ada soalan nk tanya.. now anak benih dalam polibag tinngi dlm 2fT..
      1) klu nk kawinkn kena tanam dahulu dh besar sikit baru kawin atau mcm mna?
      2)Benih sy ni kena kawinkn dengan benih apa2 pn tak apa ke
      abg ada video tak yg tnjuk caya mcm mna kawinkn pokok

  • @ainabasri299
    @ainabasri299 Рік тому

    Nanti pakai alat pembesar suara

  • @tuanazizzutuanmamat480
    @tuanazizzutuanmamat480 2 роки тому +2

    Buat kaki ganda dulu ke kawin dulu?

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 роки тому

      Boleh due2.. tpi kakigandakan dulu lagi bagus.. kalau anak penanti polibag gandakan siap2 masa tanam

  • @OghangKito
    @OghangKito 2 роки тому

    Brp jarak antara pokok ni tuan ? Nmpk mcm agak rapat juga..

  • @zamrikhaled1638
    @zamrikhaled1638 9 місяців тому

    Mcm ayam daging dgn ayam kampung ketahanan genetik dia tak sama ayam kampung@ayamhutan kuat lasak tak mcm ayam daging tapi isi dia ramai org suka ayam daging begitu la juga durian konsep dia lebih kurang gitu maafkanlah kalau salah silap 😅

  • @UNiCORN78-x2s
    @UNiCORN78-x2s 2 роки тому +1

    Bos tunjuk cara nk kawin,sy nk bljr buat

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 роки тому

      Ni bos
      ua-cam.com/video/vzcZnttqRJQ/v-deo.html

  • @MrLahvista
    @MrLahvista 2 роки тому

    semai dulu di polibag tak? atau terus tanam biji?

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 роки тому +1

      Ada yg mati saya tanam terus ja.. asal polibag. lagi elok tanam biji tapi susah jaga.. siput, belalang sangt suke . Kalau tuan ank tanam biji letak banyak satu lubang.. yg berpotensi dalam 2 jengkal tinggal.

    • @MrLahvista
      @MrLahvista 2 роки тому

      @@DkebunAndak okay bang, terima kasih info 👍

    • @sabininsaimin4208
      @sabininsaimin4208 2 місяці тому

      ​@@DkebunAndakMaksudnya tanam biji dlm polybag dulu kemudian baru pindah ke lapangan? Berapa lama dlm polybag baru sesuai tanam

  • @bustaminhassan93rohani23
    @bustaminhassan93rohani23 Рік тому

    Kalau tanam bijik tak kawin boleh ke

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  Рік тому

      Boleh.. jadi unduk asal biji je lah.. dan ia lambat berbuah berbanding yg dikawinkan

  • @lorenzochannel0761
    @lorenzochannel0761 2 роки тому

    Bang racun apa sesuai di kbun?

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 роки тому

      Nk racun apa tu

    • @lorenzochannel0761
      @lorenzochannel0761 2 роки тому

      @@DkebunAndak kbun Durian, avocado, koko, kopi.. racun apa yg sesuai tuan

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 роки тому

      @@lorenzochannel0761 racun ape mksud saye.. serannge ke, kult ke, rumpai ke

    • @lorenzochannel0761
      @lorenzochannel0761 2 роки тому

      @@DkebunAndak rucun rumpai

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 роки тому

      @@lorenzochannel0761 basta atau yg sama perawis aktif dengannye

  • @sharifzohan
    @sharifzohan 2 роки тому

    💕♥️💕💕💔

  • @bumibandienterprisebumiban5022
    @bumibandienterprisebumiban5022 2 роки тому

    Salam..boleh Komen nombr telfon?

  • @AbdulRahman-wz7wy
    @AbdulRahman-wz7wy 2 роки тому

    Boleh tak bg no tel tuan

  • @HassanBakharol-in7kv
    @HassanBakharol-in7kv Рік тому

    Boring dengar....selalu sangat cakap berulang- ulang....

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  Рік тому +2

      X payah dengar .. bukan satu je ko komen negetif kt chanel aku ni. Cari ilmu kut lain.. ko ape yang boleh buat?? Channel kosong xde ape sumbangan nak ilmu orang tapi tak beradap.

  • @apismahadi4070
    @apismahadi4070 2 місяці тому

    Sesuai kawin kn pada umur brapa pkok peranti tu.?