JJCM NAIK TRAIN KE SATE KAJANG HJ SAMURI

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 12 вер 2024
  • MAKAN SATE KAJANG HAJI SAMURI NAIK KOMUTER DAN MRT!!!
    Bagi penduduk kota, kesesakan tidak dapat dipisahkan untuk setiap hari di jalan raya. Jadi, usaha mengurangkan kesesakan itu telah dilaksanakan oleh kerajaan dengan pembinaan lebih banyak pengangkutan awam seperti monorail, komuter dan yang paling terkini ialah MRT (Mass Rapid Transit). MRT mula beroperasi sejak akhir tahun 2017 di laluan Sungai Buloh-Kajang.
    Anda tidak lagi memikirkan soal kesesakan dan masalah dalam meletakkan kenderaan, anda cuma perlu berjalan dan menikmati permandangan bandar dengan berjalan di sekitarnya. Untuk mereka yang gemar berjalan dan mencari sesuatu yang menarik. Anda boleh cuba naik MRT dahulu dan buat ‘food hunting’ di semua stesen MRT yang ada.
    Untuk penggemar tegar sate, ini adalah berita baik untuk anda dan anda pasti tidak perlu risau lagi bagaimana untuk rasai sendiri kelazatan Sate Kajang Hj Samuri. Anda hanya perlu menaiki pengangkutan awam bagi melancarkan perjalanan dan mudah untuk anda sampai ke tempat ini. Jika anda di stesen MRT Muzium Negara, anda hanya perlu mengambil masa tidak lebih dari 1 jam untuk sampai ke MRT Stadium Kajang.
    Gerai Sate Kajang Hj Samuri terletak berhadapan dengan stesen tersebut. Anda tidak perlu menapak lebih jauh untuk merasai sendiri kenikmatan Sate Hj Samuri yang sememangnya terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia tidak mengira lapisan masyarakat pasti tidak akan melepaskan peluang untuk merasai sajian sate ini.
    Terdapat pelbagai kemudahan disediakan disini, antaranya kemudahan escalator bagi memudahkan pergerakan kanak-kanak dan warga emas untuk sampai ke tempat disekitar MRT. Bolehlah bawa ahli keluarga anda untuk sama-sama menaiki MRT dan menuju ke MRT Stadium Kajang untuk makan Sate Kajang Hj Samuri di sini.
    Menu yang ada ialah Aneka sate, Sajian Ala carte dan pelbagai jenis minuman sejuk dan panas. Menu wajib cuba di Sate Kajang Hj Samuri ialah Sate ayam, sate daging, sate perut, sate hati dan pedal, sate ikan, sate kambing dan sate arnab. Semua menu ini bermula pada harga yang berpatutan dan mampu cuba oleh semua orang.
    Kesimpulannya, aktiviti pergi makan Sate Kajang menaiki Komuter dan MRT ini adalah aktiviti yang patut dicuba terutamanya bagi mereka yang berkeluarga kerana kemudahan MRT agak efisyen ditambah pula dengan kelazatan kuah sate Kajang
    Telefon: +603 8737 1853
    Laman web: satekajang.com.my
    Harga: Harga bermula rm0.98-rm2.20 bagi sate, semua jenis minuman bermula pada harga RM1.90-RM19 dan bagi hidangan ala carte adalah bermula pada harga RM 4.80- RM6.30.
    📌 Waktu operasi:
    10:30 AM-12:30 AM (Isnin-Khamis)
    04:00 PM-01:00 AM (Jumaat)
    10:30 AM-01:00 AM (Sabtu & Ahad)
    📍Lokasi: Jalan Hishammuddin, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor.
    #satekajangsamuri #jjcmnaiktrenkesatekajang #jjcmsate #jjcm #kajang #sate #makansate #tourism_malaysia #domestictravel #malaysiatrulyasia #destinationkajang #tempatmakan #satekajang #satesamuri
    #foodie #foodhunting #foodreview #klsentral
    #friedfood #foodphotography #foodstagram #foodiereview #foodporn #foodie #foodiegram #instafood #malaysianfood #malaysiafoodie #thehungryfoodie #vacation #staycation #shorttrip #foods #tempatmakanterbaik #tempatmakansedap #tempatmakantiptop #tempatmakanpadu #tempatmakanbest #tempatmakanmalaysia #malaysiafoodstagram #tempatmakanviral #myfoodiesharing #myfoodie
    #singgahmakan #komuter #mrt #naikkomuter
    #homestaykajang #naikmrt #cuticutimalaysia
    #travelblogger #happy #kakijalan #sukasate
    #travelphotography #kakimakan #satesedap
    #Hospitality #Hotel #Agoda #Expedia #Trivago #Traveloka #Resort #Booking #Travel #holiday #accomodation #rooms #agency #airbnb
    #instatravel #travelgram #instagood #gnola79channel #gopro10black
    🌟 My channel are base on how make money on youtube. Every video might not the same but somehow all video has one purpose. How to make money with it.

КОМЕНТАРІ • 4

  • @maz17md
    @maz17md 10 місяців тому +1

    👍

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  10 місяців тому

      Terima kasih kerana sudi singgah ke Gnola79 Channel 👍👏😉

    • @maz17md
      @maz17md 10 місяців тому +1

      @@Gnola79Channel tq info nya...membantu utk plan cuti sekolah nanti...dlm perancangan nak ke KL ...fm Kedah

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  10 місяців тому

      @@maz17md ooo ye ke tuan... Selamat bercuti ye... Kalau ada masa boleh layan video² yg lain. Mana tau dpt membantu melengkapkan tentative tuan 😉