Tauhu Bunga SALTED EGG by Sis Sheila Rusly

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 10 вер 2024
  • - Resepi ini saya ambil daripada resepi sis Sheila Rusly, memang sedap sangat! Credit untuk sis. Pakat2 cuba buat ya.
    Bahan-bahan:-
    - Tauhu kering (35 ke 40 biji)
    - 1 mangkuk ayam kisar (rebus dahulu)
    - 4 biji telur masin (rebus & ambil yang kuning sahaja)
    - 10 biji cendawan kering shiitake (rendam & cincang)
    - 4 tangkai daun bawang (hiris halus)
    - 1 batang lobak merah (cincang halus)
    - 2 biji telur
    - Serbuk MAGGI Cukup Rasa (optional)
    - Minyak untuk menggoreng
    Bahan untuk pencicah:
    - 2 tangkai akar ketumbar
    - 5 ulas bawang putih
    - 2 batang cili merah
    - 4 cili padi merah (tambah @ kurangkan)
    - 2 sudu besar cuka makan
    - 3 sudu besar sos cili
    - 1 sudu besar sos tomato
    - 1 sudu besar air
    - Sedikit daun ketumbar
    Cara-caranya:-
    1. Ambil tauhu kering dan gunting pada bahagian bucunya. Gunting menjadi bentuk x kemudian koyak sedikit perlahan-lahan dan terbalikkan tauhu supaya bahagian dalam berada di luar. (untuk lebih jelas boleh rujuk video yang saya post tu ya).
    p/s - kalau ada banyak isi dalam tauhu ni, buang sedikit dan gaul bersama inti nanti. Ketepikan dulu tauhu ni.
    2. Dalam bekas lain, satukan ayam kisar dan telur masin. Lenyekkan telur masin supaya hancur dan gaul rata. Kemudian masukkan cendawan, lobak merah, daun bawang, serbuk MAGGI cukup rasa dan telur. Gaul hingga semuanya bersatu.
    3. Ambil tauhu tadi dan sumbat inti ke dalamnya. Tekan-tekan supaya inti padat dan tidak akan terkeluar semasa menggoreng nanti.
    4. Panaskan minyak, goreng tauhu bahagian bunganya dahulu hingga masak kemudian baru terbalikkan. (Rujuk video 🌹)
    5. Setelah tauhu masak, angkat dan toskan minyak.
    6. Untuk pencicah - Kisar kering akar ketumbar, bawang putih, cili padi dan cili merah hingga lumat. Kemudian gaul rata bersama cuka, sos cili, sos tomato dan sedikit air. Akhir sekali masukkan daun ketumbar.
    7. Tauhu bunga salted egg siap untuk dihidangkan bersama sos pencicah.
    -Nota: Tak letak garam sebab telur masin dan MAGGI cukup rasa tu dah cukup-cukup rasa garamnya😊
    SELAMAT MENCUBA.
    ------------------------------------------------------------------------------
    Jangan lupa untuk LIKE, SHARE dan SUBSCRIBE channel ini. Terima Kasih! 🌹
    LIKE & FOLLOW 👉🏻
    FACEBOOK PAGE :
    (Rajin ke Dapur - RKD)
    / rajinkedapur
    FOLLOW 👉🏻
    INSTAGRAM :
    @rajinkedapur
    / rajinkedapur
    SUBSCRIBE👉🏻
    UA-cam CHANNEL :
    (Rajin ke Dapur)
    / @bellahousewife
    ----------------------------------------------------------------------------------
    Music: Good time 01
    Musician: InShot

КОМЕНТАРІ • 4

  • @norarif9063
    @norarif9063 4 роки тому

    Terbaik sis , banyak saya tengok video dkat youtube pasal tauhu terbalik ni , video sis paling detail n penerangan yang jelas , tahniah :') 🎊😍

  • @jamala9762
    @jamala9762 4 роки тому +1

    Sis.guna tauhu kering atau tauhu yg kna goreng dulu