Ke Kashmir lah kita! Ep. 1 - Touch down Srinagar, ke Dal Lake & Pahalgam! Naik kuda ke Mini Swiss!

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 24 сер 2024
  • Trip kalini kita bawak si kecik Adam ni. Alhamdulillah memang tak sangka dia behave sungguh. Dari dalam flight sampai lah jalan-jalan sepanjang trip.
    Jadi flight untuk ke Kashmir kami menaiki Airasia dari Kuala Lumpur ke New Delhi dalam 6 jam perjalanannya. Sampai di New Delhi kami bermalam satu malam untuk flight esok pagi dari New Delhi ke Srinagar menggunakan perkhidmatan penerbangan Vistara lebih kurang 1 jam lebih.
    Sesampainya kami di Srinagar, Kashmir, kami di sambut baik oleh our tour guide/driver, Ahsan. Memang terbaik lah mamat ni sebab dia suka dengan budak2 jadi memang dia suka melayan si Adam.
    Hari pertama Ahsan bawak pusing Dal Lake dan ada nampak lah Houseboat bersusun. Untuk Mughal Garden kami masuk juga tapi tak sampai 10 minit kitorang keluar sebab timing rombongan cik kiah datang penuh kerumun plus hujan dah mula turun takut Adam demam. Memang cantik pemandangan Subhanallah.
    Hari kedua kita terus pergi ke kedai kacang2 ni duk pulun lah beli itu ini, tapi peniaga dia tak friendly sangat atau pun memang dia jenih ganaih kot hahaha nasib Ahsan bawak pergi minum apple juice terbaik dari ladang! Memang sedap betul, tengok lah buah apple dia rendang2.
    Then kami teruskan perjalanan ke Palhagam. Cantiknya gunung ganang dengan salji dekat puncak, pokok pine kot? bersusun helok ataih bukit-bukit. Sungai dia jangan cakaplah, memang sejuk mata memandang.
    Dekat Palhagam tu kita pekena Chai Tea dengan Bawang Goreng Tepung. Simple tapi dengan view dari tingkap tu memang sungguh mengasyikkan!
    Nak taip panjang pun letih dah ni, layan video kalini dulu ya!

КОМЕНТАРІ • 4