RESEPI RAHSIA AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS ORANG NIAGA YANG TERLALU SEDAP!

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 10 вер 2024
  • RESEPI AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS
    BAHAN-BAHAN:
    1) Seekor ayam 1kg+
    Bahan Kisar:
    2) 2 biji bawang besar
    3) 4 ulas bawang putih
    4) 1 inci halia
    5) air 100ml
    6) 2 sudu serbuk lada hitam
    7) 1 senduk kecil sos black pepper
    8) garam 1 sudu teh
    9) gula 1 sudu makan
    Bahan Perap:
    11) 2 sudu madu (optional)
    12) 3 sudu minyak zaitun
    13) 2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano
    CARA MEMASAK AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS
    1. POTONG & BERSIHKAN AYAM
    Mula-mula, bersihkan ayam. Anda boleh potong 4 atau tak payah potong.
    Jika ia tak dipotong, jangan lupa masukkan sedikit bahan perapan ke dalam ayam nanti.
    2. KISAR BAHAN
    Kisarkan semua bahan yang bernombor 2-10 seperti dalam senarai di atas menggunakan ‘blender’.
    resepi ayam panggang
    3. PERAPKAN AYAM
    Campurkan bahan perap iaitu madu, minyak zaitun, dan mixed herbs / oregano bersama bahan kisar dan gaulkan di dalam bekas.
    Tuang semua bahan ini ke dalam ayam dan lumur rata. Tutup bekasnya dan perap dalam 2 jam dalam peti ais di bahagian chill.
    4. MASAK
    Terdapat 2 cara untuk memasak ayam panggang ini. Pilihlah yang mana mudah dan sesuai dengan selera masing-masing.
    A) Periuk High Pressure / Pemanggang Ajaib
    Kalau menggunakan periuk jenis ini atau yang seangkatan dengannya, anda boleh memasak ayam tadi selama 30 minit. Selepas itu, ‘stir fry’ dengan sedikit minyak di atas kuali untuk mendapatkan hasil kerangupan dan rasa panggang yang sedap.
    B) Ketuhar / ‘Oven’
    Jika anda ingin menggunakan ‘oven’, panaskan pada suhu 180’c-200’c. Gunakan api atas bawah. Bakar selama 1 jam - 1 1/2 jam sehingga masak. Selepas 1/2 jam pertama, siram ayam dengan kuah perapan dan tuang minyak sedikit supaya ayam tidak kering.
    *Suhu ‘oven’ bergantung pada saiz oven. Kalau saiz ‘oven’ lebih besar, gunakan suhu yang lebih tinggi.
    5. SIAP!
    Apabila siap, bolehlah cuba lihat isi dalamnya sama ada cukup masak. Aromanya memang harum, lebih-lebih lagi dengan campuran pelbagai rempah.
    Sekarang dah boleh dihidangkan. Mudah, bukan?
    SELAMAT MENCUBA!
    Memang ‘simple’ saja resepi ayam panggang ala Kenny Rogers ini rupanya. Tak perlu banyak langkah, cuma perlukan sedikit persediaan awal kerana akan mengambil masa untuk memerap ayam.
    Apapun, hasilnya memang istimewa, sesuai juga untuk majlis-majlis keramaian!

КОМЕНТАРІ • 20

  • @noneyyyyy721
    @noneyyyyy721 8 місяців тому

    Bisa adoo tauhu gorengan y000 nyamannnn😮😮😮😮

  • @nurulatikahnasarudin6846
    @nurulatikahnasarudin6846 4 роки тому +2

    Perghhh padu ats meja penuh..

  • @AsZulqa
    @AsZulqa 3 роки тому

    Sedap ayam panggang #resepiviralmudahdansedap

  • @hajaaz373
    @hajaaz373 3 роки тому +2

    Memang sedap... dh cuba buat.. ank2 suka mkn👍👍

  • @nurmuhd
    @nurmuhd 4 роки тому +3

    Ni barulah resepi awesome..kalau teringin makan ayam panggang kenny rogers, dah boleh buat sendiri..dok rumah diam2 panggang ayam..✌😍

  • @MakIntansGarden
    @MakIntansGarden 4 роки тому +2

    Sedap nmpak..blh cuba ni..

  • @shimad9459
    @shimad9459 2 роки тому

    Tq. Sedap sngt. Bru sja nonton video ni sbb nak buat ayam ni. Adoiii... Xsempat snap pic smua pkat ambik pinggan tgu nak mkn. Siyes menjadi. Sedap😍

  • @syahiraamira1968
    @syahiraamira1968 3 роки тому

    Harini Mak mertua nak dtg , try ah menu ni. Harap menjadi. First try ni

  • @suzaimahsuib9475
    @suzaimahsuib9475 3 роки тому

    As'salam MasyaAllah Alhamdulillah sdp nya😋👍👍nak cuba lah... Senang dn mudah ni, cara masaknya... Trm ksh kongsi resepi ye.. Semoga murah rezeki dn diberkati oleh Allah. Aamiin 🤲🤗👍👍

  • @sylfran7358
    @sylfran7358 3 роки тому

    Tqsm. Mmg sedap ni. Akan dicuba🌹🌹

  • @nurkawaii
    @nurkawaii 4 роки тому

    Waaww.. Boleh cuba nanti... Thank you for sharing.. Jemput tgk channel Nur ya ☺️

  • @anggunqaseh
    @anggunqaseh 3 роки тому

    Klu guna air fryer boleh ke?

  • @santhigengan1231
    @santhigengan1231 4 роки тому +2

    Hi. SOS ape tu ye

  • @zureenalot5265
    @zureenalot5265 4 роки тому +1

    Npe laju sgt tunjuk

  • @rosabellas8056
    @rosabellas8056 4 роки тому

    Apa bumbu Yg dah diblend tu?