Aku pernah duk asrama all boy selama 5 tahun. Apa yg dipaparkan dalam citer High Council tu seme pernah kena kat aku terutamanya masa tingkatan 1-3. Mmg survival of the fittest. Kalau badan besar pun tapi hati kecik pun sama je tetap akan kena belasah. Aku pilih utk tgok High Council sekerat je sbb sebenarnya apa yg berlaku kat sekolah aku dulu jauh lagi teruk sampai nak tulis dalam ni pun tak sanggup. Apa yg diciterkan dalam High Council tu sap sap soi je zaman aku dulu. Tapi alhamdulilah situasi kat sekolah aku tu terhenti apabila pengetua baru masuk dan dia mengasingkan bilik asrama mengikut tingkatan dan tidak lagi bercampur spt sebelumnya. Budaya buli ni sbenarnya diwarisi oleh sipembuli drp senior yg pernah membuli dia sblum itu yg di propagandakan sebagai tradisi. Bila pelajar diasingkan mengikut tingkatan, rantaian tradisi buli terus terputus oleh kerana si senior yg pernah dibuli masa dia junior tidak berpeluang untuk mengaplikasikan dan selanjutnya menurunkan skill tradisi buli tersebut kepada pelajar junior. Betul cakap awak mmg buli ni merupakan satu episod yg amat traumatik. Membe baik aku sama sekolah dulu pun sampai sekarang bila terserempak je mesti lari tempat lain bila nampak aku sbb aku lah antara org yg menyaksikan dia dibuli oleh senior sampai tahap dewa pun boleh nangis bila diingat semula. Skrg dia dah jadi pegawai kanan kerajaan, tapi aku faham yakin diri dia pun gerenti akan luruh jika lepak dgn aku yg pernah melihat dia di saat dia paling lemah 20 tahun dahulu. Kita org Islam, amalkanlah akhlak rasulullah dan bukannya anak lord org putih yg diagungkan sgt oleh senior pada masa itu yg menganggap budaya buli ini boleh mencipta semangat setiakawan sampai ke tua. Matlamat kita adalah kembali kepada tuhan, bukannya semangat brotherhood yg poyo. Nama je belajar agama Islam dalam kelas, satu pun tak masuk dalam kepala masa tu😢
omg,kalau lg teruk drpd yg dipaparkan dlm High Council,xdpt nak bygkan mcm mana awak boleh survive selama 5 tahun. cuba bayangkan berapa ramai yg dpt diselamatkan secara mental,jika pentadbir dapat break the bully cycle.
Alhamdulillah. Sepanjang aku dok asrama selama 5 tahun dlu. X pernah ada budaya sebegini. Terima kasih kepada ustaz ketua warden aku yang sgt menekan menjaga hubungan dengan Allah dan menjaga hubungan dengan manusia.
Banyak "syaitan bertopengkan manusia" di sekolah-sekolah dan asrama seluruh Malaysia. Been there, gone through that. Pernah bertahun-tahun menghadap penderaan fizikal, mental, emosional dan seksual. Syukurlah saya tidak pernah menjadi sebahagian daripada manusia berperangai syaitan ini. Malah pengalaman yang sangat memeritkan ini lebih mengajar saya untuk menjadi insan yang lebih baik pada hari ini. Semoga Allah swt memberikan pembalasan yang sewajarnya kepada makluk-makhluk berperangai puaka ini kerana mereka mungkin bole terlepas di dunia, tapi tidak di akhirat nanti.
Sebab tuu zaman saya asrama sekolah lantik pengawas berpengaruh dan balance sukan dan akademik supaya tak beban warden..alhamdulillah terkawal keadaan..Warden pon jenis berwibawa ronda asrama xde bias dgn senior mahupun jr..form 1 dan 2 saya kna teruk juga tradisi asrama ni..tapi bila senior year saya pilih jadi lone wolf je sbb better mcm tuu…kdg kat asrama ni ada certain tradisi yg dh xperlu ikut..bagi saya nak suruh2 tuu boleh tapi pastikan kebajikan junior tuu terjaga..jangan sampai dia tak tido tak makan kena buli dgn senior lain..apa pon Alhamdulillah saya dpt jumpa cikgu saya haritu..dia ckap one of hikmah PKP ialah asrama dah kurang seniority sbb yg rasa tradisi form 1 masuk tuu dh xde sbb dulu sbb generation tuu dh habis..yg latest ni sama je macam sekolah biasa berkawan tak kira umur…just hormat sbgai senior shj..
YES! It is not a good culture! We just need to RESPECT each other not harm each other. My experience, 2006-2007 SMT, our senior kind of rough. The harsh language is one of them. They even wake us at 2am to do "roll call"! It is basically to tell us how rude we are, how gatal we are, and how we don't deserve to talk to seniors (especially guys). Some of it is mentally painful I can tell. I even ask my parents to bring me back for the first 1 2 weeks. But I am glad some of us is a fighters! I still remember we have a discussion among ourselves (junior), this thing should not be like this any longer! So, we decided, if this so-called roll call happened again, one of us have to run down there to call for the warden. Finally Boom! We are able to cover this girl, Zulaikha to sneak out while we are being called for roll call... And yes, that is our LAST ROLL CALL! Finally, we are FREE! When we are seniors, we just do a necessary meeting only. We are trying to stop mental bullying culture in this hostel. We live peacefully though. and have a lovely memory there!
@@marinisnyambong8815 What they did was literally abuse and need to be stop no matter what. Even military doesn't do 'roll call' at 2 in the morning 😓 honestly, are they get enough sleep for class tomorrow for this 'roll call'? They're really have no common sense...
Aku sekolah teknik di pahang..batch 2009-2010..kisah ni jadi masa aku f4...batch kami hari2 kena follow undang2 f5...lebih kurang mcm high council jgak la..aku boleh survive atas tiket aku suka buat bodoh..apa2 yg diorg suruh buat..aku buat..tapi sambil lewa atau lambat2...diorg maki ke marah ke..aku buat bodoh je..last2 diorg dah malas nak kacau aku..tapi ade budak batch aku kena teruk..hari2 kena kacau..kena pukul kadang2..tapi dia tak melawan..sampai la lepas habis sekolah..lepas 2 tahun mcm tu..dia ada terjumpa budak f5 yg selalu buli dia tu kt area daerah dalam pahang..dia tak ckp byk..lunyai budak tu dia keje kan..dendam seseorang jgn buat main..
Aku nk pesan lahh kt sapa² yg kaki buli kt sekolah atau asrama tuhh.. ingat 1 jea.. jgn menyesal kalau 1 hri nnti budak yg ko buli tuhh jdi majikan tempat kerja ko.. atau life lebih better dr ko.. silap hri bulan.. ko yg kne buli balik lepas habis sekolah
Guru dan pihak sekolah kena mainkan peranan utama. Dulu masa di sbp , dari form 1 pengetua, guru dan kakitangan dah plan batch saya akan ubah tradisi sekolah. Memang dalam proses tu sampai kami F4 agak payah kena pulaukan senior Dan sesetengah guru lama, but we believe in teacher's plan and school future plan. Sampai ke hari ini batch Sy the only batch yg pengetua set kan 1 team guru ikut sampai habis SPM Dan yang kelakar masa graduation kami dapat hadiah kenangan dari sekolah. Siap batch kami ada gelaran lagi... Alhamdulillah lepas batch kami dah takde, tradisi2 "seniority" di sekolah Sy dah tamat/berkurang. Buktinya after 5 years adik masuk sekolah yg sama dan keadaan dah ok. Edited: Lupa nak mentioned, PIBG pun turut membantu.
@@faridfauzi2205 tak boleh bagitau. Sebab tu tak mentioned pun nama sekolah diatas. Alumni sekolah saya masih aktif. Jika mereka dari batch saya mesti tau bila baca ayat saya tu. Kesimpulanya, apa yg di highlights dlm drama tu hanya 5-10% je. Banyak lagi pencapaian akademi and benda positive drama writer patut ketengahkan. Kadang2 bila tgk drama ni, rasa mcm writer tak pernah merasa sekolah berasrama plak.
Dulu Mase aku duk asrama harian...tahun 2005-2009...teruk aku kena buli bai...kena basuh baju,basuh kasut,klu gaduh tu jgn tnyela..tiap minggu ade..wajib kena 1by1...senior pulak masing2 gengster taik babi..🤣🤣🤣 tapi bila aku da form 4-5...aku ubah blik system CM ni...xde kes buli2...just buli untuk junior kena pandai Bace doa,Al-Quran,azan...bersukan...Sebb ade antara dyorang MMG xpndai langsung solat Bace jawi...jadi aku ajar Sume tu...ye,MMg ade jgk senior yg nk terap kn amalan gengster ni...tapi aku tetap lawan dyorang,gaduh mesti punye..kalah mng belakang citer... Alhamdulillah smpi skng junior2 aku masih contact aku..aku bangga dgn dyorang...jadi org baik... syukur Alhamdulillah
Umo kita lebih kurang sebaya,aku ada pengalaman dok asrama tapi cuma satu taun je la,tahun depan tu mintak tak dapat,aku serius la cakap aku paling benci bukan senior asrama tapi warden.ada saja salah aku dia cari,dia kata aku bangun lewat padahal aku terawal sekali bangun,dia kata aku suka main2 masa study,jadah apa aku cuma penah kantoi sekali je main masa study lepastu dia cop terus aku macam tu sampai akhir tahun.aku masa dok asrama takde la kena buli teruk sangat sebab tu aku suka dok sekali ngan senior aku.aku teringat kata kata senior aku masa aku form 2,"kalau dok buat lagi tradisi buli membuli ni takut budak2 jadi takut nak dok asrama".alhamdulillah lah aku tak kena buli sangat,cuma gurau kasar je la.
aku Alhamdulillah tk penah kena buli dan tk penah buli orng . Klu aku ada orng nk buli aku dia mmng silap la, jenis aku mmng panas baran ikut mcm ayah aku , “ Ayah aku pesan klu ko kena buli , pgi fight balik smpai dia ckp klu tk fight ko bkn anak aku “ sejak tu mmng aku pegang2 kata ni dan “ Jgn takut kt orng takut pda Allah shaja”. Sbb aku ni jeni panas baran dan fighter( bila orng nk buli aku , aku lawan balik) , sejak tu aku bnyk orng nk kawan sbb dorng goyang dgn aku la kot hahha ni zaman skola dlu.
Sepupu aq dibuli dengan teruk di MRSM sbb dy budak kelantan n jenis pendiam. Tukar sekolah masa form4. Skrg perlu buat surgery pada dua belah2 mata kesan trauma kena tumbuk. Percayalah yg mana pernah membuli dulu, hidup kau tak kan pernah tenang smpai2 bila2 selagi mangsa buli kau x redha n maafkan kau.
Food chain. Kau lemah kau jadi mangsa, kau kuat jadi pemangsa. Jadi pilih, Kau nak melawan atau ditawan. Pesanan aku, kalau nak survive tu biarlah kita ni ada apa-apa jenis martial art. Dan lindungilah orang-orang yang lemah. Ada beza demand respect dgn gain respect...pembuli ni mereka nak mereka dihormati, disegani. Sedangkan kalau kau lindung orang yg lemah pun kau akan gain respect dari orang lain. Tampak sisi keberanian lebih dari pembuli.
Niat nk lindung org & diri sendiri, end up tercederakn org or worse terbunuh org. Terus gelap masa depan. Culture tu kne ubah, tu sekolah bkn zoo or penjara. Dtg nk belajar, bkn nk jd samseng. Kat jalanan pn xperlu nk bantai2 org. Negara ade undang2, silap bergasak last2 masuk ke dlm. Ank bini jd mangsa..
nabi muhammad s.aw. bersabda: Orang kuat itu bukanlah orang yang kuat bergusti, akan tetapi orang kuat adalah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah. [1] Riwayat al-Bukhārī (6114)
Pengalaman duduk asrama SMT (tahun dan lokasi dirahsiakan) . Zaman jadi junior, tak pernah suka dengan senior sebab deme ni benda kecik pun nak kecoh jadikan macam isu dunia, kadang ada yang lagak macam beza umur jauh sangat padahal beza dalam selang beberapa bulan je terutamanya yang lahir hujung tahun, lepas tu kutuk junior sekian-sekian ajak sama-sama batch cari pasal atau pulaukan...nak dekat SPM ada kononnya sesi bermaafan antara senior dengan junior, masa confess mulalah buat drama siap jatuh air mata, aku buat muka seposen masa deme mula buat drama dan curhat...masa pengumuman result SPM, aku tak jumpa sorang pun even senior dorm aku dulu alasan waktu sekolah padahal memang malas pun, dah habis sekolah lagilah langsung tak tegur dan berharap tak nak berjumpa dengan deme pun . Zaman jadi senior, apa junior buat pun tak peduli langsung walaupun selalu dengar rungutan member satu batch asyik kutuk pasal perangai junior sekian-sekian (mengikut perangai senior sebelum ni), bagi aku lantaklah deme nak buat apa pun janji tak melampaui batas, kalau rasa perlu tegur atau terkantoi depan aku biasanya aku amalkan konsep "cerita sini habis sini"...bila dah habis sekolah, junior ni rajin menyapa bila jumpa balik masuk IPT/kerja sama tempat, padahal masa sekolah dulu tak teringat pernah wujud tak budak tu sebab cuma rapat dengan junior satu dorm/floor/jurusan/persatuan (kadang lepak dorm member lain pun, tak berapa tegur sangat junior dalam dorm member tu)...elok je masih bertegur sampai sekarang . Deme ni pun kadang satu hal jugak, zaman jadi junior dulu, bukan main baik sopan tunduk je dengan senior terutamanya dengan senior yang pailang...bila dah jadi senior, semua benda yang dilarang tu "dihalalkan" balik oleh dia dengan alasan, "senior dulu boleh buat takkan kita tak boleh"... masalahnya, contoh yang tak baik jugak kamu nak ikut, buat undang-undang ikut tekak sendiri, bila junior buat, tahu pulak marah... . Kalau nak orang masih mahu bertegur atau hormat dekat luar sana sampai bila-bila, hormat dan santuni orang lain dengan baik tak kiralah siapa atau di mana pun
Cite yg xpatut d siar. Beri info dan rasa ingin cuba bg yg duduk asrama.. aku 4 thn kna tibai.. di panggil anjing walhal aku xpernah report apa².. sial.. yg tibai aku ada jg yg sama batch aku sial... Tobat aku xmaafkan selagi kotlrang x minta maaf wpun dah berlalu 1991 - 1995.... 5 thn aku d sana sampai aku jd senior xpernak ku jentik budak pun... Sbb aku benci pembuli dan perokok...
mmg byk brlku kt skolah sy pn. but sy pn amek lgkh cm abg.sy jd senior sy xprnh touch pn junior sb kte bkn pnghkum ckup la kte dh nsihat dan bri pringatan..sb mse sy juni pn sy xprnh buat hal.itu pn hmpir sy nk trkena rumble sb ad kes libatkn nme sy,nseb baik nama tu org lain pdhl sy xbuat.sy xthu n ksian pd mngsa buli bkn ap sb diorang n mak ayah diorang ksian kne kluar dr skolah cri skolah lain.ksian
Ni sama pengalaman mcm aku masa sekolah teknik dulu,..masa jd junior dulu agak terok jugak lah kena buli or ragging,..dorg senior nak kita hormat dorg siap panggil kakak sedangkn beza umur x jaoh pun,..kalau siapa2 junior tu cantik ker mmg dorg xkn puas hati msti akan carik silap n bercakap dgn budak lelaki sama kelas pun boleh jd isu kot,..byk lagi lah pengalaman dibuli yg sampai skrg masih segar dlm ingatan,..dh habis sekolah aku x prnh kenal n ingt pun dorg2 pembuli tu semua sbb xde faedah nak kenang manusia xde tamadun tu konon nak kita org ni jd manusia lah,..yg junior2 aku dulu alhamdulillah walaupun aku x rapat dgn dorg sbb dulu suka buat hal sendiri jer wlpun aku ada jawatan jugak masa form 5 tu,dorg junior2 aku hormat jer aku n tegur jugak aku,..ye sbb dulu bila dh jd senior aku x prnh nak repeat balik tradisi2 ntah apa2 tu dgn junior,apa yg aku buat n pesan pandai2 korang lah yg penting jgn ada nak buat benda2 xde faedah tu,..contoh2 yg baik ikut jer yg x baik jgn sesekali nak cuba n buat,nnti nyesal x sudah..
Acik tak pernah tinggal di asrama tapi anak lelaki acik sekarang belajar dan tinggal di asrama KV(rahsia),acik selalu pesan kat dia jgn jadi pembuli dan jgn biar diri dibuli...fokus cari ilmu dan dapatkan sijil... fikir baik buruk sebelum buat sesuatu... semoga Allah SWT melindungi anak-anak kita yang berada di asrama...
Saya adalah salah seorg yang reformasi hierarci buli di asrama. Sbbnya anak org kn xkn nk pukul. Kalo denda just berlari keliling surau ye. bab ragging, rembat tu semua telah saya hapuskan tpi ade kumpulan dri f4 la msih lagi nk truskan sbb aduan dri junior. Mcm cthnya malam setan, ade junior selalu diganggu smpai stress and then sye gantikan tmpat tido dia dgn saya. Time sye tido saya letak cermin loker tepi saya dan terjadi adegan di mana mse pengacau ketuk kepala saya guna botol air, pengacau tu pikir itu junior sbb gelap dia xnmpk, lepas dia ketuk apelagi saya amik cermin loker sebelah saya ni pegi ketuk kepala dia. Budak tu lari and saya kejar. Mmg darah menitik sepanjang koridor . Pagi tu saya pegi check rupanya budak tu dimsukkan hosp sebab dahi dia koyak kena pulak 4 jahitan. Padan muka
Alhamdulillah zmn muda remaja aku di sekolah berlalu dgn penuh smooth dan aman... Takat gaduh2 manja tu biasa lah...sekarang dh 32 tahun dah...terima kasih ya Allah...
Aku sebagai salah seorang bekas pelajar Vokasional dalam Malaysia ni, aku sangat setuju. Sistem gangster dalam asrama ni memang wujud dan dijadikan turun temurun. Selepas senior habis sekolah, junior kepada senior pulak akan naik kepala dan begitu lah seterusnya. Memang tak dinafikan, waktu zaman aku pun sampai ada kes polis. Kes patah kaki patah tangan, kes pengsan, kes parah, kes trauma semua ni tak dapat dipisahkan. Sekarang je aku tak tahu macam mana keadaan sekolah asrama ni, tapi memang kes buli raging ni sentiasa berterusan kalau tak dihentikan. Bila dah meningkat usia memang terasa bodoh betul ikut sistem gangster dalam asrama ni.
Betul bang saya bekas pelajar vokasional di johor bahru tahun 2012...gaduh masa prep malam..gaduh kt dlm surau pon ada.. gaduh gn guru displin pon ada. Mlm main isim kuda kepang kt dlm dorm
Omaigod tak sangka acap pernah lalui semua tu. Be strong 😭. Sebenarnya dulu tgk cite juvana pun dah menyirap, sebab tu tak berani tgk high council ni. guys, kat luar ni dah banyak orang jahat. mcm mana nk selesaikan perang, konflik kat palestine, syria, and oppression kat byk tmpt kalau kat sekolah pun memasing dah buat perangai tak berhati perut. well for the bully, you might feel like the king of the world kat sekolah tu. Tapi bila kau keluar ketahuilah dunia ni sgt besar. kau akan jumpa org lg jahat, lg tak berhati perut dari kau dan mungkin giliran kau pula kena oppress sampai kau rs xnk hidup. dan serius dowh tak cool langsung kalau kau sanggup patah riukkan anak org even muka kau hensem mcm pelakon2 high council tu. utk org yg hanya observe sedangkan ada kuasa untuk elakkan benda tu berlaku, you are one of the bully too. tolonglah be part of the solution, not the problem.
Ni semua sistem sial bayangkan budak yang jadi fobia anxiety lemah semangat dengan sistem bodoh ni hari-hari kena hadap buli dalam asrama then tak nak susahkan mak bapak kata okay dan jadi pendiam dalam masa sama develop masalah mental tanpa sedar sebab peraturan mcm ni aku rasa dah banyak berita orang mati di bunuh sebab dendam lama semua dah pangkat ayah atuk tapi dendam masih ada. Fikirkan.
Kau lah first youtuber pertama yang citer kisah betul realiti berpandukan high council nie,aku form 1 sampai form 5 duduk asrama apa kau cerita sebiji dgn asrama aku sampai part ninja kain pelikat pun sama dkt asrama aku,high council sama mcm asrama aku jugak beza tk panggil high council je,aku pernah dibuli 1 lawan 5 sampai trauma sampai skrg dan aku terpaksa buat balik membuli tu dkt junior,kenangan asrama 5 tahun warden tolong lah amik port pasal buli nie sbb buli nie musibat nombor 1 asrama,buli bukan hasilkan anak jantan tapi hasilkan ramai musibat yang pengecut
Aku nak share pengalaman. Aku sekolah biasa . Isu buli mmg buat aku panas. Nk d jadikan cerita.. member aku ni lemah.. selalu d buli.. ada time tu dlm belas2 jugak la "gengster" budak melayu dtg turun nk pijak mmber aku sbb xdpt duit pau.. aku haritu x tahu la knp.. mungkin dah pendam lama.. aku bg sedas dua. Melayang sekor dua samseng tu.. terus dr haritu dorang x berani sentuh mmber aku tu.. dan alhamdulillah la sbb aku pun berbadan besar dan tinggi. Tapi serius la isu buli ni... Mmg patut dicegah sehabis habisan
Dulu form 1 and form 2 aku sekolah agama kebangsaan, selalu kena buli, dan kena belasah, sampai trauma, lepastu aku pindah sekolah smk biasa, ada campuran agama, Alhamdulillah takda buli, dan sekarang jadi cikgu sekolah Non Muslim, 0% buli kat asrama, jujur cakap geng Islam yang suka buli sesama sendiri, lagi2 Melayu, walaupun aku melayu dan Islam tapi hakikat itu fakta.
alhamdulillah lah umur 18 & 19 aku masuk kolej.. benda yg paling tak di jangka, bdk class aku ada yg bdk tahfiz, budak lemah akedemi, budak kaki minum ketum, budak pandai mase sch menengah dan selebihnya budak ii moto a.k.a. rempitzz.. apa yg seronoknya semua budak class aku matang² walaupun usia muda (orang kata jiwa memberontak).. tapi kami ada 1 sifat yang sama which is apa yg lecture class kami ajar adalah kita FAMILY.. masing² dari kita org ada nakal masing² but time kat class always concentrate dngn apa lecture ajar and benda yg paling aku speechless, mana yg kaki ketum, kaki rempit, bodoh akedemi apa semua tu bila sampai waktu mesti akan solat sama² & ajak lecture solat sekali.. nakal is nakal tapi hal agama kita nak semua sahabat² jumpa dekat syurga, mulut puaka macam mana pun / perangai musibat kalah setan pon mesti akan solat sama² sampai aku rasa aku ni mcm bkn bdk kolej tapi budak tahfiz HAHAHAHA.. aku bangga dengan kawan² sekelas kolej aku. aku doakan semua berjaya dunia & akhirat
Boleh jamin orang yang tak suka dengan cerita ni mesti pernah merasa pengalaman duduk dekat asrama. Aktiviti mungkin sedikit berbeza tapi pelaksanaan "culture" tu mungkin sama.
this is one of the reason aku berat hati nak lepaskan adik adik lelaki aku duduk asrama. sumpah aku takut diorg kena macamni, aku duduk asrama since tingkatan 1 sampai lah masuk uni, aku okay sebab mungkin perempuan, dia punya tahap buli tak sampai nak hentak anak orang sampai lunyai and kadang kadang sampai hilang nyawa... setakat kena saiko, kena perli tu boleh masuk telinga kanan keluar telinga kiri je.. aku 3 beradik je, aku dan adik-adik aku.. tolonglah kepada sesiapa yang melihat comment ini, janganlah teruskan tradisi buli buli ni.. yang korang buli belasah tu ada ibu ayah tau... cubalah fikir dulu sebelum buat sesuatu yang boleh memudaratkan orang :)
Duduk asrama ni 1 je bang, lawan balik atau low profile jangan acah2 power, sembang kencang & kerek. Macam tu la cara nak survive, sebab environment mmg dah cantik nak berjaya cuma cara kita nak adapt tu camna.
Alhamdulillah..nasib baik asrama sekolah saya x de yg namanya high council ni.. senior semua baik baik..ramah..boleh layan kami ni mcm adik dan kawan..saya memang bersyukur la dapat senior yg baik..
Ni lah jdi kalau tkde pegangan agama yg kuat.. Alhamdulillah saya seorang ibu yg anak2 tinggal asrama.. pada awal semester anak dibuli, sampai kena iron tangan, tidur dimasukkan benda dalam telinga bagai.. anak tak nak bagitau.. tapi alhamdulillah ada kawan2 baik dorang yg bagtau.. saya tak buang masa terus confront warden dan pembuli tu.. jumpa anak2 geng pembuli beri nasihat dgn cara baik.. jadikan dorang anak2 angkat.. ajar dorang utk ber'emphaty'.. tak semua org nak tinggal asrama tu melainkan masing2 ada alasan.. mungkin kesusahan dalam hidup, mungkin takde mak bapak.. kesian.. sepatutnya dekat asrama tu lah jadi keluarga kedua.. yg boleh tinggal Dan belajar bersama.. Alhamdulillah skrg kes buli dengar2 dah setahun dh tak jadi lagi.. semoga dipermudahkan urusan semua anak2 yg tinggal kat asrama aamiin
Kalau aku dulu sekolah agama perempuan half asrama half tak, aku masa f4 aku selalu kena sound dgn senior sebab apa? bukan nak perasan tapi sebab cantik... masa kitorang tgh jalan, diorg sound, sbb one of my friend ni dia cantik sgt muka cm arab, pakwe kpd senior ni, suka kat kwn aku pastu si senior ni suh kwn2 dia sound la, nk buli la tapi takleh buli, sbb kitorg f4 ni satu batch mmg protect each other la so diorg tk berani
ni pon satu masalah typical bila sekolah perempuan. si junior secara tak sengaja telah berkenalan dgn kawan laki si senior & si senior pon bitter dgn si junior tersebut lalu mengajaklah geng2 mereka untuk sound si junior dgn kata2 yang perit untuk didengar & bagi warning acah2 jangan kacau "kepunyaannya" sedangkan kawan lelaki si senior tersebut bukanlah boyfriendnya hmm. mungkin ada yg lagi teruk terus kene ragging hm lol.
Aku salah seorang mangsa belasahan ramai2 di asrama sekolah aku dulu...sape yg pernah rasa perasaan pindah ke sekolah baru then masuk asrama faham lah, hari ke 2 aku masuk asrama dah kena tibai ramai2, kepala aku ditekup dgn baldi dan ditendang sehingga baldi tu pecah, dorang suruh aku kunyah tilam yg dah buruk...perkara ni berlanjutan sehingga lah aku naik form 5 bru lah okay sikit...aku depress, mak ayah aku org susah, pegi sekolah kena belasah, lillahi aku takkan lupa dan berharap dapat jumpa balik mereka...
Saya bekas warden ..bkn tak ambik tindakan..apa yg saya nak beritahu..mak ayah tlg la jgn tlalu backup anak yg buat kesalahan..kdg2 penat..kita ambil tindakan..tp mak ayah tk pcaya dan myangka anak nya baik..dr tk ada darah tinggi..dh kena ..last2 ltk jawatan.
Sekolah bole amik tindakan menggantung asrama/buang sekiranya telah diberi amaran...takkan org yg bijak x tahu buat SOP...jgn tolak kesalahan pd mak ayah pulak...penyakit darah tinggi disebabkan makan berlebihan, ramai di luar sana yg x jaga budak pun kene darah tinggi..."Berlakunya kerosakan disebabkan diamnya org2 yg baik & diberi amanah"
@@mrzou1375 pemikiran org2 mcm ni la yg menyebabkan tiada anjakan dlm sistem sekolah berasrama...malah memberi kesan kepada pelajar lain bahawa tiada keadilan dpt ditegakkan dlm komuniti kecil pelajar asrama serta membunuh kepercayaan pelajar terhadap warden/guru
@@zildjanzildjan1473 abang tgok dak high council pasal cikgu cine tu repot pasal budak2 buat kem bulan madu tu.. pegtua kte ape.. haaaaaa.. tu contoh dia.. tp tu alasan biasa.. alasan bodo je... tp cikgu2 ni gatal perut nk repot nk buat tu nao buat ni.. tp terikat bang... silap hb.. periuk nasi tgadai.. anak bini haru... dh nama manusia... kprluan diri tu lg prnting... nak betulkan sistem tp xmmpu.. cikgu2 xdee kuasa... warden pon same... warden btimdak.. silap2 tdo balai.. klu dh merasa tido balai.. paham2la kesan keatas career.. nk cari gnti cikgu baru.. sama je bang.. slg sistem penddikan kite bawah politik sial.. lg tula xkan brubah.. mana2 ngara pon sama.. jepun korea hadapi bnde sama... budaaya buli di skolah2 sane lg teruk smpai mmbunuh dan mangsa buli ad yg bunuh diri..
Zaman SMT aku dulu masa form 4 kena tarik dorm sebab tegur budak perempuan kelas Agrotek. Aku ditendang dan aku menendang jugak, senior ni kalau ko tak balas dia lagi naik syeikh. Lepas aku dilepaskan keluar dari dorm tu aku sebat kasut Adidas Superstar senior tu buat trofi. Masuk dewan makan hari esok ada senior dorm lain bagi laluan. Rupanya senior yg aku terajang tu bukan awek dia pun aku tegur. Cinta bertepuk sebelah tangan. Hai lah Isma, sapa la kahwin dgn ko skrg. Member aku smpi skrg lepak sekali dgn budak ofis aku kata zaman sekolah aku wayar putus sikit. Masa aku jadi senior, warden letak budak2 lembut dalam dorm aku, aku pun nak tamatkan budaya buli/ragging ni. Tapi aku sampai skrg takleh lupa ada budak vokasional ni kena buli kaw2 sebab dia dorm lain. Kesian tgk budak tu, pernah aku tgk satu dorm punya baju sekolah dia basuh. Budak2 teknik ada yg aku jaga. Tapi kami mmg tak pergi berperang dgn budak voka, sbb ada jugak budak dorm aku ni satu geng skinhead pulak dgn budak voka tu. Itupun ada kes gaduh lain sama budak teknik sebab diorg tak puas hati dgn budak skinhead ni. Sampai tingkap nako tu dia pecahkan nak bertikam weh.
Aku ada tengok series tu, tapi sumpah memang ada mix feeling sngat dan nak tergelak pun ada sebb benda2 b'do'h tu boleh wujud dekat sekolah menengah..saya tak experience jadi budak asrama penuh dan alhamdulilah tak pernah kena pukul tapi buli tu memang adalah masa di sekolah biasa..TAPI, lepas dah masuk Kolej Matrikulasi yang sediakan asrama utk satu tahun tu, alhamdulillah mungkin sebb fasa kematangan tu semua dah mula fokus dalam bidang akademk dan ko kurikulim, malam2 sibuk dengan buat assignment dan kadang2 ramai yang ajak pergi library, fun gila sampaikan tak de yang risau pun apa yang budak buat kat atas (Pendapat akulah tapi aku x tngok kalau budk2 lain, tapi pling nakal pun curi2 hisap rokok je tu)... Balik pada series tu, aku sebnrnya tak boleh brain kenapa patut diorg buat macam tu.. yang ni dah macam TOXIC MASCULINITy yang terlampau, diorg dah lupa niat asal belajar di KUDRAT tu apa, tak pernah lagi saya nmpk scene diorg dapat markah tinggi, pencapaian tinggi dan konsep2 ilmiah yang ada dalam diri diorg...yg ada mesti ckp tentang experiment psychology yg diterapkan dalam fasa pembesaran/kematangan....Nak Komen, betapa bencinya mereka dibrainwash kan untuk jadi org yg takde pendirian mcm tu, so yes memang dri segi pnysical mental diorg boleh jadi kuat, tapi personality memng boleh terpesong bila2 masa je... tu yg rasa betul, part diorg berpakat tipu pihak sekolah tu betul, sebb passerby effect..diorg malas nk hadap masalah, diorg2 je yg selesaikan..warden tk peduli, sebb dia tau budak tu pndai sorok2, sampai bukti pun dia lupuskan...ni memng betul, semata2 tak nak kena tngkap, tu yang warden malas nk layan.. Tak Buat cakap Tak Buat, Buat cakap Tak Buat.. Part Ashh cakap pasal HEM, tu saya haraplah dia dapat balasan yang setimpal ddengan apa yg dia buat dlu, membahyakan nyawa dan menpengaruhi mereka dgn perbuatan tak senonoh. 😔😔
Dok asrama matrik/degree dah lain, budak2 pon dah matang skit, lgi pula masing2 sibuk dgn assignment n tugasan..lain kalau masuk asrama harian biasa.. masing2 nk tunjuk kuat..kalau sehari sebelum cuti panjang, malam last tu mmg akan ada kes pukul n riot beramai2.
Hostel Dato Harun Tg Karang 🤘🏻 Dari jauh datang tempat orang, 1st year struggle .. 2nd year dah tahu flow law dalam hostel, “Guna otak kalau tak nak kena pijak” . Ragging everyday, mental steady sebab mindset masa tu : “Hidup ni ada macam-macam benda hardcore kena hadap” dan Bila dah dewasa, keluar jauh lebih faham apa itu menghormati setiap manusia yang ada disekeliling. Negative banyak berlaku pada aku, tapi aku cari apa pengajaran untuk semua yang berlaku, TAPI jangan salah faham, aku tetap TIDAK MENYOKONG ragging yang tak kena pada tempat dan sikap diri seorang junior. Kalau baik, buat apa nak ragging berat 🧠✌🏻🖤
100% sangat - sangat setuju :) setuju dengan pendapat kau acap . what a memories dulu masa zaman sekolah menengah dulu 🥰 kalau boleh patah balik masa , dah lama aku patah balik masa . thanks do for the video cap ✨
Kembalikan kuasa rotan kepada guru, insya Allah boleh kawal murid.Bykkan kursus mnjadi warden berwibawa, boleh kawal semua murid di asrama dengan baik. Ibu bapa dan pihak sekolah harus sentiasa berbincang bagi menyelesaikan masalah buli melibatkan anak2 mereka, gantung dan buang segera murid buli ni.. pastikan mereka x trlepas.
Betul Acap, cultures dlm masyarakat kita mmg rosak. Thats FACT, tak kira lah samada di asrama sekolah, Kolej atau pun IPTA/IPTS dan agensi kerajaan beruniform. Gagalnya sistem keluarga dan pendidikan menghasilkan insan2 yg tiada perikemanusiaan dan Pembuli/Samseng atas niat gurauan, adat suai kenal minggu orientasi. Too sad sbb kita semua actually mmg mengalaminya, ada aduan mmg dibuat tetapi pihak sekolah cover it, pihak berwajib suruh settle tepi. Too sad terlalu byk kes kecederaan fizikal dan mental hinggalah kematian. Tetapi perlaksanaan "prevention" & "punishment" masih tidak mampu mendidik generasi2 baru agar tidak teruskan legasi "BULI". Isu ini akan berterusan hinggalah Kerajaan dan semua pihak bertanggungjawab termasuk ibubapa laksanakan tugas tanpa melindungi penjenayah2 juvana.
Sebab sekolah duduk dlm gomen...gomen sume mau settle tepi...eventho staff buat salah besar, dinasihatkan berhenti bukan tindakan atas kesalahan...salah kecik walaupun bab kewangan, ganti balik jer..senang kan...tiada lesson learn...sebab bos jaga seat empuk...
@@playlikelegends2034 sbb tu masyarakat masih ke belakang...dok fikir negara lain buat jugak, org lain buat jugak, umat di negara pun buat jugak...jadi ape manfaat kite diberikan Al-Quran jika mengikut org lain sebagai panduan hidup...
@@zildjanzildjan1473 aku tak faham lah kau sembang apa ni raju. Aku cuma cakap yang komen brother tu macam nak kata masyarakat kita je yang buat benda ni kalau nak perbaiki kena lah betulkan semua masyarakat bukan masyakat kita je. Yang kau tiba-tiba nak kata fikiran orang kita ni cetek ke apa ? Apa- apa je lah.
@@playlikelegends2034 maaf jika menyinggung. Yup, bukan juz bangsa kita. Tapi pengalaman aku duduk asrama di 4 sekolah, 4 negeri, 2 IPT di 2 negeri, kem2 program bakat or tunas cemerlang msn.... its happened. Juz a minor or hardcore punya raging.... alhamdulillah aku mmg x pernah kena sbb backup budak2 komando sg. Udang kuat era 90's
Aku duk hostel 6 tahun mmg boleh rasa feel dia bila tngok series ni.. tahun lebih kurang sama (.2000-2005..). tapi lain skit budaya n style kami di hostel.
saya alumni teknik cheras beberapa tahun lepas, pasal cerita tu ada banyak version dan masa saya bersekolah dekat situ pun budaya buli ni dah takde tapi budaya seniority masih ada tapi masing2 buat hal masing2 je just hormat mereka sebagai senior je la.
organisasi underground (nama dirahsiakan tp rasanya ramai tahu) yg wujud kt TIKL tu berakhir pada tahun 2000..last batch 99/00 dan tidak akan tidak ada lagi selepas itu.
Alhamdullillah lah aq selama 8 tahun duk hostel tak pernah lagi jadi mcm tu..bersyukur sgt diberikan kawan ,senior and cikgu semua yg baik²....ini baru first time sgt aq rasa bersyukur sgt²..
Saya teringat masa saya sekolah vocational boys town pada tahun 1990 hingga 1991 ........ Pada masa ITU senior vice President boys town selalu buli budak junior tapi pada masa ITU Kita lawan balik untuk protect budak junior....... Cuma saya Dan Lima kawan baik yang selalu protect budak junior........ Selalu jugak masa ITU keluar masuk hospital mana tak asyik gaduh aje kat luar Padang sekolah vocational ...... Bila teringat masa ITU menyesal pulak sebab sampai sekarang kerja cleaner aje kerana tak belajar sungguh2 masa ITU .....
Aku baru je habis... Lepas dgr rekomendasi dari pelawak stand up Douglas lim.. Mmg mantap...habis leleh ayark Mata jantan Aku... Mmg padu... Aku bagi 5bintang!!! Yang kurang nyer... Tak cukup episode...kalau tambah 5 lagi... Utk citer later belakang cikgu2...kesudahan utk Prakash..1 episode utk tunjuk sejarah dulu2 sekolah kudrat... Tunjuk keluarga kehidupan Dan later belakang keluarga kahar.
Drama ni based on true story yang berlaku di sbp. All boys sbp ada 6 je di seluruh Malaysia. Melalui pembacaan aku, benda ni terjadi di Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR).
Yes,, sgt setuju part pengurusan sekolah tu. Pernah ada pengalaman pasal gpk hem yg tak function bela nasib pelajar. Sampai bagi lesen pelajar senior wujudkan budaya ragging utk jadi samseng. Aku pun tak tahan sampai minta pindah sekolah sebab tak tahan budaya ragging yg "direstui" gpk hem. Nak kata sekolah teruk, bukan sebab sekolah agama kot. Aku syg sekolah tu sebab byk ajar ilmu agama. Tp sebab gpk hem tah pape boleh benarkan budaya ragging, aku ada trauma dgn benda yg terjadi sebab pernah juga dibuli oleh senior. Paling malang sekali, senior buli aku tu dah jadi cikgu skrg. Hahaha
Setuju. Sekolah n asrama bukan tempat kita cipta pngalaman n memori yg buruk. Semoga generasi sekarang n akan dtg dah xsambung tradisi buli kat asrama ni. Sy walaupun xpernah dibuli masa stay asrama dulu, still rasa xbest dngan senior. Pernah ada pengalaman masa mula2 masuk asrama, sorang senior tu dtg tanya nama, apa semua (dah lupa soalan apa lagi), sy menangis bila cerita kat kwn walaupun soalan dia biasa je. Rupanya dia xpuas hati (kot) dngan sy sebab potong Q turn mandi kat asrama. Sy budak baru mana tahu dorang tanda shower tu dngan tuala. Dah tengok shower tu xde org, sy masuk la. Benda kecik mcm tu pun kau dtg cari aku kan. 😫 XDE SEORANG PUN SENIOR KAT SEKOLAH TU YG SY SUKA.
Itu tandanya kite sume masih muda x pandai diplomasi dgn yg lain...bile dh besar ni, br aku sedar kite kene bijak diplomasi...kite x bole puaskan hati sume org tapi diplomasi utk dpt kepuasan bersama...
me almost 20 years hidup dgn budak asrama dah banyak batch dah. my mum as executive dkt satu asrama anak yatim. almost 25years. hal buli ni mmg wujud, xkira dorm lelaki atau perempuan. betul apa yg ashraf ckp pucuk pangkal mana warden, cikgu yg incas. ragging is not bully, alhamdulillah asrama anak yatim skrg makin harmoni dgn ada nya warden lelaki dan perempuan yg masuk air 😅 curi spender, kasut, baju sekolah, buku. tu normal tp klo kantoi mmg kena dgn warden bukan pengawas.
SBPian hadir✅. betul apa yg ashraf cakap.. actually bila tgok High Council ni automatic rsa trauma tu dtg balik and tringat balik camna kena dlu time jd junior sampai x brani inform warden😢
saya bakal posting ke salah sebuah sekolah di Malaysia.. doakan saya dapat didik anak2 pelajar dengan sebaik mungkin.. tq untuk perkongsian ini untuk saya jadikan sebagai iktibar dan rujukan
Guru@ warden rasanya kena banyak ilmu dan link untuk stopkan kes buli² camni.. pasti ada cara andai buli berlaku.. Mmg sy pernah dgr,plg bahaya kalau mcm dlm high council, kapla tu dtg dr anak org berpengaruh. Kalau lg bgs, sek invest technology utk pantau student tanpa diketahui( secret cctv ke)..byk je yg murah²..but still berkualiti. Entah la..rasa sedih tgk kes buli..saya sek harian biasa, so x alami.. Sy harap saudara dapat laksanakan tigas sebaiknya...aamiin
Bila dengar story acap pasal high council ni, aku rasa syukur pula, why aku tak nak masuk sekolah teknik masa f4 dulu, mak aku pun dulu siap tanya lagi kat aku, betul ke yg aku nk masuk sekolah teknik add the same time nk masuk asrama, sbb mak aku tahu yg aku ni dulu mcm mana time sekolah terlampau lurus bendul sampai apa yg org suruh buat aku pun ikut buat, mak aku risau kalau aku masuk sekolah asrama tu takut jadi lagi makin teruk, jujur aku cakap dulu aku bukan yg jenis suka melawan and tak pandai melawan tau. Aku rasa pun ada hikmah nya kenapa aku decide tak nak pindah sekolah asrama which is sekolah teknik masatu, kenapa aku tak check result kemasukkan voka and teknik masa tu even masa tu aku dapat rasa yg aku mcm dpt masuk sekolah teknik and last sekali walaupun dgr agak bodoh alasan aku yg last ni sbb aku tak nak pindah sekolah teknik masa tu adalah sbb aku sibuk terkejar nk tawan hati crush aku utk nk dia jadi gf aku, yg akhirnya dia taknak aku and tak suka aku and cinta aku tak berbalas dan ex crush aku tu pun dh kawin dh ada anak dahh..... andai kata masa tu aku nk ikutkan firasat hati aku utk check result permohonan kemasukkan vocational and teknik masatu, aku dapat masuk and nekad juga nk terima and masuk sekolah teknik tu... aku rasa aku tak tahu apa jadi kat aku masa tu, entah² bila aku dh masuk sekolah tu tak sampai beberapa bulan maybe aku akan keluar sekolah tu dlm keadaan yg mcm tak akan jangka..... mungkin aku takde sekarang kat sini utk komen panjang kat ruangan ini, hmmmm wallahualam....
Aku bekas sekolah teknik vokasional, Aku mangsa buli dan salah satu penyebab menjadi introvet. Tapi aku survive dekat sana, aku x kisahpun kena pulau dan aku selesa dgn kehidupan itu sehingga kini, belajar sorang2 di perpustakaan sehingga menjadi pengawas pusat sumber. Tapi kau nak tahu x hasil dari buli tu lah akhirnya satu masa tu aku one bye one dgn rakan sekelas aku dan menang dgn menggunakan pembaris kayu aku hempuk kepala dia hingga berdarah. dan sejak itu aku tidak dibuli lagi. cuma di pulau sahaja. Menariknya aku semakin berani, masuk Form 5 aku cari 3 rakan yg paling berkualiti hanya utk study utk score SPM. Yup akhirnya dari gagal sempurna form 4 menjadi cemerlang semua result SPM aku.
@@azril1188aku tk penah kena buli dan buli orng. Disbbkan aku ni panas baran ikut dri ayah tu aku brni fight dgn orng balik klu nk buli aku. Tpi klu dorn ajak fight mmng silap la sbb klu panas baran mmng tk ingt apa dah mmng truk dia kena
Kenangan di TIKL-sekolah teknik cheras kl batch 2002-2003.masa form 4 kene buli.masa jalan ke bilik mandi kerap direntap seluar sampai lucut.sudahnya aku balas balik masa dia mandi,aku rentap kain basahan dan buang kat tingat bawah.malam tu senior form 5 datang dorm aku nak kutip aku.mujur senior2 dorm bekap aku.teringat lagi Rizan,Izham Sr.,Ikram aka teguh.membe form 4 aku yg bekap duge aka Alfishahrin.dia bekap sampaikan last2 dia yg berentap dengan senior2 pembuli tu.kesannya,aku bersyukur masih dikelilingi kawan2 yg ambil berat dan menegakkan keadilan.bila aku jadi senior,aku antara orang yang menentang buli dan fokus pelaharan serta silaturahim.kalau korang masih ingt aku,aku sincan aka batu aka izham jr 4 mekanikal 1& 5 mekanikal 1 dorm IY dan dorm TW(tongkat warrant) 😁✌
Aku ex Technical Institute Kuala Lumpur (TiKL) @ Teknik Cheras...pd aku zaman tu mmg budaya mana2 asrama sekolah sekitar Malaysia.. tapi yg jd kecoh ketika tu kes Teknik Cheras disebabkn melibatkn kematian...tp mmg betul tu kisah benar di Teknik Cheras
Mnyirap aku dgr..ank aku kene ragging dgn warden (bkn skolh kpm) Hilang sbr aku hntr surat ke pengetua.. Alhamdulilah warden tu slmt di lucutkn jawatan..terima kasih en pengetua..
Alhamdulillah ni first time aq awai tgok video hg Acap😂.. dah 2 tahun aq follow, ni first time dpt tgok awal.. slalunya dah 2 hours lebih video kluaq baqu dpt tgok😅😅
aku rasa semua dah share and cerita pasal pengalaman masing2 masa duduk asrama. aku ni tak ada la kena kopok ramai2. sebab 1 je, senior ni suka makanan. kau pandai bagi apa yang diaorang nak which is suka makanan, in sha Allah hidup kau aman. jangan cari pasal dengan senior, bila lalu sebelah senior bagi salam panggil abang, memang hidup kau aman jela. bila senior suruh kau baju and iron baju diaorang, kau layan, in sha Allah selamat. tu je selama ni aku buat. alhamdulillah selamat.
Guru pengawas & Pengawas kena main peranan terutamanya unit disiplin. Kapla unit disiplin kena hati kering, tegas tp rasional, nmpk LEMAH, tp sekali dia pandang, seniorpun tunduk. Tunduk bkn sbb takut, tp hormat. Jgn benarkan sekali2 keganasan berlaku dpn mata.
tq cap.. akhirnya aq dah dapat jawapan kenapa banyak budak2 x nak hbiskan sekolah.. sebab persekitaran mereka di sekolah yg buat mereka decide utk berhenti... Aq jadi mushkil kenapa aq tgok budak2 muda x nak sekolah... even adik aq sendiri 2 org, sekolah x hbis.. bukan sbb duit.. jenuh pujuk dorg x nak... So inilah jawapannya... Aq pulak beruntung sbb pandai bawak diri and surrounding aq x seperti ini.. im proud to say, aq dah bjaya menggenggam segulung ijazah... nasihat aq, utk adik2 di luar sana... Kena pandai2 bawak diri.. carilah rakan2 yang baik2.. Kalau ada masalah di sekolah, cepat2 bgtau mak ayah.. jgn diam
Ak sokong kw 100% bab ni..ak pernah lalui benda ni.2003-2005 trauma smpai ke hari ni n bkn nice memory bila citer sal zaman sekolah..pembuli or sebgainyew ni x patut ade kt muka bumi ni.jujur jika sekarang manusia/pembuli ala high council ni ak jmpe depan mata mmg makan x habis ak bagi,kerana mereka la ak jadi seperti ini..ni bukan dendam ea,seperti luka yg dh pulih tapi kesan parut tu smpai bila masih ade.lau boleh ak nk masok asrama semula n ak nk tibai sorang2 bangsa ala highcouncil ni..puiii.
i feel u , Alhamdulillah aku jenis panas baran dan pantang klu orng nk buli aku mse skola mmng siap aku bgi disbbkan ayah aku yg jenis panas baran dan garang. Aku mindset mse skola “ tak takut manusia kecuali Allah”.
Dulu abang aku duduk asrama. dia cerita yg senior buli junior suruh junior tenung lampu/kipas sampai lampu terpasang sendiri atau kipas tu bergerak. Then, satu hari tu ayah dpt panggilan dr skolah abg aku kena masuk hospital sebab katanya melecur terkena air panas. Kaki habis melecur teruk. Entah betul ke tak la apa yg dilaporkan. Rasa macam kes buli. Apapon abg aku still survive kat sekolah teknik tu.
Aku batch sekolah teknik dkt satu daerah di Selangor. Batch 2007-2008(SPM). Salah seorang dari hierarki tp bukan kapla dan sekolah aku x panggil high council. Jujur masa aku junior aku xde niat lansung nk terjebak dgn aktiviti2 n undang2 bodoh high council ni. Tp atas sbb nk survive kt sekolah n perasaan awal2 tahun jd junior tu menyebabkan aku menjadi seorg yg x peduli keperitan org lain bila aku jd senior. Tp jujur bila dah habis sekolah aku menyesal dgn semua tindakan aku waktu sekolah dulu dan alhamdulillah ada junior2 yg pernah aku buat salah dlu skrg ada yg dah ok dan masih lg kdg2 kami semua lepak bila ada masa. Aku x membenarkan semu benda ni tp jgn la nk judgmental sgt dgn senior. Mereka pernah jd junior dan benda ni akan berlarutan selagi pihak sekolah buat xtahu je. Kat sini peranan cikgu2 semua sgt penting. Warden pun biar lah org yg betul2 amanah, bukan yg kalau nmpk benda salah buat pejam mata je.
betul awk pernah jadi junior tapi kalau bole tradisi tu habis sampai generasi awk je.... jangan nak turun temurun kan lagi takot kene kat anak cicit awak pastu mati dorang sbb x bole nak ngadap.... time tu jangan tanye kenapa jangan menyesal macam orang bodoh.... betul budak junior ade angin memasing jangan pukul rata... mane yang macam bangang tu elok layan macam bangang dan yang elok tu layan elok... lelame yang bangang tu akan slow.... kalau lagi bangang ko kutip budak tu supaya bangang die x nyusahkan orang lain.... yang penting yg baik ke pondan dan lembut jangan ko usik pondan tu straight kalau die bengkok... ko bengkokkan die jadi straight maksud kalau die ajak semburit kasi ajar sikit ape itu straight... jadi senior bukan sakiti junior tapi sayang junior macam sahabat bukan hamba....
aku pernah kena tibai dengan 10 senior dlu. tpi mlm tu mmg aku ngamuk xsedar diri smpai 2 dri 10 org tu patah tgn ngn pecah mata. and alhamdulillah jumpa kt luar bertegur aku
Aku bekas KV tak perlu sebut nama (First batch), yup true story beb, semua kau cerita ni betul, dari cikgu, budak2, upacara2, kes, segala apa sume sebijik, Malam setan tu yup, aku pernah tido satu malam tu, diorang masuk kan ubat gigi dalam mulut aku, and then jam aku yg aku gantung dekat katil besi aku hilang, nak pergi kelas, kasut aku hilang, ada yang kaki menganjing, tapi dia tak sedar yg dalam dunia ni akan ada org tak suka kau dan boleh tngok berapa org yg suka kau tu ada bila kau kena pijak ramai2, trauma budak asrama ni real, benda2 ni real mat, tapi benda2 yg lepas ni lah yg jadikan kau hari ni, macam mana diri kau sekarang yg lebih berhati-hati dan menjaga diri bila bergaul atau memilih tempat dan kawan, semua pilihan, nak teruskan dgn adat atau padam kan semua kisah lampau yang akan menghantui kau lagi 30 ke 40 tahun akan datang, atau kepada org lain, dengan dendam kau nk bawa kemati atau kau redha dan lepaskan sebab kau ada lagi banyak hal lain yang perlu difikirkan, Adat itu hanya nama, yang menggubal dan meletak kan syarat itu kita .. Terpulang yang faham tu faham, okay salam dari batch 96 !! .. 🤙🏻
Sbb tu bila dah dewasa ni......ade gap barrier dgn sesiapa pn...aku hidup utk kebahagiaan sendiri...yg lepas tu simpan sbgai pengalaman je..... But now..in networking or relationship dgn kawan sumpah ade batas...juz dont cross the border....i really keep privacy bahagiakan diri with treat myself superwell
Sekolah STAR Ipoh,,,batch² yg lahir tahun 1991 yg sebaya aku semua tau cerita ni,,walaupun aku bukan budak STAR cerita ni mmg viral zaman² aku form4 2007 - 2008 form 5....serius mengamit kenangan kalau di ingat balik
Ak ex-student one of SMT & now dh convert to SMV kt N9. Ak pn asl dari N9. Apa yg menariknya sepanjang sekolah kt situ, yg plg byk bwk masuk pengaruh mcm ni mostly dari budak2 luar especially KL. walaupun sekolah tu simpan bdk2 dari negeri lain but plh obvious yg start semua ni mmg dari mereka. Slh sorg bdk KL ni boleh tahan poyo gk, tp disebabkan dia sangkut sama kelas nerd2 cm aku, xtau la cmne ak manipulate otak dia sampai lah jd member lepak sama2 sampai skrg. Ko tgh study, bdk KL lain kacau kau, jp lg sampai 1 block budak KL g beduk budak tu. Time belajar siap tuukar2 homework lg..aku buat essay English dia, dia pandai kira2, tlg buat calculation math plak. Kalau melingkup, mmg sama2 melingkup dok luar kelas kena denda..xde mslh pn sebenarnya dok asrama ni. Jgn merendah diri sgt, jgn menonjol sgt. Be natural walaupun kena jadi hipokrit dlm surroundings mcm ni. Alhamdulillah selamat dari f1-f5 dok asrama ak reti uruskan diri sendiri xpyh tiap2 kali call mintak tlg mak bapak cm anak manja. 😂
aku selalu jd mangsa suruh amik air kt dm oleh senior2, tp dorg puji jugak aku sbb bila suruh aku yg amik air, kejap je aku dah sampai dorm dorg.. padahal aku isi pakai air paip tepi tangga je... xde masa la aku nak menapak jauh2 pegi dm tu semata2 nak amikkn air utk senior..😆😆😆
sama ada kau yang bijak atau senior kau yang bodoh. Takkan tak boleh rasa beza air masak dan air paip. Member aku satu dorm pun try juga cara macam ini last-last kena pao. Nasib kena pao dari kena kenduri
Allah itu maha adil. Org2 yg membuli sakitkan org tanpa sbb, percayalah suatu masa klw tk dia maka anak cucu dia akan merasakan benda yg sama atau mgkn lbh teruk.yg slh adalah phk admin. Termasuk lah cikgu yg ada. Anak2 mesti diajar yg tkde sape pn yg berhak menyakiti mrk termsk lah cikgu dan mesti melaporkan kpd ibu napa secepat mungkin. Aku sape2 yg dh kena mesti dendam, dan sentiasa mendoakan pembalasan utk pembuli tersebut. Ini lah senjata bagi org2 yg teraniaya.
Budaya buli ni mmg sangat teruk dekat mana2 asrama especially sekolah2 lama. Tak kiralah sbp, mrsm, sekolah teknik, sekolah agama ataupun sekolah harian sekalipun. Sekolah yang dah lebih 20-30 tahun agak susah nak buang budaya tu. Saya ex sbpian spm 2012. Waktu zaman form 1 mmg teruk kena buli emosi memandangkan perempuan takde sangat buli fizikal kebanyakannya mental. Ramai juga yg berhenti sekolah sbb tak tahan. Tapi waktu kitorang form5, benda tu dh semakin berkurang sbb ibu bapa zaman sekarang lebih protective. 10 org budak lelaki batch saya dibuang sekolah beberapa bulan je sebelum spm sebab ada kes buli kawan sebatch dan junior. Junior tu report parents, parents report polis so kantoi. Waktu kami junior, tak kisahlah teruk macam mana sekalipun jangan jadi mat pot. Kami panggil mat pot bukan jibam. Benda tu senior dh tanam dlm kepala kami so mmg takde yg report. Sbb tu lah budaya tu susah nak buang sbb takde yang berani report dan mak bapak dulu2 pun jenis yg tak beria sangat. Depa siap cakap biasa lah tu ragging2 sikit. Kalau tak kena ragging bukan asrama lah namanya.
selalu berlaku di skolah berasrama... rasanya hampir majoriti sekolah berasrama di malaysia ni hadapi masalah yg sama. masa kat uitm dulu pun hado masalah ni. aku agak lebih berumur bila masuk uitm & berbadan besar (mmg aku pun jenis melawan) so senior x berani kacau sgt la. roomate aku pun jenis fighter & lebih tua dr senior kitaorg (+ main rugbi) dok sebilik, so bilik aku tu mmg safehaven la utk batch junior kiteorg nih. mmg senior x berani sgt naik blok kiteorg. 2-3 blok lain mmg junior lain yg sama batch kiteorg byk komplen senior selalu buli. masa tu darah muda, mmg xde komplen dgn warden pun... setel sendiri je semua. bile time kuliah bertembung dgn kaki² buli tu kiteorg mmg sound tepek la. alhamdulillah, semakin kureng kes walaupun ade. semua "setel" kat luar jela. selagi sistem & mentaliti x ubah, selagi tu la masalah ni akan berpanjangan. ape yg aku mampu buat utk anak² aku hanya persiapkan diri diaorg dgn belajar seni bela diri dr skolah rendah lg. cuba beri didikan agama sebaik mungkin & terapkan nilai² murni je, selebihnya hanya tawakal kepada ALLAH. nak ubah sistem & mentaliti x mampu... maaf komen pjg sgt. haha.
alhamdulillah aku skolah asrama dari form 1 sampai form 6 kat skolah aku tu mmg xde kes buli .. even aku batch ke 9 msuk and senior aku batch 5 yg dikatakan senior batch lain (6,7,8) sebagai batch yg plg jahat (kuat raging budak) ..mmg ade sorg je yg suka pukul budak tapi aku alhamdulillah x kene mungkin sbb aku terlalu comel :) .. bayangkan ah budak form tinggi 135cm masuk asrama an hahahaha .. sng je nk cmpk tong sampah .. alhamdulillah most batch aku boleh rapat ngan senior kitorg dan budaya junior rapat ngan senior dgn kekalkan respect tu still ade smpai skrg .. walopun warden laki x ramai still boleh hidup skolah aku .. x nyesal masuk situ .. even kes rokok penah ade skali je dan budak tu trus kene 'pindah' skolah dan bukan dibuang ..
Tahun 1999/2000 salah sbuah SMT. Aku adalah salah sorg yg menentang dan meruntuhkan high counsil. Sekarang aku dah 40 tahun jd adik2, anak2 yg baru nak naik. Jgn sia2kan hidup kamu semua, nak jadi kapla ka, nak jadi gengster ka, nak jadi pembuli ka, semua itu tahi. Habis sekolah nnt kau akn jumpa dgn org2 yg kau aniaya dlu. Dalam ramai2, kamu xtahu yg akn kamu jumpa nnt. Kena yg slh orang mmg musnahlah masa depan kau semua.
aku asal budak x ambik port mmg pegi sekolah nk abiskan sekolah. Form1-3 ok smooth, Start form 4 mcm2 benda sial berlaku, aku tak duduk asrama pon kena belasah ramai2 2 lwan 8 sampai kes polis. Haha tu baru kes belasah belum lagi paw duit, curi moto aku, pulau, punca sbb aku sound senior form 5, Dlu kt sekolah kira pompan ramai nk kenal dgn aku. Tpi aku tak layan pon pompan2 tu sgt setakat hi aku snyum2 jela balik. Start situ senior smua kacau hidup aku teringat2 sampai skrg, nk tempuh setahun tu mcm 10 tahun.😅
Ye sama...1-3 tu ok sikit la..walaupun kne buli gak tp f4-f5 hurm...memang aq ni x minat g skolah dan selalu ponteng je..hasilnya spm aq mmng kelaut dalam .hahaha..
Pengalaman saya.. duduk dalam suasana asrama ni dari darjah satu sampai form 5.. tapi sekolah pondok larh ...tak pernah jumpa high council ni.. sebab ustaz ustaz kami semua genster..ahli seni bela diri... Displin no 1.. sampai form 6 dengan upper 6 baru sekalah jenis kebangsaan baru jumpa budaya buli ni..sian tengok junior kena buli ni.. apa pon aku rindu zaman sekolah sebab boleh solat subuh ontime..kalau tak kena libas dengan paip getah sakit woww
Pernah sekolah di teknik cheras, tak tahan 2-3 bulan kena hadap kes buli mcm ni. Kena basuh baju, kena ambik makanan, kena raging sebelum dan semasa tidur, kena sparing dan sebagainya. Cuba rebel, tapi bernasib baik pulang ke rumah waktu senior mencari. Dan selepas tu, aku berhenti dari sekolah tersebut Fast forward, jumpa senior yang membuli aku tu, dia jadi malu disebabkan dia automatik jadi junior aku waktu Universiti.
Tu yg org tua2 selalu pesan, buat baik berpada-pada, buat jahat jgn sesekali. Hidup kita jgn buat org lain merana sebab satu hari nanti kita dibalas benda yg sama. Itu yg pasti terjadi.
1 ilmu yg aku dapat dan amalkan dari dulu sampai sekarang, kalau kena pukul atau bergaduh, jangan sekali-kali jatuh. Kalau jatuh, confirm lunyai. Baru aku faham kenapa dalam silat utamakan kaki. Kenapa kaki kena kuat
Aku dgn family aku mmg banyak kisah teruk kat asrama ni. Kakak aku pernah balik jln kaki sorng2 sbb tak tahan kena buli. Abg aku sek asrama penuh kena paksa cacah tatu kat blkg badan dia masa form 2. Aku pulak pernah kena kencing masa orientasi dgn budak senior. Bodoh nak mampus pembuli ni.. Trauma gile masa tu. Tp zmn dulu nak mengadu kat mak bpk pun tak blh. Mesti mak bpk salahkan ank sendiri sbb melawan. Selagi tak mati, hadap je lahhh..
sblm thn 2000 lg dh wujud,...saya sekolah form 4 thn 92 dah rasai semua ni kat sekolah vokay...paling byk kes ala ala high council ni byk kat sekola vokay atau skg nya sek kolej vokasional yg ada asrama form 4 n 5...
5 tahun aku duduk asrama, darii start junior smpai aku senior, pembawakan Kita yg penting, Kita ada pilihan mcm mana nak budak2 junior ni hormat dkt kita, ada benda yg boleh ikut dlm tradisi asrama ni, ada benda yg x patut ikut...
Siyes mmg teringat batch VOCAY SPMV kuantan 02-03 dari 1stday masuk mcm2 benda sial kene....ya mentang la aku dari luar daerah kuantan...sorg2 plak kt situ.... 1st day masuk dh ade 2 org kemurungan n di pulaukan...aku on xtau sbb 1stime masuk asrama..lepas seminggu mcm tu aku baru paham...sorg2 benti sekolah balik sekolah asal... So aku pn lalui jugak semua benda dlm drama ni...n pertengahan tahun 02 aku minta parent aku tukarkan sekolah lama kt kg....tp mmg xtau nak explain mcmana dgn dorg sbb rasa takut ke mcmana tah...last2 arwah ayah aku cakap xpe la tahan je 2 tahun...so aku pn mmg tempuh je la seadanya janji dpt spm.... 2 tahun ni mengajar aku utk bawa diri tempat org n survive...lepas skolah aku sambung study n praktikal di PERAK....1 Hari aku nk balik kg cuti raya...di bustop lumut aku jumpa sorg yg familiar... Ya salah sorg bangsat yg buli aku dulu kt kuantan...guess what pakai kopiah bhaiii....🤣🤣 Oii mat kau bukan dulu teknik sekian2...nama kau @##& kan? Belajar mana??ikm lumut ohhhh Die xpayah explain pn aku tau mmg die kene buli....org yg tibe2 jd baik mcm tu selalunya sebab nk survive acah2 baik...padahal die xmampu tempuh kehidupan hostel luar kawasan....tp bila tanya asal kau jd pendiam mcm ni...jawapanya kita dah besar dah matang.... Pale butoh....skang kau baru tau kan mcmana nk survive kt tempat org?? Aku lg lebih awal belajar survive kau xpayah cerita pn aku tau mmg kau bangsat kt tempat belajar kau tu kan??ni la balasan tanpa perlu aku buat apa2....lepastu die salam n minta maaf dgn aku pastu die trus gerak...
Aku ex SMT 05/06. Benda senior ragging junior mmg wujud. Pernah jadi jugak masa batch aku. Tp aku tk ada spe berani sentuh sbb aku awal² masuk dh ngam gn senior. First week dh rehat gn senior smpai budak2 kelas pandang lain. Dan aku tak pernah dibuli walau depan² aku senior bantai kawan sekelas aku buat tak tahu sbb tk nak ak terpalit sekali 😅
Aku pernah kena bully tapi depa tak pernah serik kena report dengan aku sampai satu tahap aku boleh berlawan depan cikgu dengan pembuli tu dan hampir aku nak buat report polis sebab tangan aku kena toreh dengan si pembuli tu tapi aku bagi dia perluang kedua untuk dia insaf apa yang buat
Aku orng kelantan kami bukan rasis tapi sifat kita orang xsuka orang pijak kepala kami sbbtu org kelantan selalu dikaitkan dengan gocoh atau fight dan tak semuanya macamtu tapi kebanyakkannya macam tu kerana kami org kelantan tak suka orng pijak kepala kami disebabkan itu juga la kami jadi macamtu dan kami orng kelantan suka untuk ajar diri sendiri untuk jadi berani dan cukup benci pada sifat penakut yg ada pada diri sendiri dan suka cabar diri sendiri untuk jadi pemimpin tapi kami xkacau orang kalau orang tak kacau kami, kami jenis tak suka bergaduh guna mulut atau bertekak sbb akan nampak bodoh.dan nk pesan kalau orang tu diam dan malas nk ambik port benda kecil jangan la korang uji kesabaran seseorang tu dan jangan cabar orng tu sbb senyap bukan bererti kami takut cuma kami hormat..jangan mention nama negeri kalau nk marah dekat seseorang...nanti korang kata pulak budak kelantan ni jahat kalau kitorang balas dengan perbuatan dekat korang...kitorang xjahat pon cuma kitorang benci pada sifat orang yg suka mencabar kitorang..harap faham sbb apa aku pernah pukol sekor budak jb disebabkan dia suka mencabar lepastu nk cop kitorang jahat sedangkan dia yg mencabar dan buat aku mental pastu senang2 je cakap orang jahat ingat la ini orang bukan tunggul kayu yg xreti nk balas dan kami bukan malaikat lain orang lain cara dia
memang setujuu part yg last tu. selagi takde yg mati, okay lah tu, bagi diorang. tah pape, ank org yg sampai trauma tu depa tak fikir pun. sampai bila" pun aku tak nak hidup balik kat asrama lagi, dgn senior tah pape, warden dia lagi.
Aku batch 2005 SM Teknik Taiping, masuk 6 bulan ja kena keluar skolah. Kes aku pukul senior2 form 5 jahanam ni dgn kayu hoki dlm gelap. Tq senior2 baik yg bocor maklumat yg mlm tu turn aku nk kna rumble, last2 ambik kau 5-6 org senior bdarah2 aku libas dgn kayu hoki sorok bwh tilam, esok tu polis dtg skolah. Aku & 3 org junior lg dinasihatkan tukar skolah. Sapa yg batch 2005-2006 SMTT mesti tau kes ni, antara kes besar dlm Malaysia.
Kat skolah Aku Ade asrama jugak. Sepupu Aku sorang dok asrama die form 3, Aku duduk luar mase tu Aku form5 tp sekolah yg sama. Dieorg yg kononnya smsing nie dlm asrama jea handal. Form 5 asrama pau sepupu Aku siap pukul skali. Last sekali kat luar Aku tibai semua yg kononnya kapla dlm asrama nie, lepas tu alhamdulilah sekarang dieorg jd manusia.
yess true. aq ex bdk teknik. time tu hostel, bdk teknik, budak vokay, dgn bdk skm. mmg benda ni dh jadi budaya diorg. then warden dkt situ pn mmg sport apa snior buat, junior bju kne tigh in la. mmg setiap mlm akn ad gaduh.. bila kita org snior, kita org buang smu budaya buli tu, xda lagi junior tigh in baju la. smua bebas buat apa je.. then warden kita org marah sbb kita org mati kn budya tu. skrg ni xsuree masih ad lg ke x budaya mcm tu. Then pada aq sek teknik or vokay cikgu or warden dis mmg gle2 punya. jns sebat xda pakai rotan, sepak terjaang. bdk dah terbaring pn warden letak kaki atas kepla bdk tu. jns xmrah gduh terus.. pastu kalau kes gaduh ni mmg besar, tp xsmpai kluar la cite. hbs kn dlm tu je.
Budaya seniority melampau ni dari zaman sekolah smpai la zaman kerja mmg xkn habis..seniority sbnrnya bagus,mengajar kita utk respek org yg lama..yg xbgusnya jnis melampau guna kuasa utk buat sesuatu yg xbetul..plik aku..
Fun fact: senior yg menyebabkan kematian hishamuddin dibebaskan selepas mereka mengaku bersalah...Dan akibat kekurangan saksi. Sedih betul kes mcm tu pelaku bole terlepas
Sekolah ni patut jadi memori terindah dalam hidup bukan tempat membentuk trauma untuk budak. Family aku ada sorang jadi mangsa buli. Tiap kali nak balik asrama mesti sedih je muka dia. Kenapa la takde orang perasan. Mungkin aku kecik lagi nak faham. Aku percaya trauma tu masih ada dalam diri dia. To those yang buli dia aku harap hidup korang takkan tenteram dan anak2 korang akan rasa benda yang sama. Karma tu wujud, balasan allah itu pasti. To cikgu2 please la jgn diam and tak inform parents atas sebab nak jaga nama baik sekolah. Merepek.
ni lah yg saya alami sepanjang 3 tahun lebih. sampai saya nak keluar sekolah lain walaupun kos yg saya dapat tu tak seronok for me. mau tak mau terpaksa wei. tapi bila besar menyesal lah
Ni pengalaman abg la kalu ko baru masuk hostel cuba kawtim semua batch kat kalu form 4, kawtim form 4 ramai2 kalu sem 1, kawtim semua sem 1 semua jurusan masa tu ko dah ramai, pas tu faham2lah sendiri... itu apa abg buat dlu...
Masa zaman aku sekolah tahun 2003. aku kerap pindah skolah sbb follow org tua bertugas merata2... aku tak penah rasa takut bhdapan dengan sapa2. aku penah nak dibantai ramai2 masa masuk skolah baru..hari ketiga aku masuk skolah tu. ada budak ajak fight.dia kata tak puas hati😂. tak puas hati ke busuk hati!!. dia start cepuk kepala aku, aku balas, tgk belakang mari hampir 10 orang nk gasak aku sorg. last2 10 ekor tu mencibang lari sbb aku amok macam setan merasuk tapi takde setan pun dalam diri aku. background aku l,mmg dibesarkan dengan ajaran tomoi. sejak umur 9 tahun dah menuntut ilmu bela diri..pakcik aku guru tomoi. dia la guru aku...cuma kelebihan, anugerah yg ada diri aku ni stamina tinggi, peka & pickup dlm action. Cara aku bagi mmg style. laju, lazat dan penuh dgn buah buahan. bukan bantai penumbuk koboi bodoh takde ilmu macam budak 10 ekor nak jadi gangster sekolah.harap berani time ramai. endingnya sekor2 mencibang lari😂😂😂. pecah mulut hidung. sekor2 mkn kasut sekolah makan lutut aku.. diorg gi report fitnah pd guru besar. aku digantung sekolah.. baru bape hari masuk sekolah baru dah kena gantung😢. sedangkan setiap kali aku tukar sekolah, tak pnah pun aku start cari pasal dengan mana2 pelajar... senyap je tak ganggu sapa2. metaliti diorg, asal nampak budak baru, wajib buli. tapi salah orang😂😂.. - cerita ini dipetik dari novel di korea tenggara..
Originally nk story hal high council. Xpasal jadi curhan heheheh. Ofcourse trauma untuk sape yg pernah lalui hal2 mcm tu. Lots of lesson as parents bila tengok cerita tu. Sy budak asrama, dr darjah 6 hingga f5, university pun, alhamdulillah xpernah terlibat kne buli or membuli. One thing i know, i would not let my kids masuk asrama. Biarlah membesar depan mata n i want to involve in their life
betul! tak boleh langsung nak tengok cerita ni as it is flashback all the things that happen to me and my friends waktu sekolah asrama dulu. It really traumatized me
Aku pernah duk asrama all boy selama 5 tahun. Apa yg dipaparkan dalam citer High Council tu seme pernah kena kat aku terutamanya masa tingkatan 1-3. Mmg survival of the fittest. Kalau badan besar pun tapi hati kecik pun sama je tetap akan kena belasah. Aku pilih utk tgok High Council sekerat je sbb sebenarnya apa yg berlaku kat sekolah aku dulu jauh lagi teruk sampai nak tulis dalam ni pun tak sanggup. Apa yg diciterkan dalam High Council tu sap sap soi je zaman aku dulu. Tapi alhamdulilah situasi kat sekolah aku tu terhenti apabila pengetua baru masuk dan dia mengasingkan bilik asrama mengikut tingkatan dan tidak lagi bercampur spt sebelumnya. Budaya buli ni sbenarnya diwarisi oleh sipembuli drp senior yg pernah membuli dia sblum itu yg di propagandakan sebagai tradisi. Bila pelajar diasingkan mengikut tingkatan, rantaian tradisi buli terus terputus oleh kerana si senior yg pernah dibuli masa dia junior tidak berpeluang untuk mengaplikasikan dan selanjutnya menurunkan skill tradisi buli tersebut kepada pelajar junior. Betul cakap awak mmg buli ni merupakan satu episod yg amat traumatik. Membe baik aku sama sekolah dulu pun sampai sekarang bila terserempak je mesti lari tempat lain bila nampak aku sbb aku lah antara org yg menyaksikan dia dibuli oleh senior sampai tahap dewa pun boleh nangis bila diingat semula. Skrg dia dah jadi pegawai kanan kerajaan, tapi aku faham yakin diri dia pun gerenti akan luruh jika lepak dgn aku yg pernah melihat dia di saat dia paling lemah 20 tahun dahulu. Kita org Islam, amalkanlah akhlak rasulullah dan bukannya anak lord org putih yg diagungkan sgt oleh senior pada masa itu yg menganggap budaya buli ini boleh mencipta semangat setiakawan sampai ke tua. Matlamat kita adalah kembali kepada tuhan, bukannya semangat brotherhood yg poyo. Nama je belajar agama Islam dalam kelas, satu pun tak masuk dalam kepala masa tu😢
WaW😢 ❤
Sedih nya akk bc
omg,kalau lg teruk drpd yg dipaparkan dlm High Council,xdpt nak bygkan mcm mana awak boleh survive selama 5 tahun.
cuba bayangkan berapa ramai yg dpt diselamatkan secara mental,jika pentadbir dapat break the bully cycle.
contohnya buli paling teruk yg bro nampak wktu tu buli yg macam mana?
@@zharifhyper4362 terlampau xrated xleh citer sini
Alhamdulillah. Sepanjang aku dok asrama selama 5 tahun dlu. X pernah ada budaya sebegini. Terima kasih kepada ustaz ketua warden aku yang sgt menekan menjaga hubungan dengan Allah dan menjaga hubungan dengan manusia.
Itu lucky bukan all boys
Ok
@@Tururu134rezeki
Banyak "syaitan bertopengkan manusia" di sekolah-sekolah dan asrama seluruh Malaysia. Been there, gone through that. Pernah bertahun-tahun menghadap penderaan fizikal, mental, emosional dan seksual. Syukurlah saya tidak pernah menjadi sebahagian daripada manusia berperangai syaitan ini. Malah pengalaman yang sangat memeritkan ini lebih mengajar saya untuk menjadi insan yang lebih baik pada hari ini. Semoga Allah swt memberikan pembalasan yang sewajarnya kepada makluk-makhluk berperangai puaka ini kerana mereka mungkin bole terlepas di dunia, tapi tidak di akhirat nanti.
Seksual? Please elaborate.
@@sitinabilahothman3522 ske ek nk taw isu tu😆
@@zularie3136 serius nak tau? Diorg buat apa kt single sex school?ada rogol / liwat ke?
@@sitinabilahothman3522 aku risau high cauncil nanti cite pasal gay...sbab benda tu realiti kat sbp lelaki..pernah exp sendiri..
@@mohdsuhadiyaacob8995 episode 6 next week tengoklh trailer dia but dont worry takdelh detail sangat setakat gegar ii bunyi ii tu jelh kut rasanya
Sebab tuu zaman saya asrama sekolah lantik pengawas berpengaruh dan balance sukan dan akademik supaya tak beban warden..alhamdulillah terkawal keadaan..Warden pon jenis berwibawa ronda asrama xde bias dgn senior mahupun jr..form 1 dan 2 saya kna teruk juga tradisi asrama ni..tapi bila senior year saya pilih jadi lone wolf je sbb better mcm tuu…kdg kat asrama ni ada certain tradisi yg dh xperlu ikut..bagi saya nak suruh2 tuu boleh tapi pastikan kebajikan junior tuu terjaga..jangan sampai dia tak tido tak makan kena buli dgn senior lain..apa pon Alhamdulillah saya dpt jumpa cikgu saya haritu..dia ckap one of hikmah PKP ialah asrama dah kurang seniority sbb yg rasa tradisi form 1 masuk tuu dh xde sbb dulu sbb generation tuu dh habis..yg latest ni sama je macam sekolah biasa berkawan tak kira umur…just hormat sbgai senior shj..
YES! It is not a good culture! We just need to RESPECT each other not harm each other. My experience, 2006-2007 SMT, our senior kind of rough. The harsh language is one of them. They even wake us at 2am to do "roll call"! It is basically to tell us how rude we are, how gatal we are, and how we don't deserve to talk to seniors (especially guys). Some of it is mentally painful I can tell. I even ask my parents to bring me back for the first 1 2 weeks. But I am glad some of us is a fighters! I still remember we have a discussion among ourselves (junior), this thing should not be like this any longer! So, we decided, if this so-called roll call happened again, one of us have to run down there to call for the warden. Finally Boom! We are able to cover this girl, Zulaikha to sneak out while we are being called for roll call... And yes, that is our LAST ROLL CALL! Finally, we are FREE! When we are seniors, we just do a necessary meeting only. We are trying to stop mental bullying culture in this hostel. We live peacefully though. and have a lovely memory there!
Respect sis
Respect to you and your friends ☺️
Damn , dh rasa macam tengok miss council baca nih
@@konnichiwa8762 Thanks! Glad we have the courage to fight something we feel is not right...
@@marinisnyambong8815 What they did was literally abuse and need to be stop no matter what. Even military doesn't do 'roll call' at 2 in the morning 😓 honestly, are they get enough sleep for class tomorrow for this 'roll call'? They're really have no common sense...
Aku sekolah teknik di pahang..batch 2009-2010..kisah ni jadi masa aku f4...batch kami hari2 kena follow undang2 f5...lebih kurang mcm high council jgak la..aku boleh survive atas tiket aku suka buat bodoh..apa2 yg diorg suruh buat..aku buat..tapi sambil lewa atau lambat2...diorg maki ke marah ke..aku buat bodoh je..last2 diorg dah malas nak kacau aku..tapi ade budak batch aku kena teruk..hari2 kena kacau..kena pukul kadang2..tapi dia tak melawan..sampai la lepas habis sekolah..lepas 2 tahun mcm tu..dia ada terjumpa budak f5 yg selalu buli dia tu kt area daerah dalam pahang..dia tak ckp byk..lunyai budak tu dia keje kan..dendam seseorang jgn buat main..
Teknik pelindung/kuantan kan
Sbb masa sekolah dorang senior ramai2 byk pengaruh. Bila di luar sekolah belum tentu, keadaan tak sama.
cari balik senior ko tu..HAHAHAHAHA
Baru tau langit tinggi rendah haha
Aku nk pesan lahh kt sapa² yg kaki buli kt sekolah atau asrama tuhh.. ingat 1 jea.. jgn menyesal kalau 1 hri nnti budak yg ko buli tuhh jdi majikan tempat kerja ko.. atau life lebih better dr ko.. silap hri bulan.. ko yg kne buli balik lepas habis sekolah
Blagak n drama2 lebih je pembuli ni
Guru dan pihak sekolah kena mainkan peranan utama.
Dulu masa di sbp , dari form 1 pengetua, guru dan kakitangan dah plan batch saya akan ubah tradisi sekolah. Memang dalam proses tu sampai kami F4 agak payah kena pulaukan senior Dan sesetengah guru lama, but we believe in teacher's plan and school future plan. Sampai ke hari ini batch Sy the only batch yg pengetua set kan 1 team guru ikut sampai habis SPM Dan yang kelakar masa graduation kami dapat hadiah kenangan dari sekolah. Siap batch kami ada gelaran lagi...
Alhamdulillah lepas batch kami dah takde, tradisi2 "seniority" di sekolah Sy dah tamat/berkurang. Buktinya after 5 years adik masuk sekolah yg sama dan keadaan dah ok.
Edited: Lupa nak mentioned, PIBG pun turut membantu.
sekolah mana bro
@@faridfauzi2205 mane nak jawab.. gebang lebih
@@fazrolizuan4578 dah dia tk perasan lol sohai
@@faridfauzi2205 tak boleh bagitau. Sebab tu tak mentioned pun nama sekolah diatas. Alumni sekolah saya masih aktif. Jika mereka dari batch saya mesti tau bila baca ayat saya tu.
Kesimpulanya, apa yg di highlights dlm drama tu hanya 5-10% je. Banyak lagi pencapaian akademi and benda positive drama writer patut ketengahkan.
Kadang2 bila tgk drama ni, rasa mcm writer tak pernah merasa sekolah berasrama plak.
Pengetua kerja nak prestasi tapi x selidik pasal apa pelajar buat😅
Dulu Mase aku duk asrama harian...tahun 2005-2009...teruk aku kena buli bai...kena basuh baju,basuh kasut,klu gaduh tu jgn tnyela..tiap minggu ade..wajib kena 1by1...senior pulak masing2 gengster taik babi..🤣🤣🤣 tapi bila aku da form 4-5...aku ubah blik system CM ni...xde kes buli2...just buli untuk junior kena pandai Bace doa,Al-Quran,azan...bersukan...Sebb ade antara dyorang MMG xpndai langsung solat Bace jawi...jadi aku ajar Sume tu...ye,MMg ade jgk senior yg nk terap kn amalan gengster ni...tapi aku tetap lawan dyorang,gaduh mesti punye..kalah mng belakang citer... Alhamdulillah smpi skng junior2 aku masih contact aku..aku bangga dgn dyorang...jadi org baik... syukur Alhamdulillah
Umo kita lebih kurang sebaya,aku ada pengalaman dok asrama tapi cuma satu taun je la,tahun depan tu mintak tak dapat,aku serius la cakap aku paling benci bukan senior asrama tapi warden.ada saja salah aku dia cari,dia kata aku bangun lewat padahal aku terawal sekali bangun,dia kata aku suka main2 masa study,jadah apa aku cuma penah kantoi sekali je main masa study lepastu dia cop terus aku macam tu sampai akhir tahun.aku masa dok asrama takde la kena buli teruk sangat sebab tu aku suka dok sekali ngan senior aku.aku teringat kata kata senior aku masa aku form 2,"kalau dok buat lagi tradisi buli membuli ni takut budak2 jadi takut nak dok asrama".alhamdulillah lah aku tak kena buli sangat,cuma gurau kasar je la.
aku Alhamdulillah tk penah kena buli dan tk penah buli orng . Klu aku ada orng nk buli aku dia mmng silap la, jenis aku mmng panas baran ikut mcm ayah aku , “ Ayah aku pesan klu ko kena buli , pgi fight balik smpai dia ckp klu tk fight ko bkn anak aku “ sejak tu mmng aku pegang2 kata ni dan “ Jgn takut kt orng takut pda Allah shaja”. Sbb aku ni jeni panas baran dan fighter( bila orng nk buli aku , aku lawan balik) , sejak tu aku bnyk orng nk kawan sbb dorng goyang dgn aku la kot hahha ni zaman skola dlu.
msti ko ni jnis bdk baik..good job bro
Sepupu aq dibuli dengan teruk di MRSM sbb dy budak kelantan n jenis pendiam. Tukar sekolah masa form4. Skrg perlu buat surgery pada dua belah2 mata kesan trauma kena tumbuk. Percayalah yg mana pernah membuli dulu, hidup kau tak kan pernah tenang smpai2 bila2 selagi mangsa buli kau x redha n maafkan kau.
teruknya...while MRSM sekarang banyak buli mental, adik aku baru dua tahun sekolah dah berhenti sbb tak tahan
Sklh tu bdk byk sial je aq dgr...lgi plk kes Kantoi Bocor..Bodoh gak bdk situ🤣
allah😭
Allahuakbar...😭😭😭
@@shxthappens5758 betul tu, kes sppu aq ni pon smpai k balai.. tp x de masuk berita ke ap sbb nk jaga reputasi mrsm.. padahal sampah budak2nya
Food chain. Kau lemah kau jadi mangsa, kau kuat jadi pemangsa. Jadi pilih, Kau nak melawan atau ditawan. Pesanan aku, kalau nak survive tu biarlah kita ni ada apa-apa jenis martial art. Dan lindungilah orang-orang yang lemah. Ada beza demand respect dgn gain respect...pembuli ni mereka nak mereka dihormati, disegani. Sedangkan kalau kau lindung orang yg lemah pun kau akan gain respect dari orang lain. Tampak sisi keberanian lebih dari pembuli.
Pembuli itu hanya harapkan geng jer bukannya kuat sangat pun
Niat nk lindung org & diri sendiri, end up tercederakn org or worse terbunuh org. Terus gelap masa depan. Culture tu kne ubah, tu sekolah bkn zoo or penjara. Dtg nk belajar, bkn nk jd samseng. Kat jalanan pn xperlu nk bantai2 org. Negara ade undang2, silap bergasak last2 masuk ke dlm. Ank bini jd mangsa..
nabi muhammad s.aw. bersabda:
Orang kuat itu bukanlah orang yang kuat bergusti, akan tetapi orang kuat adalah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah. [1]
Riwayat al-Bukhārī (6114)
Pengalaman duduk asrama SMT (tahun dan lokasi dirahsiakan)
.
Zaman jadi junior, tak pernah suka dengan senior sebab deme ni benda kecik pun nak kecoh jadikan macam isu dunia, kadang ada yang lagak macam beza umur jauh sangat padahal beza dalam selang beberapa bulan je terutamanya yang lahir hujung tahun, lepas tu kutuk junior sekian-sekian ajak sama-sama batch cari pasal atau pulaukan...nak dekat SPM ada kononnya sesi bermaafan antara senior dengan junior, masa confess mulalah buat drama siap jatuh air mata, aku buat muka seposen masa deme mula buat drama dan curhat...masa pengumuman result SPM, aku tak jumpa sorang pun even senior dorm aku dulu alasan waktu sekolah padahal memang malas pun, dah habis sekolah lagilah langsung tak tegur dan berharap tak nak berjumpa dengan deme pun
.
Zaman jadi senior, apa junior buat pun tak peduli langsung walaupun selalu dengar rungutan member satu batch asyik kutuk pasal perangai junior sekian-sekian (mengikut perangai senior sebelum ni), bagi aku lantaklah deme nak buat apa pun janji tak melampaui batas, kalau rasa perlu tegur atau terkantoi depan aku biasanya aku amalkan konsep "cerita sini habis sini"...bila dah habis sekolah, junior ni rajin menyapa bila jumpa balik masuk IPT/kerja sama tempat, padahal masa sekolah dulu tak teringat pernah wujud tak budak tu sebab cuma rapat dengan junior satu dorm/floor/jurusan/persatuan (kadang lepak dorm member lain pun, tak berapa tegur sangat junior dalam dorm member tu)...elok je masih bertegur sampai sekarang
.
Deme ni pun kadang satu hal jugak, zaman jadi junior dulu, bukan main baik sopan tunduk je dengan senior terutamanya dengan senior yang pailang...bila dah jadi senior, semua benda yang dilarang tu "dihalalkan" balik oleh dia dengan alasan, "senior dulu boleh buat takkan kita tak boleh"... masalahnya, contoh yang tak baik jugak kamu nak ikut, buat undang-undang ikut tekak sendiri, bila junior buat, tahu pulak marah...
.
Kalau nak orang masih mahu bertegur atau hormat dekat luar sana sampai bila-bila, hormat dan santuni orang lain dengan baik tak kiralah siapa atau di mana pun
Cite yg xpatut d siar. Beri info dan rasa ingin cuba bg yg duduk asrama.. aku 4 thn kna tibai.. di panggil anjing walhal aku xpernah report apa².. sial.. yg tibai aku ada jg yg sama batch aku sial... Tobat aku xmaafkan selagi kotlrang x minta maaf wpun dah berlalu 1991 - 1995....
5 thn aku d sana sampai aku jd senior xpernak ku jentik budak pun... Sbb aku benci pembuli dan perokok...
mmg byk brlku kt skolah sy pn. but sy pn amek lgkh cm abg.sy jd senior sy xprnh touch pn junior sb kte bkn pnghkum ckup la kte dh nsihat dan bri pringatan..sb mse sy juni pn sy xprnh buat hal.itu pn hmpir sy nk trkena rumble sb ad kes libatkn nme sy,nseb baik nama tu org lain pdhl sy xbuat.sy xthu n ksian pd mngsa buli bkn ap sb diorang n mak ayah diorang ksian kne kluar dr skolah cri skolah lain.ksian
Ni sama pengalaman mcm aku masa sekolah teknik dulu,..masa jd junior dulu agak terok jugak lah kena buli or ragging,..dorg senior nak kita hormat dorg siap panggil kakak sedangkn beza umur x jaoh pun,..kalau siapa2 junior tu cantik ker mmg dorg xkn puas hati msti akan carik silap n bercakap dgn budak lelaki sama kelas pun boleh jd isu kot,..byk lagi lah pengalaman dibuli yg sampai skrg masih segar dlm ingatan,..dh habis sekolah aku x prnh kenal n ingt pun dorg2 pembuli tu semua sbb xde faedah nak kenang manusia xde tamadun tu konon nak kita org ni jd manusia lah,..yg junior2 aku dulu alhamdulillah walaupun aku x rapat dgn dorg sbb dulu suka buat hal sendiri jer wlpun aku ada jawatan jugak masa form 5 tu,dorg junior2 aku hormat jer aku n tegur jugak aku,..ye sbb dulu bila dh jd senior aku x prnh nak repeat balik tradisi2 ntah apa2 tu dgn junior,apa yg aku buat n pesan pandai2 korang lah yg penting jgn ada nak buat benda2 xde faedah tu,..contoh2 yg baik ikut jer yg x baik jgn sesekali nak cuba n buat,nnti nyesal x sudah..
Acik tak pernah tinggal di asrama tapi anak lelaki acik sekarang belajar dan tinggal di asrama KV(rahsia),acik selalu pesan kat dia jgn jadi pembuli dan jgn biar diri dibuli...fokus cari ilmu dan dapatkan sijil... fikir baik buruk sebelum buat sesuatu... semoga Allah SWT melindungi anak-anak kita yang berada di asrama...
Aamiin..
Aamiin kak
Saya adalah salah seorg yang reformasi hierarci buli di asrama. Sbbnya anak org kn xkn nk pukul. Kalo denda just berlari keliling surau ye. bab ragging, rembat tu semua telah saya hapuskan tpi ade kumpulan dri f4 la msih lagi nk truskan sbb aduan dri junior. Mcm cthnya malam setan, ade junior selalu diganggu smpai stress and then sye gantikan tmpat tido dia dgn saya. Time sye tido saya letak cermin loker tepi saya dan terjadi adegan di mana mse pengacau ketuk kepala saya guna botol air, pengacau tu pikir itu junior sbb gelap dia xnmpk, lepas dia ketuk apelagi saya amik cermin loker sebelah saya ni pegi ketuk kepala dia. Budak tu lari and saya kejar. Mmg darah menitik sepanjang koridor . Pagi tu saya pegi check rupanya budak tu dimsukkan hosp sebab dahi dia koyak kena pulak 4 jahitan. Padan muka
Hahaha. Syabas Tuan!
dia tk dk geng pulak yg tolong dia ya? selalu pembuli ni acah kuat sebab ada geng haha
Alhamdulillah zmn muda remaja aku di sekolah berlalu dgn penuh smooth dan aman... Takat gaduh2 manja tu biasa lah...sekarang dh 32 tahun dah...terima kasih ya Allah...
sebaya
Aku sebagai salah seorang bekas pelajar Vokasional dalam Malaysia ni, aku sangat setuju. Sistem gangster dalam asrama ni memang wujud dan dijadikan turun temurun. Selepas senior habis sekolah, junior kepada senior pulak akan naik kepala dan begitu lah seterusnya. Memang tak dinafikan, waktu zaman aku pun sampai ada kes polis. Kes patah kaki patah tangan, kes pengsan, kes parah, kes trauma semua ni tak dapat dipisahkan. Sekarang je aku tak tahu macam mana keadaan sekolah asrama ni, tapi memang kes buli raging ni sentiasa berterusan kalau tak dihentikan. Bila dah meningkat usia memang terasa bodoh betul ikut sistem gangster dalam asrama ni.
Betul bang saya bekas pelajar vokasional di johor bahru tahun 2012...gaduh masa prep malam..gaduh kt dlm surau pon ada.. gaduh gn guru displin pon ada. Mlm main isim kuda kepang kt dlm dorm
Saya kvkj 2013
Warden mmg mainkan peranan penting.. Kena kerap round pada waktu yg berbeza ..
@@Djackmzz1997 saya klang
@@muizazahari4171 sama jugak tempat saya, main isim lah kuda kepang, dan macam2 lagi..
Omaigod tak sangka acap pernah lalui semua tu. Be strong 😭. Sebenarnya dulu tgk cite juvana pun dah menyirap, sebab tu tak berani tgk high council ni. guys, kat luar ni dah banyak orang jahat. mcm mana nk selesaikan perang, konflik kat palestine, syria, and oppression kat byk tmpt kalau kat sekolah pun memasing dah buat perangai tak berhati perut.
well for the bully, you might feel like the king of the world kat sekolah tu. Tapi bila kau keluar ketahuilah dunia ni sgt besar. kau akan jumpa org lg jahat, lg tak berhati perut dari kau dan mungkin giliran kau pula kena oppress sampai kau rs xnk hidup. dan serius dowh tak cool langsung kalau kau sanggup patah riukkan anak org even muka kau hensem mcm pelakon2 high council tu.
utk org yg hanya observe sedangkan ada kuasa untuk elakkan benda tu berlaku, you are one of the bully too. tolonglah be part of the solution, not the problem.
Ni semua sistem sial bayangkan budak yang jadi fobia anxiety lemah semangat dengan sistem bodoh ni hari-hari kena hadap buli dalam asrama then tak nak susahkan mak bapak kata okay dan jadi pendiam dalam masa sama develop masalah mental tanpa sedar sebab peraturan mcm ni aku rasa dah banyak berita orang mati di bunuh sebab dendam lama semua dah pangkat ayah atuk tapi dendam masih ada. Fikirkan.
Betull
Kau lah first youtuber pertama yang citer kisah betul realiti berpandukan high council nie,aku form 1 sampai form 5 duduk asrama apa kau cerita sebiji dgn asrama aku sampai part ninja kain pelikat pun sama dkt asrama aku,high council sama mcm asrama aku jugak beza tk panggil high council je,aku pernah dibuli 1 lawan 5 sampai trauma sampai skrg dan aku terpaksa buat balik membuli tu dkt junior,kenangan asrama 5 tahun warden tolong lah amik port pasal buli nie sbb buli nie musibat nombor 1 asrama,buli bukan hasilkan anak jantan tapi hasilkan ramai musibat yang pengecut
Knp 'terpaksa buli junior' ? Ada org suruh ke buli junior?
@@MrSyimirwonder about that too. Ada org lain acu pisau suruh buat ke?
Cey ceyy "terpaksa buat balik membuli tu dkt junior".. Padahal dia pun sama 2×5
kau pun musibat lah maksudnya dak 2×5
terpaling gempak woo TERpaksa buat balik sbb trauma…🤣
Aku nak share pengalaman. Aku sekolah biasa . Isu buli mmg buat aku panas. Nk d jadikan cerita.. member aku ni lemah.. selalu d buli.. ada time tu dlm belas2 jugak la "gengster" budak melayu dtg turun nk pijak mmber aku sbb xdpt duit pau.. aku haritu x tahu la knp.. mungkin dah pendam lama.. aku bg sedas dua. Melayang sekor dua samseng tu.. terus dr haritu dorang x berani sentuh mmber aku tu.. dan alhamdulillah la sbb aku pun berbadan besar dan tinggi. Tapi serius la isu buli ni... Mmg patut dicegah sehabis habisan
Awak memang rakan yang baik sanggup mempertahankan rakan yang lemah
@@baruzezero4693 t.kasih.. sebab "kawan" susah sama senang bro.. sekarang masih berkawan dr sekolah sampai umur dah 34.
terbaik bro , payah nk dpat kawan yg tolong wktu nampak kawan lain kena buli , selalu depa buat hal sendiri tk mau masuk campoq.
Dulu form 1 and form 2 aku sekolah agama kebangsaan, selalu kena buli, dan kena belasah, sampai trauma, lepastu aku pindah sekolah smk biasa, ada campuran agama, Alhamdulillah takda buli, dan sekarang jadi cikgu sekolah Non Muslim, 0% buli kat asrama, jujur cakap geng Islam yang suka buli sesama sendiri, lagi2 Melayu, walaupun aku melayu dan Islam tapi hakikat itu fakta.
Benda ni semua bukan dari didikan dari RASULULLAH SAW…kembali lah dgn akhlak RASULULLAH SAW
alhamdulillah lah umur 18 & 19 aku masuk kolej.. benda yg paling tak di jangka, bdk class aku ada yg bdk tahfiz, budak lemah akedemi, budak kaki minum ketum, budak pandai mase sch menengah dan selebihnya budak ii moto a.k.a. rempitzz.. apa yg seronoknya semua budak class aku matang² walaupun usia muda (orang kata jiwa memberontak).. tapi kami ada 1 sifat yang sama which is apa yg lecture class kami ajar adalah kita FAMILY.. masing² dari kita org ada nakal masing² but time kat class always concentrate dngn apa lecture ajar and benda yg paling aku speechless, mana yg kaki ketum, kaki rempit, bodoh akedemi apa semua tu bila sampai waktu mesti akan solat sama² & ajak lecture solat sekali.. nakal is nakal tapi hal agama kita nak semua sahabat² jumpa dekat syurga, mulut puaka macam mana pun / perangai musibat kalah setan pon mesti akan solat sama² sampai aku rasa aku ni mcm bkn bdk kolej tapi budak tahfiz HAHAHAHA.. aku bangga dengan kawan² sekelas kolej aku. aku doakan semua berjaya dunia & akhirat
Nie mesti Lecture Pompuan kan. Hihihi
@@mohammadhazahasarinrazali1840 lelaki bang
Lecturer awk tu rasa ada ciri2 karismatik, leadership..pandai approach setiap individu yg kepala anginnya berbeza2..diadun dan disatukan..😅
jarang tgk kes buli budak kolej sbb si pelakunya akan kena buang terus tak cakap byk dah haha
@@shxthappens5758 budak kolej dah masuk fasa matang, tak peduli lagi dah dengan seniority ataupun dah melupakan.
Aku pon ex sekolah teknik...bile tgk cerita high council tu...terasa vibe time ddk asrama dulu....boleh dikatakan 80% sama..
Ktmn nk tguk. Die filem ke atau kt tv
@@muizazahari4171tengok free kat app sooka
Nasib hang jadi junior aku...aku x buat camtu...walaupun aku di gelar Pailang Banjar.
@@nagasoleh83 sekolah kita dulu x de wan budaya2 tu...sumaan kakawanan....
Boleh jamin orang yang tak suka dengan cerita ni mesti pernah merasa pengalaman duduk dekat asrama. Aktiviti mungkin sedikit berbeza tapi pelaksanaan "culture" tu mungkin sama.
tak bagus, nanti budak2 ikut.
this is one of the reason aku berat hati nak lepaskan adik adik lelaki aku duduk asrama. sumpah aku takut diorg kena macamni, aku duduk asrama since tingkatan 1 sampai lah masuk uni, aku okay sebab mungkin perempuan, dia punya tahap buli tak sampai nak hentak anak orang sampai lunyai and kadang kadang sampai hilang nyawa... setakat kena saiko, kena perli tu boleh masuk telinga kanan keluar telinga kiri je.. aku 3 beradik je, aku dan adik-adik aku.. tolonglah kepada sesiapa yang melihat comment ini, janganlah teruskan tradisi buli buli ni.. yang korang buli belasah tu ada ibu ayah tau... cubalah fikir dulu sebelum buat sesuatu yang boleh memudaratkan orang :)
Ibubapa itu hantar bila sampai kat pintu masa itulah abang2 ni akan mulakan kerja mereka😅
Duduk asrama ni 1 je bang, lawan balik atau low profile jangan acah2 power, sembang kencang & kerek.
Macam tu la cara nak survive, sebab environment mmg dah cantik nak berjaya cuma cara kita nak adapt tu camna.
Alhamdulillah..nasib baik asrama sekolah saya x de yg namanya high council ni.. senior semua baik baik..ramah..boleh layan kami ni mcm adik dan kawan..saya memang bersyukur la dapat senior yg baik..
Alhamdulillah...Tu la yg spttnya diterapkn
Ni lah jdi kalau tkde pegangan agama yg kuat.. Alhamdulillah saya seorang ibu yg anak2 tinggal asrama.. pada awal semester anak dibuli, sampai kena iron tangan, tidur dimasukkan benda dalam telinga bagai.. anak tak nak bagitau.. tapi alhamdulillah ada kawan2 baik dorang yg bagtau.. saya tak buang masa terus confront warden dan pembuli tu.. jumpa anak2 geng pembuli beri nasihat dgn cara baik.. jadikan dorang anak2 angkat.. ajar dorang utk ber'emphaty'.. tak semua org nak tinggal asrama tu melainkan masing2 ada alasan.. mungkin kesusahan dalam hidup, mungkin takde mak bapak.. kesian.. sepatutnya dekat asrama tu lah jadi keluarga kedua.. yg boleh tinggal Dan belajar bersama.. Alhamdulillah skrg kes buli dengar2 dah setahun dh tak jadi lagi.. semoga dipermudahkan urusan semua anak2 yg tinggal kat asrama aamiin
Kalau aku dulu sekolah agama perempuan half asrama half tak, aku masa f4 aku selalu kena sound dgn senior sebab apa? bukan nak perasan tapi sebab cantik... masa kitorang tgh jalan, diorg sound, sbb one of my friend ni dia cantik sgt muka cm arab, pakwe kpd senior ni, suka kat kwn aku pastu si senior ni suh kwn2 dia sound la, nk buli la tapi takleh buli, sbb kitorg f4 ni satu batch mmg protect each other la so diorg tk berani
Ew
ni pon satu masalah typical bila sekolah perempuan. si junior secara tak sengaja telah berkenalan dgn kawan laki si senior & si senior pon bitter dgn si junior tersebut lalu mengajaklah geng2 mereka untuk sound si junior dgn kata2 yang perit untuk didengar & bagi warning acah2 jangan kacau "kepunyaannya" sedangkan kawan lelaki si senior tersebut bukanlah boyfriendnya hmm. mungkin ada yg lagi teruk terus kene ragging hm lol.
damnnn bitches
Aku salah seorang mangsa belasahan ramai2 di asrama sekolah aku dulu...sape yg pernah rasa perasaan pindah ke sekolah baru then masuk asrama faham lah, hari ke 2 aku masuk asrama dah kena tibai ramai2, kepala aku ditekup dgn baldi dan ditendang sehingga baldi tu pecah, dorang suruh aku kunyah tilam yg dah buruk...perkara ni berlanjutan sehingga lah aku naik form 5 bru lah okay sikit...aku depress, mak ayah aku org susah, pegi sekolah kena belasah, lillahi aku takkan lupa dan berharap dapat jumpa balik mereka...
Go to the gym
Jom cari blik...aku bantu kau
Sapa dah tengok episod 5 Fahkri sparing dengan Kahar like satu kali.👍🏻
Fakhri bang
Aku dah tengok Fakhri shoot kepala Kahar
Tengok katne Tele takde
@@iniligakita9040 ada. Tapi dia lambat keluar dari astro
@@Haqimi_official seru...
pengalaman di sbp, ada jugak macam high council ni, once batch saya senior, kita hapuskan terus tradisi nii. kebanggaan kamii
Tahniah tuan !
Good example
Skrg dh xde ke?
@@beyoung7925 tradisi tu dah terputus pada awal 2000an,sepatutnya dah takde lagi sekarang
Itu adalah misi masa form 1. Tapi dah senior memasing buli balik 😅
Saya bekas warden ..bkn tak ambik tindakan..apa yg saya nak beritahu..mak ayah tlg la jgn tlalu backup anak yg buat kesalahan..kdg2 penat..kita ambil tindakan..tp mak ayah tk pcaya dan myangka anak nya baik..dr tk ada darah tinggi..dh kena ..last2 ltk jawatan.
Sekolah bole amik tindakan menggantung asrama/buang sekiranya telah diberi amaran...takkan org yg bijak x tahu buat SOP...jgn tolak kesalahan pd mak ayah pulak...penyakit darah tinggi disebabkan makan berlebihan, ramai di luar sana yg x jaga budak pun kene darah tinggi..."Berlakunya kerosakan disebabkan diamnya org2 yg baik & diberi amanah"
@@zildjanzildjan1473 komen mcm ada pengalaman. Ke sekadar jaguh keyboard? Wallahhualam.
@@zildjanzildjan1473 cikgu ke tuan? Kalu bukan cikgu xyah sembang...
@@mrzou1375 pemikiran org2 mcm ni la yg menyebabkan tiada anjakan dlm sistem sekolah berasrama...malah memberi kesan kepada pelajar lain bahawa tiada keadilan dpt ditegakkan dlm komuniti kecil pelajar asrama serta membunuh kepercayaan pelajar terhadap warden/guru
@@zildjanzildjan1473 abang tgok dak high council pasal cikgu cine tu repot pasal budak2 buat kem bulan madu tu.. pegtua kte ape.. haaaaaa.. tu contoh dia.. tp tu alasan biasa.. alasan bodo je... tp cikgu2 ni gatal perut nk repot nk buat tu nao buat ni.. tp terikat bang... silap hb.. periuk nasi tgadai.. anak bini haru... dh nama manusia... kprluan diri tu lg prnting... nak betulkan sistem tp xmmpu.. cikgu2 xdee kuasa... warden pon same... warden btimdak.. silap2 tdo balai.. klu dh merasa tido balai.. paham2la kesan keatas career.. nk cari gnti cikgu baru.. sama je bang.. slg sistem penddikan kite bawah politik sial.. lg tula xkan brubah.. mana2 ngara pon sama.. jepun korea hadapi bnde sama... budaaya buli di skolah2 sane lg teruk smpai mmbunuh dan mangsa buli ad yg bunuh diri..
Zaman SMT aku dulu masa form 4 kena tarik dorm sebab tegur budak perempuan kelas Agrotek. Aku ditendang dan aku menendang jugak, senior ni kalau ko tak balas dia lagi naik syeikh. Lepas aku dilepaskan keluar dari dorm tu aku sebat kasut Adidas Superstar senior tu buat trofi. Masuk dewan makan hari esok ada senior dorm lain bagi laluan. Rupanya senior yg aku terajang tu bukan awek dia pun aku tegur. Cinta bertepuk sebelah tangan. Hai lah Isma, sapa la kahwin dgn ko skrg. Member aku smpi skrg lepak sekali dgn budak ofis aku kata zaman sekolah aku wayar putus sikit.
Masa aku jadi senior, warden letak budak2 lembut dalam dorm aku, aku pun nak tamatkan budaya buli/ragging ni. Tapi aku sampai skrg takleh lupa ada budak vokasional ni kena buli kaw2 sebab dia dorm lain. Kesian tgk budak tu, pernah aku tgk satu dorm punya baju sekolah dia basuh. Budak2 teknik ada yg aku jaga. Tapi kami mmg tak pergi berperang dgn budak voka, sbb ada jugak budak dorm aku ni satu geng skinhead pulak dgn budak voka tu. Itupun ada kes gaduh lain sama budak teknik sebab diorg tak puas hati dgn budak skinhead ni. Sampai tingkap nako tu dia pecahkan nak bertikam weh.
Aku ada tengok series tu, tapi sumpah memang ada mix feeling sngat dan nak tergelak pun ada sebb benda2 b'do'h tu boleh wujud dekat sekolah menengah..saya tak experience jadi budak asrama penuh dan alhamdulilah tak pernah kena pukul tapi buli tu memang adalah masa di sekolah biasa..TAPI, lepas dah masuk Kolej Matrikulasi yang sediakan asrama utk satu tahun tu, alhamdulillah mungkin sebb fasa kematangan tu semua dah mula fokus dalam bidang akademk dan ko kurikulim, malam2 sibuk dengan buat assignment dan kadang2 ramai yang ajak pergi library, fun gila sampaikan tak de yang risau pun apa yang budak buat kat atas (Pendapat akulah tapi aku x tngok kalau budk2 lain, tapi pling nakal pun curi2 hisap rokok je tu)... Balik pada series tu, aku sebnrnya tak boleh brain kenapa patut diorg buat macam tu.. yang ni dah macam TOXIC MASCULINITy yang terlampau, diorg dah lupa niat asal belajar di KUDRAT tu apa, tak pernah lagi saya nmpk scene diorg dapat markah tinggi, pencapaian tinggi dan konsep2 ilmiah yang ada dalam diri diorg...yg ada mesti ckp tentang experiment psychology yg diterapkan dalam fasa pembesaran/kematangan....Nak Komen, betapa bencinya mereka dibrainwash kan untuk jadi org yg takde pendirian mcm tu, so yes memang dri segi pnysical mental diorg boleh jadi kuat, tapi personality memng boleh terpesong bila2 masa je... tu yg rasa betul, part diorg berpakat tipu pihak sekolah tu betul, sebb passerby effect..diorg malas nk hadap masalah, diorg2 je yg selesaikan..warden tk peduli, sebb dia tau budak tu pndai sorok2, sampai bukti pun dia lupuskan...ni memng betul, semata2 tak nak kena tngkap, tu yang warden malas nk layan.. Tak Buat cakap Tak Buat, Buat cakap Tak Buat..
Part Ashh cakap pasal HEM, tu saya haraplah dia dapat balasan yang setimpal ddengan apa yg dia buat dlu, membahyakan nyawa dan menpengaruhi mereka dgn perbuatan tak senonoh. 😔😔
Dok asrama matrik/degree dah lain, budak2 pon dah matang skit, lgi pula masing2 sibuk dgn assignment n tugasan..lain kalau masuk asrama harian biasa.. masing2 nk tunjuk kuat..kalau sehari sebelum cuti panjang, malam last tu mmg akan ada kes pukul n riot beramai2.
@@mohdhamdi7871 Tulah Best lagi time2 asrama di Matrik, bukn mcm asrma budak2 asyik2 buli, saja nk ramaikan musuh buat apa kan..
Those people very dangerous they still outside make their gang likemthe one yang belasah tahfiz
Matrikulasi yg 1 tahun ok ...yg 2 tahun tu bahaya sikit sebab ada senior dan junior
Hostel Dato Harun Tg Karang 🤘🏻 Dari jauh datang tempat orang, 1st year struggle .. 2nd year dah tahu flow law dalam hostel, “Guna otak kalau tak nak kena pijak” . Ragging everyday, mental steady sebab mindset masa tu : “Hidup ni ada macam-macam benda hardcore kena hadap” dan Bila dah dewasa, keluar jauh lebih faham apa itu menghormati setiap manusia yang ada disekeliling. Negative banyak berlaku pada aku, tapi aku cari apa pengajaran untuk semua yang berlaku, TAPI jangan salah faham, aku tetap TIDAK MENYOKONG ragging yang tak kena pada tempat dan sikap diri seorang junior. Kalau baik, buat apa nak ragging berat 🧠✌🏻🖤
Sy pun ex sk dato harun😂
100% sangat - sangat setuju :) setuju dengan pendapat kau acap . what a memories dulu masa zaman sekolah menengah dulu 🥰 kalau boleh patah balik masa , dah lama aku patah balik masa . thanks do for the video cap ✨
Kembalikan kuasa rotan kepada guru, insya Allah boleh kawal murid.Bykkan kursus mnjadi warden berwibawa, boleh kawal semua murid di asrama dengan baik. Ibu bapa dan pihak sekolah harus sentiasa berbincang bagi menyelesaikan masalah buli melibatkan anak2 mereka, gantung dan buang segera murid buli ni.. pastikan mereka x trlepas.
Zaman aku masih boleh merotan, tetap ada je kes buli
Betul Acap, cultures dlm masyarakat kita mmg rosak. Thats FACT, tak kira lah samada di asrama sekolah, Kolej atau pun IPTA/IPTS dan agensi kerajaan beruniform. Gagalnya sistem keluarga dan pendidikan menghasilkan insan2 yg tiada perikemanusiaan dan Pembuli/Samseng atas niat gurauan, adat suai kenal minggu orientasi. Too sad sbb kita semua actually mmg mengalaminya, ada aduan mmg dibuat tetapi pihak sekolah cover it, pihak berwajib suruh settle tepi. Too sad terlalu byk kes kecederaan fizikal dan mental hinggalah kematian. Tetapi perlaksanaan "prevention" & "punishment" masih tidak mampu mendidik generasi2 baru agar tidak teruskan legasi "BULI". Isu ini akan berterusan hinggalah Kerajaan dan semua pihak bertanggungjawab termasuk ibubapa laksanakan tugas tanpa melindungi penjenayah2 juvana.
Sebab sekolah duduk dlm gomen...gomen sume mau settle tepi...eventho staff buat salah besar, dinasihatkan berhenti bukan tindakan atas kesalahan...salah kecik walaupun bab kewangan, ganti balik jer..senang kan...tiada lesson learn...sebab bos jaga seat empuk...
Masyarakat kita je ke hahaha
@@playlikelegends2034 sbb tu masyarakat masih ke belakang...dok fikir negara lain buat jugak, org lain buat jugak, umat di negara pun buat jugak...jadi ape manfaat kite diberikan Al-Quran jika mengikut org lain sebagai panduan hidup...
@@zildjanzildjan1473 aku tak faham lah kau sembang apa ni raju. Aku cuma cakap yang komen brother tu macam nak kata masyarakat kita je yang buat benda ni kalau nak perbaiki kena lah betulkan semua masyarakat bukan masyakat kita je. Yang kau tiba-tiba nak kata fikiran orang kita ni cetek ke apa ? Apa- apa je lah.
@@playlikelegends2034 maaf jika menyinggung. Yup, bukan juz bangsa kita. Tapi pengalaman aku duduk asrama di 4 sekolah, 4 negeri, 2 IPT di 2 negeri, kem2 program bakat or tunas cemerlang msn.... its happened. Juz a minor or hardcore punya raging.... alhamdulillah aku mmg x pernah kena sbb backup budak2 komando sg. Udang kuat era 90's
Aku duk hostel 6 tahun mmg boleh rasa feel dia bila tngok series ni.. tahun lebih kurang sama (.2000-2005..). tapi lain skit budaya n style kami di hostel.
saya alumni teknik cheras beberapa tahun lepas, pasal cerita tu ada banyak version dan masa saya bersekolah dekat situ pun budaya buli ni dah takde tapi budaya seniority masih ada tapi masing2 buat hal masing2 je just hormat mereka sebagai senior je la.
teknik cheras ke teknik KL?
organisasi underground (nama dirahsiakan tp rasanya ramai tahu) yg wujud kt TIKL tu berakhir pada tahun 2000..last batch 99/00 dan tidak akan tidak ada lagi selepas itu.
@@izzahathirahhadzet2681 TIKL, Cheras.
Budaya “Registered name”
@@huzaifah83 yes say batch 2004/2005.. budaya tu dh tiada lagi
Alhamdullillah lah aq selama 8 tahun duk hostel tak pernah lagi jadi mcm tu..bersyukur sgt diberikan kawan ,senior and cikgu semua yg baik²....ini baru first time sgt aq rasa bersyukur sgt²..
X semua batch mcm tu...mungkin ade batch yg terok sbb ade individu yg bermasalah keluarga
Saya teringat masa saya sekolah vocational boys town pada tahun 1990 hingga 1991 ........ Pada masa ITU senior vice President boys town selalu buli budak junior tapi pada masa ITU Kita lawan balik untuk protect budak junior....... Cuma saya Dan Lima kawan baik yang selalu protect budak junior........ Selalu jugak masa ITU keluar masuk hospital mana tak asyik gaduh aje kat luar Padang sekolah vocational ...... Bila teringat masa ITU menyesal pulak sebab sampai sekarang kerja cleaner aje kerana tak belajar sungguh2 masa ITU .....
Aku baru je habis... Lepas dgr rekomendasi dari pelawak stand up Douglas lim..
Mmg mantap...habis leleh ayark Mata jantan Aku...
Mmg padu...
Aku bagi 5bintang!!!
Yang kurang nyer... Tak cukup episode...kalau tambah 5 lagi... Utk citer later belakang cikgu2...kesudahan utk Prakash..1 episode utk tunjuk sejarah dulu2 sekolah kudrat...
Tunjuk keluarga kehidupan Dan later belakang keluarga kahar.
Drama ni based on true story yang berlaku di sbp. All boys sbp ada 6 je di seluruh Malaysia. Melalui pembacaan aku, benda ni terjadi di Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR).
Yes,, sgt setuju part pengurusan sekolah tu. Pernah ada pengalaman pasal gpk hem yg tak function bela nasib pelajar. Sampai bagi lesen pelajar senior wujudkan budaya ragging utk jadi samseng. Aku pun tak tahan sampai minta pindah sekolah sebab tak tahan budaya ragging yg "direstui" gpk hem. Nak kata sekolah teruk, bukan sebab sekolah agama kot. Aku syg sekolah tu sebab byk ajar ilmu agama. Tp sebab gpk hem tah pape boleh benarkan budaya ragging, aku ada trauma dgn benda yg terjadi sebab pernah juga dibuli oleh senior. Paling malang sekali, senior buli aku tu dah jadi cikgu skrg. Hahaha
endingnnya sngt membangonggkan🗿
damnn a teacherr?! what.. that's the reason why I don't believe teachers anymore
sekolah mana tu bang haram jadah punya cg
Realiti dunia, tak semua ada pengakhiran yang bagus
Sad, teacher rn tak kisah latar belakang macam mane, tak kisah pembuli ke ape, yang penting sijil kau layak jadi cikgu then boom, kau jadi cikgu
Setuju. Sekolah n asrama bukan tempat kita cipta pngalaman n memori yg buruk. Semoga generasi sekarang n akan dtg dah xsambung tradisi buli kat asrama ni. Sy walaupun xpernah dibuli masa stay asrama dulu, still rasa xbest dngan senior.
Pernah ada pengalaman masa mula2 masuk asrama, sorang senior tu dtg tanya nama, apa semua (dah lupa soalan apa lagi), sy menangis bila cerita kat kwn walaupun soalan dia biasa je. Rupanya dia xpuas hati (kot) dngan sy sebab potong Q turn mandi kat asrama. Sy budak baru mana tahu dorang tanda shower tu dngan tuala. Dah tengok shower tu xde org, sy masuk la. Benda kecik mcm tu pun kau dtg cari aku kan. 😫
XDE SEORANG PUN SENIOR KAT SEKOLAH TU YG SY SUKA.
Samalah kita
Itu tandanya kite sume masih muda x pandai diplomasi dgn yg lain...bile dh besar ni, br aku sedar kite kene bijak diplomasi...kite x bole puaskan hati sume org tapi diplomasi utk dpt kepuasan bersama...
Duh fiq jgn Jambu sgt🤣...
Yg buruk tu la paling manis😂
@@beyoung7925 tu first time sy duduk asrama, hati tisu lagi.. takut sebenarnya masa senior tu panggil. Tu yg nangis😂
me almost 20 years hidup dgn budak asrama dah banyak batch dah. my mum as executive dkt satu asrama anak yatim. almost 25years.
hal buli ni mmg wujud, xkira dorm lelaki atau perempuan. betul apa yg ashraf ckp pucuk pangkal mana warden, cikgu yg incas.
ragging is not bully, alhamdulillah asrama anak yatim skrg makin harmoni dgn ada nya warden lelaki dan perempuan yg masuk air 😅
curi spender, kasut, baju sekolah, buku. tu normal tp klo kantoi mmg kena dgn warden bukan pengawas.
SBPian hadir✅. betul apa yg ashraf cakap.. actually bila tgok High Council ni automatic rsa trauma tu dtg balik and tringat balik camna kena dlu time jd junior sampai x brani inform warden😢
saya bakal posting ke salah sebuah sekolah di Malaysia.. doakan saya dapat didik anak2 pelajar dengan sebaik mungkin.. tq untuk perkongsian ini untuk saya jadikan sebagai iktibar dan rujukan
Guru@ warden rasanya kena banyak ilmu dan link untuk stopkan kes buli² camni.. pasti ada cara andai buli berlaku..
Mmg sy pernah dgr,plg bahaya kalau mcm dlm high council, kapla tu dtg dr anak org berpengaruh.
Kalau lg bgs, sek invest technology utk pantau student tanpa diketahui( secret cctv ke)..byk je yg murah²..but still berkualiti.
Entah la..rasa sedih tgk kes buli..saya sek harian biasa, so x alami..
Sy harap saudara dapat laksanakan tigas sebaiknya...aamiin
Bila dengar story acap pasal high council ni, aku rasa syukur pula, why aku tak nak masuk sekolah teknik masa f4 dulu, mak aku pun dulu siap tanya lagi kat aku, betul ke yg aku nk masuk sekolah teknik add the same time nk masuk asrama, sbb mak aku tahu yg aku ni dulu mcm mana time sekolah terlampau lurus bendul sampai apa yg org suruh buat aku pun ikut buat, mak aku risau kalau aku masuk sekolah asrama tu takut jadi lagi makin teruk, jujur aku cakap dulu aku bukan yg jenis suka melawan and tak pandai melawan tau. Aku rasa pun ada hikmah nya kenapa aku decide tak nak pindah sekolah asrama which is sekolah teknik masatu, kenapa aku tak check result kemasukkan voka and teknik masa tu even masa tu aku dapat rasa yg aku mcm dpt masuk sekolah teknik and last sekali walaupun dgr agak bodoh alasan aku yg last ni sbb aku tak nak pindah sekolah teknik masa tu adalah sbb aku sibuk terkejar nk tawan hati crush aku utk nk dia jadi gf aku, yg akhirnya dia taknak aku and tak suka aku and cinta aku tak berbalas dan ex crush aku tu pun dh kawin dh ada anak dahh..... andai kata masa tu aku nk ikutkan firasat hati aku utk check result permohonan kemasukkan vocational and teknik masatu, aku dapat masuk and nekad juga nk terima and masuk sekolah teknik tu... aku rasa aku tak tahu apa jadi kat aku masa tu, entah² bila aku dh masuk sekolah tu tak sampai beberapa bulan maybe aku akan keluar sekolah tu dlm keadaan yg mcm tak akan jangka..... mungkin aku takde sekarang kat sini utk komen panjang kat ruangan ini, hmmmm wallahualam....
Aku bekas sekolah teknik vokasional, Aku mangsa buli dan salah satu penyebab menjadi introvet. Tapi aku survive dekat sana, aku x kisahpun kena pulau dan aku selesa dgn kehidupan itu sehingga kini, belajar sorang2 di perpustakaan sehingga menjadi pengawas pusat sumber. Tapi kau nak tahu x hasil dari buli tu lah akhirnya satu masa tu aku one bye one dgn rakan sekelas aku dan menang dgn menggunakan pembaris kayu aku hempuk kepala dia hingga berdarah. dan sejak itu aku tidak dibuli lagi. cuma di pulau sahaja. Menariknya aku semakin berani, masuk Form 5 aku cari 3 rakan yg paling berkualiti hanya utk study utk score SPM. Yup akhirnya dari gagal sempurna form 4 menjadi cemerlang semua result SPM aku.
at bukan add*
@@azril1188aku tk penah kena buli dan buli orng. Disbbkan aku ni panas baran ikut dri ayah tu aku brni fight dgn orng balik klu nk buli aku. Tpi klu dorn ajak fight mmng silap la sbb klu panas baran mmng tk ingt apa dah mmng truk dia kena
Kenangan di TIKL-sekolah teknik cheras kl batch 2002-2003.masa form 4 kene buli.masa jalan ke bilik mandi kerap direntap seluar sampai lucut.sudahnya aku balas balik masa dia mandi,aku rentap kain basahan dan buang kat tingat bawah.malam tu senior form 5 datang dorm aku nak kutip aku.mujur senior2 dorm bekap aku.teringat lagi Rizan,Izham Sr.,Ikram aka teguh.membe form 4 aku yg bekap duge aka Alfishahrin.dia bekap sampaikan last2 dia yg berentap dengan senior2 pembuli tu.kesannya,aku bersyukur masih dikelilingi kawan2 yg ambil berat dan menegakkan keadilan.bila aku jadi senior,aku antara orang yang menentang buli dan fokus pelaharan serta silaturahim.kalau korang masih ingt aku,aku sincan aka batu aka izham jr 4 mekanikal 1& 5 mekanikal 1 dorm IY dan dorm TW(tongkat warrant) 😁✌
Aku ex Technical Institute Kuala Lumpur (TiKL) @ Teknik Cheras...pd aku zaman tu mmg budaya mana2 asrama sekolah sekitar Malaysia.. tapi yg jd kecoh ketika tu kes Teknik Cheras disebabkn melibatkn kematian...tp mmg betul tu kisah benar di Teknik Cheras
salam tuan, sek teknik cheras BTR ker? pastu, kes kematian tue. tahun biler yer
@@muhammadyasser7962 1988 kalau x salah
Mnyirap aku dgr..ank aku kene ragging dgn warden (bkn skolh kpm)
Hilang sbr aku hntr surat ke pengetua.. Alhamdulilah warden tu slmt di lucutkn jawatan..terima kasih en pengetua..
Alhamdulillah ni first time aq awai tgok video hg Acap😂.. dah 2 tahun aq follow, ni first time dpt tgok awal.. slalunya dah 2 hours lebih video kluaq baqu dpt tgok😅😅
aku rasa semua dah share and cerita pasal pengalaman masing2 masa duduk asrama. aku ni tak ada la kena kopok ramai2. sebab 1 je, senior ni suka makanan. kau pandai bagi apa yang diaorang nak which is suka makanan, in sha Allah hidup kau aman. jangan cari pasal dengan senior, bila lalu sebelah senior bagi salam panggil abang, memang hidup kau aman jela. bila senior suruh kau baju and iron baju diaorang, kau layan, in sha Allah selamat. tu je selama ni aku buat. alhamdulillah selamat.
Guru pengawas & Pengawas kena main peranan terutamanya unit disiplin.
Kapla unit disiplin kena hati kering, tegas tp rasional, nmpk LEMAH, tp sekali dia pandang, seniorpun tunduk. Tunduk bkn sbb takut, tp hormat.
Jgn benarkan sekali2 keganasan berlaku dpn mata.
tq cap.. akhirnya aq dah dapat jawapan kenapa banyak budak2 x nak hbiskan sekolah.. sebab persekitaran mereka di sekolah yg buat mereka decide utk berhenti... Aq jadi mushkil kenapa aq tgok budak2 muda x nak sekolah... even adik aq sendiri 2 org, sekolah x hbis.. bukan sbb duit.. jenuh pujuk dorg x nak... So inilah jawapannya... Aq pulak beruntung sbb pandai bawak diri and surrounding aq x seperti ini.. im proud to say, aq dah bjaya menggenggam segulung ijazah... nasihat aq, utk adik2 di luar sana... Kena pandai2 bawak diri.. carilah rakan2 yang baik2.. Kalau ada masalah di sekolah, cepat2 bgtau mak ayah.. jgn diam
Ak sokong kw 100% bab ni..ak pernah lalui benda ni.2003-2005 trauma smpai ke hari ni n bkn nice memory bila citer sal zaman sekolah..pembuli or sebgainyew ni x patut ade kt muka bumi ni.jujur jika sekarang manusia/pembuli ala high council ni ak jmpe depan mata mmg makan x habis ak bagi,kerana mereka la ak jadi seperti ini..ni bukan dendam ea,seperti luka yg dh pulih tapi kesan parut tu smpai bila masih ade.lau boleh ak nk masok asrama semula n ak nk tibai sorang2 bangsa ala highcouncil ni..puiii.
Btul aku skong. Aku pn pnah lalui trauma tu. Jjur aku dendam.
@@zularie3136 kn..lau bley k nk bunuh je sowg2 jenis yg mcam ni.nsib ade undang2..hebat x brtempat.
i feel u , Alhamdulillah aku jenis panas baran dan pantang klu orng nk buli aku mse skola mmng siap aku bgi disbbkan ayah aku yg jenis panas baran dan garang. Aku mindset mse skola “ tak takut manusia kecuali Allah”.
zaman yang paling happy sekali ialah zaman sekolah teringat balik rasa nk msuk je sekolah balik !!zmn pengalaman yg sdg mendewasakan kita
Assalam Ashrapppp,Semakin moden zaman,semakin sadis kes buli dikalangan pelajar sekolah...dulu sis kena ejek dgn panggilan yg membengangkan pon sis dah koyak teruk,belum kena pukul dgn pembuli...tu pon masih trauma sampai hari ni...😭
hehehe skolah zaman dlu2 lg teruk buli..mne ade lg disiplin lg longgar dr skng.tkde viral2 semua kes disorok.
Dulu abang aku duduk asrama. dia cerita yg senior buli junior suruh junior tenung lampu/kipas sampai lampu terpasang sendiri atau kipas tu bergerak. Then, satu hari tu ayah dpt panggilan dr skolah abg aku kena masuk hospital sebab katanya melecur terkena air panas. Kaki habis melecur teruk. Entah betul ke tak la apa yg dilaporkan. Rasa macam kes buli. Apapon abg aku still survive kat sekolah teknik tu.
Aku batch sekolah teknik dkt satu daerah di Selangor. Batch 2007-2008(SPM). Salah seorang dari hierarki tp bukan kapla dan sekolah aku x panggil high council. Jujur masa aku junior aku xde niat lansung nk terjebak dgn aktiviti2 n undang2 bodoh high council ni. Tp atas sbb nk survive kt sekolah n perasaan awal2 tahun jd junior tu menyebabkan aku menjadi seorg yg x peduli keperitan org lain bila aku jd senior. Tp jujur bila dah habis sekolah aku menyesal dgn semua tindakan aku waktu sekolah dulu dan alhamdulillah ada junior2 yg pernah aku buat salah dlu skrg ada yg dah ok dan masih lg kdg2 kami semua lepak bila ada masa. Aku x membenarkan semu benda ni tp jgn la nk judgmental sgt dgn senior. Mereka pernah jd junior dan benda ni akan berlarutan selagi pihak sekolah buat xtahu je. Kat sini peranan cikgu2 semua sgt penting. Warden pun biar lah org yg betul2 amanah, bukan yg kalau nmpk benda salah buat pejam mata je.
betul awk pernah jadi junior tapi kalau bole tradisi tu habis sampai generasi awk je.... jangan nak turun temurun kan lagi takot kene kat anak cicit awak pastu mati dorang sbb x bole nak ngadap.... time tu jangan tanye kenapa jangan menyesal macam orang bodoh.... betul budak junior ade angin memasing jangan pukul rata... mane yang macam bangang tu elok layan macam bangang dan yang elok tu layan elok... lelame yang bangang tu akan slow.... kalau lagi bangang ko kutip budak tu supaya bangang die x nyusahkan orang lain.... yang penting yg baik ke pondan dan lembut jangan ko usik pondan tu straight kalau die bengkok... ko bengkokkan die jadi straight maksud kalau die ajak semburit kasi ajar sikit ape itu straight... jadi senior bukan sakiti junior tapi sayang junior macam sahabat bukan hamba....
pergh terpaling kapla la kau ni
how about their trauma?!!! memangla okay kalau lepak bagai tapi trauma dorang tu?
@@mrenya7745 tah ii rekaan je
@@mrenya7745 tiada disebut seorg kapla melalui petikan di atas
aku pernah kena tibai dengan 10 senior dlu. tpi mlm tu mmg aku ngamuk xsedar diri smpai 2 dri 10 org tu patah tgn ngn pecah mata. and alhamdulillah jumpa kt luar bertegur aku
Tak masuk kes polis ke?
Aku bekas KV tak perlu sebut nama (First batch), yup true story beb, semua kau cerita ni betul, dari cikgu, budak2, upacara2, kes, segala apa sume sebijik, Malam setan tu yup, aku pernah tido satu malam tu, diorang masuk kan ubat gigi dalam mulut aku, and then jam aku yg aku gantung dekat katil besi aku hilang, nak pergi kelas, kasut aku hilang, ada yang kaki menganjing, tapi dia tak sedar yg dalam dunia ni akan ada org tak suka kau dan boleh tngok berapa org yg suka kau tu ada bila kau kena pijak ramai2, trauma budak asrama ni real, benda2 ni real mat, tapi benda2 yg lepas ni lah yg jadikan kau hari ni, macam mana diri kau sekarang yg lebih berhati-hati dan menjaga diri bila bergaul atau memilih tempat dan kawan, semua pilihan, nak teruskan dgn adat atau padam kan semua kisah lampau yang akan menghantui kau lagi 30 ke 40 tahun akan datang, atau kepada org lain, dengan dendam kau nk bawa kemati atau kau redha dan lepaskan sebab kau ada lagi banyak hal lain yang perlu difikirkan, Adat itu hanya nama, yang menggubal dan meletak kan syarat itu kita .. Terpulang yang faham tu faham, okay salam dari batch 96 !! .. 🤙🏻
Sbb tu bila dah dewasa ni......ade gap barrier dgn sesiapa pn...aku hidup utk kebahagiaan sendiri...yg lepas tu simpan sbgai pengalaman je.....
But now..in networking or relationship dgn kawan sumpah ade batas...juz dont cross the border....i really keep privacy bahagiakan diri with treat myself superwell
Sekolah STAR Ipoh,,,batch² yg lahir tahun 1991 yg sebaya aku semua tau cerita ni,,walaupun aku bukan budak STAR cerita ni mmg viral zaman² aku form4 2007 - 2008 form 5....serius mengamit kenangan kalau di ingat balik
Ak ex-student one of SMT & now dh convert to SMV kt N9. Ak pn asl dari N9. Apa yg menariknya sepanjang sekolah kt situ, yg plg byk bwk masuk pengaruh mcm ni mostly dari budak2 luar especially KL. walaupun sekolah tu simpan bdk2 dari negeri lain but plh obvious yg start semua ni mmg dari mereka. Slh sorg bdk KL ni boleh tahan poyo gk, tp disebabkan dia sangkut sama kelas nerd2 cm aku, xtau la cmne ak manipulate otak dia sampai lah jd member lepak sama2 sampai skrg. Ko tgh study, bdk KL lain kacau kau, jp lg sampai 1 block budak KL g beduk budak tu. Time belajar siap tuukar2 homework lg..aku buat essay English dia, dia pandai kira2, tlg buat calculation math plak. Kalau melingkup, mmg sama2 melingkup dok luar kelas kena denda..xde mslh pn sebenarnya dok asrama ni. Jgn merendah diri sgt, jgn menonjol sgt. Be natural walaupun kena jadi hipokrit dlm surroundings mcm ni. Alhamdulillah selamat dari f1-f5 dok asrama ak reti uruskan diri sendiri xpyh tiap2 kali call mintak tlg mak bapak cm anak manja. 😂
Mantap..kecik2 dh bijak diplomasi...ade org suke lari dari senior, ade org mau dpt backup dari senior...so korang pilih...
kalau ada anak2 atau adik2 yg nak masuk asrama,hafal yasin ayat ke 9, baca selalu. inshaallah. kena yakin !
aku selalu jd mangsa suruh amik air kt dm oleh senior2, tp dorg puji jugak aku sbb bila suruh aku yg amik air, kejap je aku dah sampai dorm dorg.. padahal aku isi pakai air paip tepi tangga je... xde masa la aku nak menapak jauh2 pegi dm tu semata2 nak amikkn air utk senior..😆😆😆
HAHAHAHA siot
sama ada kau yang bijak atau senior kau yang bodoh. Takkan tak boleh rasa beza air masak dan air paip. Member aku satu dorm pun try juga cara macam ini last-last kena pao. Nasib kena pao dari kena kenduri
Asrama ku zaman 2015-2017 paling sial. Siap ade sula guna berus gigi
@@adlipian1029 kawan dah kata jangan kutip sabun😅
@@khairi8506 lambat cakap😂 dh 7 tahun berlalu
Allah itu maha adil. Org2 yg membuli sakitkan org tanpa sbb, percayalah suatu masa klw tk dia maka anak cucu dia akan merasakan benda yg sama atau mgkn lbh teruk.yg slh adalah phk admin. Termasuk lah cikgu yg ada. Anak2 mesti diajar yg tkde sape pn yg berhak menyakiti mrk termsk lah cikgu dan mesti melaporkan kpd ibu napa secepat mungkin. Aku sape2 yg dh kena mesti dendam, dan sentiasa mendoakan pembalasan utk pembuli tersebut. Ini lah senjata bagi org2 yg teraniaya.
Betuui apa lu cakap tu 😂
Budaya buli ni mmg sangat teruk dekat mana2 asrama especially sekolah2 lama. Tak kiralah sbp, mrsm, sekolah teknik, sekolah agama ataupun sekolah harian sekalipun. Sekolah yang dah lebih 20-30 tahun agak susah nak buang budaya tu. Saya ex sbpian spm 2012. Waktu zaman form 1 mmg teruk kena buli emosi memandangkan perempuan takde sangat buli fizikal kebanyakannya mental. Ramai juga yg berhenti sekolah sbb tak tahan. Tapi waktu kitorang form5, benda tu dh semakin berkurang sbb ibu bapa zaman sekarang lebih protective. 10 org budak lelaki batch saya dibuang sekolah beberapa bulan je sebelum spm sebab ada kes buli kawan sebatch dan junior. Junior tu report parents, parents report polis so kantoi. Waktu kami junior, tak kisahlah teruk macam mana sekalipun jangan jadi mat pot. Kami panggil mat pot bukan jibam. Benda tu senior dh tanam dlm kepala kami so mmg takde yg report. Sbb tu lah budaya tu susah nak buang sbb takde yang berani report dan mak bapak dulu2 pun jenis yg tak beria sangat. Depa siap cakap biasa lah tu ragging2 sikit. Kalau tak kena ragging bukan asrama lah namanya.
selalu berlaku di skolah berasrama... rasanya hampir majoriti sekolah berasrama di malaysia ni hadapi masalah yg sama. masa kat uitm dulu pun hado masalah ni. aku agak lebih berumur bila masuk uitm & berbadan besar (mmg aku pun jenis melawan) so senior x berani kacau sgt la. roomate aku pun jenis fighter & lebih tua dr senior kitaorg (+ main rugbi) dok sebilik, so bilik aku tu mmg safehaven la utk batch junior kiteorg nih. mmg senior x berani sgt naik blok kiteorg. 2-3 blok lain mmg junior lain yg sama batch kiteorg byk komplen senior selalu buli. masa tu darah muda, mmg xde komplen dgn warden pun... setel sendiri je semua. bile time kuliah bertembung dgn kaki² buli tu kiteorg mmg sound tepek la. alhamdulillah, semakin kureng kes walaupun ade. semua "setel" kat luar jela. selagi sistem & mentaliti x ubah, selagi tu la masalah ni akan berpanjangan. ape yg aku mampu buat utk anak² aku hanya persiapkan diri diaorg dgn belajar seni bela diri dr skolah rendah lg. cuba beri didikan agama sebaik mungkin & terapkan nilai² murni je, selebihnya hanya tawakal kepada ALLAH. nak ubah sistem & mentaliti x mampu... maaf komen pjg sgt. haha.
alhamdulillah aku skolah asrama dari form 1 sampai form 6 kat skolah aku tu mmg xde kes buli .. even aku batch ke 9 msuk and senior aku batch 5 yg dikatakan senior batch lain (6,7,8) sebagai batch yg plg jahat (kuat raging budak) ..mmg ade sorg je yg suka pukul budak tapi aku alhamdulillah x kene mungkin sbb aku terlalu comel :) .. bayangkan ah budak form tinggi 135cm masuk asrama an hahahaha .. sng je nk cmpk tong sampah .. alhamdulillah most batch aku boleh rapat ngan senior kitorg dan budaya junior rapat ngan senior dgn kekalkan respect tu still ade smpai skrg .. walopun warden laki x ramai still boleh hidup skolah aku .. x nyesal masuk situ .. even kes rokok penah ade skali je dan budak tu trus kene 'pindah' skolah dan bukan dibuang ..
Tahun 1999/2000 salah sbuah SMT. Aku adalah salah sorg yg menentang dan meruntuhkan high counsil. Sekarang aku dah 40 tahun jd adik2, anak2 yg baru nak naik. Jgn sia2kan hidup kamu semua, nak jadi kapla ka, nak jadi gengster ka, nak jadi pembuli ka, semua itu tahi. Habis sekolah nnt kau akn jumpa dgn org2 yg kau aniaya dlu. Dalam ramai2, kamu xtahu yg akn kamu jumpa nnt. Kena yg slh orang mmg musnahlah masa depan kau semua.
aku asal budak x ambik port mmg pegi sekolah nk abiskan sekolah. Form1-3 ok smooth, Start form 4 mcm2 benda sial berlaku, aku tak duduk asrama pon kena belasah ramai2 2 lwan 8 sampai kes polis. Haha tu baru kes belasah belum lagi paw duit, curi moto aku, pulau, punca sbb aku sound senior form 5, Dlu kt sekolah kira pompan ramai nk kenal dgn aku. Tpi aku tak layan pon pompan2 tu sgt setakat hi aku snyum2 jela balik. Start situ senior smua kacau hidup aku teringat2 sampai skrg, nk tempuh setahun tu mcm 10 tahun.😅
Ye sama...1-3 tu ok sikit la..walaupun kne buli gak tp f4-f5 hurm...memang aq ni x minat g skolah dan selalu ponteng je..hasilnya spm aq mmng kelaut dalam .hahaha..
Pengalaman saya.. duduk dalam suasana asrama ni dari darjah satu sampai form 5.. tapi sekolah pondok larh ...tak pernah jumpa high council ni.. sebab ustaz ustaz kami semua genster..ahli seni bela diri... Displin no 1.. sampai form 6 dengan upper 6 baru sekalah jenis kebangsaan baru jumpa budaya buli ni..sian tengok junior kena buli ni.. apa pon aku rindu zaman sekolah sebab boleh solat subuh ontime..kalau tak kena libas dengan paip getah sakit woww
Pernah sekolah di teknik cheras, tak tahan 2-3 bulan kena hadap kes buli mcm ni. Kena basuh baju, kena ambik makanan, kena raging sebelum dan semasa tidur, kena sparing dan sebagainya. Cuba rebel, tapi bernasib baik pulang ke rumah waktu senior mencari. Dan selepas tu, aku berhenti dari sekolah tersebut
Fast forward, jumpa senior yang membuli aku tu, dia jadi malu disebabkan dia automatik jadi junior aku waktu Universiti.
Aik cmna plk tu kira dia masuk lambat ka
@@JalanRaya001 biasalah dia amik diploma, aku masuk matriks hahahaha
@@zeonlod1494 ooo
Tu yg org tua2 selalu pesan, buat baik berpada-pada, buat jahat jgn sesekali. Hidup kita jgn buat org lain merana sebab satu hari nanti kita dibalas benda yg sama. Itu yg pasti terjadi.
Bantai balik ar jumpa kt luar senang 😂
1 ilmu yg aku dapat dan amalkan dari dulu sampai sekarang, kalau kena pukul atau bergaduh, jangan sekali-kali jatuh. Kalau jatuh, confirm lunyai. Baru aku faham kenapa dalam silat utamakan kaki. Kenapa kaki kena kuat
Aku dgn family aku mmg banyak kisah teruk kat asrama ni. Kakak aku pernah balik jln kaki sorng2 sbb tak tahan kena buli. Abg aku sek asrama penuh kena paksa cacah tatu kat blkg badan dia masa form 2. Aku pulak pernah kena kencing masa orientasi dgn budak senior. Bodoh nak mampus pembuli ni.. Trauma gile masa tu. Tp zmn dulu nak mengadu kat mak bpk pun tak blh. Mesti mak bpk salahkan ank sendiri sbb melawan. Selagi tak mati, hadap je lahhh..
sblm thn 2000 lg dh wujud,...saya sekolah form 4 thn 92 dah rasai semua ni kat sekolah vokay...paling byk kes ala ala high council ni byk kat sekola vokay atau skg nya sek kolej vokasional yg ada asrama form 4 n 5...
5 tahun aku duduk asrama, darii start junior smpai aku senior, pembawakan Kita yg penting, Kita ada pilihan mcm mana nak budak2 junior ni hormat dkt kita, ada benda yg boleh ikut dlm tradisi asrama ni, ada benda yg x patut ikut...
20 orang student TIKL tu aku boleh je nk mentioned masing2. Alhamdulillah, smua jadi orang baik2 n berkerjaya. Kelakar bila teringat balik..
Siyes mmg teringat batch VOCAY SPMV kuantan 02-03 dari 1stday masuk mcm2 benda sial kene....ya mentang la aku dari luar daerah kuantan...sorg2 plak kt situ....
1st day masuk dh ade 2 org kemurungan n di pulaukan...aku on xtau sbb 1stime masuk asrama..lepas seminggu mcm tu aku baru paham...sorg2 benti sekolah balik sekolah asal...
So aku pn lalui jugak semua benda dlm drama ni...n pertengahan tahun 02 aku minta parent aku tukarkan sekolah lama kt kg....tp mmg xtau nak explain mcmana dgn dorg sbb rasa takut ke mcmana tah...last2 arwah ayah aku cakap xpe la tahan je 2 tahun...so aku pn mmg tempuh je la seadanya janji dpt spm....
2 tahun ni mengajar aku utk bawa diri tempat org n survive...lepas skolah aku sambung study n praktikal di PERAK....1 Hari aku nk balik kg cuti raya...di bustop lumut aku jumpa sorg yg familiar...
Ya salah sorg bangsat yg buli aku dulu kt kuantan...guess what pakai kopiah bhaiii....🤣🤣 Oii mat kau bukan dulu teknik sekian2...nama kau @##& kan?
Belajar mana??ikm lumut ohhhh
Die xpayah explain pn aku tau mmg die kene buli....org yg tibe2 jd baik mcm tu selalunya sebab nk survive acah2 baik...padahal die xmampu tempuh kehidupan hostel luar kawasan....tp bila tanya asal kau jd pendiam mcm ni...jawapanya kita dah besar dah matang....
Pale butoh....skang kau baru tau kan mcmana nk survive kt tempat org?? Aku lg lebih awal belajar survive kau xpayah cerita pn aku tau mmg kau bangsat kt tempat belajar kau tu kan??ni la balasan tanpa perlu aku buat apa2....lepastu die salam n minta maaf dgn aku pastu die trus gerak...
Aku ex SMT 05/06. Benda senior ragging junior mmg wujud. Pernah jadi jugak masa batch aku. Tp aku tk ada spe berani sentuh sbb aku awal² masuk dh ngam gn senior. First week dh rehat gn senior smpai budak2 kelas pandang lain. Dan aku tak pernah dibuli walau depan² aku senior bantai kawan sekelas aku buat tak tahu sbb tk nak ak terpalit sekali 😅
Aku pernah kena bully tapi depa tak pernah serik kena report dengan aku sampai satu tahap aku boleh berlawan depan cikgu dengan pembuli tu dan hampir aku nak buat report polis sebab tangan aku kena toreh dengan si pembuli tu tapi aku bagi dia perluang kedua untuk dia insaf apa yang buat
Aku orng kelantan kami bukan rasis tapi sifat kita orang xsuka orang pijak kepala kami sbbtu org kelantan selalu dikaitkan dengan gocoh atau fight dan tak semuanya macamtu tapi kebanyakkannya macam tu kerana kami org kelantan tak suka orng pijak kepala kami disebabkan itu juga la kami jadi macamtu dan kami orng kelantan suka untuk ajar diri sendiri untuk jadi berani dan cukup benci pada sifat penakut yg ada pada diri sendiri dan suka cabar diri sendiri untuk jadi pemimpin tapi kami xkacau orang kalau orang tak kacau kami, kami jenis tak suka bergaduh guna mulut atau bertekak sbb akan nampak bodoh.dan nk pesan kalau orang tu diam dan malas nk ambik port benda kecil jangan la korang uji kesabaran seseorang tu dan jangan cabar orng tu sbb senyap bukan bererti kami takut cuma kami hormat..jangan mention nama negeri kalau nk marah dekat seseorang...nanti korang kata pulak budak kelantan ni jahat kalau kitorang balas dengan perbuatan dekat korang...kitorang xjahat pon cuma kitorang benci pada sifat orang yg suka mencabar kitorang..harap faham sbb apa aku pernah pukol sekor budak jb disebabkan dia suka mencabar lepastu nk cop kitorang jahat sedangkan dia yg mencabar dan buat aku mental pastu senang2 je cakap orang jahat ingat la ini orang bukan tunggul kayu yg xreti nk balas dan kami bukan malaikat lain orang lain cara dia
memang setujuu part yg last tu. selagi takde yg mati, okay lah tu, bagi diorang. tah pape, ank org yg sampai trauma tu depa tak fikir pun. sampai bila" pun aku tak nak hidup balik kat asrama lagi, dgn senior tah pape, warden dia lagi.
Aku batch 2005 SM Teknik Taiping, masuk 6 bulan ja kena keluar skolah. Kes aku pukul senior2 form 5 jahanam ni dgn kayu hoki dlm gelap. Tq senior2 baik yg bocor maklumat yg mlm tu turn aku nk kna rumble, last2 ambik kau 5-6 org senior bdarah2 aku libas dgn kayu hoki sorok bwh tilam, esok tu polis dtg skolah. Aku & 3 org junior lg dinasihatkan tukar skolah. Sapa yg batch 2005-2006 SMTT mesti tau kes ni, antara kes besar dlm Malaysia.
Tak faham sgt konsep rumble ni.. senior2 tu pilih junior secara rawak utk dirumble atau ada sebab2 tertentu cthnya ‘tak hormat’ diorang..?
Alhamdulillah kau memang terbaik bro, jangan biarkan kite kena pijak2
Penerangan yg jelas dan padat terbaik and success selalu ashhrapp 🎉😊
Kat skolah Aku Ade asrama jugak. Sepupu Aku sorang dok asrama die form 3, Aku duduk luar mase tu Aku form5 tp sekolah yg sama. Dieorg yg kononnya smsing nie dlm asrama jea handal. Form 5 asrama pau sepupu Aku siap pukul skali. Last sekali kat luar Aku tibai semua yg kononnya kapla dlm asrama nie, lepas tu alhamdulilah sekarang dieorg jd manusia.
yess true. aq ex bdk teknik. time tu hostel, bdk teknik, budak vokay, dgn bdk skm. mmg benda ni dh jadi budaya diorg. then warden dkt situ pn mmg sport apa snior buat, junior bju kne tigh in la. mmg setiap mlm akn ad gaduh.. bila kita org snior, kita org buang smu budaya buli tu, xda lagi junior tigh in baju la. smua bebas buat apa je.. then warden kita org marah sbb kita org mati kn budya tu. skrg ni xsuree masih ad lg ke x budaya mcm tu. Then pada aq sek teknik or vokay cikgu or warden dis mmg gle2 punya. jns sebat xda pakai rotan, sepak terjaang. bdk dah terbaring pn warden letak kaki atas kepla bdk tu. jns xmrah gduh terus.. pastu kalau kes gaduh ni mmg besar, tp xsmpai kluar la cite. hbs kn dlm tu je.
Budaya seniority melampau ni dari zaman sekolah smpai la zaman kerja mmg xkn habis..seniority sbnrnya bagus,mengajar kita utk respek org yg lama..yg xbgusnya jnis melampau guna kuasa utk buat sesuatu yg xbetul..plik aku..
Fun fact: senior yg menyebabkan kematian hishamuddin dibebaskan selepas mereka mengaku bersalah...Dan akibat kekurangan saksi. Sedih betul kes mcm tu pelaku bole terlepas
Mat,kau tau x maksud fun fact ?
Betul. Tengok cite ni mmg trauma, malu, kesal, sedih, happy. Semua ade. Memang rindu. Cuma bersyukur zaman tu xde hp lg. Hahaha..
Sekolah ni patut jadi memori terindah dalam hidup bukan tempat membentuk trauma untuk budak. Family aku ada sorang jadi mangsa buli. Tiap kali nak balik asrama mesti sedih je muka dia. Kenapa la takde orang perasan. Mungkin aku kecik lagi nak faham. Aku percaya trauma tu masih ada dalam diri dia. To those yang buli dia aku harap hidup korang takkan tenteram dan anak2 korang akan rasa benda yang sama. Karma tu wujud, balasan allah itu pasti.
To cikgu2 please la jgn diam and tak inform parents atas sebab nak jaga nama baik sekolah. Merepek.
ni lah yg saya alami sepanjang 3 tahun lebih. sampai saya nak keluar sekolah lain walaupun kos yg saya dapat tu tak seronok for me. mau tak mau terpaksa wei. tapi bila besar menyesal lah
@@syamakmal8861 semoga kesabaran 3 thn awak dibalas dengan kebaikan di dunia. Dont regret, its not your fault.
Ni pengalaman abg la
kalu ko baru masuk hostel
cuba kawtim semua batch kat
kalu form 4, kawtim form 4 ramai2
kalu sem 1, kawtim semua sem 1 semua jurusan
masa tu ko dah ramai, pas tu faham2lah sendiri...
itu apa abg buat dlu...
Patut sekolah ade CCTV dalam kelaa sbb byk kes buli dalam kelas. Nasib asrama kite dulu aman takde kes buli
Ada bro , tapi tulah tak tahan 2 hari , kena pukul guna penyapu , serius talk , pengalaman aku bro
Masa zaman aku sekolah tahun 2003. aku kerap pindah skolah sbb follow org tua bertugas merata2... aku tak penah rasa takut bhdapan dengan sapa2. aku penah nak dibantai ramai2 masa masuk skolah baru..hari ketiga aku masuk skolah tu. ada budak ajak fight.dia kata tak puas hati😂. tak puas hati ke busuk hati!!. dia start cepuk kepala aku, aku balas, tgk belakang mari hampir 10 orang nk gasak aku sorg. last2 10 ekor tu mencibang lari sbb aku amok macam setan merasuk
tapi takde setan pun dalam diri aku. background aku l,mmg dibesarkan dengan ajaran tomoi. sejak umur 9 tahun dah menuntut ilmu bela diri..pakcik aku guru tomoi. dia la guru aku...cuma kelebihan, anugerah yg ada diri aku ni stamina tinggi, peka & pickup dlm action. Cara aku bagi mmg style. laju, lazat dan penuh dgn buah buahan. bukan bantai penumbuk koboi bodoh takde ilmu macam budak 10 ekor nak jadi gangster sekolah.harap berani time ramai. endingnya sekor2 mencibang lari😂😂😂. pecah mulut hidung. sekor2 mkn kasut sekolah makan lutut aku.. diorg gi report fitnah pd guru besar. aku digantung sekolah.. baru bape hari masuk sekolah baru dah kena gantung😢. sedangkan setiap kali aku tukar sekolah, tak pnah pun aku start cari pasal dengan mana2 pelajar... senyap je tak ganggu sapa2. metaliti diorg, asal nampak budak baru, wajib buli. tapi salah orang😂😂.. - cerita ini dipetik dari novel di korea tenggara..