Pasir Putih Resort, Kalumpang || Lot 12 yang strategik

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 11 гру 2021
  • Destinasi pilihan kami untuk kali ini adalah Pasir Putih Resort yang terletak di Kalumpang, Hulu Selangor. Perjalanan tidak sampai dua jam dari Kuala Lumpur. Tempat ini mendapat review yang agak banyak dari geng campers. Jadi kami pilih untuk cuba berkhemah di sini.
    Secara keseluruhan, tempat ini besar. Ada 103 tapak khemah disediakan. Bezanya, dekat atau agak jauh dari sungai sahaja.
    Kami bernasib baik mendapat tapak yang betul-betul tepi sungai. Jadi boleh turun depan khemah sendiri sahaja untuk mandi sungai.
    Cumanya, hari pertama kami sampai, semasa sedang menikmati roti canai di pondok yang disediakan di tapak ini, tiba-tiba muncul seekor monyet alpha. Pada mulanya, monyet ini kelihatan tidak menganggu orang. Hanya duduk di satu dahan, tetapi rupanya macam taktik sahaja.
    Perlahan-lahan monyet ni mula mendekati kami dan mula menunjukkan taringnya.
    Kami pun, apa lagi. Kalut la bawa makanan lari dalam khemah sebab takut diserang monyet ni.
    Bila kami call pihak pengurusan di sini, jawapannya, monyet ni selalunya tidak kacau orang. Agaknya kami la tidak bernasib baik. hahaha
    Nak mandi sungai pun tak tenang, sebab monyet ni muncul semula semasa kami sedang mandi. Waktu tu, bau makanan dipanggang dari khemah yang ada di sini, memang kuat dan mungkin monyet ini tertarik dengan bau tersebut. Solutionnya, staff di sini datang bakar mercun bola untuk halau monyet ni.
    Orang datang berkhemah makin ramai pada hari kedua. Semalam ketika kami mandi di bilik air, dah mula rasa air di tandas ini akan bermasalah. Sebabnya, bila jiran shower buka air, shower kita pun dah tak keluar air. Rupanya makin melarat isu air ni sampai pagi hari ketiga.
    Kami tidak pasti adakah air memang tak ada untuk semua tandas dalam resort ini atau hanya tandas berdekatan lot kami ini sahaja yang terjejas.
    Apa-apa pun kami enjoy berkhemah di sini. Sungai sangat jernih. Ada kebun buah cuma kami tak sempat nak meronda di keseluruhan resort ini.
    Terima kasih staff Pasir Putih Resort yang sangat membantu serta cepat bertindak atas aduan kami.
    Perkhidmatan membasuh khemah :
    Atomic Resources
    019 6697036 (Afiq)
    / atomicresourcescleaning
    Video : Real Me 8 Pro
    Editing : Shotcut
    Music by UA-cam audio
    A Long Cold - Riot
    Asleep With The Sun - Unicorn Head

КОМЕНТАРІ • 38

  • @Jmjm1969
    @Jmjm1969 2 роки тому +2

    Respect dengan orang yang kutip sampah tanpa berkira. Harapan kita pada si penyepah sampah biadap dengan alam semulajadi ni akan terasa biadap pada diri dan waris mereka, bila melihat sampah dia di kutipkan orang lain. Ingatlah membuang sampah merata adalah biadap. Jangan jadi biadap.
    Intro video ni menolong buangkan sisa sampah, terus aku subscribe and like.

    • @lensakami152
      @lensakami152  2 роки тому

      Terima kasih singgah, komen, like dan subscribe channel Lensa Kami :)...semoga bermanfaat ^_^

  • @wilsonk
    @wilsonk Рік тому +2

    baru selesai kutip sampah..hujan renyailah pulak..tapi air masih jernih oh..terbaik perkongsian kawan

    • @lensakami152
      @lensakami152  Рік тому

      Wahh berada kat sana ya? Best kan sungai kat situ..terima kasih singgah sini🤗

  • @outdoorcamping4.267
    @outdoorcamping4.267 2 роки тому +2

    tempat ni mmg owsem klu amik area tuahku di sini..kiranya suasana
    forest skit.. view menarik 👍👍👍
    truskn konten..moga sukses selalu

    • @lensakami152
      @lensakami152  2 роки тому +1

      Tq²..ada juga tanya tuahku disini, tapi nampaknya dapat rezeki ke pasir putih ni dulu😅

  • @ZaireeyKhairuddin
    @ZaireeyKhairuddin 2 роки тому

    Cantik

  • @azharbon605
    @azharbon605 2 роки тому +1

    Sikap yg amat terpuji bila lihat kamu bersihkan alam ini...semoga kehidupan anda sekeluarga dirahmati Allah Swt

    • @lensakami152
      @lensakami152  2 роки тому

      Aamiin Ya Rabbal Alamin..terima kasih😊

  • @sureshm.perumal96
    @sureshm.perumal96 2 роки тому

    👌

  • @robiahmajid4282
    @robiahmajid4282 2 роки тому

    Jgn lupa video ibu

  • @abbygale4913
    @abbygale4913 2 роки тому

    Saya suka org buat vdeo cmni. Xyah tjuk muka hehe..ckp je...

  • @_azstudio
    @_azstudio 2 роки тому

    ooo boleh buat fire pit atas tanah eh...die bagi ke

    • @lensakami152
      @lensakami152  2 роки тому +2

      Masa kami tanya fasal kayu api kat staff di sini, tak ada pula dia kata tak boleh bakar atas tanah. Lagi pula, tempat kami bakar tu kesan sedia ada dari sebelum ni :)

  • @faroukahmad8048
    @faroukahmad8048 2 роки тому +1

    Mase p tu ade ujan x .. kalau ujan air besa air paip akan kacau .. sbb air paip dari hulu sg .. munkin sumbat

    • @lensakami152
      @lensakami152  2 роки тому

      Yup petang tu hujan lebat. Mungkin tu la kot ya sebabnya.

    • @faroukahmad8048
      @faroukahmad8048 2 роки тому

      @@lensakami152 a.haa tu sbb dia

  • @pymaat
    @pymaat 2 роки тому +1

    Nak tanya.. lot 11 sebelah tu ok tak campsite dia? Sy dapat tapak tu untuk next camping saya...

    • @lensakami152
      @lensakami152  2 роки тому +1

      Seingat kami, tapak tu banyak akar. Kalau tak ada pilihan lain, kena bawa alas tidur tebal sikit la. Selamat bercamping :)

  • @azmishafiqabdrahman6388
    @azmishafiqabdrahman6388 2 роки тому

    jauh tak tempat campsite dgn parking kereta

  • @robiahmajid4282
    @robiahmajid4282 2 роки тому

    Please help

  • @maslinda7636
    @maslinda7636 2 роки тому

    Sis KT tapak 12 ni flysheet saiz 3x5m muat tak?

    • @lensakami152
      @lensakami152  2 роки тому +1

      Rasanya akan masuk ke tapak sebelah. Kami guna hari tu 3x4m. Boleh confirm dengan owner/staff sana

  • @afnanzass
    @afnanzass 2 роки тому

    Lot 12 ni memang dapat sekali pondok ke? Kalau nak sewa tapak khemah sahaja boleh ke lot 12 ni kak?

    • @lensakami152
      @lensakami152  2 роки тому

      Masa pacak hari tu, dah confirmkan dengan staff disitu boleh guna pondok tu. Tak pasti harga yang dipamerkan di pondok adakah untuk day trip sahaja atau macam mana. Boleh confirmkan dengan pihak campsite😊

    • @fairusshaharuddin24
      @fairusshaharuddin24 Рік тому

      harga tapak yg ade pondok rm80.. manakala tapak yg tak ade pondok rm50

  • @azmishafiq214
    @azmishafiq214 2 роки тому

    Mcm mana nk booking ya

  • @aintaibah9290
    @aintaibah9290 11 місяців тому

    Sis..lot 12 ni harga berapa?

    • @lensakami152
      @lensakami152  11 місяців тому

      Dah tak ingat puan. Kami sarankan berhubung dengan campsite owner mana tau ada perubahan harga. Selamat bercamping☺️

  • @robiahmajid4282
    @robiahmajid4282 2 роки тому

    Please help

    • @lensakami152
      @lensakami152  Рік тому

      Semoga baik2 sahaja ya ibu Robiah Majid. Terima kasih singgah