RUMAH DO RE MI ATAS POKOK DITEMUI | LAXMANA DO RE MI
Вставка
- Опубліковано 9 лют 2025
- #channel20sen
Sekiranya ke utara khususnya di Pulau Pinang anda akan menemui rumah di atas pokok itu. Lokasi rumah tersebut terletak di Kampung Agong, Penaga.
Kunjungan anda ke sini pastinya berbaloi dengan keindahan kampung yang mendamaikan, dikelilingi sawah padi dan pohon kelapa.
Walaupun rumah Do Re Mi di atas pokok sekadar replika, namun ianya cukup menggambarkan betapa nostalgianya terhadap filem yang diterbitkan pada tahun 1972 itu.
Kita seharusnya berbangga dan mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Kampung Agong kerana telah berusaha membina semula rumah Do Ri Mi ini.
Usaha murni ini, secara tidak langsung kita dapat mengenang kembali jasa Tan Sri P Ramlee dibidang seni itu dihargai, selain itu kita juga dapat mengimbau kembali filem Laxmana Do Re Mi khususnya ketika babak rumah di atas pokok.
Tidak rugi sekiranya anda berada di sini, yang paling penting anda akan dapat merakamkan detik detik manis bersama rakan-rakan dan juga keluarga di hadapan rumah Do Re Mi ini.