𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐥𝐮𝐧𝐜𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐀𝐰𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 (𝐏𝐏𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈)

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 5 жов 2024
  • KUALA LUMPUR, 6 Ogos 2024 - YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri hadir menyempurnakan Majlis Peluncuran Perumahan Penjawat Awam Malaysia MADANI (PPAM MADANI) di Bandar Sri Permaisuri.
    Program PPAM MADANI merupakan satu usaha Kerajaan bagi menyediakan peluang pemilikan kediaman berkualiti kepada penjawat awam yang berpendapatan rendah dan sederhana. Program ini menawarkan kediaman berkualiti pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran di pelbagai lokasi strategik seluruh negara. Program ini juga memberi penekanan pada aspek saiz, reka bentuk dan kualiti pembinaan unit-unit kediaman yang ditawarkan.
    Pembangunan projek PPAM MADANI dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara Kerajaan dengan pemaju perumahan swasta di atas tanah persendirian atau tanah milik Kerajaan Persekutuan iaitu Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), Kerajaan menyasarkan penyediaan 500,000 unit rumah mampu milik, termasuk penyediaan 28,000 perumahan khusus untuk penjawat awam.
    Pada majlis ini, YAB Perdana Menteri telah menyempurnakan penyerahan kunci rumah kepada lima orang pembeli PPAM Piksel Permaisuri dan penyerahan surat tawaran kepada lima orang pembeli PPAM Nikka City Sentral dan Amansuri. Secara keseluruhannya, seramai 843 penjawat awam daripada pelbagai skim dan gred perkhidmatan telah ditawarkan untuk memiliki unit perumahan di PPAM Piksel Permaisuri, Nikka City Sentral dan Amansuri.
    Pada majlis sama, YAB Perdana Menteri juga meluncurkan Aplikasi Mudah Alih Program Perumahan Penjawat Awam (PPAM) 2.0. YAB Perdana Menteri diiring dif-dif kenamaan turut meluangkan masa melawat unit rumah PPAM Piksel Permaisuri dan melakukan tinjauan kemajuan projek PPAM Nikka City Sentral dan Amansuri serta scale-model projek PPAM Kuala Lumpur.
    Turut hadir ialah YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail merangkap ahli Parlimen Bandar Tun Razak; YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan; YB Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan); YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara; YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM); dan YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan & Pembangunan), JPM.

КОМЕНТАРІ •