*Pengajaran surah Al-furqan* Terjemahan Surah al-Furqan Ayat 45, 46 & 47 Tidakkah engkau melihat kekuasaan Tuhanmu? - bagaimana Ia menjadikan bayang-bayang itu terbentang (luas kawasannya) dan jika Ia kehendaki tentulah Ia menjadikannya tetap (tidak bergerak dan tidak berubah)! Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayang-bayang itu;. Kemudian Kami tarik balik bayang-bayang itu kepada Kami, dengan beransur-ansur. Dan Dia lah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian, dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki. Ayat diatas Allah menerangkan tentang Setiap perkara yang berlaku pada seluruh ciptaannya termasuk lah diri manusia diumpamakan seperti bayang-bayang dan tidak mempunyai kuasa yg boleh beri manfaat dan juga boleh datangkan mudharat kecuali Allah. Kemudian Allah jadikan cahaya matahari yg terang benderang yaitu diturunkan kitab suci Al-Quran kepada Manusia yang telah dikaruniakan Penglihatan, pendengaran, hati dan akal fikiran utk mereka mengambil pengajaran dari ayat-ayat Allah dan melihat Bukti dan Tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Allah pada Kejadian Langit dan Bumi. Sesungguhnya, tiada satupun makhluk Yang bergerak di langit dan di bumi, kecuali semuanya berada di dalam pengetahuan Allah dan tertulis di dalam kitab yg terpelihara di luh mahfuz. Jika mereka adalah orang-orang yang bertaqwa dan takut hanya kepada Allah, maka hendaklah dijadikanlah malam itu sebagai pakaian dengan membersihkan diri dari segala perbuatan syirik dan riak dalam mengerjakan ibadah karena mengharapkan Ridhonya semata-mata dan bukanlah mengharapkan harta kekayaan dunia yang durjana. wahai anak-anak adam, ingatlah pesan Tuhanmu itu. Janganlah kamu melakukan syirik dan Janganlah engkau adakan tuhan yang lain bersama Allah dalam mengerjakan ibadah akibatnya engkau akan tinggal di dalam keadaan tercela dan kecewa dari mendapat sebarang pertolongan . Bersihkan Itikad dan Niat kamu dalam mengerjakan sesuatu urusan ibadah. Terutamanya kepada mereka yang diberi kemewahan kemudian mereka menahan harta orang miskin sampai kepadanya dengan tidak menjalankan urusan perniagaan dan pentadbiran ekonomi yang Adil dan tidak mengeluarkan harta mengikut kehendak Allah, sebaliknya mereka mengeluarkan harta mengikut kehendak penguasa-penguasa yang dianggap sbagai Tuhan kerana mempunyai kuasa pemerintahan. Sebenarnya tidak kira apa jua jenis bahasa dan jenis warna kulit, semua manusia itu adalah sama kedudukannya, miskin ataupun kaya dan yang membezakan mereka hanyalah Taqwa semata-mata. Ketahuilah!! bahawa langit dan bumi serta segala isinya tidak ada sebarang perkongsian antara makhluk bersama TuhanNya. Sesungguhnya Allah Yang Maha Kaya Lagi Maha Bijaksana. Bukankah seluruh makhluk dan termasuk Harta benda itu juga diumpamakan seperti bayang-bayang pada ayat diatas? Kemudian Tuhan berikan petunjuk kepada manusia itu dengan DiTurunkan kitab suci Al-Quran seperti cahaya mentari yang menghancurkan kegelapan dan menghidupkan hati dan akal pikirannya dari kekufuran dan kejahilan kepada kebenaran dan keadilan untuk menjadikan mereka sebagai khalifah yang bertanggung jawab untuk menguruskan muka Bumi ini dengan adil mengikut hukum-hukum dari kitab Al-Quran yang dibawa turun oleh malaikat Jibril kepada Siapa yg Dikehendaki untuk menjadi UtusanNya iaitu Rasulullah Saw dan Diwarisi pula kepada Keturunanya Sehinggalah berlakunya hari Kiamat mengikut perintah Allah, Tuhan Yang Maha Esa dan Tidak beranak serta diperanakan. Maka!!! Awaslah Bagi Mereka yang Ingkar dan menentang kitabullah yang telah diturunkan. Ketahuilah!!! semua perkara yang berlaku di atas muka bumi ini menurut hukum-hukum Fitrah dan sunnatullah yang telah ditetapkan, Yang tertulis di dalam sebuah kitab yang tersimpan di Luh mahfuz, langit ketujuh. Tidak disentuh kecuali mereka yang telah diBersihkan hati dan suci Dari sebarang kesyirikan. *Kembalikan agama yang lurus itu kepada hukum fitrah seperti Kejadian manusia yang telah diciptakan menurut fitrahnya. Dan Itulah Jalan yg Lurus tapi kebanyakannya manusia Tidak mengetahui. Ingatlah!!! Jangan kamu berpecah belah kemudian menjadi beberapa golongan dan masing-masing berbangga-bangga bila kembali bersama puak-puaknya disebabkan oleh ilmu yang dimilikinya sedangkan mereka itu sesat dan telah menyelewengkanNya dari Jalan yang Lurus* .
Terima kasih ustaz atas ilmunya.aamin
*Pengajaran surah Al-furqan*
Terjemahan Surah al-Furqan Ayat 45, 46 & 47
Tidakkah engkau melihat kekuasaan Tuhanmu? - bagaimana Ia menjadikan bayang-bayang itu terbentang (luas kawasannya) dan jika Ia kehendaki tentulah Ia menjadikannya tetap (tidak bergerak dan tidak berubah)! Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayang-bayang itu;. Kemudian Kami tarik balik bayang-bayang itu kepada Kami, dengan beransur-ansur. Dan Dia lah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian, dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki.
Ayat diatas Allah menerangkan tentang Setiap perkara yang berlaku pada seluruh ciptaannya termasuk lah diri manusia diumpamakan seperti bayang-bayang dan tidak mempunyai kuasa yg boleh beri manfaat dan juga boleh datangkan mudharat kecuali Allah. Kemudian Allah jadikan cahaya matahari yg terang benderang yaitu diturunkan kitab suci Al-Quran kepada Manusia yang telah dikaruniakan Penglihatan, pendengaran, hati dan akal fikiran utk mereka mengambil pengajaran dari ayat-ayat Allah dan melihat Bukti dan Tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Allah pada Kejadian Langit dan Bumi. Sesungguhnya, tiada satupun makhluk Yang bergerak di langit dan di bumi, kecuali semuanya berada di dalam pengetahuan Allah dan tertulis di dalam kitab yg terpelihara di luh mahfuz. Jika mereka adalah orang-orang yang bertaqwa dan takut hanya kepada Allah, maka hendaklah dijadikanlah malam itu sebagai pakaian dengan membersihkan diri dari segala perbuatan syirik dan riak dalam mengerjakan ibadah karena mengharapkan Ridhonya semata-mata dan bukanlah mengharapkan harta kekayaan dunia yang durjana.
wahai anak-anak adam, ingatlah pesan Tuhanmu itu. Janganlah kamu melakukan syirik dan Janganlah engkau adakan tuhan yang lain bersama Allah dalam mengerjakan ibadah akibatnya engkau akan tinggal di dalam keadaan tercela dan kecewa dari mendapat sebarang pertolongan .
Bersihkan Itikad dan Niat kamu dalam mengerjakan sesuatu urusan ibadah. Terutamanya kepada mereka yang diberi kemewahan kemudian mereka menahan harta orang miskin sampai kepadanya dengan tidak menjalankan urusan perniagaan dan pentadbiran ekonomi yang Adil dan tidak mengeluarkan harta mengikut kehendak Allah, sebaliknya mereka mengeluarkan harta mengikut kehendak penguasa-penguasa yang dianggap sbagai Tuhan kerana mempunyai kuasa pemerintahan. Sebenarnya tidak kira apa jua jenis bahasa dan jenis warna kulit, semua manusia itu adalah sama kedudukannya, miskin ataupun kaya dan yang membezakan mereka hanyalah Taqwa semata-mata. Ketahuilah!! bahawa langit dan bumi serta segala isinya tidak ada sebarang perkongsian antara makhluk bersama TuhanNya. Sesungguhnya Allah Yang Maha Kaya Lagi Maha Bijaksana.
Bukankah seluruh makhluk dan termasuk Harta benda itu juga diumpamakan seperti bayang-bayang pada ayat diatas? Kemudian Tuhan berikan petunjuk kepada manusia itu dengan DiTurunkan kitab suci Al-Quran seperti cahaya mentari yang menghancurkan kegelapan dan menghidupkan hati dan akal pikirannya dari kekufuran dan kejahilan kepada kebenaran dan keadilan untuk menjadikan mereka sebagai khalifah yang bertanggung jawab untuk menguruskan muka Bumi ini dengan adil mengikut hukum-hukum dari kitab Al-Quran yang dibawa turun oleh malaikat Jibril kepada Siapa yg Dikehendaki untuk menjadi UtusanNya iaitu Rasulullah Saw dan Diwarisi pula kepada Keturunanya Sehinggalah berlakunya hari Kiamat mengikut perintah Allah, Tuhan Yang Maha Esa dan Tidak beranak serta diperanakan. Maka!!! Awaslah Bagi Mereka yang Ingkar dan menentang kitabullah yang telah diturunkan. Ketahuilah!!! semua perkara yang berlaku di atas muka bumi ini menurut hukum-hukum Fitrah dan sunnatullah yang telah ditetapkan, Yang tertulis di dalam sebuah kitab yang tersimpan di Luh mahfuz, langit ketujuh. Tidak disentuh kecuali mereka yang telah diBersihkan hati dan suci Dari sebarang kesyirikan.
*Kembalikan agama yang lurus itu kepada hukum fitrah seperti Kejadian manusia yang telah diciptakan menurut fitrahnya. Dan Itulah Jalan yg Lurus tapi kebanyakannya manusia Tidak mengetahui. Ingatlah!!! Jangan kamu berpecah belah kemudian menjadi beberapa golongan dan masing-masing berbangga-bangga bila kembali bersama puak-puaknya disebabkan oleh ilmu yang dimilikinya sedangkan mereka itu sesat dan telah menyelewengkanNya dari Jalan yang Lurus* .
Ramadhan program dari Allah