Proses mempercepatkan kesembuhan (Part 2) - Ustaz Syawal Al-Kdasi

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 10 вер 2024
  • KAEDAH MEMPERCEPATKAN KESEMBUHAN (PART 2)
    IV. Memperbanyakkan membaca Al-Quran dan beramal dengan isi kandungannya, kerana ia merupakan penawar dan rahmat kepada orang-orang yang beriman. ini bersandarkan kepada firman Allah SWT surah al-Isra ayat 82 :
    وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٞ وَرَحۡمَةٞ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ وَلَا
    يَزِيدُ ٱلظَّٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارٗا٨٢
    Maksudnya : Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suciyang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
    Perbanyakkan Zikir dan istigfar kepada Allah SWT. Ini bersandarkan kepada firman Allah SWT pada surah Ar-Ra’d ayat 28 :
    ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِكۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَئِنُّ ٱلۡقُلُوبُ ٢٨
    Maksudnya: Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.
    Imam Al-Qurtubi di dalam tafsirnya, beliau ada menceritakan pelajaran daripada kisah Imam Al-Hasan Al-Basri ketika mentafsirkan ayat surah Nuh ayat 10-12 :

    ٱسۡتَغۡفِرُواْ رَبَّكُمۡ إِنَّهُۥ كَانَ غَفَّارٗا ١٠ يُرۡسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيۡكُم مِّدۡرَارًا ، وَيُمۡدِدۡكُم بِأَمۡوَٰلٖ وَبَنِينَ وَيَجۡعَل لَّكُمۡ جَنَّٰتٖ وَيَجۡعَل لَّكُمۡ أَنۡهَٰرًا.
    Maksudnya : "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan harta dan anak-anakmu, membanyakkan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.
    Lalu menyebutkan,
    شَكَا رَجُلٌ إِلَى الْحَسَنِ الْجُدُوبَةَ فَقَالَ لَهُ: اسْتَغْفِرِ اللَّهَ
    Maksudnya : Ada seorang lelaki mengadu kepada Imam Hasan al-Basri mengenai kemarau maka, beliau pun berkata kepadanya, Beristighfarlah kepada Allah.
    وَشَكَا آخَرُ إِلَيْهِ الْفَقْرَ فَقَالَ لَهُ: اسْتَغْفِرِ اللَّهَ
    Maksudnya : Dan ada pula seorang yang lain mengadu kepadanya mengenai kemiskinan maka, beliau pun berkata kepadanya,
    Beristighfarlah kepada Allah!
    وَقَالَ لَهُ آخَرُ ادْعُ اللَّهَ أَنْ يَرْزُقَنِي وَلَدًا، فَقَالَ لَهُ: اسْتَغْفِرِ اللَّهَ
    Maksudnya : Dan berkata pula seorang yang lain lagi, Doakanlah kepada Allah, agar Dia mahu memberiku anak! Maka beliau pun mengatakan kepadanya, Beristighfarlah kepada Allah!
    Apabila ditanyakan mengenai hal tersebut kenapa semuanya beliau (Imam Hasan Al-Basri) menyuruh orang yang berhajat supaya membaca istighfar? Maka dijawab oleh beliau dengan mengatakan:
    مَا قُلْتُ مِنْ عِنْدِي شَيْئًا، إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَقُولُ فِي سُورَةِ
    نُوحٍ: ٱسۡتَغۡفِرُواْ رَبَّكُمۡ إِنَّهُۥ كَانَ غَفَّارًا ١٠ يُرۡسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيۡكُم مِّدۡرَارًا، وَيُمۡدِدۡكُم بِأَمۡوَٰلٖ وَبَنِينَ وَيَجۡعَل لَّكُمۡ جَنَّٰتٖ وَيَجۡعَل لَّكُمۡ أَنۡهَٰرًا.
    Maksudnya : "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan harta dan anak-anakmu, membanyakkan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.

КОМЕНТАРІ •