Gulai Ayam Padang | Resepi Gulai Ayam Padang |

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 10 вер 2024
  • Assalammualaikum dan hi semua,
    Istimewanya gulai ayam Padang ini ialah rasanya yang unik. Rasa rempahnya yang wangi bila ditumis sangat best. Bila makan memang akan jilat kuah sampai habis dekat pinggan tu. Tak percaya, cuba lah.
    Cuba lah ye...
    Gulai Ayam Padang
    Bahan-bahan:
    3 ketul peha ayam (bahagian thigh) atau 1 ekor ayam
    6 helai daun limau purut
    2 helai daun kunyit
    2 batang serai
    1 inci lengkuas
    1 keping asam keping
    1 sudu teh serbuk ketumbar
    800 ml santan
    ¼ sudu teh serbuk jintan putih
    5 sudu besar minyak
    Garam dan gula secukup rasa
    Bahan Kisar
    8 biji cili merah
    10 biji cili padi merah
    3 biji bawang merah besar
    6 ulas bawang putih
    1 inci halia
    1 inci kunyit hidup
    6 biji buah keras
    Selamat Mencuba!
    Teruskan tengok video ini sampai habis dan jangan lupa subscribe.
    Jangan lupa juga untuk follow Kak Yan di platforms berikut:
    Instagram: / ​​
    Facebook: / ​​
    Blogspot: azianhasan.com/

КОМЕНТАРІ • 43

  • @endonrashid2419
    @endonrashid2419 Рік тому +7

    Org padang selalu guna cili kerinting, tapi sini takde cili kerinting yg fresh

    • @kamaldaud2782
      @kamaldaud2782 6 місяців тому +1

      Tanya restoran Minang tempatan.

  • @norlidayahaya9331
    @norlidayahaya9331 Рік тому +2

    Boleh tambah nasi berkali2 ni...😊

  • @jalilahalias3457
    @jalilahalias3457 Рік тому +3

    Memang legend la ayam padang ni, masa kerja dulu selalu beli. Skrg bulih laa masak sendiri...tkasih DikYan kongsi resipi ni 👍🤩

  • @kamaldin5913
    @kamaldin5913 Рік тому +2

    Bolehlah suruh bini muda masak hujung minggu ni...Nampak enak sekali.

  • @hadiyantiriska
    @hadiyantiriska Рік тому

    Menggoda sekali gulai padang nya

  • @noorazizahnasarudin9250
    @noorazizahnasarudin9250 Рік тому

    Sedap menyelerakan kesukaan saya ini

  • @kambingboy9580
    @kambingboy9580 Рік тому +2

    Alhamdulillah.. Tq Kak Yan❤.. Nanti Boleh Cuba Resepi Ayam Padang Ni😊

  • @rokiahosman9775
    @rokiahosman9775 Рік тому +1

    Nmpk sedaplah Kak Yan.. Esok nk cubalah.. T.kasih Kak Yan, kongsi resepi..❤💐

  • @saniamahmood5616
    @saniamahmood5616 Рік тому +2

    Salam Kak Yan, sedap nampak, makan dgn nasi panas dan sambal belachan.👍

  • @noorhayatimohdhusaini1611
    @noorhayatimohdhusaini1611 Рік тому +2

    Cuba blend guna minyak kak yan, jgn gn air. Pastu bila masak, x perlu letak minyak dah.

  • @norasurf27
    @norasurf27 Рік тому

    Terima Kasih share resipi kak Yan ❤😍

  • @zulhafiz7516
    @zulhafiz7516 2 місяці тому

    Nampak sedap mahu di cuba nie❤❤❤❤❤

    • @KakYan
      @KakYan  2 місяці тому

      Nanti cuba ye

  • @bymamakitchen7246
    @bymamakitchen7246 Рік тому

    Sedaaaappp.. terbaik

  • @NA-gq3jw
    @NA-gq3jw Місяць тому

    ❤terbaik ❤

    • @KakYan
      @KakYan  Місяць тому

      Terima kasih. Kak Yan memang suka masakan padang.

  • @emereena
    @emereena 6 місяців тому

    Alhamdulillah kak chef, percubaan pertama saya SUKSES! Terima kasih byk.. smeoga kak chef dimurahkan rezeki amin 🤲😊

    • @KakYan
      @KakYan  6 місяців тому

      Alhamdulillah dan Aamiin atas doanya

  • @hasmidaalhariss6828
    @hasmidaalhariss6828 Рік тому +1

    Boleh tambah daun Salam Kak Yan...wangi kuah gulai nya

  • @sitiazizahsadikon9424
    @sitiazizahsadikon9424 Рік тому

    Terima kasih puan atas resepinya❤

  • @annemackey1512
    @annemackey1512 Рік тому

    Ooooh! This looks so sedap but also pedas! Another recipe that will blow my head off!😂

  • @chempakabiru1235
    @chempakabiru1235 Рік тому

    tq kk yan ...❤

  • @masniedlamsin9618
    @masniedlamsin9618 Рік тому

    Sedap sngt ni .. tq yan i share k
    .. saya dh cri buku resepi yan dlm shopee x jumpa .. blh bgi tajuk buku?

    • @KakYan
      @KakYan  Рік тому +1

      Pergi nlog azianhasan.com. Klik dekat bahagian buku

  • @anarose8963
    @anarose8963 Рік тому

    Cik Yan klu kita guna cili kering instead of cili hidup blh x. Cili boh ke?

    • @KakYan
      @KakYan  Рік тому

      Tak berapa sedap

  • @mazlan5328
    @mazlan5328 Рік тому

    Salam kak Yan...klo masak tunjang pun blh ye dgn resepi ni?

    • @KakYan
      @KakYan  Рік тому

      Tunjang boleh guna resepi ini tapi lagi bagus resepi gulai perut. Scroll bawah

  • @mrszabidah6911
    @mrszabidah6911 2 місяці тому

    Salam yak Yan Tak bybuh kerisek ke!!

    • @KakYan
      @KakYan  2 місяці тому

      Sikit boleh la

  • @haikalshamsuddin2383
    @haikalshamsuddin2383 Рік тому

    Teringin nk collab dgn kakyan dlm youtube..sya pn kje dlm bidang msk2..😅

  • @eniteksi9580
    @eniteksi9580 8 місяців тому +1

    Ini tak sama dgn masakan gulai ayam padang. Asli .masakan padang pedas tidak pakai gula.

  • @nuraasura6720
    @nuraasura6720 Рік тому

    Halia tu blend je blh,

  • @faizahkhairul5228
    @faizahkhairul5228 Рік тому

    Macam kelio ya kak yan