ADA APA DI TAMU MUHIBBAH MIRI‼️

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 11 вер 2021
  • #tamumuhibbah #miri #tamukedayan
    Tamu Muhibbah adalah seperti pasar besar atau pun pasar pagi yang menjual pelbagai barangan keperluan harian seperti hasil tani, hasil laut, kraftangan, makanan kering & sebagainya.
    Jika anda suka menyelami budaya penduduk setempat, tempat menarik di Miri sebeginilah yang perlu anda terokai.
    Tidak dinafikan, Tamu Muhibbah & Tamu Khas ini merupakan kawasan membeli belah yang sangat popular di kalangan pelancong yang sering mencari ole-ole berbentuk makanan kering yang sinonim dengan negeri Sarawak.
    Antara produk makanan yang sering menjadi buruan adalah ikan terubuk masin, garam bario, beras bario, belacan, ikan bilis & sebagainya. Jika anda penggemar buah-buahan tempatan, apa kata terokai keunikan buah-buahan yang terdapat di kepulauan Borneo pula.
    Variasi buah-buahan di sini majoritinya sama seperti di semenanjung Malaysia & terdapat juga beberapa buah yang pelik rupanya serta pelik namanya belimbing dayak, belimbing hutan, dabai kunyit, dabai lemak & macam-macam lagi.
    Cuma perniagaa mereka kini agak terjejas disebabkan Covid19.Orang Ramai tidak keluar membeli produk mereka.
    Kini mereka bangkit kembali untuk mendapatkan pembeli bagi meningkatkan pendapatan mereka.
    Sama-samalah kita bantu dengan membeli produk2 mereka.

КОМЕНТАРІ • 15