RIMPAC 2022: KD LEKIR tembak misil pertama di luar perairan Malaysia

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 30 вер 2024
  • KUALA LUMPUR, 16 Jul - Kapal Diraja (KD) LEKIR berjaya melancarkan misil EXOCET MM40 tepat ke sasaran di perairan Hawaii, Amerika Syarikat (AS) dalam siri latihan Sinking Exercise (SINKEX) semasa fasa di laut bagi Eksesais Rim of the Pacific (RIMPAC) 2022 pada Selasa lalu.
    Kapal jenis korvet kelas kasturi milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu telah mencipta sejarah kerana ia merupakan kali pertama aset TLDM membuat penembakan misil di luar perairan Malaysia.
    Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut berkata, untuk latihan SINKEX ini, sasaran yang digunakan adalah Ex-USS Rodney M Davis, sebuah kapal perang peluru berpandu kelas Oliver Hazard Perry (OHP).
    Penembakan KD Lekir ini telah disaksikan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan Timbalan Panglima Armada Barat, Laksamana Pertama Farizal Myeor di K. Mark Takai Pacific Warfighting Center di Ford Island, Hawaii.
    Reza menjelaskan, RIMPAC menyediakan platform terbaik untuk meningkatkan interoperability di antara angkatan laut yang mengambil bahagian,
    “Penyertaan ini merupakan satu pengalaman bagi menambah nilai profesionalisme kru KD LEKIR. Saya pasti warga kapal sudah tidak sabar untuk menyertai edisi RIMPAC yang seterusnya,” jelasnya.
    RIMPAC 2022 yang bermula 29 Jun lalu hingga 4 Ogos depan dilaksanakan di sekitar kepulauan Hawaii dan selatan Calfornia. Ia adalah eksesais ke-28 dalam siri yang bermula pada 1971.
    Selepas 2 minggu di pelabuhan, peserta RIMPAC keluar untuk latihan di laut selama 22 hari mulai 11 Julai yang melibatkan 38 kapal, 4 kapal selam dan lebih 170 pesawat milik 26 negara.
    Ini kali kedua TLDM menyertai RIMPAC selepas KD LEKIU mengambil bahagian pada 2018. Eksesais maritim antarabangsa terbesar dunia ini menyediakan peluang latihan bersama pelbagai negara di samping mengukuhkan jalinan kerjasama di antara peserta.
    Menurut Markas Tentera Laut, pada 22 Mei lalu, KD Lekir juga berjaya melancarkan misil jenis sama pada Eksesais Taming Sari 21/22 di perairan Selat Melaka Utara sebagai persediaan untuk ke RIMPAC Ke-28.
    KD Lekir memulakan pelayaran dari Tambatan Pangkalan Lumut (TPL) pada 30 Mei lalu dan dijadual kembali ke tanah air pada 6 September depan selepas selesai menjalani eksesais.
    Tempoh keseluruhan pelayaran sepanjang penyertaan eksesais ini adalah selama 99 hari di laut.
    RIMPAC merupakan latihan peperangan maritim berskala besar anjuran Tentera Laut Amerika Syarikat. Eksesais ini akan berlangsung mulai akhir Jun sehingga awal Ogos 2022. - airtimes.my
    #airtimes #tenteralautdirajamalaysia #navypeople #navy #tldm #rimpac2022 #usa #hawaii #kdlekir #malaysia #atm #angkatantenteramalaysia

КОМЕНТАРІ • 63

  • @JJ-ci4ux
    @JJ-ci4ux 2 роки тому +11

    Terbaik KD lekir. Lepas ni slow2 boleh tembak PLA China navy Di Laut china selatan kita, sakit mata.

  • @kaptennik717
    @kaptennik717 2 роки тому +15

    Walau dah berusia tapi masih betbisa

  • @joe8839
    @joe8839 2 роки тому +6

    Empat negara yg trlibat dlm tembakan missile nie .. US Canada Australia Malaysia ..tahniah TLDM krn trpilih n brjaya dlm misi Kali ni .. next time hrp kapal LCS dgn missile NSM pula or dpt bawa sukhoi30 mkm ke kt rimpac comfirm US benarkn tudm fire missile lagi 🤣🤣

  • @mohdashraf8949
    @mohdashraf8949 2 роки тому +14

    Perh tahniah tldm ..d saksikan dunia oii banyak puluh negara sertai ni ..

  • @sauergreen8985
    @sauergreen8985 2 роки тому +7

    Terbaik buat konten awal2 sblm negara mendonia Yang buat konten

  • @adnanmohd9582
    @adnanmohd9582 2 роки тому +8

    Hentaman tepat ke fuel tank...terbaik

  • @hafidzmohdjapar4405
    @hafidzmohdjapar4405 2 роки тому +12

    KD Lekir masih padu

  • @lovevivo9182
    @lovevivo9182 2 роки тому +6

    Kerajaan patut beli kapal yg bertaring mcm kd lekir ni...bukannya hanya cukup syarat beli kapal yg tiada taring cuma ada meriam 57mm dan mesingan je....malu lah negara yg ada duit seperti malaysia tapi aset2 angkatan tenteranya kurang bertaring utk melawan musuh

    • @firdaus4824
      @firdaus4824 2 роки тому +2

      Coming soon..
      KD maharaja Lela

  • @helmiehalim
    @helmiehalim 2 роки тому +8

    Steady Royal Malaysian Navy!! 👍👍👍

  • @zameeramsyar
    @zameeramsyar 2 роки тому +20

    taknak sentuh bab2 aset and tentera kita sbb tahu dah terbukti padu/profesional/cekap setiap kali mana2 eksesais kru2/anak2 kapal TLDM dan seluruh angkatan tentera malaysia selama nih👍🏼💪🏼🔥🔥🔥
    btw just nak comment sikit jer. actually congrats to air times to reach a hundred K subcribers🎉🎊🥳🥳😁🤣 teruskan berkarya dan sebarkan keupayaan/naikkan nama2 pasukan beruniform di malaysia selepas ini. kipidap and dongibap admin2 airtimes👊🏼👊🏼👊🏼

    • @AirtimesMy
      @AirtimesMy  2 роки тому +4

      Terima kasih.. InsyaAllah akan diteruskan. Teruskan support kami.

    • @rodinhoed849
      @rodinhoed849 2 роки тому

      Latihan nembak 🤣🤣🤣

  • @bonzer9646
    @bonzer9646 2 роки тому +2

    sangat2 power bangga dengan ATM taniah🫡🥹 tapi kalau sekali tembak terus tengelam mesti UNCLE SAM terkejut beruk. Tapi tak apa kemampuan TLDM berjaya terselah di mata semua yang ambil bahagian dan malaysia🫡👍💪

  • @mohammadsyamil5536
    @mohammadsyamil5536 2 роки тому +3

    Allahuakbar 🔥☝️

  • @zanabeach798
    @zanabeach798 2 роки тому +2

    Aset tua tp tentera malaysia pnuh dgn skill

  • @lailiahmadun
    @lailiahmadun 2 роки тому +8

    TLDM terbaik . Tahniah !

  • @aedyvios3360
    @aedyvios3360 2 роки тому +6

    Syabas Malaysia..

  • @kerolblack4980
    @kerolblack4980 2 роки тому +3

    Aik tiber ade missile harpoon disitu..

  • @amiroliviera6235
    @amiroliviera6235 2 роки тому +4

    RIMPAC ni tak nak try ke letak kapal yg boleh berfungsi sikit maksudnya kapal yg jadi TARGET tu ada system CIWS pon cukup la. Nak jugak tengok ujian tu betul2 klinikal. Ni dari dulu letak kapal yg dah retired. Memang easy target latihan la.

    • @kerolblack4980
      @kerolblack4980 2 роки тому +3

      Kalau dia buat begitu dia tak bagitau kat public, sebab tu akan melihatkan kelemahan system ofensive dan defensive tersebut.... setiap military hardware ade kelebihan dan kelemahan masing, yang ditunjuk selalu kelebihan je, takde nk tunjuk kelemahan, kalau tunjuk duit tak jalan...

    • @haikalfauzee2870
      @haikalfauzee2870 2 роки тому

      Tgk kat ukraine je dah..depa hantar drone sbg decoy lps tu kebabom tenggelam kapal cruiser russia yg besau tu

    • @Bipolar_Bear7774
      @Bipolar_Bear7774 2 роки тому

      Tembak misil supaya kena target tu easy ye..mesti level panglima ni.

    • @chehasrol7217
      @chehasrol7217 2 роки тому

      Ni kan sinking exercise SINKEX kapal yg dh decommissioned

  • @zuraidiyaacub6597
    @zuraidiyaacub6597 2 роки тому +6

    Tahniah TLDM

  • @StreetCat606
    @StreetCat606 2 роки тому +2

    Ciptaan Malaysia terbaik 👍

  • @ustazboom8786
    @ustazboom8786 2 роки тому +1

    Alhamdullillah terdengar kalimah membesarkan Allah, terlihat juga tanda di dlm kapal hasbunallah wanikmal wakil...Maha suci Allah, sebaik-baik tempat bergantung..

  • @amierasycap4870
    @amierasycap4870 2 роки тому

    Tapi klau tgk rimpac dkt youtube us dorg x de show pon malaysia pnya kapal , dia tunjuk negara lain kapal yg maju je , yg x maju x dpt msuk hahahaha bgy dorg malu kowt .....malaysia klau Teknologi ketinggalan x pe yg malunya dh ketinggalan pstu rasuah bnyk ....aq rsa negara demokrasi berpalimen nie x ssuai diamalkan pada zaman skrg yg bnyk rasuah hmmm .... #islamhanyahiasandiic

  • @khairulhakimi5314
    @khairulhakimi5314 2 роки тому +3

    Uishhh bleh tahan gak misil tu....

  • @coplito770
    @coplito770 2 роки тому +5

    🇲🇾🌺🇲🇾💗

  • @nvg2315
    @nvg2315 2 роки тому +3

    🇲🇾🇲🇾🇲🇾

  • @dahliamazlan7095
    @dahliamazlan7095 2 роки тому +3

    Terbaik

  • @sangalgojo2511
    @sangalgojo2511 2 роки тому +1

    bape biji tembak min..?

  • @senjakala.2112
    @senjakala.2112 2 роки тому

    Tahniah khas tldm kusus kd.lekir,satu penghormatan tembakan pepandu diluar negara mantap...tembak semua kapal boleh....tapi tepat sasaran mmg terbaik...negara jiran pun irihati...seluruh dunia perhatikan...

  • @tengkuhairrytghasni2543
    @tengkuhairrytghasni2543 2 роки тому +1

    Tahniah TLDM

  • @aqiem5758
    @aqiem5758 2 роки тому +1

    Ada org ke

    • @sharxM16
      @sharxM16 2 роки тому +1

      kosong kpl tu mmg jadi target

  • @mohdrafizifizikhalid3628
    @mohdrafizifizikhalid3628 2 роки тому

    Tentera Indonesia apa tugas disana

  • @eddy671
    @eddy671 2 роки тому +1

    Sasaran kena tapi di ekor saja..

    • @thebundlemia967
      @thebundlemia967 2 роки тому +2

      3 peluru berpandu yg ditembak..yg 1st dgn 2nd target bahagian ekor..yg ke3 bahagian tengah kapal..yg ke3 tu tembakan dri KD LEKIR👍

    • @eddy671
      @eddy671 2 роки тому +1

      @@thebundlemia967
      Wow..tembakan yg menghancurkan..semoga Malaysia terhindar dari segala kancah peperangan..

    • @mohdruhaifimohdruhaifi1342
      @mohdruhaifimohdruhaifi1342 2 роки тому +1

      Tubuh bdn kita pon ada tmpt yg lemah,tmpt yg lemah tu la prlu di target dlu..

    • @yusrisaadun5497
      @yusrisaadun5497 2 роки тому

      @@thebundlemia967 betul tu,tembakkan KD Lekir yg paling tepat Dan mematikan smpi terbakar Dan musnah kapal dummy tu

    • @thebundlemia967
      @thebundlemia967 2 роки тому

      @@eddy671 InshaALLAH..kita berusaha..yg tentukan hanya Allah S.W.T🤲🤲🤲

  • @qeefays_mazer7119
    @qeefays_mazer7119 2 роки тому

    Bravo Zulu !

  • @ranggi8903
    @ranggi8903 2 роки тому

    Perang ww3

  • @jzackshooter9218
    @jzackshooter9218 2 роки тому

    Dia tembak kapal betul ke cuma prop