mmg tidak kedekut ilmu mcm channel2 electrician yg lain (byk buat utk marketing sahaja). teori disusuli dengan praktikal. mmg padu. semoga sentiasa maju jaya
Terima kasih... Ilmu untuk di kongsi supaya kita sama sama faham. Tidak buat kerja seperti burung kakak tua. Mesti faham teori supaya ia membantu kita membuat keputusan bila kerja praktikal/menyelesaikan masalah. Terima kasih singgah dan semoga bermanfaat.
terbaik tuan...dah boleh beli brand uni-t nak check insulation wiring rumah...nak beli kyoritsu x mampu lagi..dh sll tgk video wireman2 lain buat ujian penebatan tapi x berapa jelas kenapa julat atas 1 dan bawah 1..ilmu bermanfaat...done subscribe
Good job bro....mudah d pahami.....terutama kalau nak uji peralatan computer menggunakan 100V. Cuma nak kepastian semasa membuat uji overall circuit tadi dengan load lampu dan switch off position, Main Switch, MCB dan RCD dalam on position.......boleh ke kita buat Insulation resistance test,,,,,,kecuali cut out dah kena cabut la,,,,,,baru selamat.
Owh ya... Saya buat testing kat SUB DB. MCB yang supply bekalan ke SUB dah OFF... Terima kasih HIGHLIGHT. KALAU test kat main DB, betul spt tuan kata... mesti offkan MAIN SWITCH dan RCCB....atau MAIN SWITCH sahaja. Kalau buat spt dalam video, kena cabut cut out dan Neutral link. Terima kasih...
Peralatan elektronik gunakan multimeter untuk bacaan rintangan, Insulation tester untuk menguji konduktor elektrik kerana bacaannya lebih tinggi tidak boleh dibaca oleh multimeter.
wah mudah faham video2 cikgu hasilkan..saya sebelum ni dah cuba cari review megger test untuk uni t punya kebanyakkan dari negara2 luar yg review..jika saya nak uji cable DC 12v seperti cable di kereta bolehkah guna julat 100v cikgu? tq
Kena cabut plug dari SSO kerana kemungkinan ada berlaku ‘link ‘ antara Neutral dan Earth dalam peralatan. Bila off suis soket, suis itu hanya putuskan Live sahaja.
Salam sejahtera Petrus..Sangat baik la video anda ini..cara penyampaian.jelas...saya sudah lama mencar video cara menggunakan Insulation tester ini....Saya berminat membeli jenama ini..untuk diy sendiri.saja ntn.....Petrus saya ingin.bertanya ada ka cara lain mencari masalah short circut ni selain.menggunakan.benda ni.maksud saya buat cara manual? Sebab guna multimeter mmg tidak.boleh kan..?..Ya salam.dari.North Borneo......Tq
Terima kasih. Ini adalah kaedah terbaik. Kaedah kedua... boleh guna multimeter Tapi ada 'had' dia lah gune multimeter julat ohm ini... seperti yang saya terangkan dalam video. Guna multimeter kalau betul betul litar pintas, baru buzzer akan berbunyi. Saya pun akan mula cari litar pintas guna multimeter dahulu. Hanya akan guna insulation tester apabila masalah tak dapat di selesaikan.
@@petrusgoeltuan saya dah beli benda ni dgn brand model yg sama dalam video tuan ni...nak tanya kalau nan buat insulation test pada alat2 elektrik..bagaimana menentukan volt mana yg di pilih..contoh tuan tuan set 100V tak silap utk ujian pada lampu led itu..bagaimana pula utk alatan elektrik seperti water heater dan kipas angin?
@@Riotz77 water heater dan kipas angn boleh guna 500V. Pengujian dibuat antara badan alat (E) serta trminal L dan N sahaja. Jangan buat pengujian pada board elektronik. Sebab bord elektronik guna DC ketika operasi. Pengujian penebatan ini khas untuk mengesan adkah ada kebocoran arus AC antara L atau N ke E, atau sentuhan antara L dan N.
@@petrusgoel terima kasih atas jawapan tuan..ok saya baru faham....sya dah uji litar elektrik sya di rumah dgn alat ini tuan..semuanya ok...cuma ada 1 cable neutral yg hampir2 di bawah 1 ohm...bila sya menguji.cable N dan E.........Menonton dan belajar dan bertanya dari video tuan sedikit sebanyak sya jadi tau....kalau sya benar2 tidak tau sya tidak akan buat.....Terima kasih ya...Shalom
Nak tanya cikgu, apa akan terjadi pada diri sendiri dan peralatan menguji jika buat ujian penebatan pada main DB? . Terima kasih banyak banyak untuk pencerahan cikgu
Ujian penebatan dilakukan pada litar mati…tidak ada bekalan tenaga masuk ke DB. Ujian penebatan boleh dibuat pada mana mana litar (main DB atau SUB DB atau litar kuasa/lampu) dengan syarat tiada bekalan tenaga dibekalkan pada litar. Ini adalah langkah keselamatan yang sangat kritikal. Kalau salah buat, anda boleh merosakkan alat ukur, peralatan serta membahayakan diri kita terdedah pada litar pintas. Sekiranya semua langkah dah diambil, jangan sentuh prob/kabel yang diuji ketika ambil bacaan kerana litar dibekalkan tenaga dari meter ujian penebatan. Tinggi tu boleh sampai 1000V.
Nak tambah soalan pada cikgu. Jika saya nak buat pengujian penebatan pada sub-db, supply main DB sudah off, semua beban pada sub-db telah dicabut seperti SSO dicabut keluar,lighting, kipas off. Adakah saya perlu cabut semua beban SSO, off suis semua lighting dan kipas pada main DB juga? Terima kasih memberi penerangan.
Kalau bekalan ke sub db telah diputuskan dari main DB, maksudnya sudah tiada penyambungan live dan neutral antara Main DB dan Sub DB. Tak perlu cabut beban pada litar main db. Offkan bekalan ke sub db sudah mencukupi. Pastikan tiada kabel tumpang dari sub db yang tap pada litar main db…safety first
Kalau just nk tambah 1/2 point plug atau lampu 1/2 biji perlu ke buat insulation test ni . Nak tambah point plug terus dari db . Tapi wiring asal memang tak ada masalah pon. Cuma nk tambah je..ape pendapat tuan?..
Tak perlu. Pengujian ini dibuat sekiranya litar ada masalah sahaja. Untuk litar yang baru siap…boleh juga buat sebenarnya😁. Pastikan pendawaian dibuat dengan betul, tamatan kutub betul…biasanya tiada masalah
Assalamualaikum tuan, nak bertanya jika boleh sebagai berkongsi ilmu. Sebagai wireman atau kontraktor elektrik, Alat jenama uni-T tu boleh ke digunakan & accurate dgn pengujuanya.....? & boleh ke digunakan didlm pekerjaan semasa terutamanya di rumah2....? Klu jenama kyoritsu tu memang dah sedia maklum. Mohon pencerahan & pandangan tuan, terima kasih.
Setakat ni saya guna ok. Untuk lebih accurate, kena hantar utk calibration ke sirim . Nanti saya buat video perbandingan bacaan uni-t vs kyoritsu insulation tester
@@petrusgoel terbaik tuan, sy sokong cadangan tuan tu, sekurang2nya dpt memberikan manfaat & ilmu kpd masyarakat serta org yg membuat kerja2 wireman. Akan ditunggu videonya.
Mcm kyoritsu atas 1.00ohm makna cable bleh guna lagi tapi klau bawah 1.00ohm makna cable ada masalah..maksud saya mcm itu tuan,limit ohm cable ada masalah atau cable masih ok lagi..
Selamat sejahtera cikgu..maaf saya beginner..nak tanya saya ada beli UT501A insulation resistance tester...ada buat pengujian percubaan do DB antara earth & neutral bar, dan bacaan yg diperolehi 0megaohm set pada 250V. Bacaan yg sama juga diperolehi ketika set pada 500V. Tetapi dalam keaadaan normal ## perkakasan elektrik telah dicabut, rccb dan main switch off. Adakah tester itu yg bermasaalah memberikan bacaan yg tidak reliable ? Sebab bila buat pengujian ke atas cable 3C yg tiada penyambungan bacaan nampak ok.. Terima kasih.
Ok. Saya cuba fahamkan apa yang disampaikan ya. Tuan dapat bacaan 0 Mega ohm ketika mengukur antara busbar N dan E pada julat 250V dan julat 500V. Apa maksud ‘tetapi dalam keadaan normal’ tu? OK. Saya anggarkan semasa pengujian di atas dibuat, perkakasan elektrik dicabut dan main switch off, RCCB OFF ...betul? Sebelum tu, saya nak tahu....litar pendawaian rumah tuan ada masalah kah? atau saja saja buat pengujian? OK. Untuk pengujian antara E dan N, ia agak 'special' sikit. E dan N ini datang dari punca yang sama. E adalah Neutral yang mengalir di permukaan tanah, manakala N adalah yang datang dari talian kabel. Kalau tuan buat pengujian pada busbar N ke busbar E (dengan syarat Main switch dan RCCB telah OFF) tapi dapat 0 ohm, itu bermaksud ada berlaku sentuhan direct antara E dan N dalam litar rumah. OK, kalau itu berlaku....kenapa RCCB tak trip? kemungkinan besar RCCB tak trip sebab RCCB ada masalah. Kalau RCCB tidak bermasalah, kemungkinan besar rintangan elektrod bumi terlalu tinggi.
hai cikgu.saya nak tanya.kalau kita uji satu fasa antara live neutral/earthing,kita just off switch lampu kan(kalau ade beban).jadi kalau kita uji neutral earthing macam mana,sebab neutral/earthing takde swith nak off???
Kalau nak uji earth dan neutral, kena disconnect beban. Tapi kalau tiada masalah pada beban (E touching N) ia sepatutnya OK walau ada beban kerana adanya isolation antara E dan N. Kalau ada masalah, meter akan bagi bacaan rendah.
Semasa buat pengujian tu kalau sekiranya terkena prob tu 500v boleh menyebabkan kematian tak.seingat saya pernah buat dahulu dan terkena tapi cuma rasa kejutan sahaja..boleh tuan terangkan tak..bahaya atau tidak masa kena prob tu.terima kasih ya
@@hasannisan1713 hehe…itu voltan tinggi tapi arus rendah. Kemungkinan menyebabkan kematian itu rendah…tapi kesan pada mereka yang ada masalah kesihatan seperti jantung mungkin boleh teruk.
@@hasannisan1713 insulation tester memang guna arus yang rendah untuk tujuan keselamatan. Pengujian penebatan ini uji ketahanan penebat pada voltan tinggi. Sebab itu kita pilih 500V untuk litar yang akan guna 240V. Kita tidak pilih arus. Ada banyak faktor lain antaranya kalau arus tinggi..ia mungkin akan merosakan peralatan. Satu lagi, kalau arus rendah dan berlaku ‘pengesanan kebocoran’ walau pada arus rendah….maka semestinya ia akan gagal pada arus tinggi. Untuk lebih detail kenapa pengujian penebatan guna arus rendah, tuan boleh google ya 😃
@@YYaircond untuk insulation test…litar mesti dimatikan. Tidak boleh ada arus. Insulation test mesti dibuat pada litar mati. Kalau dibuat pada litar hidup…meter akan rosak.
slmt ptg tuan. nilai terendah bagi rintangan penebatan spt yg dtunjukkan dlm video, julat 250v(0.25Mohm), 500v(0.5Mohm), 1000v(1.0Mohm) ni dr ST ke tuan?
Salam sejahtera tuan.. Saya ada menggunakan insulation test brand uni t 501a ni.. Sy letak dkt 500v.. Ada satu kes Bila tess.. Die paparkan 1.25 mega ohm tp buzzer berbunyi.. So adkah kabel tu tidak elok sdgkn die tnjuk 1 mega ohm lbh..
@@petrusgoel jikalau kita buat pengujian..dn litar masih ada beban.. Adkh buzzer akn berbunyi dan akan mempamerkan bacaan..?saya selalu tengok video tuan untuk buat rujukan tapi masih ada sikit2 lg yg brlum faham..video tuan amat membantu untuk org mcm saya yang belum mahir..terbaik
@@abgsai ya. Kyoritsu akan tunjuk OL. Yang uni t ni dia tak tunjuk OL…tapi rintangan …sampai Giga Ohm…atau ada simbol >5.50G ohm yang mana sudah cukup tinggi dan menunjukkan penebatan yang baik. Tak pasti saya sama ada 5.50 G ohm pada uni t sama dengan OL pada Kyoritsu.
Setting voltage injection tu untuk sensitiviti bacaan rintangan, boleh baca manual kat dalam kotak insulation tester, dy ada bagi guide cara nak guna Setting volt kat alat tu.
Bacaan akan kurang dari 1 Mega ohm. Bergantung pada tahap keterukan kebocoran/sentuhan antara konduktor elektrik. Kalau bacaan dalam nilai ohm…hampir 0 ohm, itu bermaksud penebatan sudah gagal atau hampir gagal.
Hello Cikgu, boleh tak buat video dgn Digital multimeter, Voltage AC antara:- (Measurements di 3pin soket dan DB) Point Live dgn Earth. ( Kalau point Live dengan Earth dapat bacaan antara AC 241V) ada kah ini normal. Tolong beri pendapat. Point Neutral dgn Earth. (Kalau Point Neutral dengan Earth dapat negative 0 volts.) Tolong beri pendapat. Point Neutral dgn Live. Yang ini POINT biasa, bacaan MESTI antara AC 238-241V. Terima Kasih. terlebih dulu kerana cikgu sudi kongsikan ilmu.
Selamat malam. Tuan boleh tonton video saya yang ini. Pada minit 7.30 alat ni ukur voltan antara LN dan LE. Sepatutnya beza voltan itu kalau boleh tidak melebihi +-1.5V. Kalau 0V itu bagus. Boleh juga ukur guna voltmeter digital. Tiada masalah... ua-cam.com/video/DNwl4_arDpQ/v-deo.html
Setahu saya jika nak test wiring insulation dalam circuit pendawaian di DB, kesemua Main Switch, RCCB dan MCB SEPATUTNYA MESTILAH DITUTUPKAN OFF sebelum pengujian. Apa komen Cikgu?
Betul... dalam video saya dah letak caption. Masa pengujian ini, saya buat pada SUB DB di mana Main switch di MAIN DB yang kawal bekalan ke SUB DB telah di matikan. Sebab itu saya ONkan saja RCCB dan MAIN SWITCH kat SUB DB.
Semasa ujian penebatan, seperti yang di terangkan dalam video... Meter akan menjana tenaga dan masuk litar. Sekiranya tiada beban, maka tiada penggunaan tenaga dan meter akan menunjukkan rintangan yang tinggi, maksudnya Penebatan baik. Sekiranya ada beban, akan berlaku pengaliran arus dari dua terminal L dan N melalui beban dan ini akan meter terjemahkan pada nilai rintangan yang rendah. Meter akan 'menganggap' berlaku pintasan atau kebocoran arus antara L dan N atau Ldan E atau N dan E. Sebab itu masa pengujian Penebatan dijalankan, beban mesti tiada.
@@hazrysiron7695 bergantung pada bocor antara kabel mana satu. Kalau L dengan E atau N dengan E.... RCCB yang baik akan trip. Kalau E bermasalah dan RCCB tidak trip.... peralatan akan masih beroperasi, tapi badan barang elektrik akan jadi N atau L. Ini merbahaya. Kalau antara Ldan N tapi MCB atau Main Switch tidak trip, kabel boleh panas... penebat PVC lebur dan paling teruk boleh berlaku spark dan terbakar.
@@petrusgoel kalau macam video di bawah ni apa pandangan tuan? Adakah sesetengah masalah trip tak boleh jumpa? Dan adakah masalah trip tak jumpa kena buat earthing baru? Ni link videonya ua-cam.com/video/-1bFf3lH2kE/v-deo.html
@@hazrysiron7695 saya tonton habis video tu. Tapi tiada update masih trip ka tidak. kalau dia ada Digital RCCB tester boleh test RCCB terus... mungkin RCCB bermasalah. Boleh juga ukur voltan antara L N, L E dan NE untuk lihat sama ada bacaan voltan antara terminal ni bagus atau tidak...earth bagus atau tidak. Kalau bacaan LN 230V dan bacaan LE 230V atau 231V kah.... mungkin Earth bagus. Bukan cari kesilapan orang, tapi dia patut uji guna 500V pada insulation tester... sebab ini litar guna 230V. Lulus kalau bacaan tak kurang dari 0.5 Mega ohm. Kalau guna julat 1000V, baru minimun 1Mega ohm. Isu kilat, RCCB trip tidak semestinya berkaitan dengan earth tak bagus. RCCB boleh trip ketika kilat jika surge kilat menyebabkan ketidakseimbangan antara arus pada L dan N. Kalau ada update video ini, bagus juga. Anyway, setiap wireman ada cara sendiri selesaikan masalah. Troubleshooting terbaik.... Mesti ada 5 alat ukur ni, multimeter, clamp meter, insulation tester, digital rccb tester dan earth resistance tester.
Maaf... Saya terlepas explain parts itu. Saya buat testing kat SUB DB. MCB yang supply bekalan ke SUB dah OFF... Terima kasih HIGHLIGHT. KALAU test kat main DB, betul spt tuan kata... mesti offkan MAIN SWITCH dan RCCB....atau MAIN SWITCH sahaja. Kalau buat spt dalam video, kena cabut cut out dan Neutral link. Saya dah letak CAPTION dalam video.Terima kasih...
mmg tidak kedekut ilmu mcm channel2 electrician yg lain (byk buat utk marketing sahaja). teori disusuli dengan praktikal. mmg padu. semoga sentiasa maju jaya
Terima kasih... Ilmu untuk di kongsi supaya kita sama sama faham. Tidak buat kerja seperti burung kakak tua. Mesti faham teori supaya ia membantu kita membuat keputusan bila kerja praktikal/menyelesaikan masalah. Terima kasih singgah dan semoga bermanfaat.
mantap,,rasa mcm hadir kursus sambil baring2 kat rumah..mmg clear dan lengkap cara pemgajarannya
Padu dn padat penerangan nya sifu..
Terima kasih tuan atas perkongsian ilmu, minta direstui ilmunya ya
Welcome welcome... ilmu untuk dikongsi
Ok terima kasih ilmunya bos semoga di permudahkan semua rezikinya dan kesihatannya
@@harizijasni1364 sama sama 👍
terbaik tuan...dah boleh beli brand uni-t nak check insulation wiring rumah...nak beli kyoritsu x mampu lagi..dh sll tgk video wireman2 lain buat ujian penebatan tapi x berapa jelas kenapa julat atas 1 dan bawah 1..ilmu bermanfaat...done subscribe
@@arapaimagigas6420 terima kasih😃
Good job bro....mudah d pahami.....terutama kalau nak uji peralatan computer menggunakan 100V. Cuma nak kepastian semasa membuat uji overall circuit tadi dengan load lampu dan switch off position, Main Switch, MCB dan RCD dalam on position.......boleh ke kita buat Insulation resistance test,,,,,,kecuali cut out dah kena cabut la,,,,,,baru selamat.
Owh ya... Saya buat testing kat SUB DB. MCB yang supply bekalan ke SUB dah OFF... Terima kasih HIGHLIGHT. KALAU test kat main DB, betul spt tuan kata... mesti offkan MAIN SWITCH dan RCCB....atau MAIN SWITCH sahaja. Kalau buat spt dalam video, kena cabut cut out dan Neutral link. Terima kasih...
👍👍👍👍👍
Peralatan elektronik gunakan multimeter untuk bacaan rintangan, Insulation tester untuk menguji konduktor elektrik kerana bacaannya lebih tinggi tidak boleh dibaca oleh multimeter.
bahasa mcm org sabah tapi senang sangat nak faham memang terbaiklah chanel ni...
Haha.... Terima kasih. Dari Kuching... saya suku kaum Bidayuh, Dayak.
@@petrusgoel oh sarawak ingtkan dari sabah tadi bahasa mcm mirip2 bahasa kwn sya disabah... haaha
terima kasih cikgu..sangat bermanfaat..semoga cikgu menghasilkn lebih banyak ilmu berkaitan elektrik..❤🎉
Sama sama..terima kasih
Terbaik...nnt buat pula cara nk uji guna ACV UNI-T UT501A...(Teori dan praktikal).. semoga terus sukses
Terbaik bossku...
Alhamdulillah, terbaik cikgu.
thankyou very much for knowledge sharing 👌👌🙏
Welcome
Terima kasih cikgu, banyak ilmu yg boleh refresh balik. Mintak halal ilmunya
Sama sama...semoga bermanfaat
Terima kasih cikgu, kongsi ilmu 👍👍👍
Welcome
Satu2 channel explain dgn detail,nanti cikgu share MCM mana NK check transformer
Alhamdulillah terimakasih cikgu
Sama sama
terima kasih tuan
Terima kasih atas penerangan..terbaik..senang paham
Sama sama
Terima kasih cikgu🙏
Sama sama
Sangat bermanfaat. Terima Kasih Cikgu. 👍👍👍
Sama sama
terima kasih cikgu, penerangan yg jelas. banyakkan lagi buat video psl elektrik, ianya dpt membantu generasi muda utk menceburi bidang elektrik
Sama sama
Mantak cikgu .terima kasih👍
Mmg terbaik ilmu cikgu ajarkan complete cara guna megger... Terima kasih cikgu.... Acv dkat megger uni t tu untuk tahu volt kan cikgu
Semoga bermanfaat. Ya ACV tu untuk ukur voltan... jadi voltmeter. Kena alih prob...
mantapp👍👍👍👍👍
Trmksih ilmunya tuan
Sama sama
Terbaik la cikgu, penerangan yg jelas,
Mantap bosku
sangat berguna tuan. teruskan perkongsian mantap
Terima kasih sahabat
Nak mcm handy black
mantap
Mantoppp... Tq
Mantapp laa tuan terbaekkk..tq infonyaa sifuu
Lupa minta kebenaran.. saya masukkan komen tuan dalam video...
@@petrusgoel haha...xda masalah tu 😅 tq infonyaa tuannn
Terbaik cikgu. Harga uni-t dgn kyoritsu jauh beza
Dulu masa saya belajar di ikm.saya guna yg pusing tu memang rere.
Ya….oleh school….masih tip top`
Terbaik sifu 👍🏻
Terima kasih. Saiful pun hebat juga... Kipidap👍👍👍
wah mudah faham video2 cikgu hasilkan..saya sebelum ni dah cuba cari review megger test untuk uni t punya kebanyakkan dari negara2 luar yg review..jika saya nak uji cable DC 12v seperti cable di kereta bolehkah guna julat 100v cikgu? tq
Boleh...jangan lupa cabut bateri kereta.
@@petrusgoel terima kasih..cikgu, boleh x terangkan/buat video cara balancing untuk pendawaian 3 fasa? semoga bermanfaat kpd semua..
@@asrieayie1142 sama sama. Ya, saya akan pertimbangkan cadangan balancing 3 phase itu.
Bang. Klu ada rezeki lebih buat video earth tester brand uni-t
Ada hari tu siap saya compare dengan Kyoritsu. Tapi belum edit lagi. Tunggu ya.... Terima kasih.
Mntap
Tambahan satu soalan pada cikgu, bolehkah pengujian penebatan dijalankan dengan off suis pada sso tanpa pullout from the 3 pin plug drp sso? Tqvm.
Kena cabut plug dari SSO kerana kemungkinan ada berlaku ‘link ‘ antara Neutral dan Earth dalam peralatan. Bila off suis soket, suis itu hanya putuskan Live sahaja.
Terima kasih cikgu.
First... terbaik cikgu
Tq 👍
Salam sejahtera Petrus..Sangat baik la video anda ini..cara penyampaian.jelas...saya sudah lama mencar video cara menggunakan Insulation tester ini....Saya berminat membeli jenama ini..untuk diy sendiri.saja ntn.....Petrus saya ingin.bertanya ada ka cara lain mencari masalah short circut ni selain.menggunakan.benda ni.maksud saya buat cara manual? Sebab guna multimeter mmg tidak.boleh kan..?..Ya salam.dari.North Borneo......Tq
Terima kasih. Ini adalah kaedah terbaik. Kaedah kedua... boleh guna multimeter Tapi ada 'had' dia lah gune multimeter julat ohm ini... seperti yang saya terangkan dalam video. Guna multimeter kalau betul betul litar pintas, baru buzzer akan berbunyi. Saya pun akan mula cari litar pintas guna multimeter dahulu. Hanya akan guna insulation tester apabila masalah tak dapat di selesaikan.
@@petrusgoeltuan saya dah beli benda ni dgn brand model yg sama dalam video tuan ni...nak tanya kalau nan buat insulation test pada alat2 elektrik..bagaimana menentukan volt mana yg di pilih..contoh tuan tuan set 100V tak silap utk ujian pada lampu led itu..bagaimana pula utk alatan elektrik seperti water heater dan kipas angin?
@@Riotz77 water heater dan kipas angn boleh guna 500V. Pengujian dibuat antara badan alat (E) serta trminal L dan N sahaja. Jangan buat pengujian pada board elektronik. Sebab bord elektronik guna DC ketika operasi. Pengujian penebatan ini khas untuk mengesan adkah ada kebocoran arus AC antara L atau N ke E, atau sentuhan antara L dan N.
@@petrusgoel terima kasih atas jawapan tuan..ok saya baru faham....sya dah uji litar elektrik sya di rumah dgn alat ini tuan..semuanya ok...cuma ada 1 cable neutral yg hampir2 di bawah 1 ohm...bila sya menguji.cable N dan E.........Menonton dan belajar dan bertanya dari video tuan sedikit sebanyak sya jadi tau....kalau sya benar2 tidak tau sya tidak akan buat.....Terima kasih ya...Shalom
@@Riotz77 welcome... God bless
Compare reading dgn kyoritsu tuan
Hehe…nanti saya cuba usahakan…
@@petrusgoel tq cikgu terbaik
Nak tanya cikgu, apa akan terjadi pada diri sendiri dan peralatan menguji jika buat ujian penebatan pada main DB? . Terima kasih banyak banyak untuk pencerahan cikgu
Ujian penebatan dilakukan pada litar mati…tidak ada bekalan tenaga masuk ke DB. Ujian penebatan boleh dibuat pada mana mana litar (main DB atau SUB DB atau litar kuasa/lampu) dengan syarat tiada bekalan tenaga dibekalkan pada litar. Ini adalah langkah keselamatan yang sangat kritikal. Kalau salah buat, anda boleh merosakkan alat ukur, peralatan serta membahayakan diri kita terdedah pada litar pintas. Sekiranya semua langkah dah diambil, jangan sentuh prob/kabel yang diuji ketika ambil bacaan kerana litar dibekalkan tenaga dari meter ujian penebatan. Tinggi tu boleh sampai 1000V.
Terima kasih cikgu di atas pencerahan tersebut.
@@bengweetan2274 sama sama
Nak tambah soalan pada cikgu. Jika saya nak buat pengujian penebatan pada sub-db, supply main DB sudah off, semua beban pada sub-db telah dicabut seperti SSO dicabut keluar,lighting, kipas off. Adakah saya perlu cabut semua beban SSO, off suis semua lighting dan kipas pada main DB juga? Terima kasih memberi penerangan.
Kalau bekalan ke sub db telah diputuskan dari main DB, maksudnya sudah tiada penyambungan live dan neutral antara Main DB dan Sub DB. Tak perlu cabut beban pada litar main db. Offkan bekalan ke sub db sudah mencukupi. Pastikan tiada kabel tumpang dari sub db yang tap pada litar main db…safety first
Terima kasih cikgu memberi jawapan.
Kalau just nk tambah 1/2 point plug atau lampu 1/2 biji perlu ke buat insulation test ni . Nak tambah point plug terus dari db . Tapi wiring asal memang tak ada masalah pon. Cuma nk tambah je..ape pendapat tuan?..
Tak perlu. Pengujian ini dibuat sekiranya litar ada masalah sahaja. Untuk litar yang baru siap…boleh juga buat sebenarnya😁. Pastikan pendawaian dibuat dengan betul, tamatan kutub betul…biasanya tiada masalah
Cikgu macam mana untuk check kemasukan voltan pada minit 22:26 jika menggunakan kyoritsu model 3006A
Untuk kyoritsu, memang tiada kadaran voltan dipaparkan. Sebab itu untuk video ni saya guna set Uni-t.
@@petrusgoel baik,terima Kasih cikgu
Hello tuan,adakah tester brand uni-t mmpunyai no siri untuk kegunaan pendaftaran suruhanjaya tenaga?tq tuan
Saya lihat ada rakan2 register ST guna meter Uni-T.
Assalamualaikum tuan, nak bertanya jika boleh sebagai berkongsi ilmu.
Sebagai wireman atau kontraktor elektrik,
Alat jenama uni-T tu boleh ke digunakan & accurate dgn pengujuanya.....? & boleh ke digunakan didlm pekerjaan semasa terutamanya di rumah2....?
Klu jenama kyoritsu tu memang dah sedia maklum.
Mohon pencerahan & pandangan tuan, terima kasih.
Setakat ni saya guna ok. Untuk lebih accurate, kena hantar utk calibration ke sirim . Nanti saya buat video perbandingan bacaan uni-t vs kyoritsu insulation tester
@@petrusgoel terbaik tuan, sy sokong cadangan tuan tu, sekurang2nya dpt memberikan manfaat & ilmu kpd masyarakat serta org yg membuat kerja2 wireman. Akan ditunggu videonya.
@@wanzaiful10 ok. video dah UP di sini. Harap membantu. ua-cam.com/video/5ETEZ0yr2Fw/v-deo.html
@@petrusgoel Terima kasih tuan berkongsi ilmu & info, semoga ianya bermanfaat kpd semua serta sebagai rujukan.
Bang, ada video earth tester brand uni t ut251?
Ada... Dalam proses editing. Maybe akan up minggu ni. Nanti saya update.
Ok video baru up. Terima kasih kerana maklumkan masalah video semalam. Ni yang latest. ua-cam.com/video/ZxgBxH4yMlM/v-deo.html
Untuk shorted circut berapa reding ohm nya bgi untuk cable wiring??
Kalau short circuit 0 OHM.... atau hampir 0 ohm
Mcm kyoritsu atas 1.00ohm makna cable bleh guna lagi tapi klau bawah 1.00ohm makna cable ada masalah..maksud saya mcm itu tuan,limit ohm cable ada masalah atau cable masih ok lagi..
@@muhammadfahmimuhamedfauzi8701 owh ok. Short circuit itu pada kabel yang sama?….beberapa ohm itu biasa kerana rintangan kabel itu sendiri. Kabel OK.
cikgu..boleh tak kite guna magger pada pendawaian kereta??
Selamat sejahtera cikgu..maaf saya beginner..nak tanya saya ada beli UT501A insulation resistance tester...ada buat pengujian percubaan do DB antara earth & neutral bar, dan bacaan yg diperolehi 0megaohm set pada 250V. Bacaan yg sama juga diperolehi ketika set pada 500V. Tetapi dalam keaadaan normal
## perkakasan elektrik telah dicabut, rccb dan main switch off.
Adakah tester itu yg bermasaalah memberikan bacaan yg tidak reliable ? Sebab bila buat pengujian ke atas cable 3C yg tiada penyambungan bacaan nampak ok..
Terima kasih.
Ok. Saya cuba fahamkan apa yang disampaikan ya. Tuan dapat bacaan 0 Mega ohm ketika mengukur antara busbar N dan E pada julat 250V dan julat 500V. Apa maksud ‘tetapi dalam keadaan normal’ tu?
OK. Saya anggarkan semasa pengujian di atas dibuat, perkakasan elektrik dicabut dan main switch off, RCCB OFF ...betul?
Sebelum tu, saya nak tahu....litar pendawaian rumah tuan ada masalah kah? atau saja saja buat pengujian?
OK. Untuk pengujian antara E dan N, ia agak 'special' sikit. E dan N ini datang dari punca yang sama. E adalah Neutral yang mengalir di permukaan tanah, manakala N adalah yang datang dari talian kabel.
Kalau tuan buat pengujian pada busbar N ke busbar E (dengan syarat Main switch dan RCCB telah OFF) tapi dapat 0 ohm, itu bermaksud ada berlaku sentuhan direct antara E dan N dalam litar rumah. OK, kalau itu berlaku....kenapa RCCB tak trip? kemungkinan besar RCCB tak trip sebab RCCB ada masalah. Kalau RCCB tidak bermasalah, kemungkinan besar rintangan elektrod bumi terlalu tinggi.
@@petrusgoel cikgu..pengujian saja dibuat ke atas pendawaian yang tiada masalah sebenarnya untuk uji tester tu.
@@petrusgoel ok cikgu saya sudah faham apa yg diterangkan...terima kasih banyak
@@mohdsufianabdmajid7570 OK. Ada multimeter tak? Kalau ada, cuba pakai julat OHM dan uji antara N dan E. Adakah bacaan 0 ohm juga?
@@petrusgoel baik saya akan cuba..terima kasih banyak
hai cikgu.saya nak tanya.kalau kita uji satu fasa antara live neutral/earthing,kita just off switch lampu kan(kalau ade beban).jadi kalau kita uji neutral earthing macam mana,sebab neutral/earthing takde swith nak off???
Kalau nak uji earth dan neutral, kena disconnect beban. Tapi kalau tiada masalah pada beban (E touching N) ia sepatutnya OK walau ada beban kerana adanya isolation antara E dan N. Kalau ada masalah, meter akan bagi bacaan rendah.
Semasa buat pengujian tu kalau sekiranya terkena prob tu 500v boleh menyebabkan kematian tak.seingat saya pernah buat dahulu dan terkena tapi cuma rasa kejutan sahaja..boleh tuan terangkan tak..bahaya atau tidak masa kena prob tu.terima kasih ya
@@hasannisan1713 hehe…itu voltan tinggi tapi arus rendah. Kemungkinan menyebabkan kematian itu rendah…tapi kesan pada mereka yang ada masalah kesihatan seperti jantung mungkin boleh teruk.
Alhamdulillah terima kasih diatas penerangan..@@petrusgoel
Macam mana nak tahu arus dia rendah..dia Ada tulis Di Bahagian meter Tu ka@@petrusgoel
@@hasannisan1713 insulation tester memang guna arus yang rendah untuk tujuan keselamatan. Pengujian penebatan ini uji ketahanan penebat pada voltan tinggi. Sebab itu kita pilih 500V untuk litar yang akan guna 240V. Kita tidak pilih arus. Ada banyak faktor lain antaranya kalau arus tinggi..ia mungkin akan merosakan peralatan. Satu lagi, kalau arus rendah dan berlaku ‘pengesanan kebocoran’ walau pada arus rendah….maka semestinya ia akan gagal pada arus tinggi. Untuk lebih detail kenapa pengujian penebatan guna arus rendah, tuan boleh google ya 😃
@petrusgoel baik tuan guru...terima kasih..Ada soalan yg saya tak faham nanti saya akan Tanya tuan guru ya..tq
Nk tanya masa buat isulution test tu arus elekterik perlu dimati kn atau tidak
@@YYaircond untuk insulation test…litar mesti dimatikan. Tidak boleh ada arus. Insulation test mesti dibuat pada litar mati. Kalau dibuat pada litar hidup…meter akan rosak.
Untuk cable 2.5mm (500v)Bacaan yang bagus saat buat pengujian berapa cigku??🙏🙏
Tidak kurang dari 0.5 Mega ohm. Video minit 44.44. Terima kasih...
@@petrusgoel 1 mega ohm masih bagus ya cigku?
@@21powertools ya bagus... Lebih dari 0.5Mega
@@petrusgoel terima kasih banyak cigku🙏
Da 3 kali saya ulang² video ni
Nak tanya, tuan dari mn ya.. cara tuan bcakap mcm dr Sarawak..
ya, saya dari Kuching
slmt ptg tuan. nilai terendah bagi rintangan penebatan spt yg dtunjukkan dlm video, julat 250v(0.25Mohm), 500v(0.5Mohm), 1000v(1.0Mohm) ni dr ST ke tuan?
Ya, itu dari Buku ST.
@@petrusgoel tq tuann ats prkongsian
@@rakino_channel6881 sama sama
Time kaseh bos
@@FatimahSaad-b8e sama sama
Salam sejahtera tuan.. Saya ada menggunakan insulation test brand uni t 501a ni.. Sy letak dkt 500v.. Ada satu kes Bila tess.. Die paparkan 1.25 mega ohm tp buzzer berbunyi.. So adkah kabel tu tidak elok sdgkn die tnjuk 1 mega ohm lbh..
Kabel apa yang diuji tu? Adakah setiap ujian yang dapat 1.25 M ohm dia berbunyi? atau untuk kes itu saja?
@@petrusgoel satu kes..saya tess kabel L dan N ..buzzer berbunyi..maaf tuan,saya masih belum faham sepenuhnye penggunaan alat ini.
@@petrusgoel bila tes kabel L dan N tadi,buzzer berbunyi dn dpt bacaan 1.25 m ohm
@@awiesukiro2185 masa test.... ada beban dalam litar?
@@petrusgoel jikalau kita buat pengujian..dn litar masih ada beban.. Adkh buzzer akn berbunyi dan akan mempamerkan bacaan..?saya selalu tengok video tuan untuk buat rujukan tapi masih ada sikit2 lg yg brlum faham..video tuan amat membantu untuk org mcm saya yang belum mahir..terbaik
Maksudnya kalau 550 sama dgn oL
OL pada multimeter kah yang tuan maksudkan? Multimeter ada limit berapa mega ohm dia boleh baca dengan syarat ada sentuhan pada bahan ujian.
@@petrusgoel biasa kn kalau kyoritsu insulation tester ada oL bermaksud cable ok.sama ke dgn 550 pada uni t sbb baru beli
@@abgsai ya. Kyoritsu akan tunjuk OL. Yang uni t ni dia tak tunjuk OL…tapi rintangan …sampai Giga Ohm…atau ada simbol >5.50G ohm yang mana sudah cukup tinggi dan menunjukkan penebatan yang baik. Tak pasti saya sama ada 5.50 G ohm pada uni t sama dengan OL pada Kyoritsu.
Apa jadi pada bacaan ,kalau motor tu guna 500v ke bawah encik .
Setting voltage injection tu untuk sensitiviti bacaan rintangan, boleh baca manual kat dalam kotak insulation tester, dy ada bagi guide cara nak guna Setting volt kat alat tu.
jika peralatan elektrik yg diuji itu telah berlaku kebocoran berapakah nilai ohm nya cikgu
Bacaan akan kurang dari 1 Mega ohm. Bergantung pada tahap keterukan kebocoran/sentuhan antara konduktor elektrik. Kalau bacaan dalam nilai ohm…hampir 0 ohm, itu bermaksud penebatan sudah gagal atau hampir gagal.
Hello Cikgu, boleh tak buat video dgn Digital multimeter, Voltage AC antara:-
(Measurements di 3pin soket dan DB)
Point Live dgn Earth.
( Kalau point Live dengan Earth dapat bacaan antara AC 241V) ada kah ini normal. Tolong beri pendapat.
Point Neutral dgn Earth.
(Kalau Point Neutral dengan Earth dapat negative 0 volts.)
Tolong beri pendapat.
Point Neutral dgn Live.
Yang ini POINT biasa, bacaan MESTI antara AC 238-241V.
Terima Kasih. terlebih dulu kerana cikgu sudi kongsikan ilmu.
Selamat malam. Tuan boleh tonton video saya yang ini. Pada minit 7.30 alat ni ukur voltan antara LN dan LE. Sepatutnya beza voltan itu kalau boleh tidak melebihi +-1.5V. Kalau 0V itu bagus. Boleh juga ukur guna voltmeter digital. Tiada masalah... ua-cam.com/video/DNwl4_arDpQ/v-deo.html
@@petrusgoel Terima Kasih Cikgu.
Kalau wayar bumi yang hangus di main db apa masalahnya tuan
Wayar bumi hangus? Cuba check RCCB tuan...takut RCCB problem. Check termination semua ketat
@@petrusgoel baik tuan terima kasih
English version?😢
Tuan kalau bacaan G ohm itu apa maksudnya
G ohm itu adalah Giga Ohm...rintangan besar
giga ohm tuan
@@petrusgoel maksudnya penebatan lagi selamat ?
@@CadCat-v5f rintangan besar...penebatan yang sangat baik dan selamat.
@@petrusgoel terima kasih tuan atas ilmu yg diberi
Setahu saya jika nak test wiring insulation dalam circuit pendawaian di DB, kesemua Main Switch, RCCB dan MCB SEPATUTNYA MESTILAH DITUTUPKAN OFF sebelum pengujian.
Apa komen Cikgu?
Betul... dalam video saya dah letak caption. Masa pengujian ini, saya buat pada SUB DB di mana Main switch di MAIN DB yang kawal bekalan ke SUB DB telah di matikan. Sebab itu saya ONkan saja RCCB dan MAIN SWITCH kat SUB DB.
Nak tanya. Kenapa masa ujian tak boleh ada load? Tak sama ke ujian dengan barang elektrik?
Semasa ujian penebatan, seperti yang di terangkan dalam video... Meter akan menjana tenaga dan masuk litar. Sekiranya tiada beban, maka tiada penggunaan tenaga dan meter akan menunjukkan rintangan yang tinggi, maksudnya Penebatan baik. Sekiranya ada beban, akan berlaku pengaliran arus dari dua terminal L dan N melalui beban dan ini akan meter terjemahkan pada nilai rintangan yang rendah. Meter akan 'menganggap' berlaku pintasan atau kebocoran arus antara L dan N atau Ldan E atau N dan E. Sebab itu masa pengujian Penebatan dijalankan, beban mesti tiada.
@@petrusgoel terima kasih tuan. Nak tanya lagi. Boleh ke peralatan elektrik berfungsi dengan baik walaupun dalam keadaan leakage?
@@hazrysiron7695 bergantung pada bocor antara kabel mana satu. Kalau L dengan E atau N dengan E.... RCCB yang baik akan trip. Kalau E bermasalah dan RCCB tidak trip.... peralatan akan masih beroperasi, tapi badan barang elektrik akan jadi N atau L. Ini merbahaya. Kalau antara Ldan N tapi MCB atau Main Switch tidak trip, kabel boleh panas... penebat PVC lebur dan paling teruk boleh berlaku spark dan terbakar.
@@petrusgoel kalau macam video di bawah ni apa pandangan tuan? Adakah sesetengah masalah trip tak boleh jumpa? Dan adakah masalah trip tak jumpa kena buat earthing baru?
Ni link videonya
ua-cam.com/video/-1bFf3lH2kE/v-deo.html
@@hazrysiron7695 saya tonton habis video tu. Tapi tiada update masih trip ka tidak. kalau dia ada Digital RCCB tester boleh test RCCB terus... mungkin RCCB bermasalah. Boleh juga ukur voltan antara L N, L E dan NE untuk lihat sama ada bacaan voltan antara terminal ni bagus atau tidak...earth bagus atau tidak. Kalau bacaan LN 230V dan bacaan LE 230V atau 231V kah.... mungkin Earth bagus. Bukan cari kesilapan orang, tapi dia patut uji guna 500V pada insulation tester... sebab ini litar guna 230V. Lulus kalau bacaan tak kurang dari 0.5 Mega ohm. Kalau guna julat 1000V, baru minimun 1Mega ohm. Isu kilat, RCCB trip tidak semestinya berkaitan dengan earth tak bagus. RCCB boleh trip ketika kilat jika surge kilat menyebabkan ketidakseimbangan antara arus pada L dan N. Kalau ada update video ini, bagus juga. Anyway, setiap wireman ada cara sendiri selesaikan masalah. Troubleshooting terbaik.... Mesti ada 5 alat ukur ni, multimeter, clamp meter, insulation tester, digital rccb tester dan earth resistance tester.
Fius dari tnb kena cabut ke. Atau test dalam keadaan ada power
Maaf... Saya terlepas explain parts itu. Saya buat testing kat SUB DB. MCB yang supply bekalan ke SUB dah OFF... Terima kasih HIGHLIGHT. KALAU test kat main DB, betul spt tuan kata... mesti offkan MAIN SWITCH dan RCCB....atau MAIN SWITCH sahaja. Kalau buat spt dalam video, kena cabut cut out dan Neutral link. Saya dah letak CAPTION dalam video.Terima kasih...
wah rendah betul volt di amerika..
Ya... 110V 60Hz...
Cikgu boleh bg no fon tak...ada sya nak cikt
Saya tak dapat bagi no phone sini. Kalau ada Facebook, boleh mesej saya di sana guna messenger. Nama FB saya sama dengan youtube.
How to join your class and get certified
i teach at Politeknik Kuching sarawak