Це відео не доступне.
Перепрошуємо.

PROGRAM REFLEKSI AFEKTIF, RASIONAL EMOSI (R.A.R.E) POLYCC 2024

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 11 лип 2024
  • TARIKH : 9 SEHINGGA 11 JULAI 2024
    TEMPAT : POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH
    Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dengan kelolaan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah telah menjalankan program Refleksi Afektif, Rasional Emosi (R.A.R.E) POLYCC Peringkat Kebangsaan bagi Tahun 2024 yang berlangsung pada 9 hingga 11 Julai 2024.
    Majlis perasmian penutup bagi program ini telah disempurnakan oleh Ts. Abdul Razak Sabtu, Pengarah Kanan (Kompetensi), Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti.
    Program R.A.RE. POLYCC ini adalah satu langkah proaktif bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai emosi, kesihatan mental, dan kesejahteraan psikologi di kalangan masyarakat Malaysia, terutamanya warga POLYCC.
    Tujuan utama R.A.R.E POLYCC adalah untuk memberikan pendedahan menangani isu kesihatan mental, mengurangkan stigma yang berkaitan dengan isu kesihatan mental, dan memberikan kemahiran asas dalam menguruskan emosi serta tekanan kehidupan.
    Pengisian program adalah ceramah interaktif berkaitan kesihatan mental yang disampaikan oleh penceramah- penceramah jemputan iaitu Puan Nor Azizi binti Mansor dari Unit Pengurusan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Puan Solleha Nur binti Abdul Rahim, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah, Puan Badrizawati binti Mohd Zaki dari LPPKN dan Dr. Ahmad Rostam bin Md Zin dari Jabatan Psikiatrik, Hospital Sultanah Bahiyah.
    Peserta bagi program ini adalah 70 orang ahli Pembimbing Rakan Siswa Politeknik dan Pembimbing Rakan Inspirasi Siswa Siswi Kolej Komuniti (PRISS).Tiga orang pelajar dari Pahang mewakili Politeknik Metro Kuantan, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah dan Kolej Komuniti Kuantan telah menyertai program ini bersama Puan Umaimah Nasuuha binti Mohd Ghani yang menjalankan tugas sebagai jawatankuasa program. Peserta dari Kolej Komuniti Kuantan adalah Nur Ain Syazwani binti Tarmide dari program Sijil Kulinari.
    Melalui program ini, diharapkan peserta memperoleh pengetahuan yang lebih baik tentang pentingnya menjaga kesejahteraan mental dan menjalankan peranan sebagai proksi perkhidmatan Unit Pengurusan Psikologi di institusi masing- masing.
    #MalaysiaMADANI
    #welovepolycc
    #KKKuantanDekatDiHati
    #TVETForAll
    #psikologi

КОМЕНТАРІ •