SEJARAH TINGKATAN 3 BAB 2.1 PELUASAN KUASA BRITISH DI PULAU PINANG

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 5 лют 2025
  • Peluasan Kuasa British di Pulau Pinang
    Latihan pengukuhan :
    gamilab.com/pl...
    Kedudukan Strategik
    1) Pusat pengumpulan barang
    - British memerluka barangan dari China terutama teh yang mendapat pasaran baik di Eropah
    - China tidak memerlukan barangan British, sebaliknya mahukan emas, perak, bijih timah dan rempah ratus sebagai tukaran
    - British memerlukan pusat untuk mengumpul barangan tersebut yang boleh diperoleh di Alam Melayu untuk ditukarkan dengan teh dari China
    2) Pelabuhan Persinggahan
    - British memerlukan pelabuhan prseinggahan di laluan perdagangan di antara India dan China
    - tempat membaiki kapal, mendapat bekalan makanan dan minuman serta berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun
    - memudahkan penjelajahan ke rantau Asia Pasifik
    3) Pangkalan Tentera
    - pangkalan tentera laut British yang terletak di pantai barat India iaitu di Bombay sukar mengawal petempatan British di pantai timur India
    - British memerlukan pangkalan tentera yang lebih strategik untuk mempertahankan petempatan di India
    Kronologi pendudukan British di Pulau Pinang
    1) Perebutan Takhta Kesultanan Kedah
    - krisis berlaku apabila Sultan Muhammad Jiwa (1710-1778) melantik Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah. Kerabat Diraja Kedah yang tidak bersetuju dengan pelantikan tersebut telah berpakat dengan Bugis di Selangor untuk menentang Sultan Muhammad Jiwa
    - Sultan Mummad Jiwa berusaha memohon bantuan kententeraan dari SHTI untuk mempertahankan kedaulatan negeri daripada serangan Bugis
    - SHIT menghantar Edward Monckton berunding dengan Sultan Muhammad Jiwa. Rundingan gagal apabila SHTI tidak memberikan jaminan akan melindungi Kedah daripada ancaman musuh
    2) Ancaman Siam
    - Tahun 1778-1798: ketika pemerintahan Sultan Abdullah, Siam menuntut kembali penghantaran bunga emas daripada krajaan Kedah yang terhenti semasa Perang Siam-Burma
    - Sultan Kedah rasa tergugat lalu meminta bantuah SHTI, baginda menawarkan Pulau Pinang sebagai pangkalan SHTI dengan syarat mendapatkan bantuan ketenteraan dan melindungi Kedah daripada ancaman Siam
    - baginda meminta Francis Light, iaitu pedagang prsendirian untuk menyampaikan syarat tersebut kepada Gabenor Jeneral British di India
    3) Tipu helah Francis Light menduduki Pulau Pinang
    - Francis Light yang menyedari kedudukan strategik Pulau Pinang berjanji bahawa SHTI akan memenuhi syarat yang dipohon oleh bagina Sultan Kedah
    - Sultan Abdullah yang berpegang pada janji menawarkan Francis Light membuka petempatan di Pulau Pinang pada tahun 1786. Tawaran ini dibuat sementara menunggu jawapan daripada SHTI berhubung dengan syarat yang ditawarkan oleh baginda
    - Francis Light menamakan Pulau Pinang sebagai Prince of Wales Island. Petempatan mereka pula dinamakan Georgetown bersempena dengan nama Raja England
    Pengukuhan Kuasa British di Pulau Pinang Melalui Perjanjian
    - Tahun 1786:Siam menakluk Patani dan mengancam Kesultanan Kedah
    - Sultan Abdullah meminta bantuan ketenteraan SHTI seperti yang dijanjikan oleh Francis Light
    - SHTI enggan memberikan bantuan kerana tiada perjanjian ditandatangani dengan Sultan Kedah
    - Setelah menyedari tertipu, Sultan Abdullah menghimpunkan angkatan perang di Seberang Perai untuk mengamil semula Pulau Pinang
    - Angkatan perang Kesultanan Kedah ditewaskan oleh Francis Light dengan bantuah SHTI
    - Sultan Abdullah dipaksa menandatangani perjanjian dengan British pada tahun 1791.
    - Tahun 1800: George Leith, Gabenor Pulau Pinang mendesak Sultan Kedah, Sultan Dhiauddin (1798-1804) menandatangani perjanjian dengan British
    - Perjanjian ini membolehkan British menduduki Seberang Perai. Pendudukan ini penting sebagai beteng petahanan dan kawasan pertanian bagi membekalkan sumber makanan kepada penduduk di Pulau Pinang.

КОМЕНТАРІ • 18