Henry The Black Adalah Seorang ملايو (MELAYU) - Sejarah Yang Diputarbelitkan

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 7 вер 2024
  • [Cara Untuk Menonton Video Henry The Black ملايو 🌟Versi TANPA MUZIK🌟 dengan klik pada Link berikut] ➡️➡️ • Sejarah Melayu Yang Di...
    "Orang Melaka ni nanti kena bunuh dengan orang Portugis, jadi kita 'baptised' kan dia.. kita kata dia masuk kristian.. kita tukaq nama dia" - Selamat Menonton..
    Tidak ramai yang tahu pada ratusan tahun dahulu, seorang pemuda Melayu dari Melaka pernah mencatatkan pencapaian dan penemuan terbesar dalam sejarah dunia.
    Pemuda itu memecahkan antara misteri terbesar menyelubungi masyarakat dunia ketika itu tetapi selama ratusan tahun, peranan dan sumbangan tokoh terbabit dipercayai disembunyikan sejarawan Barat.
    Sebelum ini, masyarakat silam cenderung menganggap bumi berbentuk leper dan pelayaran berterusan merentasi lautan menyebabkan manusia jatuh ke ruang misteri `di bawah' Bumi.
    Bagaimanapun, misteri itu berjaya disanggah pemuda Melayu bersama rakan pelayarannya dalam ekspedisi merentas lautan diketuai pelayar terkemuka Ferdinand de Magellan pada tahun 1519.
    Selama ratusan tahun, pelayar Barat seperti Magellan dan Sebastian Elcano dijulang dan dikenang sebagai tokoh membongkar hakikat rahsia itu dan pencapaian pemuda Melayu itu selaku `manusia pertama mengelilingi dunia' seolah-olah cuba disembunyikan.
    Pemuda yang diberi gelaran 'Henry The Black' ini merupakan seorang keturunan Melayu yang turut serta dalam misi pelayaran Ferdinand Magellan untuk mengelilingi dunia. Beliau bertugas sebagai jurubahasa dan pembantu di dalam kapal Ferdinand Magellan.
    Beliau telah diberikan nama Kristian 'Enrique' (Bahasa Sepanyol) setelah dibaptiskan dalam Gereja Katolik Roman oleh pihak Portugis sempena hari pembaptisannya yang merupakan perayaan St. Henry.
    'Enrique' (Bahasa Sepanyol) yang bermaksud penguasa. Manakala dalam Bahasa Inggeris di sebut 'Henry'. Warna kulitnya yang seakan kehitaman itu mendorongnya digelar sebagai 'Henry The Black'. Namun begitu nama sebenar beliau tidak dapat ditemui dalam catatan sejarah. Manakala nama 'Panglima Awang' itu adalah nama yang diberi oleh penulis novel.
    'Henry The Black' adalah seorang pahlawan / pendekar Melayu yang berjuang mempertahankan Melaka dari serangan tentera Portugis pada 1511. Beliau adalah 'hamba raja' kepada Sultan Mahmud, sultan Melaka yang terakhir. Di dalam kapal itu, 'Henry The Black' bertugas sebagai jurubahasa di Sabah, kepulauan Mindanao dan sebagainya dan seterusnya menuju Lisbon, Portugis pada 1512.
    Magellan bersama Diego Lopez de Sequiera yang belayar ke Melaka pada 1 September 1509 dan orang barat pertama berhubung dengan Semenanjung Tanah Melayu. Magellan turut terlibat dalam menyerang Melaka pada tahun 1511 dan menawan ramai pemuda Melayu untuk dijadikan hamba. Salah seorang daripadanya diberi nama 'Enrique' yang dijangka berusia 18 tahun.
    Kisah pelayaran Ferdinand Magellan dicatat dalam diari Antonio Pigafetta, seorang sukarelawan Itali yang turut serta bersama Ferdinand Magellan.
    Beliau menyatakan 'Henry The Black' adalah seorang Melayu yang ditangkap dan dijadikan hamba dalam kapal tersebut. Pemuda ini dikatakan berasal dari 'Zamatra' atau Sumatera / Semudera sekarang ini.
    Ferdinand Magellan atau Fernando de Magalhaes merupakan ahli pelayaran Portugis yang mengetuai angkatan lima buah kapal dengan kelasi seramai 270 orang keluar dari Sepanyol pada 1519 dan telah menjejakkan kaki di kepulauan Filipina.
    Di Filipina, beliau telah terbunuh. Oleh itu beliau sebenarnya gagal mengelilingi dunia secara lengkap.
    Sebelum itu Ferdinand Magellan telah sampai di Sabah / Kepulauan Sulu. Tugas beliau diambil alih oleh Sebastian Del Cano yang menaiki kapal Victoria dan 17 kelasi yang lain dan sampai semula di Sepanyol pada 8 September 1522.
    Apabila Raja Portugis lemah , Magellan berkhidmat pula dengan Raja Charles I dari Sepanyol pada 1517. Portugis telahpun menguasai Melaka dan kepulauan rempah khususnya di Maluku. Magellan memberi pelan bagaimana Sepanyol boleh menguasai perdagangan rempah di Asia Tenggara.
    Raja Charles I setuju dengan cadangan Magellan itu. Akhirnya Magellan menyediakan angkatan kapal yang terdiri dari kapal San Antonio, Conception, Victoria , Santiago dan kapalnya sendiri Trinidad bersama kelasi seramai 270 orang.
    Mereka meninggalkkan pelabuhan Sanlucar de Barrameda pada 20 September 1519. Mereka belayar menyeberangi Lautan Atlantik. Kemudian tiba di benua Amerika Latin dan menyeberangi Lautan Pasifik.
    Akhirnya pada 16 Mac 1521, selepas belayar selama 18 bulan, mereka sampai di satu lokasi di kepulauan Filipina yang bernama Samar. Tempat ini dikira masih jauh dari kepulauan rempah di Nusantara. Pemuda itu bertindak sebagai jurubahasa kerana bahasa di Filipina dan Nusantara difahami oleh beliau untuk mendapatkan bekalan makanan, minuman, pertukaran barangan , berhubung dengan pedagang , menghantar mesej keamanan dan berhubung dengan pemimpin dan masyarakat setempat di Nusantara.

КОМЕНТАРІ • 98

  • @melayu
    @melayu  3 роки тому +18

    ====================
    ⬇️ Menarik Hari Ini ⬇️
    ====================
    Kisah Yang Jarang Kita Dengar | Melayu (ملايو) dan Nabi Ibrahim a.s.
    ➡️ ua-cam.com/video/_bbImPIdD0Q/v-deo.html
    🔥 Sejarah Melayu Yang Tidak Dicatatkan Oleh Penjajah!
    ➡️ ua-cam.com/video/2KXrrqCHxGg/v-deo.html
    Melayu (ملايو) - Pada Zaman Dahulu | "Melayu Dari Keturunan Nabi Ibrahim a.s."
    ➡️ ua-cam.com/video/WtZmIxStMuw/v-deo.html
    🔥 Sejarah Melayu Yang Telah Dihapuskan
    ➡️ ua-cam.com/video/dQHhA74Sigw/v-deo.html
    Henry The Black ملايو (Melayu) - Sejarah Yang Diputarbelitkan [ 🌟VERSI TANPA MUZIK🌟 ]
    ➡️ ua-cam.com/video/tX1lHS9a8H4/v-deo.html
    Mesti Tonton | Sejarah Melayu Yang Dibongkar!
    ➡️ ua-cam.com/video/QhtjSueYw68/v-deo.html
    'Mengisi Air Dalam Tangki Minyak Kereta' | Kisah Seorang Wali Allah Dari Melaka
    ➡️ ua-cam.com/video/cS7o2CDXaPc/v-deo.html
    Melayu dan Wali Songo - Sejarah Yang Tidak Diketahui Umum
    ➡️ ua-cam.com/video/628QvSbkRfI/v-deo.html
    (RARE) Sejarah Robot ciptaan orang Islam yang tidak diketahui!
    ➡️ ua-cam.com/video/mg7IRQcN_dI/v-deo.html
    🔥 [ TERBONGKAR ] PENIPUAN SEJARAH YANG DIMAINKAN!
    ➡️ ua-cam.com/video/527geTr1TV4/v-deo.html
    Apabila 'NON-MUSLIM' berbicara tentang Surah Al-Maaidah
    ➡️ ua-cam.com/video/gFz1jDMbQn8/v-deo.html
    Sejarah Yang Tidak Didendangkan
    ➡️ ua-cam.com/video/kCvY9fkfc8Q/v-deo.html
    'Saya Tak Akan Mati Sebagai MELAYU!!'
    ➡️ ua-cam.com/video/Cb-ZZVBCJKo/v-deo.html
    Kisah P. Ramlee | Yang Diceritakan Oleh Allahyarham Aziz Satar
    ➡️ ua-cam.com/video/759JHribg2w/v-deo.html
    🔥 Kisah Bulan Pernah Dibelah Dua | Berdasarkan Fakta Sejarah & Sains
    [ 🌟 EPISODE 1🌟 ]
    ➡️ ua-cam.com/video/hQLV5TinfTw/v-deo.html
    (sambungan episod 1 hingga 4, ada pada pengakhiran video.. dan ada dipamerkan Link pada description bawah video.. juga ada pada ruangan komen dibawah video setiap episod)

  • @zod8539
    @zod8539 3 роки тому +36

    kepulauan nusantara adalah melayu.org melayu memang hebat.suatu hari akan terbukti.salam dari selatan thailand

  • @orangbiasabasikaltua9570
    @orangbiasabasikaltua9570 3 роки тому +61

    subhanallah, bangsaku satu tika dahulu memang hebat

  • @mohd-adibbasiran1889
    @mohd-adibbasiran1889 3 роки тому +27

    saya dah lama tahu yg Panglima Awang (gelaran sja) adalah manusia pertama yg mengelilingi dunia.kisah ini telah di bongkar oleh ahli2 sejarah Melayu dari universiti tempatan sebelum ini. Persembahan Melayu Tube sangat memudahkan pemahaman kita dlm memahami sejarah ini.

  • @Goodday-mw4zg
    @Goodday-mw4zg 3 роки тому +17

    Betul ayah aku nlyan pn die melihat dri bintg angin..dan sbgai nya..kdg aku pn xpham wlupn ayah aku tu xskla tpi tula klbhan die tntg laut.. bkn nk bgga tpi tula hakikat .. org dlu2 dia xda teknolgi mcm skg.

  • @ahmad.8475
    @ahmad.8475 3 роки тому +11

    Pendatang mata sepet di negara kita pernah kata orang melayu bangsa low class.cuba tunjuk video ini pada mereka.biar mereka tahu kegemilangan bangsa melayu.

  • @apitz6491
    @apitz6491 2 роки тому +7

    Setelah tgk film mat kilau terus singgah dtg sini cari fakta2 sebenar tentang bangsa ku iaitu melayu islam, apa2 pun terbaik bangsaku ❤️

  • @dhiyairsyad3435
    @dhiyairsyad3435 3 роки тому +22

    cikgu bm aku pernah cerita pasal henry the black ni, memang tepat dia cerita semua tu

  • @raissaawfiyyah98
    @raissaawfiyyah98 3 роки тому +17

    Kita bangsa berlembut...kita bangsa bertolak ansur..kita bangsa aman...bile kita terleka kita akn di tindas ..

  • @ahmadhassan3289
    @ahmadhassan3289 2 роки тому +7

    Bangun lah dari tidur , melayu islam , jangan lah kita di jajah dalam bentuk baru terutama anak anak muda !

  • @wnrchannel6582
    @wnrchannel6582 2 роки тому +4

    Sejarah dikuasai mereka yang menguasai untuk terus menguasai... Kembalikan melayu di tanah airku

  • @NelayanCerdas
    @NelayanCerdas 3 роки тому +12

    Ilmu Pelaut ni salah satu ilmu yg sgt berharga yg wajar diwarisi oleh orang² Melayu sampai bila². Kita takkan boleh meredah samudera tanpa ilmu....tak payah jauh² smp keliling dunia...10 batu nautika dr pantai pun belum tentu boleh survive kalau tak ada ilmu pelaut.

  • @danialzikri6806
    @danialzikri6806 2 роки тому +8

    MELAYU TAK HILANG DIDUNIA....HIDUPKANLAH BANGSA KITA DENGAN KEKALKAN KATA LAKSMANA!

  • @suciparwati5909
    @suciparwati5909 2 роки тому +4

    Assalamualaikum ww,hidup sejarah melayu,kehilir sehentak galah,kehulu serengkuh dayuang,alam terkembang jadi guru,adat bersedikan syarak,syarak bersendikan kitabullah,slm dari sumatra barat,lautan sakti rantau bertuah,

  • @abdulhamidmanaf8155
    @abdulhamidmanaf8155 3 роки тому +29

    Awas, terdapat profesor2 ahli sejarah Msia yg bukan Melayu nak ubah kurikulum sejarah Msia supaya berpihak kepada bangsa mereka Awas ya

  • @P4YROCkSiLVER007
    @P4YROCkSiLVER007 3 роки тому +20

    Kehebatan bangsa MELAYU... dgn izin ALLAH...

  • @alesyazahra704
    @alesyazahra704 3 роки тому +11

    Patut la melayu digelar pahlawan..yg membebaskan palestin org pahlawan melayu..in syah Allah

  • @norlizamatdalimi690
    @norlizamatdalimi690 2 роки тому +6

    Setiap bangsa di dunia, Allah beri peluang untuk gemilang, maka zaman ini waktu roda gemilang bangsa selain Melayu berada di atas... Jadi tunggulah masa untuk roda gemilang berputar bilamana yang dibawah bakal naik semula. Janji Allah Pasti.

  • @muhamadzulkiflimdzain6711
    @muhamadzulkiflimdzain6711 3 роки тому +8

    Terbaik Melayu tube... memang hebat bangsa Melayu.. terbaik..aku bangga..aku anak melayu...👍

  • @kib4rkanjalurgemil4ng41
    @kib4rkanjalurgemil4ng41 3 роки тому +11

    Betul bani Jawi/Jawa bangsa agong lalu. Telah terlalu byk kajian dr instutsi2 sejarawan kita. Hope sejarah kita dapat dibuktikan bukan shj utk mata pelajaran di Malaysia tetapi hingga ke dunia luar. Sejarah kita banyak dipesongkan dan dibunuh oleh tgn2 talibarut dan penjajah lalu. Kesemua bukti mereka hancurkan utk jd saksi tontonan bangsa anak cucu cicit kita.

  • @amirulnaim5713
    @amirulnaim5713 3 роки тому +27

    Alhamdulillah..ada yg mampu buat video tentang sejarah bangsa aku.. terima kasih...🙏🥰.. kami yg muda2.. mmg xtau sgt pasal sjrh mcm nie.. bkn xnk amik tau..tp kurang nye pendedahan mcm nie..

  • @user-bv1qs6bd4f
    @user-bv1qs6bd4f 2 роки тому +8

    Kelebihan yang diberi oleh Allah kepada bangsa melayu... Masyaallah... جڠن لوڤ توليسن بڠسا كيت جاوي

  • @roamansparrow8585
    @roamansparrow8585 3 роки тому +10

    Bina semula mendam berahi...
    Harta warisan sejarah agung bangsa
    Melayu .

  • @rahmanaman3496
    @rahmanaman3496 3 роки тому +11

    Bangga dgr bangsa melayu ku😍..

  • @windcloud3841
    @windcloud3841 3 роки тому +9

    Bongkar terus kehebatan Melayu, Takkan Melayu hilang di dunia.
    First comment ✌️😄

  • @mohamadramleebinanis9403
    @mohamadramleebinanis9403 3 роки тому +20

    Satu dokumentasi yg sangat bagus. Semoga diteruskan usaha seperti ini demi pengetahuan kita. Terima kasih.

  • @faqrillzulkefli5247
    @faqrillzulkefli5247 3 роки тому +12

    Melayu nusantra akan bangkit satu kekita nanti💪

  • @mohdonn1968
    @mohdonn1968 3 роки тому +24

    Saya sokong....ini cerita benar...

  • @ridwanmadinah2601
    @ridwanmadinah2601 2 роки тому +5

    Salam kebangsaan melayu dr palembang

  • @Bulatcopy
    @Bulatcopy 3 роки тому +5

    Banyak sejarah melayu yg kita tak tahu dari,mongolia, china, vietnam campa

  • @deasmokeyweed
    @deasmokeyweed 3 роки тому +7

    sambil melihat kehebatan bangsaku, telinga punya enjoy METALLICA

  • @zulhilmyzaini7289
    @zulhilmyzaini7289 2 роки тому +2

    Bangsa melayu sentiasa hebat sampai sekarang

  • @uzi7693
    @uzi7693 3 роки тому +19

    Agaknya berapa juta la sejarah melayu yg kita xtau.... Ada hikmahnya kot benda ni berlaku

  • @marizamy3720
    @marizamy3720 3 роки тому +5

    Semoga sejarah yg benar akan dipelajari oleh anak2 malaysia. Silibus sejarah mesti ditonjolkan kehebatan melayu. Pejuang2 melayu yg menentang penjajah adlh golongan agamawan dan ulamak.... Fakta

  • @suhaimichannel8149
    @suhaimichannel8149 3 роки тому +12

    Tanah air ku.. Info terbaik..

  • @idrischedin8265
    @idrischedin8265 3 роки тому +7

    Tksh infomasi..untuk ank ccu kita..👍

  • @saarimohamed2879
    @saarimohamed2879 3 роки тому +7

    Memang org melayu hebat, dia lah yg belayar mengelilingi dunia, kata mama awang, sejarah bgsa asing kafiaq memang jahat

  • @PEMUDASUCCESS
    @PEMUDASUCCESS 3 роки тому +3

    Ada bukti video lagi masyaAllah 👍

  • @AjibengChannel
    @AjibengChannel 3 роки тому +4

    Allahuakbar

  • @jayiskandar6247
    @jayiskandar6247 2 роки тому +1

    Aku bangga menjadi bangsa melayu.. nusantara adalah tanah airku

  • @tarbustarbus8477
    @tarbustarbus8477 3 роки тому +6

    Alhmdulilah terimakasih information..... Teruskan
    👍👍👍

  • @kesepian_86
    @kesepian_86 3 роки тому +7

    Mantap info dan tidak bosan mendengar,penjelasan yang senang difahami,,,teruskan konten ini 😃👍👍👍

  • @Goodday-mw4zg
    @Goodday-mw4zg 3 роки тому +4

    Betul.. arwah atok aku seorg nelyan dri nusantra..

  • @ababeel6544
    @ababeel6544 3 роки тому +6

    Perkongsian yang menarik.. Terima kasih

  • @KaidoRacing
    @KaidoRacing 3 роки тому +10

    Tun M dok canang benda ni lama dah...Awang Hitam aka Henry The black aka Enrique De Malacca. Manusia pertama mengelilingi dunia.

  • @RamoLasiaf
    @RamoLasiaf 3 роки тому +19

    Malays are Polynesian ruled the seas on earth and finally settled in Nusantara 💖

  • @KhairulkharExplorer
    @KhairulkharExplorer 3 роки тому +4

    Cerita best muzik background metallica pun best hehe

  • @mrloudnessoul
    @mrloudnessoul 3 роки тому +9

    Patut la tgk citer kat tv muka2 org latin ne sekali imbas nmpk mcm muka melayu trus auto pindah channel ingatkan citer melayu cintan cintun 😅.. sy rasalah mereka2 yg iras2 melayu ne adalah keturunan henry the black 🤔

  • @mohdfadzlibinabdulkhir4018
    @mohdfadzlibinabdulkhir4018 3 роки тому +5

    Ilmu....Ilmu......Ilmu.....duniawi and alam maya

  • @tropicalifestyleculture6480
    @tropicalifestyleculture6480 3 роки тому +19

    Sebab tu klau hangpa tgk film pirate carrabien.watak jack sparrow tu depa solek gelap2 skit dgn alis mata dia supaya nmpak mcm org melayu.pastu perangai dia mcm gelenyang skit. Prasan x?sebenaqnya depa dah baca salalatus tu...

  • @muhammadfahmi244
    @muhammadfahmi244 3 роки тому +6

    Bangga dilahirkan sebagai melayu islam

  • @confused_guy3443
    @confused_guy3443 3 роки тому +8

    Pape pun backsound tu sempoi . System of down 😁 malaysia tanah air ku 🇲🇾♥️

  • @jacklorenzxo9296
    @jacklorenzxo9296 3 роки тому +5

    Lapu lapu pejuang islam di filipina

  • @srikandiditanahmelayu
    @srikandiditanahmelayu 3 роки тому +4

    Terima kasih admin diatas info sejarah 👍👍👍

  • @syarizansulaiman6554
    @syarizansulaiman6554 3 роки тому +16

    Sebab itu Jack Sparrow tengok kompas cam org tak betul, tapi memang betul dia tak kongsi ilmu dia kat mat Salleh yg jadi Kuli dia

  • @shundianaahmad5026
    @shundianaahmad5026 3 роки тому +3

    Kalau cerita black hawk down pun depa blh muhong..apatah lagi ceta lain..

  • @tocettprchannel7102
    @tocettprchannel7102 3 роки тому +3

    Im proud to be Malay as a Seaman

  • @kudass8174
    @kudass8174 3 роки тому +5

    Baru perasan perbezaan tanah air tu😅

  • @figuramalaya1030
    @figuramalaya1030 3 роки тому +4

    Bila la agaknya pengarah² filem malaysia nak buat cerita² epik melayu yg taraf antarabangsa...

  • @muhammadfadlishahbinali811
    @muhammadfadlishahbinali811 3 роки тому +4

    Tanah Air Ku, Atas Tanah Boleh Hidup Atas Air Pun Boleh Hidup,

  • @gombaumostwanted
    @gombaumostwanted 3 роки тому +8

    Menarik tuan ,teruskan bongkar segalo penipuan penjajah2 yang menipu sejarah anak bangso melayu yang sebona eh

  • @heavysoul2550
    @heavysoul2550 3 роки тому +7

    zaman emas bangsa melayu..

  • @mohdfaizal2640
    @mohdfaizal2640 3 роки тому +3

    Terbaik...!!! #1st comment

  • @kenek76official42
    @kenek76official42 3 роки тому +4

    one piece pn tiru jgk crita org MELAYU

  • @eldorado69996
    @eldorado69996 3 роки тому +3

    Mantap Tuan 👍

  • @fadhilahismail5736
    @fadhilahismail5736 2 роки тому +2

    Sejarah kita banyak dihapuskan.. kehebatan kita tidak dinyatakan mungkin dilenyapkan seperti lenyapnya ilmu2 hebat umat Islam dizaman gemilang...malaka berada dibawah khalifah Uthmaniyah..zaman gemilang Uthmaniyah makan gemilang jugalah malaka.. jatuhnya khilafah maka semua ilmu jatuh ke Eropah.. padahal ketika kita gemilang Eropah ketika itu bangsa yang pengotor...sabun pun x kenal

  • @amnahmohamadkassim2912
    @amnahmohamadkassim2912 3 роки тому +12

    Smga dpt baca sejarah Msia sebenar scpt munkin

  • @nischamalaysia3937
    @nischamalaysia3937 3 роки тому +4

    الله اكبر...

  • @akim2316
    @akim2316 3 роки тому +3

    Hebatnya ilmu bangsa melayu terdahulu

  • @amanakmal713
    @amanakmal713 3 роки тому +5

    Itu la kehebatan melayu,pandai baca alam tanpa kompas.

  • @amarhassan7029
    @amarhassan7029 3 роки тому +5

    Patut saya suka dengan kapal perang

  • @matganu4842
    @matganu4842 3 роки тому +4

    Bersatu teguh bercerai roboh

  • @kaisen1700
    @kaisen1700 3 роки тому +3

    joe flizzow pon ckp org melayu kita hebat

  • @syahriliszahar1498
    @syahriliszahar1498 3 роки тому +2

    👍👍👍👍

  • @muhammadaidzilfalehkuderi9074
    @muhammadaidzilfalehkuderi9074 3 роки тому +3

    Aku orang melaka

  • @jabrullahmuharam3743
    @jabrullahmuharam3743 3 роки тому +1

    Baru tau

  • @MakmomMakmom
    @MakmomMakmom 3 роки тому +4

    Tibe jdi sebak cmpur marah.

  • @mohdmarzuki2869
    @mohdmarzuki2869 2 роки тому

    Ramai yg tak tahu.nama panglima hitam ini ada dikampung tris,lanchang pahang.sejarah kehebatan pelyaran orang melayu.

  • @RAJ_-rn9og
    @RAJ_-rn9og 3 роки тому +1

    🙏🏻🙏🏻🙏🏻

  • @muhammadfarhan-ee5mn
    @muhammadfarhan-ee5mn 3 роки тому +2

    👏👏👏👏👏👏

  • @mohdazlanbinsulaiman3973
    @mohdazlanbinsulaiman3973 2 роки тому +2

    Datu lapu lapu pejuang islam nusantara lebih hebat menumpas tewaskan ferdinand magelan

  • @suhairirohani3593
    @suhairirohani3593 3 роки тому +3

    😍😍😍👍

  • @saefsaef4465
    @saefsaef4465 3 роки тому +2

    😎👍

  • @arifadam949
    @arifadam949 3 роки тому +5

    Tak melayu hilang didunia

  • @danish8036
    @danish8036 2 роки тому

    Nusantara akan bangkit di akhir zaman..itu janji allah.. mari lh kita berdoa kepada allah semoga menjaga baik keturunan melayu..

  • @MdKhairul_1991
    @MdKhairul_1991 3 роки тому +4

    🇲🇾💪🏻⚓️🏴‍☠️

  • @lukisansuaraalam1274
    @lukisansuaraalam1274 3 роки тому +1

    raja dah takda, modal pun takda tak boleh pi jauh lagi...😔

  • @afifiman5858
    @afifiman5858 3 роки тому +1

    Sy da subscribe

    • @melayu
      @melayu  3 роки тому +1

      Terima Kasih Afif Iman... 🤝

  • @hiykhayattunnila9128
    @hiykhayattunnila9128 3 роки тому

    👍

  • @erwimwin5638
    @erwimwin5638 Рік тому +2

    Panglima Awang berasal dari Maluku dan pergi ke Palembang dan pergi ke melaka

  • @abgmodal5378
    @abgmodal5378 3 роки тому +2

    PengeGAr dunia