Saya sudah membaca buku karya Raihani Mohd Saaid berjudul “Suara Nusa Dalam Filem-Filem Seniman Agung” (2022). Bagi saya, selepas buku “Kisah Hidup Seniman Agung P. Ramlee” karya SN Abdullah Hussain (2016); inilah buku yang juga memiliki susunan bahasa sangat indah dan mengenyangkan. Tahniah…Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
Seronok dengar kalau ada karyawan sastera yang begitu bersemangat bercerita tentang Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Banyak boleh kita pelajari dan ambil pengajaran tentang sosok seseorang.
1:25:31 part scene dan dialog terakhir p ramlee dan ar tompel dalam filem terakhirnya laksamana doremi tu mmg mind blowing..fuh padu observation Puan Raihani.. good luck and all the best 🙌🏼
@@TDL1900tontonlah keseluruhan..Puan Rai layak mengepalai bahagian think tank projek yang DKhai dn Adlin nak buat..saya tonton filem sekadar tonton tapi Puan Rai punya optik perspektif sgt berbeza.. seolah dia pergi kedalam filem itu.. amazing researcher..
Assalamualaikum Warga Legasi Podcast Sembang Sambung, semakin lama menu utama yang disajikan semakin mendalam kupasan menu yang dibuat sehingga menusuk ke kalbu dan hati sanubari pendengar penglihat, pengkaji dan juga pesakit-pesakit yang semakin bertambah dalam menghayati perjalanan kisah dari seniman Agung Tan Sri P. Ramlee, dari mula dilahirkan, meniarap, merangkak , berdirinya beliau, bertatih-tatih, kemudian berlari, tumbuh remaja dan meniti bibit-bibit indah dalam hidupnya, kemudian tersergam dan terserlah zaman kegemilangan beliau waktu dewasa, dan akhir dari legenda beliau diwaktu sudah matang. Mantap dan syabas Legasi Podcast sembang biar berisi, biar ada solusi, sambung kalau bukan kita siapa lagi.
Seronok bila sesi bedah dari sudut pandang lain, yang tengok tapi tak pernah terfikir. lebih-lebih lagi dari watak wanita... terima kasih Siti Raihani Mohd Saaid !!
Tidak ada jalan pulang d kata adlin..tiada jalan taubat kata rahani tetapi jalan "taubat" sudah tercapai apabila kita sudah mengenali & menyayangi p.ramlee.. p.ramlee membuat hati kita menjadi manusia hilang rasa monoton..membuat penulis buku2 kisah p.ramlee menjadi bervariasi & berbunga2 bercerita tentang p.ramlee.. which in my own words he is a human angel❤.
Saya sangat bersetuju dengan pandangan saudari Raihani dalam perbincangan topik adaptasi novel IMAM ke layar perak. Saya sebagai pembaca dan penonton naskhah tersebut, turut kecewa dengan kepincangan jalan cerita yang dibawa ke panggung. Temuduga antara Imam dengan pegawai Jabatan Agama yang saudari Raihani maksudkan juga memang satu adegan yang turut saya ternanti-nanti, namun begitu hambar sekali garapannya. Bab tersebut di dalam novel ditulis panjang lebar dan sebagai pembaca, bab itulah yang menggerakkan dan mengubah pandangan dan fikiran pembaca terhadap persepsi fahaman dan pegangan agama antara kaum Tua dan Muda secara ilmiah di dalam bentuk penulisan yang sangat sempurna, santai dan mendebarkan! Masyarakat Islam di negara kita sekarang sibuk berbalah mengenai aliran, menuduh itu ini, sedangkan Abdullah Hussain sudah pun membahas situasi ini sejak 30 tahun dahulu. Bagi yang berkelapangan, bolehla membaca novel ini, dan kaitkan dengan situasi yang masih berlaku sehinggalah ke hari ini, malah lebih extrim dan membahayakan. (Baca kes: sepak dan pukul orang kurang siuman di dalam masjid, exploitasi manusia di dalam organisasi GISB, perbalahan mengenai fatwa negeri Perlis, dan lain-lain)
Alhamdulilah dengan ada Legasi podcast ni saya sebagai peminat karya P.Ramlee lebih faham sejarah filem di Malaysia. Saya turut bangga sebab anak2 pun sama suka menonton filem P.Ramlee & dalam masa yg sama sy boleh ceritakan bagaimana keadaan hidup walaupun sy bukan la hidup di zaman tu. Sy lahir pada penghujung 80' & anak generasi Alpha. Pada sy pendedahan ilmiah begini amat penting. Kami parents boleh gunakan sebagai medium pembelajaran secara tak formal. Jadi barulah generasi sekarang kenal & sayang dengan budaya sendiri.
Bagi aku secara peribadi Puan Raihani adlh guest yg berada dlm senarai top 3 'pesakit' heavyweight yg memerlukan part 2, sbb 'pesakit' episod ke18 ini tlh membuka lagi 1 pintu makrifat yg dlm👏👏👏
Gossebump giler!!! part last digambarkan.. dimana diangkat kedudukannya beliau sendiri kepada sang penciptaNya melalui medium film..beliau mempunyai jiwa dan rasa sudah tentu beliau nak berada ditempat yang baik dan meninggal dunia dlm khusnul Khatimah...ataupun beliau dar fikir kan lebih serius dakwahnya dengan karya2 yg lebih Islamik selepas itu....even dar ada pun suntikan dakwah dlm film nyer tahniah LEGASI SEMBANG SAMBUNG PODCAST harap ada PENEMUAN2 BAHARU..yang mengangkat SENIMAN AGONG TAN SRI PRAMLEE..bukan sekadar kisah yang biasa kita dengar seperti masalah rumah tangga dll..dan sangat SETUJU dengan pertanyaan puan RAIHANI 1:21:31 bagaimana Tan Sri Pramlee dapat buat sebuah Naskhah dari sapa beliau bertanya...kerana Tan Sri Pramlee ini sangat Genius bila menghasilkan Karyanya..
Sepanjang pemerhatian saya menonton semua episod Legasi Podcast ini ,saya agak kagum melihat betapa komitednya Tn Adlin dan Datuk Khai untuk mencari/mengorek segala sumber tntg Seniman Agung kita.Dan betapa detailnya pencarian kalian berdua untuk menjadikan naskhah Biografik ini menjadi sesempurna mungkin.Dan juga bagi saya soalan2 yg dilontarkan kepada guest sangatlah genius untuk mengeluarkan segala catatan terpendam tentang Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan generasi perfileman dizamannya.Syabas kepada anda berdua. Saya percaya Biografi P Ramlee yang bakal dikeluarkan nnti adalah salah satu naskhah yang terbaik sepanjang zaman , inshaallah Btw saya peminat Adlin dalam bidang lakonan.
Untuk aku peribadi, bila nak cakna pasal politik, ekonomi n isu semasa ..aku layan Keluar Sekejap.. Bila nak mood relax n happy..aku layan DolPodcast.. But Legasi Podcast ni lain sangat level dia..walaupun pasal dunia hiburan juga but isi dan kupasan mereka dalam konteks yg sangat INTELEK yg cukup dgn element happy, lawak, sedih, ringan, berat etc.. Salute!! 😎
Aku Rasa inilah dia polytrauma with severe p.ramlee injury yg kualiti dia tak Ada pada org lain,,,trima kasih atas perkongsian,,,,maaf Kata ini gila punya org,gila punya knowledge 🫡 salute
Adlin aman ramli ni memang bijak. The way he articulated his words tu sangat bsgus. Aku rasa bila dengar dia cakap macam senang je nak faham sebab idea dia jelas, kalau ambik phd mesti boleh
Datang dengan "Chinta", Balik dengan "ketawa" "Cinta" dialok pertama dilafazkan P.Ramlee dalam filem pertamanya Chinta1948 untuk memanggil watak Chinta heroin filem tersebut Siput Sarawak Primadona Sulung Perfileman Melayu. Filem Melayu bermula dng laila Majnun 1933 pastinya sudah mula ada hero & heroin era sebelum perang (termasuk Mak Dara,& Momo Latif) tapi mereka sekadar heroin belom ada yang capai tahap PRIMADONA seperti Siput Sarawak yg mendadak masyhur sejak penampilan pertamanya Singapura di waktu malam 1947(filem pertama lepas tamat perang dunia) org ramai berbonggol-bonggol ke pawagam berebut nak tengok Siput Sarawak. Pulang dengan "ketawa" macam dihuraikan panel jemputan, melarikan diri dari mengkudu masak lakonan Minah Yem, Mak Enon & sorg lg. Mak Enon pon Primadona dia era bangsawan yg selalu reject tawaran P.Ramlee sampai dah tua baru dia terima. Doremi terbang ke langit bertiga 2 dijumput terus ke langit tinggalkan Ibrahim din keseorangan. Sebaliknya bujang lapok 1 dijemput tinggalkan 2 untuk teruskan perjuangan. Al Fatihah.
antara perkara menarik filem p. ramlee ni dye tunjukkan suasana pada ketika itu. seperti filem masam manis, suasana kuala lumpur pada tahun 60an, filem anak bapak suasana di klang, gombak. filem labu labi suasana di singapura.
dlm dokumentari p ramlee.. yg sebelum ini.. ada komentar mengatakan yg hasil filem P Ramlee yg bagus adalah kerana support system dia yg kuat spt.. unlimted budget drp shaw brother.. penyumbang-penyumbang idea ttg skrip dsb.. jadi dlm biopik yg akan wat ni.. sy nak filem itu hightlight the clear process, strategy, factor that how to make a good film. for everyone such as film maker, gov to grab.. tq tq
Benar. Pengarah2 selepas P.Ramlee hampir tiada yang ada ilmu mcm beliau. Pengarah2 sekarang hampir tak faham ilmu semiotic. Kalau yang art, terlalu art pulak. kalau komersil, sampai takde seni langsung.
Skrip dlm 3 abdul p.ramle kata rumah akan runtuh lagi 3-4 tahun kemudian tutup studio jalan ampas Laksamana Doremi P Ramlee naik ke langit dgn tikat pandan terbang filem terakhir arwah. fuhh terbaik legasi podcast bongkar selam korek gali sperti sesiapa yg menonton dia berada dlm timeline tersebut
Seniwati Saadiah selalu dapat watak wanita melayu tulen yang bijak, penuh belas kasih sayang, yang menjadi kunci penyelesaian masalah dalam filem2nya macam Puspa Wangi, Azizah, Tengku Zaleha, juga sang pejuang cinta yang setia macam Melor, Dara & salmah dalam Sarjan Hassan.
Video "LP18 | Raihani Pengkaji Fikiran P. Ramlee" menawarkan perspektif yang menarik dan mendalam tentang legasi P. Ramlee, khususnya dari sudut pemikiran dan karya beliau. Berikut adalah beberapa pandangan bernas mengenai video tersebut: Konteks Pemikiran P. Ramlee Raihani sebagai pengkaji pemikiran P. Ramlee membawa dimensi baru dalam memahami karya seniman agung ini. Fokus terhadap bagaimana P. Ramlee mengolah isu-isu sosial, budaya, dan politik melalui filem dan muziknya menjadikan diskusi ini sangat relevan untuk memahami konteks sejarah dan perkembangan seni Malaysia. Sumbangan P. Ramlee kepada Budaya Malaysia Video ini berjaya menonjolkan bagaimana karya-karya P. Ramlee bukan sekadar hiburan, tetapi juga medium kritikan sosial. Pemikiran beliau terhadap isu seperti keadilan sosial, kemiskinan, dan hubungan manusia dikupas dengan baik oleh Raihani. Analisis Berasaskan Kajian Raihani memberikan analisis yang berasaskan kajian akademik, menjadikan perbincangan ini lebih mendalam. Penonton dapat menghargai karya P. Ramlee bukan hanya sebagai produk seni, tetapi juga sebagai refleksi pemikiran yang kompleks. Inspirasi untuk Generasi Muda Video ini dapat memberi inspirasi kepada generasi muda untuk lebih menghargai dan meneruskan legasi P. Ramlee, bukan hanya sebagai ikon hiburan tetapi sebagai pemikir yang membawa perubahan melalui seni. Persembahan yang Menghidupkan Legasi Cara diskusi ini disampaikan menjadikan ia mudah difahami oleh penonton umum sambil mengekalkan nilai intelektual. Ia memperlihatkan bahawa legasi P. Ramlee tetap relevan dan boleh menjadi rujukan untuk memahami cabaran semasa. Secara keseluruhannya, video ini bukan sahaja memberi penghormatan kepada P. Ramlee tetapi juga mengajak penonton untuk merenung kembali nilai-nilai yang dibawa oleh beliau dalam karyanya. Ia adalah satu penghargaan yang sangat baik kepada ikon seni Malaysia dan wajar ditonton oleh mereka yang menghargai warisan budaya.
P. Ramlee sebagai Ikon Reformasi Sosial Video ini menonjolkan bagaimana karya P. Ramlee sering kali mencerminkan keadaan masyarakat zamannya, termasuk isu-isu ketidaksamaan sosial dan perjuangan kelas. Raihani berjaya menerangkan bagaimana filem seperti Antara Dua Darjat dan Penarik Beca membawa mesej sosial yang tajam tetapi tetap dapat diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat. Peranan Filem sebagai Cermin Budaya P. Ramlee menggunakan filem sebagai platform untuk menonjolkan identiti budaya Melayu sambil mencabar norma-norma yang mengikat masyarakat pada waktu itu. Video ini memperlihatkan bagaimana beliau berjaya menyuntik nilai-nilai progresif ke dalam seni tradisional tanpa kehilangan keasliannya. Dimensi Humanisme dalam Karya P. Ramlee Raihani mengupas dengan baik sisi humanisme dalam karya-karya P. Ramlee, menunjukkan bagaimana watak-watak dalam filemnya sering kali digambarkan sebagai manusia biasa yang kompleks, dengan kekuatan dan kelemahan yang seimbang. Ini menjadikan karya beliau dekat di hati penonton. Penyampaian Emosi Melalui Seni Diskusi ini juga mengetengahkan kebolehan luar biasa P. Ramlee dalam menyampaikan emosi melalui muzik dan lakonan. Raihani menjelaskan bagaimana melodi dan lirik dalam lagu-lagunya selari dengan naratif filem, memperkuatkan impak emosional terhadap penonton. Relevansi P. Ramlee dalam Konteks Moden Salah satu mesej penting dari video ini adalah relevansi karya P. Ramlee dalam dunia moden. Perbincangan ini mengajak penonton untuk melihat kembali nilai-nilai dalam karya beliau, yang boleh menjadi panduan dalam menghadapi cabaran masa kini, terutamanya dalam aspek keadilan sosial dan perpaduan masyarakat. Pendekatan Akademik yang Menghidupkan Diskusi Raihani tidak hanya berbicara sebagai seorang pengkaji, tetapi juga sebagai individu yang memahami nilai seni dan emosinya. Pendekatan akademik beliau menjadikan diskusi ini berwibawa, tetapi masih dekat di hati penonton. Kesan Nostalgia yang Membina Video ini bukan sekadar mengimbau kenangan, tetapi juga mengajak penonton untuk melihat karya P. Ramlee sebagai sesuatu yang masih hidup dan terus memberi kesan. Ia mengukuhkan pandangan bahawa seni yang baik akan terus melampaui zaman.
Pendapat saya, Filem lama ada lagu sebab sebagai hiburan kepada penonton di pawagam. Zaman tu filem antara wadah hiburan, jadi dalam cerita ada lagu. Zaman sekarang, semua nak pantas, tonton video pun suka yang pendek2.
Analisis terakhir sama ada kebetulan atau tidak membuka mata penonton berfikir balik, naik ke langit dlm keadaan ketawa dan sudah tidak kisah kehidupan di bawah akhir perjalanan filem terakhir.
@@raihanirai5967 i see. Patutlah puan or I must call you Dr. mengeluarkan dan mengulas fakta seperti bertih jagung. Saya suka bila seseorang pensyarah dan penyelidik passionates about her/his niche. Itu yang membuatkan pelajar atau pendengar nak lagi dan lagi. Semoga Dr ditawarkan mengajar di mana-mana institusi pendidikan.
Dato Khai mohon jemput Adly Syairi Ramly. Beliau seorang pendokumen juga, mana tahu ada koleksi yang terkait dengan legasi dan terutamanya projek P Ramlee ini. Beberapa tahun lepas juga beliau kolaborasi bersama Naza The Times hasilkan buku Psyche Agogo yang mendokumenkan kugiran² era 60-70an di Malaya & Singapura.
Saya rasa soalan peribadi tentang P.Ramlee kurang sesuai utk ditujukan pada Pn Raihani. Dia lebih kepada pengkaji karya P.Ramlee. Memang tak dinafikan penggiat seni mengambil banyak ilham dari kehidupan seharian. Tetapi saya rasa pengamatan Pn Raihani tepat bahawa persekitaran P.Ramlee, tentang sosiologi , social hierarki dan politik zaman tu lebih banyak menjadi inspirasi untuk beliau.
Bagi saya contoh adaptasi terbaik daripada novel ke filem ialah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Walaupun tak selengkap novel,tapi filemnya beri keadilan kepada naskhah masterpiece Buya Hamka.
Maybe ada beberapa faktor kenapa ada adaptasi dari buku atau novel kadangkala tak sampai sepenuhnya bila diangkat jadi filem. Salah satu sebab ialah mungkin ia bergantung kepada sejauh mana kualiti "treatment" seseorang pengarah tu untuk dia jelmakan penulisan dari penulisan buku atau novel ke dalam bentuk visual. Selain tu, mungkin ada adegan tertentu yang perlu kos tinggi untuk divisualkan dengan baik. Saya juga amat bersetuju dengan idea melibatkan golongan intelektual atau ahli akademik dalam penghasilan sesuatu filem. Ini boleh bantu sampaikan filem yang lebih bermakna dan berisi, bukan sekadar hiburan kosong.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh. Episod yang ke 18, LEGASI PODCAST menjemput seorang Srikandi Pena Warisan Seni iaitu Profesor Siti Raihani Mohd Saaid. seorang karyawan Penulis terkenal dan di hormati. Penceritaan Professor dalam karya2 Tan Sri P.Ramlee adalah tepat sekali tentang message yang di sampai bercorak pendidikan membina tata rakyat dan kesedaran diri yang menunjuk kan satu keperluan asas dalam kehidupan bagi masyarakat berbilang kaum di negara kita Malaysia. Saya setuju dengan Tuan Adlin berpendapat bahawa kreativiti dan mutu hasil dari golongan sasterawan Tan Sri P.Ramlee yang terdahulu, harus ada pada karyawan seni pada masa ini adalah kerana ini akan mencetus kualiti hasil karya yang baik dan berdaya saing. Saya setuju dengan Professor bahawa karya penulisan tanahair harus di adaptasi kan menjadi sebuah filem mengikut tatacara pembikinan filem dengan betul supaya hasil karya penulisan tanahair yang berkualiti ini dapat di sampai kepada masyarakat Malaysia dengan lebih jelas dan mudah di fahami mengikut cara2 golongan sasterawan Tan Sri P.Ramlee yang terdahulu. Saya juga setuju dengan Dato’ Khai bahawa karya2 penulisan tanahair yang mempunyai jalan cerita yang terperinci adalah wajar di adaptasi kan ke Telemovie atau Drama Bersiri adalah kerana message yang di di sampai akan menjadi lebih lengkap dan amat mudah di fahami seperti dalam karya penulisan. Episod kali ini, amat banyak ilmu yang saya dapat, saya berharap Profesor Siti Raihani Mohd Saaid terus kan usaha2 dalam menjayakan hasil karya penulisan di masa akan datang dan memberi pendapat dan penjelasan serta kerjasama bersama penggiat seni tanahair dalam membentuk hasil karya filem Negara yang terbaik dan bermutu tinggi. Saya berpendapat untuk pembikinan filem BIOPIK P.Ramlie, adalah amat wajar melantik Professor Siti Raihani sebagai seorang Penasihat Utama dalam pembikinan filem BIOPIK P.Ramlee. Saya yakin message yang di sampai kan dalam filem ini akan menampakkan kualiti terbaik lebih2 lagi tatacara golongan sasterawan Tan Sri P.Ramlee yang terdahulu berputik kembali pada masa ini dan akan menjadi contoh kepada penggiat2 seni ketika ini. Terima kaseh kepada Tuan Adlin dan Dato’ Khai serta tetamu kita hari ini Professor Siti Raihani Mohd Saaid dalam perkongsian ilmu episod kali ini.
sekadar cadangan, mungkin nanti legasi boleh cuba jemput ag coco atau adly syairi ramly yang pernah terlibat dalam pembikinan album p ramlee..satu indiepretasi..lagu lagu p ramlee yang digubah semula oleh pemuzik indie yang dikumpul dalam satu album
Baru kita tahu kehebatan filem filem p ramlee adalah kerana skrip dan storyboard yg di hasilkan melalui pasukan tink tank yg hebat serta influence dari sasterawan sasterawan negara yg hebat pada masa itu..jd kepada pengarah pengarah filem di luar sana make sure dapatkan skrip story board yg hebat insya Allah filem anda akn menjadi hebat jgk
Kita memang komen spontan sebab nak cakap tulus kata orang Takde corner2..jalan straight aje. Masa giliran Encik Sazali....rasa bersemangat/ tulis komen macam2.😅 Adlin pun baru pertama kali kita dengar..angkat habis! Ada lagi oomph Adlin dan Khai..ofc Tetamu tak kenal tapi tabik..orang pass tinggi Uni..menang bnyk anugerah tulis mendalam tentang P.Ramlee...her major. Oh ibu Puan in Sasterawan kemuka😊 Dah nak wat guano.. Tangan takleh nak komentar bnyk.. Takat ni je..guys.. Tahulah.. Tadak elektrik sparks coming from tamu..😊
Ye betul mereka last babak tukar terbang tu p.ramlee Dan tompel saje berdailog atas tukar maknanye mereka berdua memang dpt rase kan bahawa mereka akan pergi selamanye ..begitu lah hamba allah yg ade ilmu tauhid Dan tasauf dekat dgn penciptanye ...tompel pergi dulu kemudian pramlee menyusul kan pada awal nye tompel lah yg susah bertugas Di Shaw kemudian p.ranlee masuk . Mereka bekerja mcm2 kerje selain berlakon dah menyanyi dlm filem masing2
Last nya p.ramlee kembali ke ramatuallah dlm filem laksamana do,re,me berkaitan dng kematian p.ramlee naik kelangit bersama artompel juga.pada29,may 1973 cam tahu -2je dia nk meninggal dunia.
P.Ramlee sepatutnya diberi Anugerah TUN.....Tan Sri rasanya masih tidak cukup untuknya. Nama Melayu selepas Hang Tuah adalah P.Ramlee adalah nama yang seringkali disebut orang di Abad ini. Wallahuaklam.
11:29am @ 24/11/2025 Jumaat. #PodcastLegasiSembangSambung Aku da tak sabau tggu Episod-19 Norliah Ghani,da 3 hari menanti kemunculan Video Ep.19 yg tak kunjung tiba lg??😢😢
Saya sudah membaca buku karya Raihani Mohd Saaid berjudul “Suara Nusa Dalam Filem-Filem Seniman Agung” (2022). Bagi saya, selepas buku “Kisah Hidup Seniman Agung P. Ramlee” karya SN Abdullah Hussain (2016); inilah buku yang juga memiliki susunan bahasa sangat indah dan mengenyangkan. Tahniah…Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
Alhamdulillah,terima kasih Dato'. 🙏🏻
Terbaik Dato'. Kami sangat menanti-nanti akan kehadiran Dato' di sesi podcast ini akan datang 😊
coming soon ustaz badli shah pulak.. please.. 😁😁❤❤
@@raihanirai5967... Assalamualaikum Puan...dimana boleh saya dapatkan buku ini ye?
mintak adlin ngan Dato bawak Dato Badlishah
Seronok dengar kalau ada karyawan sastera yang begitu bersemangat bercerita tentang Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Banyak boleh kita pelajari dan ambil pengajaran tentang sosok seseorang.
Terima kasih. 🙏🏻
1:25:31 part scene dan dialog terakhir p ramlee dan ar tompel dalam filem terakhirnya laksamana doremi tu mmg mind blowing..fuh padu observation Puan Raihani.. good luck and all the best 🙌🏼
Goosebumps lol
Mula2 rasa macam nak skip je episod ni, tapi timestamp yg saudara bagi tu terus menambahkan hype nak tengok dari mula sampai habis. TQ.
@@TDL1900 btul tu...slalu tgk bla da guest.yg kta knal ja kn hehehe
@@TDL1900tontonlah keseluruhan..Puan Rai layak mengepalai bahagian think tank projek yang DKhai dn Adlin nak buat..saya tonton filem sekadar tonton tapi Puan Rai punya optik perspektif sgt berbeza.. seolah dia pergi kedalam filem itu.. amazing researcher..
tetiba ter flash back scene tu..
Pergghh mindblown teruk aku dengar part last tu 🤯🤩
Betul sangat2 terkesan part last
Assalamualaikum Warga Legasi Podcast Sembang Sambung, semakin lama menu utama yang disajikan semakin mendalam kupasan menu yang dibuat sehingga menusuk ke kalbu dan hati sanubari pendengar penglihat, pengkaji dan juga pesakit-pesakit yang semakin bertambah dalam menghayati perjalanan kisah dari seniman Agung Tan Sri P. Ramlee, dari mula dilahirkan, meniarap, merangkak , berdirinya beliau, bertatih-tatih, kemudian berlari, tumbuh remaja dan meniti bibit-bibit indah dalam hidupnya, kemudian tersergam dan terserlah zaman kegemilangan beliau waktu dewasa, dan akhir dari legenda beliau diwaktu sudah matang. Mantap dan syabas Legasi Podcast sembang biar berisi, biar ada solusi, sambung kalau bukan kita siapa lagi.
Perghhhhh 2 mnggu weii nk tunggu guest baru😂😂😂lanjut terus legasi, kalau bukan anda yang tayang akan buat kami tertunggu tunggu lagi😅😅 MANTAPPPPP....
Seronok bila sesi bedah dari sudut pandang lain, yang tengok tapi tak pernah terfikir. lebih-lebih lagi dari watak wanita... terima kasih Siti Raihani Mohd Saaid !!
Terima kasih. 🙏🏻
Sgt mengkagum kan cerita Dan pengetahuan puan raihani...
Legasi yg selalu saya tunggu dan.nantikan selalu.....dapat satu pengetahuan...❤
episod kali ni rasanya byk unsur2 ilmiah .. dan paling best tgok bila Adlin pandai susun ayat utk bertanya soalan... betul2 next level podcast cmni
Tidak ada jalan pulang d kata adlin..tiada jalan taubat kata rahani tetapi jalan "taubat" sudah tercapai apabila kita sudah mengenali & menyayangi p.ramlee.. p.ramlee membuat hati kita menjadi manusia hilang rasa monoton..membuat penulis buku2 kisah p.ramlee menjadi bervariasi & berbunga2 bercerita tentang p.ramlee.. which in my own words he is a human angel❤.
Saya sangat bersetuju dengan pandangan saudari Raihani dalam perbincangan topik adaptasi novel IMAM ke layar perak.
Saya sebagai pembaca dan penonton naskhah tersebut, turut kecewa dengan kepincangan jalan cerita yang dibawa ke panggung.
Temuduga antara Imam dengan pegawai Jabatan Agama yang saudari Raihani maksudkan juga memang satu adegan yang turut saya ternanti-nanti, namun begitu hambar sekali garapannya. Bab tersebut di dalam novel ditulis panjang lebar dan sebagai pembaca, bab itulah yang menggerakkan dan mengubah pandangan dan fikiran pembaca terhadap persepsi fahaman dan pegangan agama antara kaum Tua dan Muda secara ilmiah di dalam bentuk penulisan yang sangat sempurna, santai dan mendebarkan!
Masyarakat Islam di negara kita sekarang sibuk berbalah mengenai aliran, menuduh itu ini, sedangkan Abdullah Hussain sudah pun membahas situasi ini sejak 30 tahun dahulu. Bagi yang berkelapangan, bolehla membaca novel ini, dan kaitkan dengan situasi yang masih berlaku sehinggalah ke hari ini, malah lebih extrim dan membahayakan. (Baca kes: sepak dan pukul orang kurang siuman di dalam masjid, exploitasi manusia di dalam organisasi GISB, perbalahan mengenai fatwa negeri Perlis, dan lain-lain)
Alhamdulilah dengan ada Legasi podcast ni saya sebagai peminat karya P.Ramlee lebih faham sejarah filem di Malaysia. Saya turut bangga sebab anak2 pun sama suka menonton filem P.Ramlee & dalam masa yg sama sy boleh ceritakan bagaimana keadaan hidup walaupun sy bukan la hidup di zaman tu. Sy lahir pada penghujung 80' & anak generasi Alpha. Pada sy pendedahan ilmiah begini amat penting. Kami parents boleh gunakan sebagai medium pembelajaran secara tak formal. Jadi barulah generasi sekarang kenal & sayang dengan budaya sendiri.
Bagi aku secara peribadi Puan Raihani adlh guest yg berada dlm senarai top 3 'pesakit' heavyweight yg memerlukan part 2, sbb 'pesakit' episod ke18 ini tlh membuka lagi 1 pintu makrifat yg dlm👏👏👏
Gossebump giler!!! part last digambarkan.. dimana diangkat kedudukannya beliau sendiri kepada sang penciptaNya melalui medium film..beliau mempunyai jiwa dan rasa sudah tentu beliau nak berada ditempat yang baik dan meninggal dunia dlm khusnul Khatimah...ataupun beliau dar fikir kan lebih serius dakwahnya dengan karya2 yg lebih Islamik selepas itu....even dar ada pun suntikan dakwah dlm film nyer tahniah LEGASI SEMBANG SAMBUNG PODCAST harap ada PENEMUAN2 BAHARU..yang mengangkat SENIMAN AGONG TAN SRI PRAMLEE..bukan sekadar kisah yang biasa kita dengar seperti masalah rumah tangga dll..dan sangat SETUJU dengan pertanyaan puan RAIHANI 1:21:31 bagaimana Tan Sri Pramlee dapat buat sebuah Naskhah dari sapa beliau bertanya...kerana Tan Sri Pramlee ini sangat Genius bila menghasilkan Karyanya..
TAN SRI P.RAMLEE NI DIA ADALAH WALI.... WALI SENI.
Allahuakbar. Part terakhir tu betul2 mindblow.
Legasi boleh jemput Dato Johan Jaafar, analisa filem P Ramlee dia pun tajam. best juga kalau buah pandangan dia dikongsikan di podcast..
Terbaik Kak Rai 👍👍👍
Yeayyyyyy dah ada new guest 🎉
Suka bila korang buat episod orang2 'sakit' camni.. Banyak benda kita tak tahu, jadi tahu
Pehhh power gila Raihani, the way dia interpret memang lain, and ending tu pehh superb
Sepanjang pemerhatian saya menonton semua episod Legasi Podcast ini ,saya agak kagum melihat betapa komitednya Tn Adlin dan Datuk Khai untuk mencari/mengorek segala sumber tntg Seniman Agung kita.Dan betapa detailnya pencarian kalian berdua untuk menjadikan naskhah Biografik ini menjadi sesempurna mungkin.Dan juga bagi saya soalan2 yg dilontarkan kepada guest sangatlah genius untuk mengeluarkan segala catatan terpendam tentang Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan generasi perfileman dizamannya.Syabas kepada anda berdua. Saya percaya Biografi P Ramlee yang bakal dikeluarkan nnti adalah salah satu naskhah yang terbaik sepanjang zaman , inshaallah Btw saya peminat Adlin dalam bidang lakonan.
Untuk aku peribadi, bila nak cakna pasal politik, ekonomi n isu semasa ..aku layan Keluar Sekejap..
Bila nak mood relax n happy..aku layan DolPodcast..
But Legasi Podcast ni lain sangat level dia..walaupun pasal dunia hiburan juga but isi dan kupasan mereka dalam konteks yg sangat INTELEK yg cukup dgn element happy, lawak, sedih, ringan, berat etc..
Salute!! 😎
Akhirnya! Thanks Dato Khai & bro AAR!
Puan Raihani menjaga kehormatan wanita2 disamping Allahyarham Tan Sri P Ramlee . ..
Dia pegang pesanan Rohani dalam Madu3 untuk menjaga mertabat kaum wanita.
Aku Rasa inilah dia polytrauma with severe p.ramlee injury yg kualiti dia tak Ada pada org lain,,,trima kasih atas perkongsian,,,,maaf Kata ini gila punya org,gila punya knowledge 🫡 salute
😂😂
steady Kak Rai 👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻
Adlin aman ramli ni memang bijak. The way he articulated his words tu sangat bsgus. Aku rasa bila dengar dia cakap macam senang je nak faham sebab idea dia jelas, kalau ambik phd mesti boleh
Datang dengan "Chinta", Balik dengan "ketawa"
"Cinta" dialok pertama dilafazkan P.Ramlee dalam filem pertamanya Chinta1948 untuk memanggil watak Chinta heroin filem tersebut Siput Sarawak Primadona Sulung Perfileman Melayu. Filem Melayu bermula dng laila Majnun 1933 pastinya sudah mula ada hero & heroin era sebelum perang (termasuk Mak Dara,& Momo Latif) tapi mereka sekadar heroin belom ada yang capai tahap PRIMADONA seperti Siput Sarawak yg mendadak masyhur sejak penampilan pertamanya Singapura di waktu malam 1947(filem pertama lepas tamat perang dunia) org ramai berbonggol-bonggol ke pawagam berebut nak tengok Siput Sarawak.
Pulang dengan "ketawa" macam dihuraikan panel jemputan, melarikan diri dari mengkudu masak lakonan Minah Yem, Mak Enon & sorg lg. Mak Enon pon Primadona dia era bangsawan yg selalu reject tawaran P.Ramlee sampai dah tua baru dia terima.
Doremi terbang ke langit bertiga 2 dijumput terus ke langit tinggalkan Ibrahim din keseorangan.
Sebaliknya bujang lapok 1 dijemput tinggalkan 2 untuk teruskan perjuangan.
Al Fatihah.
antara perkara menarik filem p. ramlee ni dye tunjukkan suasana pada ketika itu. seperti filem masam manis, suasana kuala lumpur pada tahun 60an, filem anak bapak suasana di klang, gombak. filem labu labi suasana di singapura.
Terima kasih Siti Raihani ❤ . Nice session
Terima kasih kembali.🙏🏻
TERBAIKKKK!! 🙌🙌🙌🙌🙌🙌
Tak sabarrrrr nak layann...
Seronok dengar perkongsian Puan Raihani dari sudut yang lain. Dengan cara sudut pandang dan pemikiran beliau.. Terbaik!
Terima kasih.🙏🏻
dlm dokumentari p ramlee.. yg sebelum ini.. ada komentar mengatakan yg hasil filem P Ramlee yg bagus adalah kerana support system dia yg kuat spt.. unlimted budget drp shaw brother.. penyumbang-penyumbang idea ttg skrip dsb..
jadi dlm biopik yg akan wat ni.. sy nak filem itu hightlight the clear process, strategy, factor that how to make a good film. for everyone such as film maker, gov to grab.. tq tq
Naik bulu roma aku di episode ini
Benar. Pengarah2 selepas P.Ramlee hampir tiada yang ada ilmu mcm beliau. Pengarah2 sekarang hampir tak faham ilmu semiotic. Kalau yang art, terlalu art pulak. kalau komersil, sampai takde seni langsung.
Tengok Mat Kilau,macam terlalu berkhutbah pulak. Cringe
Aku sudah gian😂😂x sabaq nak tunggu
Adlin AR you kena baca novel Imam. A treasure spt Ranjau Sepanjang Jalan
Skrip dlm 3 abdul p.ramle kata rumah akan runtuh lagi 3-4 tahun
kemudian tutup studio jalan ampas
Laksamana Doremi P Ramlee naik ke langit dgn tikat pandan terbang filem terakhir arwah. fuhh terbaik legasi podcast bongkar selam korek gali sperti sesiapa yg menonton dia berada dlm timeline tersebut
Seniwati Saadiah selalu dapat watak wanita melayu tulen yang bijak, penuh belas kasih sayang, yang menjadi kunci penyelesaian masalah dalam filem2nya macam Puspa Wangi, Azizah, Tengku Zaleha, juga sang pejuang cinta yang setia macam Melor, Dara & salmah dalam Sarjan Hassan.
Siti Muslihat jangan lupa
Video "LP18 | Raihani Pengkaji Fikiran P. Ramlee" menawarkan perspektif yang menarik dan mendalam tentang legasi P. Ramlee, khususnya dari sudut pemikiran dan karya beliau. Berikut adalah beberapa pandangan bernas mengenai video tersebut:
Konteks Pemikiran P. Ramlee
Raihani sebagai pengkaji pemikiran P. Ramlee membawa dimensi baru dalam memahami karya seniman agung ini. Fokus terhadap bagaimana P. Ramlee mengolah isu-isu sosial, budaya, dan politik melalui filem dan muziknya menjadikan diskusi ini sangat relevan untuk memahami konteks sejarah dan perkembangan seni Malaysia.
Sumbangan P. Ramlee kepada Budaya Malaysia
Video ini berjaya menonjolkan bagaimana karya-karya P. Ramlee bukan sekadar hiburan, tetapi juga medium kritikan sosial. Pemikiran beliau terhadap isu seperti keadilan sosial, kemiskinan, dan hubungan manusia dikupas dengan baik oleh Raihani.
Analisis Berasaskan Kajian
Raihani memberikan analisis yang berasaskan kajian akademik, menjadikan perbincangan ini lebih mendalam. Penonton dapat menghargai karya P. Ramlee bukan hanya sebagai produk seni, tetapi juga sebagai refleksi pemikiran yang kompleks.
Inspirasi untuk Generasi Muda
Video ini dapat memberi inspirasi kepada generasi muda untuk lebih menghargai dan meneruskan legasi P. Ramlee, bukan hanya sebagai ikon hiburan tetapi sebagai pemikir yang membawa perubahan melalui seni.
Persembahan yang Menghidupkan Legasi
Cara diskusi ini disampaikan menjadikan ia mudah difahami oleh penonton umum sambil mengekalkan nilai intelektual. Ia memperlihatkan bahawa legasi P. Ramlee tetap relevan dan boleh menjadi rujukan untuk memahami cabaran semasa.
Secara keseluruhannya, video ini bukan sahaja memberi penghormatan kepada P. Ramlee tetapi juga mengajak penonton untuk merenung kembali nilai-nilai yang dibawa oleh beliau dalam karyanya. Ia adalah satu penghargaan yang sangat baik kepada ikon seni Malaysia dan wajar ditonton oleh mereka yang menghargai warisan budaya.
P. Ramlee sebagai Ikon Reformasi Sosial
Video ini menonjolkan bagaimana karya P. Ramlee sering kali mencerminkan keadaan masyarakat zamannya, termasuk isu-isu ketidaksamaan sosial dan perjuangan kelas. Raihani berjaya menerangkan bagaimana filem seperti Antara Dua Darjat dan Penarik Beca membawa mesej sosial yang tajam tetapi tetap dapat diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Peranan Filem sebagai Cermin Budaya
P. Ramlee menggunakan filem sebagai platform untuk menonjolkan identiti budaya Melayu sambil mencabar norma-norma yang mengikat masyarakat pada waktu itu. Video ini memperlihatkan bagaimana beliau berjaya menyuntik nilai-nilai progresif ke dalam seni tradisional tanpa kehilangan keasliannya.
Dimensi Humanisme dalam Karya P. Ramlee
Raihani mengupas dengan baik sisi humanisme dalam karya-karya P. Ramlee, menunjukkan bagaimana watak-watak dalam filemnya sering kali digambarkan sebagai manusia biasa yang kompleks, dengan kekuatan dan kelemahan yang seimbang. Ini menjadikan karya beliau dekat di hati penonton.
Penyampaian Emosi Melalui Seni
Diskusi ini juga mengetengahkan kebolehan luar biasa P. Ramlee dalam menyampaikan emosi melalui muzik dan lakonan. Raihani menjelaskan bagaimana melodi dan lirik dalam lagu-lagunya selari dengan naratif filem, memperkuatkan impak emosional terhadap penonton.
Relevansi P. Ramlee dalam Konteks Moden
Salah satu mesej penting dari video ini adalah relevansi karya P. Ramlee dalam dunia moden. Perbincangan ini mengajak penonton untuk melihat kembali nilai-nilai dalam karya beliau, yang boleh menjadi panduan dalam menghadapi cabaran masa kini, terutamanya dalam aspek keadilan sosial dan perpaduan masyarakat.
Pendekatan Akademik yang Menghidupkan Diskusi
Raihani tidak hanya berbicara sebagai seorang pengkaji, tetapi juga sebagai individu yang memahami nilai seni dan emosinya. Pendekatan akademik beliau menjadikan diskusi ini berwibawa, tetapi masih dekat di hati penonton.
Kesan Nostalgia yang Membina
Video ini bukan sekadar mengimbau kenangan, tetapi juga mengajak penonton untuk melihat karya P. Ramlee sebagai sesuatu yang masih hidup dan terus memberi kesan. Ia mengukuhkan pandangan bahawa seni yang baik akan terus melampaui zaman.
Part naik ke langit tu bikin saya goosebumps.
Pendapat saya, Filem lama ada lagu sebab sebagai hiburan kepada penonton di pawagam. Zaman tu filem antara wadah hiburan, jadi dalam cerita ada lagu. Zaman sekarang, semua nak pantas, tonton video pun suka yang pendek2.
Analisis terakhir sama ada kebetulan atau tidak membuka mata penonton berfikir balik, naik ke langit dlm keadaan ketawa dan sudah tidak kisah kehidupan di bawah akhir perjalanan filem terakhir.
Puan Raihani ni kalau jadi lecturer aku, 3 jam kelas pun tak cukup.
😂😂
Sebelum ini saya memang mengajar subjek Pemikiran Filem P.Ramlee di sebuah IPT. Selepas 3 batch,kontrak saya tak disambung.
@@raihanirai5967 i see. Patutlah puan or I must call you Dr. mengeluarkan dan mengulas fakta seperti bertih jagung. Saya suka bila seseorang pensyarah dan penyelidik passionates about her/his niche. Itu yang membuatkan pelajar atau pendengar nak lagi dan lagi. Semoga Dr ditawarkan mengajar di mana-mana institusi pendidikan.
Dato Khai mohon jemput Adly Syairi Ramly. Beliau seorang pendokumen juga, mana tahu ada koleksi yang terkait dengan legasi dan terutamanya projek P Ramlee ini. Beberapa tahun lepas juga beliau kolaborasi bersama Naza The Times hasilkan buku Psyche Agogo yang mendokumenkan kugiran² era 60-70an di Malaya & Singapura.
Saya rasa soalan peribadi tentang P.Ramlee kurang sesuai utk ditujukan pada Pn Raihani. Dia lebih kepada pengkaji karya P.Ramlee. Memang tak dinafikan penggiat seni mengambil banyak ilham dari kehidupan seharian. Tetapi saya rasa pengamatan Pn Raihani tepat bahawa persekitaran P.Ramlee, tentang sosiologi , social hierarki dan politik zaman tu lebih banyak menjadi inspirasi untuk beliau.
Please next pnggil seniwati zaiton dan sarimah
Next guest Ebby Saiful juga kalau boleh Seniwati Sarimah, Seniwati Zaiton dan Dian P Ramlee.
Bagi saya contoh adaptasi terbaik daripada novel ke filem ialah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Walaupun tak selengkap novel,tapi filemnya beri keadilan kepada naskhah masterpiece Buya Hamka.
seni untuk masyarakat
Saya ada beberapa Buku pasal P Ramlee ..buku suara nusa belum ada...saya akan beli dalam masa terdekat...
Maybe ada beberapa faktor kenapa ada adaptasi dari buku atau novel kadangkala tak sampai sepenuhnya bila diangkat jadi filem. Salah satu sebab ialah mungkin ia bergantung kepada sejauh mana kualiti "treatment" seseorang pengarah tu untuk dia jelmakan penulisan dari penulisan buku atau novel ke dalam bentuk visual. Selain tu, mungkin ada adegan tertentu yang perlu kos tinggi untuk divisualkan dengan baik.
Saya juga amat bersetuju dengan idea melibatkan golongan intelektual atau ahli akademik dalam penghasilan sesuatu filem. Ini boleh bantu sampaikan filem yang lebih bermakna dan berisi, bukan sekadar hiburan kosong.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh.
Episod yang ke 18, LEGASI PODCAST menjemput seorang Srikandi Pena Warisan Seni iaitu Profesor Siti Raihani Mohd Saaid. seorang karyawan Penulis terkenal dan di hormati.
Penceritaan Professor dalam karya2 Tan Sri P.Ramlee adalah tepat sekali tentang message yang di sampai bercorak pendidikan membina tata rakyat dan kesedaran diri yang menunjuk kan satu keperluan asas dalam kehidupan bagi masyarakat berbilang kaum di negara kita Malaysia.
Saya setuju dengan Tuan Adlin berpendapat bahawa kreativiti dan mutu hasil dari golongan sasterawan Tan Sri P.Ramlee yang terdahulu, harus ada pada karyawan seni pada masa ini adalah kerana ini akan mencetus kualiti hasil karya yang baik dan berdaya saing.
Saya setuju dengan Professor bahawa karya penulisan tanahair harus di adaptasi kan menjadi sebuah filem mengikut tatacara pembikinan filem dengan betul supaya hasil karya penulisan tanahair yang berkualiti ini dapat di sampai kepada masyarakat Malaysia dengan lebih jelas dan mudah di fahami mengikut cara2 golongan sasterawan Tan Sri P.Ramlee yang terdahulu.
Saya juga setuju dengan Dato’ Khai bahawa karya2 penulisan tanahair yang mempunyai jalan cerita yang terperinci adalah wajar di adaptasi kan ke Telemovie atau Drama Bersiri adalah kerana message yang di di sampai akan menjadi lebih lengkap dan amat mudah di fahami seperti dalam karya penulisan.
Episod kali ini, amat banyak ilmu yang saya dapat, saya berharap Profesor Siti Raihani Mohd Saaid terus kan usaha2 dalam menjayakan hasil karya penulisan di masa akan datang dan memberi pendapat dan penjelasan serta kerjasama bersama penggiat seni tanahair dalam membentuk hasil karya filem Negara yang terbaik dan bermutu tinggi.
Saya berpendapat untuk pembikinan filem BIOPIK P.Ramlie, adalah amat wajar melantik Professor Siti Raihani sebagai seorang Penasihat Utama dalam pembikinan filem BIOPIK P.Ramlee. Saya yakin message yang di sampai kan dalam filem ini akan menampakkan kualiti terbaik lebih2 lagi tatacara golongan sasterawan Tan Sri P.Ramlee yang terdahulu berputik kembali pada masa ini dan akan menjadi contoh kepada penggiat2 seni ketika ini.
Terima kaseh kepada Tuan Adlin dan Dato’ Khai serta tetamu kita hari ini Professor Siti Raihani Mohd Saaid dalam perkongsian ilmu episod kali ini.
Proud of you Rai - from me Anchoy❤
bestttttt
Terbaik
Semoga ALLAH permudah kan niat ANDA.
sekadar cadangan, mungkin nanti legasi boleh cuba jemput ag coco atau adly syairi ramly yang pernah terlibat dalam pembikinan album p ramlee..satu indiepretasi..lagu lagu p ramlee yang digubah semula oleh pemuzik indie yang dikumpul dalam satu album
Tk sesuai
@hamdanosman1463 boleh tahu sebab apa tak sesuai tuan?
Terbaik terbaik terbaik
Baru kita tahu kehebatan filem filem p ramlee adalah kerana skrip dan storyboard yg di hasilkan melalui pasukan tink tank yg hebat serta influence dari sasterawan sasterawan negara yg hebat pada masa itu..jd kepada pengarah pengarah filem di luar sana make sure dapatkan skrip story board yg hebat insya Allah filem anda akn menjadi hebat jgk
*SELESAI TONTON 1 (22/1/2025)*
Kak Raiiiiiiiiiii!
Paciiiiii! 😆
@raihanirai5967 haha
Kita memang komen spontan sebab nak cakap tulus kata orang
Takde corner2..jalan straight aje.
Masa giliran Encik Sazali....rasa bersemangat/ tulis komen macam2.😅
Adlin pun baru pertama kali kita dengar..angkat habis!
Ada lagi oomph Adlin dan Khai..ofc
Tetamu tak kenal tapi tabik..orang pass tinggi Uni..menang bnyk anugerah tulis mendalam tentang
P.Ramlee...her major.
Oh ibu Puan in Sasterawan kemuka😊
Dah nak wat guano..
Tangan takleh nak komentar bnyk..
Takat ni je..guys..
Tahulah..
Tadak elektrik sparks coming from tamu..😊
Betul cakap puan, takde think tank, sebab tu watak agama dari dulu sampai sekarang tak abis2 pakai celak hitam dan serban....😂
"Dia datang,Pak Aji! Dia datang ,Pak Aji!"
Macamana nak beli buku Dr Raihana?
Suara Nusa Dalam Filem-filem Seniman Agung ada di Shopee, dari beberapa seller.
@@raihanirai5967 Alhamdulillah. Jazakillah khair
Ye betul mereka last babak tukar terbang tu p.ramlee Dan tompel saje berdailog atas tukar maknanye mereka berdua memang dpt rase kan bahawa mereka akan pergi selamanye ..begitu lah hamba allah yg ade ilmu tauhid Dan tasauf dekat dgn penciptanye ...tompel pergi dulu kemudian pramlee menyusul kan pada awal nye tompel lah yg susah bertugas Di Shaw kemudian p.ranlee masuk . Mereka bekerja mcm2 kerje selain berlakon dah menyanyi dlm filem masing2
Jemputlah Mak Nani sebagai tetamu TS.... Please !!!!!
Rasanya mcm x cukup kak Rai punya slot ni..
Last nya p.ramlee kembali ke ramatuallah dlm filem laksamana do,re,me berkaitan dng kematian p.ramlee naik kelangit bersama artompel juga.pada29,may 1973 cam tahu -2je dia nk meninggal dunia.
❤❤❤
❤
P.Ramlee sepatutnya diberi Anugerah TUN.....Tan Sri rasanya masih tidak cukup untuknya. Nama Melayu selepas Hang Tuah adalah P.Ramlee adalah nama yang seringkali disebut orang di Abad ini. Wallahuaklam.
Assalam seniwati Sarimah ada tk dlm senarai tetamu Legasi Podcast, my fav actress jln Ampas. harap dpt undang beliau.
Sarimah dah kurang minat nak menonjolkan diri. Percakapan dia pun kurang jelas dah
Buku suara nusa tu saya dh beli 2 tahun lepas tapi baru harini kenal siapa penulisnya
Naseb baik ingt rini..dpt la tgok as a 1batch viewers utk episode nie.. hahahah
Dekat mana boleh dapatkan buku gagak dirimba yang banyak disebut dalam legasi podcast ni?rasa teringin nak beli dan baca
Boleh dapatkan Kisah Hidup Seniman Agung terbitan DBP. Gagak Di Rimba tu dah jadi koleksi langka. Tak tahu siapa lagi yang ada.😅
@@raihanirai5967Alhamdulillah saya ada buku itu!
legasi ada plan nak kolaborasi dan jemput monoLoque untuk bersama ke? dia pun pesakit kronik tu
Check in
🎉7:25am @ 24/1/2025 Khamis,Cukup 3 ¹/² hari Aku menunggu Ep.19 Video terbaru Podcast Legasi Sembang Sambung bersama Norliah Ghani.😢😮🎉
11:29am @ 24/11/2025 Jumaat. #PodcastLegasiSembangSambung Aku da tak sabau tggu Episod-19 Norliah Ghani,da 3 hari menanti kemunculan Video Ep.19 yg tak kunjung tiba lg??😢😢
Sabar ya...
Tggl beberapa jam je lg...🤗
"I nak kirim duit untuk mother I di kampung."
Norkiah Hanum
Cuba fikir; kalau dia setuju ikut Rashid dan Rosnah pergi tengok wayang,dia nak pergi naik apa? 😂
@raihanirai5967 rempit bertiga 😂
@@raihanirai5967mahmud jun ajak2 ayam je tu😂
Film Tombiruo pun bila diadaptasi ke layar perak hancuss...novel lagi best. Wasted
Nak tahu juga macam mana P.Ramlee sambut Hari Raya Aidilfitri Dan Aidiladha😅
Suami si Nad Zainal, Ungku Ismail ke namanya mungkin boleh pegang watak P.Ramlee
Aziz jaafar pun sesuai
mohon panggil ramai lagi org2 yg sakit kronik ni pls😭🙏🤣🤣
🤣🤣
Norizan ada jealiusnya
norlia ghani , dian p.ramlee seterusnyaaa
Alhamdulillah.. anda sudah jumpa org yang tepat 👍😌
Hadir
Harap jemput dato sarimah
Byk juga belakon dgn arwah tan sri p ramlee
Dah ada dalam list mereka cuba belum berkesempatan sebab datin kurang sihat..m
Sebelum naik ke langit do re mi lalu jambatan dulu😅
Jambatan adalah simbolik 'menyeberang'; menyeberang ke alam sana. Wallahualam.
@ tu la…titian sirat😅
😊
um la tu....
aku teringin nk tahu lah agak2 penonton LP ni rata2 umur brp eh? Sbb aku masih in my 20s and aku suka gila karya2 pramlee ni
Peratusan tertinggi 33% dari kumpulan usia 25-34. Disusuli oleh 35-44. 👍
@@khairulanwarsallehterbaik anak muda
☕️🔥🔥🔥
filem p.ramlee dah pupus. saya cari VCD kat pasar malam pun tak jumpa dah. cuma wujud di youtube dalam keadaan yang menyedihkan.
SAYA MINAT DNG TAN SRI . TENGKU ZAKARIA BIN TENGKU PUTIH.