Kagumnya Aku Dengan Regatta Lepa 2022 & Komitmen Masyarakat Bajau. Tabik!!

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 15 вер 2024
  • Mula bekerja di Sabah mulai tahun 2009. Rupanya Regatta Lepa semeriah ini. Ruginya aku tak melawat sepanjang aku disini.
    Yang paling aku kagum ialah komitmen semua yang tetap datang menghadirkan diri dan lepa masing2 dengan hiasan terbaik mungkin. Disempurnakan lagi dengan tarian igal2 puteri Bajau. Walaupun, disangka tiada yang melihat, tetap diberi persembahan terbaik untuk memperkenalkan budaya masyarakat Bajau pada mata dunia.
    Bukan mudah untuk bangun dari jatuhnya Covid. Namun, syukur, Regatta Lepa 2022 tetap berjaya.
    Lepa yang dibuat dari scratch, dikatakan mengambil masa setahun untuk disiapkan. Ukiran juga mengambil masa sehingga 3 bulan. Disini boleh dikatakan masyarakat Bajau mempunyai kemahiran, kesabaran, kreativiti dan fokus yang wajar dikagumi.
    Lagu tema Regatta Lepa ini juga sangat catchy. Terngiang2 ja dikepala.
    Ayuh kita sama-sama beri sokongan
    Sekadar pendapat peribadi, tentang aturcara majlis
    1) Dizaman teknologi ni, urusetia sewajarnya menyediakan siaran secara live yang boleh disaksikan melalui television di dewan. Kesian tengok rakyat marhaen hanya mampu menjeling2 saja aktiviti yang diadakan.
    2) Dicadangkan lebih banyak gerai makanan yang mengetengahkan resepi masyarakat Bajau disediakan. Saya selaku orang Semenanjung berharap boleh merasa
    3) Muzium yang mengabadikan lepa2 yang telah disarakan dan juga menyenaraikan kehebatan & kreativiti masyarakat Bajau boleh diadakan.
    Support our tourism industry. We are happy, and the industry surviving. Win-win
    📘 Facebook: www.facebook.c...
    📸 Instagram: / panglaman
    For collaboration / invitation / or just to get to know each other..
    please email at panglamanku@gmail.com

КОМЕНТАРІ •