PANTAI TOK BALI SEMERAK PASIR PUTEH KELANTAN | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN | LOKASI TERBAIK MEMANCING

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 13 кві 2022
  • Tok Bali dibuka pada 1996, dengan pembinaan jambatan di atas tanah oleh Projek Kemasin Semerak (Perkasa), dan kemudiannya dengan pembinaan Terusan Tok Bali. Pembinaan terusan ini merupakan pemangkin utama pembangunan di Tok Bali, di mana terdapat pengangkutan melalui laut ke Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan Pulau Redang di Laut China Selatan. Pembinaan terusan ini juga memberi impak besar kepada Bandari Pasir Puteh yang sebelum ini sering banjir. Dengan adanya Terusan ini air dapat dikawal daripada terus mengalir ke Bandar Pasir Puteh. Begitu juga dengan kewujudan jeti pendaratan ikan laut dalam sehingga pertumbuhan industri pelancongan dan produk berasaskan makanan laut seperti keropok, bebola ikan dan sebagainya.
    Tonton video penuh rakam guna dron DJI Mini 2
    • Video
    Lokasi ke Tok Bali, Pasir Puteh Kelantan
    goo.gl/maps/9L1NEEpQVMhDZR9S8
    Lawati juga Blog Addashuk
    www.addashuk.com
    Tok Bali merupakan sebuah kawasan yang pesat membangun dengan pelbagai perancangan dalam bentuk infrastruktur, kemudahan dan perkhidmatan awam serta pembangunan institusi pendidikan, kesihatan, keselamatan dan industri berasaskan hasil laut dalam. Terletak 16 km dari Pekan Pasir Puteh, kira-kira 11 kilometer dari Kuala Besut dan lebih kurang 50 kilometer dari bandar Kota Bharu. Tok Bali menjadi pusat peranginan terkenal di Kelantan kerana kawasan pantai yang bersih dan kemudahan penginapan yang selesa.
    Tok Bali juga dikenali sebagai Supply Base untuk minyak dan gas. Pantai Tok Bali antara tempat menarik di kelantan. Sesuai untuk bawa keluarga beriadah di tempat cantik di Kelantan selain dari memancing, anak-anak dapat mandi di pantai. Terletak di Semerak Pasir Puteh Kelantan.

КОМЕНТАРІ • 6

  • @nikmanb.acyclo3491
    @nikmanb.acyclo3491 2 роки тому +3

    Terima kasih boh sebab promosikan kampung ambo nih. Rumah ambo belakang masjid kuning tuh

    • @Addashuk
      @Addashuk  2 роки тому

      Owh, sini ko kg demo.. Igt ko pasir puteh alah bandar

  • @AkokChannel
    @AkokChannel 2 роки тому +1

    Comel video boh

    • @Addashuk
      @Addashuk  2 роки тому +1

      Tq akok.. Baru belajar2 ngedit guno premier pro ni.. Sedak main color

  • @matnasir1196
    @matnasir1196 2 роки тому +1

    Harap ada kemudahan surau untuk solat di situ. Tahniah atas strim sebegini.

    • @Addashuk
      @Addashuk  2 роки тому

      Terima kasih tuan, ada surau dan tandas kat sini, tapi kecik je la.. Tp skrg laluan utama nk ke pantai ni ditutup sbbkan ada pembinaan Jeti.. Kena lalu ikut jalan dalam perumahan