KEROPOK LEKOR POK NASIR, ORANG CARI WALAUPUN KEDAINYA AGAK TERSOROK!!!

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 25 сер 2021
  • Keropok lekor merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia. Perkataan "lekor" bermaksud "lingkar" yang menggantikan ejaan "ar" kepada "or" pada akhir suku kata.
    Oleh itu maksud keropok lekor ialah keropok yang berlingkar. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas. Warnanya berwarna kelabu dan juga mempunyai bau ikan.
    Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotein tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi. Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah sos cili.
    Keropok Lekor Pok Nasir terletak di Kg Kurnia, Batu 3, Jalan Gambang, Kuantan. Pok Nasir dan keluarganya mengusahakan keropok lekor yang menggunakan tepung sagu. Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas digoreng.
    Resepi penghasilan keropok lekor dan sos adalah dihasilkan oleh beliau sendiri. Tidak hairanlah keropok lekor dan sosnya mempunyai keunikan tersendiri.
    * MENU
    Keropok Lekor
    * LOKASI
    KEROPOK LEKOR POK NASIR
    (Belakang Nirwana Hypermart)
    Kg Kurnia, Batu 3, Jalan Gambang,
    25150 Kuantan, Pahang.
    HP: 019-9266639 (Pok Nasir)
    Waktu Berniaga: 11.00 pagi - 6.30 petang
    * HARGA
    Keropok Goreng - RM1 - 5 Batang
    Keropok Rebus - RM1 - 1 Batang
    Terima kasih kerana menonton video-video di Channel SURR TV.
    Hubungi SURR TV ditalian HP/WASAP 016-6633843 untuk review di tempat anda.
    SURR TV merupakan channel yang membahas tentang makanan. Anda akan diberi info serta review tentang pelbagai jenis makanan, keunikannya, harga dan lokasi makanan tersebut boleh didapati. Channel ini juga bertujuan untuk membantu promosi perniagaan peniaga-peniaga dan berkongsi pengalaman mereka bersama-sama kita semua. Channel ini berisi video yang sesuai untuk semua peringkat umur. Pastikan anda bergabung dengan SURR TV dengan cara subscribe.
    Jangan lupa tonton video terbaru SURR TV yang akan selalu diupload. Like, comment, share dan subscribe channel ini agar dapat memberi manfaat kita bersama.
    Semoga kita selalu sihat dan semakin sukses. Aamiin.
  • Навчання та стиль

КОМЕНТАРІ • 15

  • @farizazudinomar8091
    @farizazudinomar8091 2 роки тому +2

    Mantap

  • @salehudinsukor
    @salehudinsukor 2 роки тому +3

    Ni rasa nak balik kuantan ni... di KL ada jugak buat pakai tangan mcm ni.. tapi x leh lawan yg di pantai timur.. rasa asli sedappp 👍👍👍

  • @twintele.
    @twintele. 2 роки тому +1

    Aduhhh.. surrdappp.. 🤤😋

  • @wanlatifahwangati2630
    @wanlatifahwangati2630 2 роки тому

    Sos Ala Ganu tu mmg gitu..sedakkkk kakloh...kna g esok nih try truih..seliur wes

  • @herogalaxy3272
    @herogalaxy3272 2 роки тому +1

    Merciiiiik

  • @kisahalam9986
    @kisahalam9986 2 роки тому +1

    Maju selalu org kuantan

  • @nurameena5930
    @nurameena5930 2 роки тому +2

    Abg nash try putu piring dkt berserah lak. Sblm kedai putu piring kedai jual temosa sdp. Kedai tu lpas trafik petron kalau dari bndr nak ke sg karang

    • @mnsukor
      @mnsukor  2 роки тому

      InsyaAllah ..tq atas info n support saudari Nur Asma..Saya mmg suka putu piring..nanti saya catat dlm list..maaf kalau lambat sikit sbb ada bbrapa tempat yg mohon review.

    • @nurameena5930
      @nurameena5930 2 роки тому

      Tak pe. Sy just bg cadangan 😊

  • @longehjerr1508
    @longehjerr1508 2 роки тому

    Sebelah rumah je ni 😂

    • @mnsukor
      @mnsukor  2 роки тому

      Hari2 boleh beli 😄

  • @saidahsukadi2542
    @saidahsukadi2542 Рік тому +1

    Bgmne nk contact?