2018 Queenzy Cheng - Salam Aidilfitri (Music Video)

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 29 вер 2024
  • Salam Aidilfitri
    Berpuasa sebulan ketika Ramadan,
    Sempurnakanlah amal ibadah,
    Kepada orang bertaqwa dan beriman,
    Banyakkan berdoa dan bermuhasabah.
    Syawal kian menjelma, kita nantikan,
    Mengacau dodol dan membakar lemang,
    Sempurna sudah puasa sehingga sebulan,
    Riuh-rendah menanti fajar menyinsing.
    Salam Aidilfitri, walau di mana sahaja,
    Beribadat dan bersyukur kepada maha Esa.
    Salam Aidilfitri, bagai bintang yang terserlah,
    Kegembiraan membawa berkat di Hari Raya.
    Di pagi Aidilfitri, aku berdoa,
    Ku pohon ampun dosa-dosaku,
    Bermaaf-maafan dengan ahli keluarga,
    Tak lupa juga restu ayah dan bonda.
    Saling kunjung-mengunjung amalan kita,
    Sambut bersama tak mengira bangsa,
    Riang-ria bergembira suasana Raya,
    Terukir senyuman manis di wajah semua.
    Salam Aidilfitri, walau di mana sahaja,
    Beribadat dan bersyukur kepada maha Esa.
    Salam Aidilfitri, bagai bintang yang terserlah,
    Kegembiraan membawa berkat di Hari Raya.
    Salam Aidilfitri, kita sambut Hari Raya,
    Semarakkan Aidilfitri dengan memori indah.
    Salam Aidilfitri, kita sambut Hari Raya,
    Jom beraya, tak kira di kampung atau di kota,
    Rasa bersyukur sambut kemenangan Hari Raya!
    ---
    Penyanyi dari Malaysia yang sinonim dengan lagu-lagu Tahun Baru Cina, Queenzy Cheng kini mengorak langkah baru dengan menerbitkan lagu Aidilfitri. Queenzy berharap lagu Salam Aidilfitri yang berdasarkan melodi lagu Tahun Baru Cina, You Are The Best! 2018 akan menceriakan lagi suasana Hari Raya anda.
    You Are The Best! (Versi Tahun Baru Cina 2018)
    • 2018 Queenzy 莊群施 - 今年你...
    ---
    Queenzy Cheng 莊群施
    Facebook: / queenzycheng
    Instagram: / queenzycheng
    Website: www.queenzyche...
    ---
    Release Date : May 2018
    © 2018 Qhinetic Ventures Malaysia. ℗ 2018 Qhinetic Ventures Malaysia. All Rights Reserved.
    #QueenzyCheng #Aidilfitri #Raya2018 #HariRaya

КОМЕНТАРІ • 263