LOVE

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 13 кві 2020
  • Hari air mata. Tak boleh tahan air mata masuk kawasan chinese. Semua macam atuk nenek saya. Saya cina. Sebak bila ada ramai auntie menangis bila bagi duit belanja dan barang dapur. Mereka siap doakan dan beri ucapan yang buat saya sebak. Maafkan saya pakcik makcik semua baru hari ini saya datang ke sini. Sedih rasa.
    Tak sangka ramai yang saya jumpa kali ini semuanya tinggal seorang diri. Rumah pun teruk. Tak sangka sekitar kl ada rumah begini dan ada yang rumahnya tiada air. Pakai perigi lagi. Ada ramai uncle auntie cuma ada basikal. Sayunya hati. Ramai lagi saya akan pergi. Walau cuma dapat bawa sedikit kegembiraan pada mereka. Ada yang kejar saya bawa ic. Sedih. Pakcik makcik tak payah bagi saya ic. Semua boleh.
    Tapi bersih jer semua rumah. Sayu rasa. Siap ada yang tiba-tiba ada yang tunduk sangat macam orang jepun. Cakap terima kaseh. Ulang kali mereka angguk-angguk terima kaseh. Saya ada janji beberapa orang untuk bantu rumah dan lain-lain. Terasa macam ziarah keluarga sendiri. Ada yang minta saya tolong cari anak-anaknya.
    Ada kerja toreh getah tapi dah tua tak sihat nak buat semua tu. Ada makcik umur dah 90 tahun duduk seorang diri. Dalam kereta tadi menangis jer rasa sebak. Jarang saya menangis begini. Betul-betul rasa insaf dan bersyukur.
    Terima kaseh ada abang Lechumanan dan Hock chinese tempatan dan Abang Azman dan kawan-kawan bersama team saya pertubuhan kasih Umat Malaysia. Terima kaseh semua sahabat team pertubuhan kasih umat Malaysia dan semua yang turut bersama dalam doa dan yang menyumbang bersama. Hanya Allah membalasnya semuanya. Kita semua sebuah keluarga. Orang-orang tua inilah asam garam dan kebaikan dalam dunia ini.
    Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
    cimb 8603546376

КОМЕНТАРІ • 3,9 тис.

  • @amandawinfrey
    @amandawinfrey 4 роки тому +116

    "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal...." Al-Hujurat:13. They love you and we love you, Ustaz Ebit! And most importantly, Allah loves you. Thank you so much for spreading love, peace and kindness. ♥️♥️♥️🤲

  • @gintingtan7479
    @gintingtan7479 4 роки тому +355

    Ustaz , sebagai seorang mualaf ,saya harap ustaz jadi tabah dan kuatkan iman waktu diberi ujian . Allah sayang dekat ustaz . Dekat perjalanan dakwah, ustaz diberi ujian yang lagi berat berbeza dengan kita . Tapi ustaz jangan risau , walaupun Ada pihak tertertu x faham atau dengki dengan ustaz , kita Akan percaya dekat ustaz . Allahuakbar .

  • @ayiejusi4980
    @ayiejusi4980 4 роки тому +117

    Apa kabar rakyat Malaysia, Saya orang Indonesia berketurunan cina, saya bangga dengan ustad ebit lew , semuga beliau sentiasa dalam lindungan tuhan,

  • @faizaljamel93
    @faizaljamel93 4 роки тому +181

    saya seorang cina... saya amat berterima kasih kepada ustaz kerana menolong bangsa saya . semoga Allah membalas semua segala kebaikan kamu . like Islam ❤️

  • @oyen9476
    @oyen9476 4 роки тому +627

    Jgn cakap melayu saja susah.tu realitinya ada jugak org cina india susah. Kita manusia sepatutnya saling membantu bukan membantutkan. Dlm islam kita x diajar hanya bantu utk org islam saja tp utk semua yg memerlukan akan tetapi byk masyarakat kita ramai yg penting diri dan rasis sbb x buka mata hanya fikir harta..MasyaAllah terbaik ustaz..moga ustaz panjang umur dan dimurahkan rezeki..amin...

  • @epanepan956
    @epanepan956 4 роки тому +33

    Auntie yang last tu ...”ada barang sudah laa “...lepas tu lama dia” bye bye” 😣😣😣😣😣.. terima kasih ustaz 💝

  • @shchong2
    @shchong2 4 роки тому +121

    Terima kasih ustaz kerana membantu rakyat Malaysia yg hidup dlm kesusahan dlm tempoh MCO, tak kira bangsa, warna kulit, agama dan umur. Tolong jaga kesihatan bila masa menghantar barang2 keperluan dr rumah ke rumah!

  • @kokwaileong2216
    @kokwaileong2216 4 роки тому +95

    Disini saya nak kata(betul2 terima kasih banyak2 tolong orang susah..tak kira apa2 bangsa)👍👍👍

  • @ngch8972
    @ngch8972 4 роки тому +331

    No words can describe the kindness of Ustaz! ! Helping ppl, tak kira masa, tak kira waktu!! Asalkan tolong orang saja! ! Amat hormat kepada Ustaz!!! Ustaz and the team, amat berterima kasih, pls stay safe and stay healthy !!👍👍👍👍🙏🙏🙏

  • @syfxq2738
    @syfxq2738 4 роки тому +503

    Frontliner, orang OKU, pekerja asing,Melayu, India, Cina semua Ustaz pergi sedekah😍😍😍..terima kasih ustaz. Jaga kesihatan ustaz...

  • @erykhairy887
    @erykhairy887 4 роки тому +1

    Sapa tringin DENGAR ustaz cakap cina ke sye sorg jer yg tringin.. Bgi like tngok.. Brape org

  • @julielim3680
    @julielim3680 4 роки тому +1

    This ustaz is showing the real teaching of Islam.Salute and Respect to you.

  • @cykoialia6845
    @cykoialia6845 4 роки тому +747

    That last aunty ‘ada barang sudah la’ . Make my tears burst

  • @sewyangbock2939
    @sewyangbock2939 4 роки тому +154

    Ustaz memang mulia dihati! Beliau tak kenal apa dia bangsa n ugama. Cuma satu saja - semua manusia sama. Kita pun naik malu n segan, terkilan dgn perihatinnya. Susah nak dapat jumpa insan seperti beliau. Hanya Allah yg maha kuasa saja dapat balas jasa n budi baik ustaz. Yg bestnya, beliau yg menegur penerima dulu n sudahi dgn terima kasih sebagai dermaan.😢😢😢

  • @currentking1158
    @currentking1158 4 роки тому +189

    He is just practicing muhammads teaching. The right way of the Prophet Muhammad PBUH. Alhamdulilah

  • @alvaroaruan5297
    @alvaroaruan5297 4 роки тому +19

    Saya Kristen tapi saya bangga lihat Islam klau begini

  • @Qamarun.channel
    @Qamarun.channel 4 роки тому +921

    “Pelan-pelan jalan” just like a goodbye from a mother to her son.

  • @danny007lai5
    @danny007lai5 4 роки тому +109

    This is what we call...

  • @pavintharanmurugan8042
    @pavintharanmurugan8042 4 роки тому +298

    This is real MALAYSIA ! proud to be Malaysian! Only our country is very unique and we should be proud of that <3

  • @kimmydepasso
    @kimmydepasso 4 роки тому +167

    Chinese Malay Indian....We All Same...As A HUMAN.... SEMOGA TUHAN SELAMATKAN KITA DARI BENCANA...