Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Sabah Maju Jaya (ANMS-SMJ) 2024
Вставка
- Опубліковано 11 лют 2025
- 28 September 2024
Pentas Utama Dataran Kota Marudu
Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Sabah Maju Jaya (ANMS-SMJ) 2024 anjuran bersama Pejabat Daerah Kota Marudu dan Majlis Daerah Kota Marudu dirasmikan YBhg. Tuan Stephen Goh Pegawai Khas Parlimen P.168 mewakili YB Datuk Wetrom Bahanda Ahli Parlimen P.168 merangkap ADUN N.6 Bandau.
Program ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik termasuk saringan kesihatan, kempen derma darah, pameran pelbagai agensi, senamrobik, pertandingan mewarna dan sukaneka.
Terima kasih kepada Pengerusi Penganjur Dr. Kartikkhesh Samarajoo Pegawai Kesihatan Daerah Kota Marudu di atas jemputan dan tidak dilupakan juga kepada Tuan Abdul Sani Arsat Pegawai Eksekutif Majlis Daerah yang juga penganjur bersama pada program ini serta ADO Marshal Anthony mewakili Pejabat Daerah Kota Marudu.
Diharapkan program ini dapat mencapai matlamatnya untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesihatan serta mengamalkan gaya hidup sihat.
#datukwetrombahanda
#parlimenkotamarudu
#kotamaruduberubah
#suarakotamarudu