Keberangkatan Seri Paduka Baginda Berdua ke Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-216

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 1 жов 2024
  • 20 Mac 2023 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-216 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur, hari ini.
    Turut berangkat, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
    Keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke Sambutan Peringatan Hari Polis ke-216 hari ini adalah merupakan kali yang pertama dalam sejarah istiadat berkenaan.
    Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua pada jam 9.00 pagi disambut oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri YB Dato’ Sri Fadillah Yusof dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri YB Saifuddin Nasution Ismail.
    Turut hadir, Ketua Polis Negara YBhg.Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Timbalan Ketua Polis Negara YBhg. Tan Sri Razarudin Husain, Panglima Angkatan Tentera, YBhg. Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri YBhg. Datuk Ruji Ubi.
    Pada istiadat itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan memeriksa perbarisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada 102 anggota Kawalan Kehormatan dari Pasukan Simpanan Persekutuan PDRM yang diketuai Pegawai Pemerintah Baris DSP Mohd Zulfadli Zulkifli.
    Istiadat tersebut turut membabitkan lintas hormat tiga buah helikopter di ruang udara membawa bendera Jalur Gemilang dan Sang Saka Biru, pancaragam, persembahan pentomin peringatan 10 tahun insiden pencerobohan Kampung Tanduo, Lahad Datu, deklamasi sajak dan lafaz ikrar setia.
    Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan bertemu dengan waris keluarga pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam tragedi pencerobohan Kampung Tanduo, Lahad Datu berkenaan iaitu ASP Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin Daud.

КОМЕНТАРІ • 13