dari plaza tol kg lekir sampai beruas x de rnr atau stesen minyak, ade toilet n surau bila exit tol je, jd isi minyak siap² sblom masuk tol klu minyk dah sikit ...
Saya tadi lalu exit Bukit Tagar ke Tol WCE Hutan Melintang. Walaupun jarak dalam 100km 😂, tapi bila dah dapat masuk WCE tu, Hutan Melintang ke Taping Selatan hanya 1 jam 30 sahaja. Mmg padu bak hang, set auto cruise 150 terus kereta mmg kurang la. Kenderaan berat pun boleh kata jarang ada. Cuma dekat jalan Teluk Intan kena berwaspada pasal banyak simpang masuk di lane kiri dan susur U-Turn di tengah highway 😂...Takut ada kenderaan yg break Dan keluar secara tiba tiba. Mmg berbaloi WCE ni, takyah hadap Slim River, Gua Tempurung, Terowong Menora sampai Changkat Jering.🎉
Assalamualaikum. Secara peribadi saya dah guna laluan ni sebagai bypass kepada E2 ke utara pada musim perayaan sejak pertengahan tahun 2000an ke atas. Waktu tu pembinaan WCE belum mula lagi dan LATAR cuma sampai Ijok saja. Lintas kawasan sawit di Batang Berjuntai, kawasan sawah Sg Tenggi terus ke Perak dan masuk semula E2 di Changkat Jering. Cuma tambah jarak perjalanan sikit, tapi jimat masa, minyak dan tol sebab kereta akan beterusan jalan walaupun pada had laju jalan negeri dan persekutuan. Mudah nak berhenti rehat, solat, isi minyak dan makan. Waktu tu cuma berpandukan peta cetak dan Google Map saja. Bila tengok video yang Tuan buat guna drone berserta tanda arah dan panduan, lain perspektif nya, memang lagi jelas 😁 Moga2 bermanfaat untuk semua 😁 ps saya juga guna laluan ni untuk touring berbasikal ke Lumut. Sangat scenic 😁
ni kami panggil jalan Ban Kenal Parit 6. Raya baru2 ni pun jem laluan ini. Laluan ni saya selalu guna untuk elak jem di Tanjung Karang dan Kuala Selangor. Perjalanan dari Sungai Besar ke KL
Zaman mendiang tun Samy vellu jd menteri kerja raya, diakui jln2 kg mmg cantik.. Terutama tmpt parlimen beliau di sg siput.. Jln felda mmg cantik, rata
Saya mendoakan agar jalan2 ini sentiasa terhindar dari kerosakan dan kesesakan lalulintas. Jalan B44 boleh juga tembus ke Tanjung Malim dan terus ke utara melalui jalan lama. Terima kasih atas usaha memberi penerangan , memang terbaik👍
Konten ini luar dari kebiasaan. Tahniah..harap dapat diperbanyakkan meliputi seluruh semenanjung sebagai panduan terutamanya bagi mengelak jem dan banjir..
Syarikat konsesi kalau berjaya siapkan laluan WCE Tg Karang - Persimpangan Latar dulu pun sangat cantik supaya penguna-pengguna high way WCE boleh exit dan sambung perjalanan melalui Latar...
Punca sesak sbb terlampau byk lampu isyarat kat Kuala Selangor dan Tg Karang...mcm dr Sitiawan nak ke Ipoh jarak dlm 60km sj tp disebabkan terlalu byk sgt trafik light blh jd nak dekat 2jam perjalanan
Jalan Alternatif lain.. Plaza Tol PLUS Bkt Tagar--> Felda Sg Tengi--> Kg Soeharto--> Sg Panjang--> Sabak Bernam sejauh 92 km sblm masuk ke WCE Hutan Melintang menuju ke Utara..
Terima kasih ye lalu jln kampung Seri Tiram, kampung Nenek saya! Kepada semua pengguna laluan ni, harap jgn laju sgt, jln sempit kawasan kampung. Tp lalu tepi sungai sampai ke Sabak Bernam tu mmg indah..Bykpit stop
Terima kasih Tuan, dpt route baru 😅haritu ada lalu tapi ikut jln lama. Mmg bagus wce ni kalau siap, tkyh hadap laluan menora tunnel dn Ipoh yg curam dn berselekoh maut
1 lagi option,boleh guna lebuhraya plus dan instead of exit rawang, boleh exit bukit tagar. Lepas exit tu,terus je akan jumpa simpang 3. Belok kiri akan menuju ke unisel dan seterusnya jalan raja musa. Kalau belok kanan akan tembus ke simpang 4 jalan gambut/parit 4 terusan utama. Option ni jauh sikit tp tak perlu hadap pekan bestari jaya and tak banyak simpang.
Baru saja tonton video minggu lepas. Memang tiada lansung jem sampai Sg Besar. Jalan yang bagus, tiada lubang. Cuma beralun sahaja. Kena hati hati dan jangan laju. Selepas jalan Kemudi akan lalui kawasan sawah padi yang cantik. Alhamdulillah. Jimat masa perjalanan ke Sekichan dan ke utara.
Terima kasih kerana bersusah payah membuat konten yang memberi manfaat kepada pengguna jalanraya dan ekonomi setempat kawasan yang covered dalam video ni. Semoga Allah memberkati dan memurahkan rezeki tuan.. Anak saya tanya apa jenis drone yang digunakan & mana nak belajar guna😅.. Saya memang tak terjawab laa soalan ni.
Sy dari Sg buloh balik ke Taiping. Mulai Tg Karang smpi nak masuk tol hutan melintang, dah takde lampu isyarat klu tak silap. Semua simpang utama dah ada flyover. So, perjalanan mmg lancar. Btlk 7pm smpi 11.30pm pada 20hb April 2023.. termasuk stop buka posa & solat (4 jam setgh) berbanding dikhabarkan 5-6 jam di highway PLUS hari yg sama. Klu stretch Beruas ke Changkat Jering/Taiping dah siap, lagi cepat sampai.
Laluan aku dari dulu tu. Kami panggil jalam bankenal... Jalan tu sibuk kalau hujung minggu atau cuti panjang tapi bergerak.. Laluan alternatif kami dari sabak bernam nak ke kuala selangor/ atau lembah kelang. Kat jalan bankenal tu ada restoran lembah bernam. Restoran makanan eksotik yg cukup popular
Untuk mengelakkan kesesakan di Kuala Selangor, Tg Karang di waktu Hari Raya dan Tahun Baru Cina letakkanlah polis trafik di persimpangan lampu isyarat tu, bagi laluan yg panjang untuk Jalan dulu. Hanya 2 kali setahun je letakkan polis trafik menjaga lalu lintas. Bila dah sampai Sekinchan arah ke utara dah tiada masalah krn Jalan dah ada 4 lorong dan flyovers yg banyak.
Ye betul ape yg tuan katakan..klau Musim perayaan mmg teruk jln Jem pasal traffic light je mintak polis traffic jaga lalu lintas pada Musim perayaan hari raya puasa Dan tahun baru cina..terbaik info ya..
Dah guna wce tapi di taiping. Cuma nk keluar ke bandar taiping dan masuk balik plus ambil masa juga perjalanan dan sampai di bandar taiping akan jem sebab banyak kereta. Terbaik video pencerahan
Terima kasih tuan atas perkongsian ini. Saya ni mmg dah rimas dgn PLUS, terlalu banyak kenderaan, kemudian masing-masing nak tunjuk siapa yg paling laju. Dah tak tenang drive guna PLUS. Saya selalu juga travel dari Sg Petani ke KL guna WCE ni. Kadang tu terus ke Shah Alam kuar di Exit Bukit Raja. Cuma masalahnya, jem teruk di Tanjung Karang & Kuala Selangor disebabkan traffic light. Sbb tiada divider bertutup dari Tanjung Karang. Dari Sabak Bernam ke Tanjung Karang ada divider bertutup dan ada flyover jika ada simpang, jadi tidaklah jem teruk spt di Tanjung Karang & Kuala Selangor. Sebelum saya jumpa video ini, saya ikut jalan alternatif guna Waze. Masuk Kpg Sepintas di Sabak Bernam, kemudian Felda Soeharto di Kuala Kubu Bharu hingga akhirnya keluar kembali ke PLUS Tol Bukit Tagar.
*KAT SUNGAI BESAR DULU ADA DUA TRAFFIC LIGHT, SATU DAH CABUT, SATU LAGI BAWAH FLYOVER, SO SUNGAI BESAR DAN SABAK TAK JEM MACAM TANJUNG KARANG DAN KUALA SELANGOR.*
Terima kasih Tuan atas perkongsian. Sy setiap minggu ulang alik drpd Seri Manjung balik kg di Melaka. Hampir 11 tahun. Sy melalui Kuala Selangor terus ke Kapar keluar di tol Setia Alam. Mula pergerakan jam 4 pagi. Setelah WCE siap, sy boleh smpai Melaka dlm 4 jam ke 4 jam setengah. Sebelum ni antara 5 ke 6 jam. Sy pernah lalu jalan yg Tuan tunjukkan ni. Tp sy lebih selesa lalu jln Kuala Selangor dgn syarat gerak awal.
WCE saya dah lalu beberapa kali, Alhamdulillah highwaynya ok lancar cuma dari Beruas ke Changkat Jering masih dlm pembinaan lgi. Time raya baru² ni jln negeri dan federal memghala ke utara mmg sesak selain dari PLUS highway. Saya tersangkut raya ke 3 baru² ni lebih 3 jam jem dari Pekan Terong nak ke Changkat Jering. Akhirnya kami melalui jln pintas melalui jln kg, perkampungan org asli, kebun kelapa sawit dan keluar di Simpang 4 Taiping.
Sama. Saya pun sangkut 3 jam di trong. Kena lalu jln hutan keluar ke simpang empat taiping. Alhamdulillah maghrib baru tembus. Risau betultersadai dlm laluan hutan tu masa tu
Akan jd sunyi lah jln kuala selangor dan tanjong karang klu wce dah siap..setahun 8 bln sy tinggal d sg besar..menjadi kenangan jln di situ,sampai ke simpang beruas terlepas jln nak ke aeon manjung hehe..tq share video ni sedih pulak tengok..
Saya cadangkan ikut highway PLUS, exit di Bukit Tagar, masuk ke Felda Sg. Tengi, sambung ke Felda Soeharto, teruskan ke arah Bagan Terap, nanti akan terus jumpa WCE.
@@Ibrahim_son kalau nak ke utara area kedah atau perlis better lalu plus, WCE lebih untuk yang menghala ke kawasan pantai barat seperti Lumut dan Manjung, tapi kalau nak jugak lalu WCE, boleh wave kawasan yang saya sebutkan di post asal.
@@phlizzowrasanya kalau masa musim cuti atau raya sgt berbaloi kalau nk guna wce sbg alternatif dari/ ke utara , walaupun agak jauh laluan dia tapi agak smooth dan takde stop/start traffic berbanding dekat plus yg ada banyak kawasan yg sesak spt menora, gua tempurung dan tapah
cantik jalan nie.......sy pun tk pernah lalu tp nak menghafal dia cabaran jugak.........kena marking, apa2 pun info mmg terbaik. Nie jalan dalam amat berguna dihafal snn jalan k.selangor terus ke tanjung karang selalu teruk jem.......sampai ke setiawan,.....pernah kena sampai ke malam
Kesesakan K.S'gor dan Tg Karang...bermusim terutamanya Hari Raya serta TBC shj.Waktu lain...ok.Kesesakan ni puncanya kedudukan trafic light yg terlalu rapat antara simpang.Waktu mlm..diingatkan elakkan laluan yg disarankan ini.
Laluan Jalan Terusan ke Parit 4 seterusnya ke Parit 6 memang laluan favourite saya untuk balik ke Sabak Bernam. Walaupun bermotorsikal, tapi cukup tak suka kesesakan juga kemeriahan trafik di Jln Persekutuan No. 5 tu. Lagipun lalu kawasan bendang, tenang aje rasanya boleh healing2 hehehe 😊
Biasa guna jln dlm tu bile nak blk ke lembah klang. Dari Sekinchan ikut jln Kpg Sireh, terus ke Tiram Jaya, Kpg Raja Musa, Bestari Jaya , Ijok & so on. Kalo tuju jgk ikut Tnjg Karang mmg jem lah sedia menanti sblm Petronas nak ke pekan tu.
saya dari beruas ke kluang, johor lalu wce. selesa sebab kereta tak laju macam lebuh raya utara selatan. santai je. lagi pun sampai sabak bernam byk kedai makan tepi jalan. bayk pulak pilihan.
Serious terbaik video brader ni. Slalu org dok ckp tp kita yg x pernah lalu kawasan tu mana nk nampak camne. Tp raya tahun ni haritu first time lalu WCE dan sbb x tau jln tikus, terpaksa la hadap jem kt tanjung karang dngan kuala selangor tu ha..
Saya dari kuang sg buloh tu lepas exit latar tu, ambik kiri ikut jalan bukit rotan tu, so kena ikut jalan persekutuan kuala Selangor - tg karang tu jugak la, yg jadi jem teruk kt tg karang tu je, tq bro atas usaha memudahkan org ramai
Hari biasa memang lama. Jln lengang. Bile hari perayaan. Jln itu juga jem . Raya cina yg lepas. Saya ikut laluan ini. Nak ke sungai besar . Raya kedua baru ni . Dari unisel hinggalah ke persimpangan ,kanan seri tiram . Kiri boleh ke bukit belimbing. Terus k Selangor jem teruk juga .
Kalau bukan hari perayaan. boleh skip lalu kampung (Jalan Mawar dlm video ni). Dan terus lalu jalan Raja Musa, kemudian masuk ke simpang Jalan Masjid Baroh, Kemudian belok kiri ke Jalan Kilang Padi, kemudian masuk ke Jalan Lengkungan. dan masuk ke Jalan Klang - Teluk Intan. akan ada 2 lampu isyarat yang akan kena tempuh di Pekan Tanjung Karang.
Terima kasih tuan...info yg hampir detail 👍👍👍 maklumlah raya ke 2 ni nk try test higway ni...first time ni kena la cari2 info...letih ikut ipoh kuala kangsar nk balik Baling...kadang2 dari Grik ke Baling kereta saya sebiji je atas jln...seram pun ada😅 by the way...sy akan bertolak dari tj malim...harap2 dipermudahkanlah perjalan saya dan family nti 🤲
Thanks bro. Esok sy nak ke sekinchan. Guna panduan awak ni. Cantik, moga diganjari usaha awak ni. Lastweek sy dah terkena 3jam baru sampai sampai sekinchan dari ampang. Koyak mat…😩
Penguhujung lebuh raya latar ijok tu. Klu dpt terus kan siap kan bagus terus sambung smpai higway hutan melintang. Tak de tempoh pekan tanjung karang dah. Tegantung separuh je jln tu. Bila lah nk sambung
Saya dari arah Taiping ke Klang, memang kerap guna laluan WCE berbanding PLUS. Harap WCE dapat siapkan laluan Terong - Beruas secepat mungkin. Yang nak ke utara kawasan berpotensi jem ialah trafik light Pekan Terong dan paling teruk trafik light tol Changkat Jering - Taiping
Tahniah tuan kerana memasukkan kod jalan Persekutuan dan jalan negeri dalam video ini. Cuma untuk Jalan Rawang tu, ada yang mengatakan kodnya ialah B27 dan bukannya B33
Mati2 ingat masuk latar terus masuk lebuh raya baru sampai ke wce.. hahahaha... Tapi rasanya mcm selesa lg ikut jalan kuala Selangor tg karang dll... Rasa mcm jauh sangat laa bila ikut jalan seperti video nie..
Iya betul tuan. Jalan ni hanya semata2 utk lepas traffic light kuala selangor tanjung karang pada waktu puncak sahaja. Kalu tak sesak. Mmg jauh lebih baik ikut FT5 tu
Route alternative ni mmg agak terasa jauh kerana hala ke Bestari Jaya..Raja Musa.. tujuan lalu situ, nak skip kesesakan pekan Kuala Selangor dan Tg Karang.. Kalau kedua dua pekan ni X sesak.. mmg selesa ikut jalan luar .. 😊
seminggu 2x bang guna wce naik padang ngn bkt kayu itam....dr lalu plus baik wce...tenang giler...kepala pun xsakit mikir tgh sdap speed nk main brake manjang...hahahaha...
Saya org Tg. Karang / K. Selangor. Apa yg sy nampak, dgn siap sepenuhnya WCE, kedua-dua bandar ini akan menjadi "pekan hantu", kerana tiadanya excess dr WCE. Jika dr Selatan, tiada jalan keluar terdekat menuju ke K.Selangor-Tg. Karang kecuali melalui Latar, manakala jika dr Utara, kenderaan akan terus melintasi bandar Tg. Karang - K. Selangor. Tidak seperti Sekinchan, Sg. Besar & S. Bernam, di mana WCE akan melalui bandar² tersebut dan pastinya ekonomi setempat bertambah rancak. Tg. Karang & K. Selangor sekadar nmpk dr jauh shj. Satu lagi isu, ialah jika terjadikan kemalangan, dimanakan hospital terdekat untuk dirujuk (jika kemalangan terjadi di WCE antara Sg. Besar - Latar)? Hospital Sg Buluh? Hospital Sabak Bernam? Atau Hospital Tg Karang yg baru shj siap? Pd pandangan sy, apalah kiranya dibina persimpangan bertingkat berhampiran Hospital Tg. Karang. Sekadar pandangan...
umumnya lagi banyak persimpangan lagi banyak punca kesesakkan. Tp sy tak nafi betul pandangan tuan tu. mungkin nanti akan ada flyover untuk pekan tanjung karang.
Smlm tgk youtube hari ni lalu jln ni.Dr wce beruas nak balik port dickson.sjer try lalu tp akhirnya anak muntah guna jln dlm.traffic jem jln luar mmg dh biasa dh.slalu balik kg guna jln ni sblm wce ada lg pun.
Bila nk siap da projek ni (wce- banting-taiping) ....dah bertahun2 tk siap2 lagi . Dari segi kualiti jalan raya nya dan RnR..tak sebaik spt lain2 highway...spt plus, sprint dll .
Aku baru lalu balik raya dari utara.elak jem kt plus.dari gerik - beruas.sampai tg karang lalu depan rumah awek lama,kg kunci air buang ikut seri tiram ke bestari jaya😂😂
Lagi..1...jalan..kurang kenderaan ke WCE..exit toll bukit tagar...terus felda sg tengi..lps tu felda soeharto...lps tu terus ke sabak bernam.....jalan pon ok....
Mantap info... Ada satu lagi jln cros melalui bukit tagar ke felda sg tengi. Jln tu akan ke sg panjg ke sabab bernam.. Skg ramai dh ramai lalui jln situ... Akan datng buat lak video jln situ
dari plaza tol kg lekir sampai beruas x de rnr atau stesen minyak, ade toilet n surau bila exit tol je, jd isi minyak siap² sblom masuk tol klu minyk dah sikit ...
Iye betul. dkt pekan beruas baru ada stesen minyak Shell kecik je.
@@dontpushpush betui betui betui
@@dontpushpush jln beruas tu x berapa elok..la
@@elsasnow5769 ye betul. Jalan lama. Tp bila dah siap wce seksyen 11 tu. Bnyk masa dijimatkan
Dah lalu dh jalan nie sekejap ja DH sampai kata nya DH bole keluar ikut terong pulak dh x yah masok beruas lagi .
Saya tadi lalu exit Bukit Tagar ke Tol WCE Hutan Melintang. Walaupun jarak dalam 100km 😂, tapi bila dah dapat masuk WCE tu, Hutan Melintang ke Taping Selatan hanya 1 jam 30 sahaja. Mmg padu bak hang, set auto cruise 150 terus kereta mmg kurang la. Kenderaan berat pun boleh kata jarang ada. Cuma dekat jalan Teluk Intan kena berwaspada pasal banyak simpang masuk di lane kiri dan susur U-Turn di tengah highway 😂...Takut ada kenderaan yg break Dan keluar secara tiba tiba. Mmg berbaloi WCE ni, takyah hadap Slim River, Gua Tempurung, Terowong Menora sampai Changkat Jering.🎉
Assalamualaikum. Secara peribadi saya dah guna laluan ni sebagai bypass kepada E2 ke utara pada musim perayaan sejak pertengahan tahun 2000an ke atas. Waktu tu pembinaan WCE belum mula lagi dan LATAR cuma sampai Ijok saja. Lintas kawasan sawit di Batang Berjuntai, kawasan sawah Sg Tenggi terus ke Perak dan masuk semula E2 di Changkat Jering. Cuma tambah jarak perjalanan sikit, tapi jimat masa, minyak dan tol sebab kereta akan beterusan jalan walaupun pada had laju jalan negeri dan persekutuan. Mudah nak berhenti rehat, solat, isi minyak dan makan. Waktu tu cuma berpandukan peta cetak dan Google Map saja. Bila tengok video yang Tuan buat guna drone berserta tanda arah dan panduan, lain perspektif nya, memang lagi jelas 😁 Moga2 bermanfaat untuk semua 😁
ps saya juga guna laluan ni untuk touring berbasikal ke Lumut. Sangat scenic 😁
Betul tu, kita mahu pergerakkan kenderaan. Klu jarak dkat kne traffic jeam kenderaan static letih gak berjam2 tnggu. 😂😂
dari tahun 2000 tu lah saya dengar gov nak buat highway wce ni tiap kali nak pilihanraya. alhamdulillah. dh siap pun. 😂
ni kami panggil jalan Ban Kenal Parit 6. Raya baru2 ni pun jem laluan ini. Laluan ni saya selalu guna untuk elak jem di Tanjung Karang dan Kuala Selangor. Perjalanan dari Sungai Besar ke KL
Video ini secara tak langsung menunjukkan betapa eloknya kualiti jalan kampung di Malaysia.
jalan raja musa tu beralun-alun..content creator pn ade inform..sya sebelum puasa dlu ada lalu area sna..x boleh speed sangat..
@@fahrersurf5422 betul jalan raja musa tu tak boleh laju.. teruk jln nya..
yb mantappp
Zaman mendiang tun Samy vellu jd menteri kerja raya, diakui jln2 kg mmg cantik.. Terutama tmpt parlimen beliau di sg siput.. Jln felda mmg cantik, rata
@@nurimarasofea8320 Jalan² dalam video ini yang menyebut huruf di hadapannya (B31 dll), FT dan jalan persekutuan adalah di bawah skop kerja JKR 👍
Saya mendoakan agar jalan2 ini sentiasa terhindar dari kerosakan dan kesesakan lalulintas. Jalan B44 boleh juga tembus ke Tanjung Malim dan terus ke utara melalui jalan lama. Terima kasih atas usaha memberi penerangan , memang terbaik👍
Tq tuan
Konten ini luar dari kebiasaan. Tahniah..harap dapat diperbanyakkan meliputi seluruh semenanjung sebagai panduan terutamanya bagi mengelak jem dan banjir..
Syarikat konsesi kalau berjaya siapkan laluan WCE Tg Karang - Persimpangan Latar dulu pun sangat cantik supaya penguna-pengguna high way WCE boleh exit dan sambung perjalanan melalui Latar...
tapi kalau siap wce tu pon,dia x cross pekan tanjung karang..still ke hadap jem kat pekan tanjung karang tu..
Punca sesak sbb terlampau byk lampu isyarat kat Kuala Selangor dan Tg Karang...mcm dr Sitiawan nak ke Ipoh jarak dlm 60km sj tp disebabkan terlalu byk sgt trafik light blh jd nak dekat 2jam perjalanan
@@mohdamranamran-lj8hb Betul sy sokong Mmg lama perjalanan
Jalan Alternatif lain..
Plaza Tol PLUS Bkt Tagar--> Felda Sg Tengi--> Kg Soeharto--> Sg Panjang--> Sabak Bernam sejauh 92 km sblm masuk ke WCE Hutan Melintang menuju ke Utara..
Keluar btl2 pekan sabak bernam ke sblm tol hutan melintang tu?
Terima kasih ye lalu jln kampung Seri Tiram, kampung Nenek saya! Kepada semua pengguna laluan ni, harap jgn laju sgt, jln sempit kawasan kampung. Tp lalu tepi sungai sampai ke Sabak Bernam tu mmg indah..Bykpit stop
Terima kasih Tuan, dpt route baru 😅haritu ada lalu tapi ikut jln lama. Mmg bagus wce ni kalau siap, tkyh hadap laluan menora tunnel dn Ipoh yg curam dn berselekoh maut
1 lagi option,boleh guna lebuhraya plus dan instead of exit rawang, boleh exit bukit tagar. Lepas exit tu,terus je akan jumpa simpang 3. Belok kiri akan menuju ke unisel dan seterusnya jalan raja musa. Kalau belok kanan akan tembus ke simpang 4 jalan gambut/parit 4 terusan utama. Option ni jauh sikit tp tak perlu hadap pekan bestari jaya and tak banyak simpang.
jika siang sy akan kelok kanan lepas tol bkt tagar. lalu felda sueharto, dan last di sabak bernam, coz pemandangan subahanallah sangat cantik.
Baru saja tonton video minggu lepas. Memang tiada lansung jem sampai Sg Besar. Jalan yang bagus, tiada lubang. Cuma beralun sahaja. Kena hati hati dan jangan laju. Selepas jalan Kemudi akan lalui kawasan sawah padi yang cantik. Alhamdulillah. Jimat masa perjalanan ke Sekichan dan ke utara.
Terima kasih kerana bersusah payah membuat konten yang memberi manfaat kepada pengguna jalanraya dan ekonomi setempat kawasan yang covered dalam video ni. Semoga Allah memberkati dan memurahkan rezeki tuan.. Anak saya tanya apa jenis drone yang digunakan & mana nak belajar guna😅.. Saya memang tak terjawab laa soalan ni.
Tq tuan. Owh bnyk dah drone yg boleh follow tracking ni. Cuma mahei sket
Sy dari Sg buloh balik ke Taiping. Mulai Tg Karang smpi nak masuk tol hutan melintang, dah takde lampu isyarat klu tak silap. Semua simpang utama dah ada flyover. So, perjalanan mmg lancar. Btlk 7pm smpi 11.30pm pada 20hb April 2023.. termasuk stop buka posa & solat (4 jam setgh) berbanding dikhabarkan 5-6 jam di highway PLUS hari yg sama.
Klu stretch Beruas ke Changkat Jering/Taiping dah siap, lagi cepat sampai.
Ye betul. Lps tanjung karang mmg dah x da traffic light.
Ya.. lps tol beruas baru jumpa traffic light
Kalau nak ke Taiping guna WCE , kita akan keluar ke mana Tuan? Saya balik raya baru ni guna WCE untuk ke Ipoh..
@@mohdadwimmahamud4874 maaf mencelah. hehe. Susur keluar Beruas. kemudian lalu jalan Lama ke arah Trong/Changkat Jering.
@@dontpushpush terima kasih tuan
Laluan aku dari dulu tu. Kami panggil jalam bankenal... Jalan tu sibuk kalau hujung minggu atau cuti panjang tapi bergerak.. Laluan alternatif kami dari sabak bernam nak ke kuala selangor/ atau lembah kelang. Kat jalan bankenal tu ada restoran lembah bernam. Restoran makanan eksotik yg cukup popular
Yaaa… sy terlupa nama lainnya tu. Huhu
@@dontpushpush laman tebu aidil pun dijalan tu
Restoran Rimba....boleh singgah berhenti makan landak....surrr.....😋😋😋
Ayuhak.jalan ban canal.
Restoran tu jauh bang dari jln ban kenal tu.. Otw ke tanjong malim dah..
Untuk mengelakkan kesesakan di Kuala Selangor, Tg Karang di waktu Hari Raya dan Tahun Baru Cina letakkanlah polis trafik di persimpangan lampu isyarat tu, bagi laluan yg panjang untuk Jalan dulu. Hanya 2 kali setahun je letakkan polis trafik menjaga lalu lintas. Bila dah sampai Sekinchan arah ke utara dah tiada masalah krn Jalan dah ada 4 lorong dan flyovers yg banyak.
Ye betul ape yg tuan katakan..klau Musim perayaan mmg teruk jln Jem pasal traffic light je mintak polis traffic jaga lalu lintas pada Musim perayaan hari raya puasa Dan tahun baru cina..terbaik info ya..
biasa polis trafik akan blok traffic light dah buat jalan sehala bila raya
Di kuala selangor dan tg karang wce jadi lebuhrayap.
Dah guna wce tapi di taiping. Cuma nk keluar ke bandar taiping dan masuk balik plus ambil masa juga perjalanan dan sampai di bandar taiping akan jem sebab banyak kereta. Terbaik video pencerahan
Terima kasih tuan atas perkongsian ini. Saya ni mmg dah rimas dgn PLUS, terlalu banyak kenderaan, kemudian masing-masing nak tunjuk siapa yg paling laju. Dah tak tenang drive guna PLUS.
Saya selalu juga travel dari Sg Petani ke KL guna WCE ni. Kadang tu terus ke Shah Alam kuar di Exit Bukit Raja. Cuma masalahnya, jem teruk di Tanjung Karang & Kuala Selangor disebabkan traffic light. Sbb tiada divider bertutup dari Tanjung Karang. Dari Sabak Bernam ke Tanjung Karang ada divider bertutup dan ada flyover jika ada simpang, jadi tidaklah jem teruk spt di Tanjung Karang & Kuala Selangor.
Sebelum saya jumpa video ini, saya ikut jalan alternatif guna Waze.
Masuk Kpg Sepintas di Sabak Bernam, kemudian Felda Soeharto di Kuala Kubu Bharu hingga akhirnya keluar kembali ke PLUS Tol Bukit Tagar.
Sama2 tuan. Semoga membantu dan hati2 di jalan raya
*KAT SUNGAI BESAR DULU ADA DUA TRAFFIC LIGHT, SATU DAH CABUT, SATU LAGI BAWAH FLYOVER, SO SUNGAI BESAR DAN SABAK TAK JEM MACAM TANJUNG KARANG DAN KUALA SELANGOR.*
Boleh juga pilihan d Exit Bkt Tagar PLUS menghala Felda Soeharto -Sbk Bernam. Masuk WCE utk ke Utara
Saya dah cuba guna jalan tu. Tapi lebih terasa jauh dan lambat.
laluan cadangan ni boleh juga diterima, sebab nampak mcm kurang lalu pekan/kampung dan juga kurang belok kiri kanan masuk kampung ..
Terima kasih banyak2 atas perkongsian ilmu. Ilmu yang kita kongsi orang amalkan kita dapat pahala. Raya nanti nak balik perlis boleh ikut WCE.
Ramai da tahu jln ni...dulu aman damai..skang org kg sungai sireh pun stuck..jln ban canal bleh sampai sungai besar...jln dlm kg
semuanya gara2 nak elak jemm Kuala Selangor / Tg Karang ler tu ..
Alahai skrg sume dah tau jln ni.. Sedih ler lepas ni jem ler kt sini.. Kesian org2 kg mcm saya ni.. Nk balik dr pasar pun jem 😂
Saya dah lalu ikut puncak alam-parit mahang terus ke jambatan Bagan Datuk - sebab n tgk jabatan baru je - tenang sejuk mata memandang
Terima kasih Tuan atas perkongsian. Sy setiap minggu ulang alik drpd Seri Manjung balik kg di Melaka. Hampir 11 tahun. Sy melalui Kuala Selangor terus ke Kapar keluar di tol Setia Alam. Mula pergerakan jam 4 pagi. Setelah WCE siap, sy boleh smpai Melaka dlm 4 jam ke 4 jam setengah. Sebelum ni antara 5 ke 6 jam. Sy pernah lalu jalan yg Tuan tunjukkan ni. Tp sy lebih selesa lalu jln Kuala Selangor dgn syarat gerak awal.
Sama2 tuan
WCE saya dah lalu beberapa kali, Alhamdulillah highwaynya ok lancar cuma dari Beruas ke Changkat Jering masih dlm pembinaan lgi. Time raya baru² ni jln negeri dan federal memghala ke utara mmg sesak selain dari PLUS highway. Saya tersangkut raya ke 3 baru² ni lebih 3 jam jem dari Pekan Terong nak ke Changkat Jering. Akhirnya kami melalui jln pintas melalui jln kg, perkampungan org asli, kebun kelapa sawit dan keluar di Simpang 4 Taiping.
Sama. Saya pun sangkut 3 jam di trong. Kena lalu jln hutan keluar ke simpang empat taiping. Alhamdulillah maghrib baru tembus. Risau betultersadai dlm laluan hutan tu masa tu
@@noordianaismail1270 betul tu dik.
Akan jd sunyi lah jln kuala selangor dan tanjong karang klu wce dah siap..setahun 8 bln sy tinggal d sg besar..menjadi kenangan jln di situ,sampai ke simpang beruas terlepas jln nak ke aeon manjung hehe..tq share video ni sedih pulak tengok..
Saya cadangkan ikut highway PLUS, exit di Bukit Tagar, masuk ke Felda Sg. Tengi, sambung ke Felda Soeharto, teruskan ke arah Bagan Terap, nanti akan terus jumpa WCE.
Ya. Salah satu alternatif
Yayaya...laluan blk kg..merbau berdarah..dari seremban
Klu waze dah sampai bukit tagar tu nk search apa nk ke utara?
@@Ibrahim_son kalau nak ke utara area kedah atau perlis better lalu plus, WCE lebih untuk yang menghala ke kawasan pantai barat seperti Lumut dan Manjung, tapi kalau nak jugak lalu WCE, boleh wave kawasan yang saya sebutkan di post asal.
@@phlizzowrasanya kalau masa musim cuti atau raya sgt berbaloi kalau nk guna wce sbg alternatif dari/ ke utara , walaupun agak jauh laluan dia tapi agak smooth dan takde stop/start traffic berbanding dekat plus yg ada banyak kawasan yg sesak spt menora, gua tempurung dan tapah
cantik jalan nie.......sy pun tk pernah lalu tp nak menghafal dia cabaran jugak.........kena marking, apa2 pun info mmg terbaik. Nie jalan dalam amat berguna dihafal snn jalan k.selangor terus ke tanjung karang selalu teruk jem.......sampai ke setiawan,.....pernah kena sampai ke malam
*MINYAK PASTIKAN FULL SEBAB JALAN DALAM TAK ADA STATION MINYAK.*
Kesesakan K.S'gor dan Tg Karang...bermusim terutamanya Hari Raya serta TBC shj.Waktu lain...ok.Kesesakan ni puncanya kedudukan trafic light yg terlalu rapat antara simpang.Waktu mlm..diingatkan elakkan laluan yg disarankan ini.
Saya selalu juga ikut laluan ini utk ke Seri Manjung, memang selesa walau sedikit jauh
Laluan Jalan Terusan ke Parit 4 seterusnya ke Parit 6 memang laluan favourite saya untuk balik ke Sabak Bernam. Walaupun bermotorsikal, tapi cukup tak suka kesesakan juga kemeriahan trafik di Jln Persekutuan No. 5 tu. Lagipun lalu kawasan bendang, tenang aje rasanya boleh healing2 hehehe 😊
yaaa, bendang... sy terlupa. duk ulang2 sebut ladang sawah. hadoii..
Uish! Sayangnya kelas B2 lesen memandu saya dah terbatal....hanya D je
Kulir bulik Ka sum basar.jalan sasak.
@@akhmalhisham7545 ikam basurah apaan deh qena huloq
*HEALING APA NAIK MOTOR PUN JEM MASA NAK BALIK KL LEPAS RAYA.* 🤣🤣🤣
Terima kasih banyak. What a journey! Saya follow sampai habis sambil drive👍🏻👍🏻🤲🏻
memang cepat.. saya balik raya ikut WCE dari Rawang pukul 8 sampai Tol Beruas 10.30 pagi..tanpa jem
Biasa guna jln dlm tu bile nak blk ke lembah klang. Dari Sekinchan ikut jln Kpg Sireh, terus ke Tiram Jaya, Kpg Raja Musa, Bestari Jaya , Ijok & so on. Kalo tuju jgk ikut Tnjg Karang mmg jem lah sedia menanti sblm Petronas nak ke pekan tu.
terbaik penerangan dan laluan yang dicadangkan~ scenic route, amazing drone shots! semoga tuan terus maju jaya!
Tq tuan!
Polis traffic disitu tak proaktif
Terima kasih info yg padat tuan..semoga urusan dipermudahkan Dan maju Jaya..🤲
Cantik jalan kampung..pemandangan hijau.
Video grafik & drone shot yg sangat jelas walaupun jln2 agak complicated…
tq tuan
saya dari beruas ke kluang, johor lalu wce. selesa sebab kereta tak laju macam lebuh raya utara selatan. santai je. lagi pun sampai sabak bernam byk kedai makan tepi jalan. bayk pulak pilihan.
Lebih 10 tahun guna laluan alternatif ni masa peak season....cuma jalan agak sempit dan beralun. Tapi lancar...
Serious terbaik video brader ni. Slalu org dok ckp tp kita yg x pernah lalu kawasan tu mana nk nampak camne. Tp raya tahun ni haritu first time lalu WCE dan sbb x tau jln tikus, terpaksa la hadap jem kt tanjung karang dngan kuala selangor tu ha..
Terima kasih tuan. Sgt bermanfaat. Detail dan jelas. Drone video sgt bagus
Menarik video ni. Rajin betul tuan buat. Terima kasih kerana sudi berkongsi.
Terima kasih tuan
Di Sabah kalau ada jalan raya tar pun dah bersyukur.. hebat jalan raya kat semenanjung
kena tunggu PRU/PRN wakil rakyat akan turun dgn janji2
Trmksh untuk video nya yg SGT2 bermanfaat! Selamat Aidilfitri juga untuk tuan ! Semoga dipermudahkan urusan
Kalau dari KL lagi senang/lagi dekat keluar Tol Plus Rawang, terus ambil kiri laluan ke Bestari Jaya. Dari situ boleh ikut macam dalam video ni
Jazakallah tuan.... Semoga Allah permudahkan segala urusan tuan sekeluarga..... Aamiin....
Cantiknya pemandangan pokok-pokok sawit dari dron ❤
Sebelah siang klu ikut jln ni ok lg..klu malam x usahlah..baik ikt jln biasa ..nnti MIA. (misssing In Action).
Penerangan yg luar biasa ter baik sahabat
Saya dari kuang sg buloh tu lepas exit latar tu, ambik kiri ikut jalan bukit rotan tu, so kena ikut jalan persekutuan kuala Selangor - tg karang tu jugak la, yg jadi jem teruk kt tg karang tu je, tq bro atas usaha memudahkan org ramai
kalau dkt hujung lebuhraya LATAR tu belok ke kiri. kena tempuh jem di Kuala Selangor juga.
Ye betul, trafik light kat kuala Selangor tu byk dan rapat²
Dulu jln bengkenal ni menyeramkan tp skg laluan ni meriah.. Arai benar urang lalu kt situ ramek melihat bandang😂
kulaan
Exit beruas ke changkat jering jln kecil & berliku , byk lori balak.
Hari biasa memang lama. Jln lengang. Bile hari perayaan. Jln itu juga jem . Raya cina yg lepas. Saya ikut laluan ini. Nak ke sungai besar . Raya kedua baru ni . Dari unisel hinggalah ke persimpangan ,kanan seri tiram . Kiri boleh ke bukit belimbing. Terus k Selangor jem teruk juga .
power la, direction diberikan guna drone sampai habis.......Cemerlang Gemilang THORbilang nih 👍
Terima kaseh bro atas perkongsian info ini. Lusa ni nak ke utara dari setia alam guna route ini.
Kalau bukan hari perayaan. boleh skip lalu kampung (Jalan Mawar dlm video ni). Dan terus lalu jalan Raja Musa, kemudian masuk ke simpang Jalan Masjid Baroh, Kemudian belok kiri ke Jalan Kilang Padi, kemudian masuk ke Jalan Lengkungan. dan masuk ke Jalan Klang - Teluk Intan.
akan ada 2 lampu isyarat yang akan kena tempuh di Pekan Tanjung Karang.
Terima kasih tuan...info yg hampir detail 👍👍👍
maklumlah raya ke 2 ni nk try test higway ni...first time ni kena la cari2 info...letih ikut ipoh kuala kangsar nk balik Baling...kadang2 dari Grik ke Baling kereta saya sebiji je atas jln...seram pun ada😅 by the way...sy akan bertolak dari tj malim...harap2 dipermudahkanlah perjalan saya dan family nti 🤲
Kampung sri tiram jaya tu pun dah sesak bila cuti raya dan cuti panjang sebab ramai yg lalu jalan kampung tu
Minit 10:40, macam tu rupanya titik temu FT5 dan WCE di Lekir dari udara. Lorong FT5 arah utara dah jadi slip road susur masuk.
Ikut jalan ban canal.tarus Ka sg panjang Bagan tarap.kinak sampai sg perak.
Thanks bro. Esok sy nak ke sekinchan. Guna panduan awak ni. Cantik, moga diganjari usaha awak ni. Lastweek sy dah terkena 3jam baru sampai sampai sekinchan dari ampang. Koyak mat…😩
Aduh. Lalu mana tu tuan?
@@dontpushpush last week ikut jln kuching-selayang-latar-ijok-kualaselangor-tgkarang-sekinchan. Esok try ikut laluan awak. Moga berjayalah. Haha…
Kena berdua buat liputan ni,,,senang awak kwal drone nanti.Sawah2 cun ooooo..tq..tq
Terbaik tuan....sy selalu ikut jln ini...sabak bernam-kuala lumpur utk urusan anak belajar....
Penguhujung lebuh raya latar ijok tu. Klu dpt terus kan siap kan bagus terus sambung smpai higway hutan melintang. Tak de tempoh pekan tanjung karang dah. Tegantung separuh je jln tu. Bila lah nk sambung
Untung jd penduduk pantai barat ni...semua development dpt..belah pantai timur (kelantan, tgganu, pahang & johor) tak dpt apa..adalah ecrl 1...
Pernah juga ikut laluan ban canal dr sg besar masa musim perayaan jem juga, jln sempit, nk selisih pun susah tambah pula hujan lagi2 mlm gelap.
Wow...tq sahabat, atas info ya. Hadir menonton sebagai tanda sokongan 😊😊
Info sangat bagus. terima kasih.
Jln favorite time weekend mmg lalu ban kenal, sg burung ni klu nk ke sekinchan @ tjg karang sbb kurang sesak brbanding jln utama.
Slalu msuk latar belok kiri masuk kuala selangor.. jemm padu sblm masuk wce tuu..
Saya dari arah Taiping ke Klang, memang kerap guna laluan WCE berbanding PLUS. Harap WCE dapat siapkan laluan Terong - Beruas secepat mungkin. Yang nak ke utara kawasan berpotensi jem ialah trafik light Pekan Terong dan paling teruk trafik light tol Changkat Jering - Taiping
Jem lekat bang
Harap macam tulah. Cepat siap WCE sampai ke tol Changkat Jering sambung dengan PLUS, senanglah lepas ni banyak elak jem.
Kena bersedialah dengan kos tol je nanti.
Dari Taiping kena sampai pekan Beruas dahulu ke baru kita jumpa highway WCE ni
@@ammarabagindasahirilsahiri8300
Yup, buat masa ni kalau dari Taiping kena masuk Tol Beruas
Video yang sangat menarik dan informatif. Terima kasih atas perkongsian 🎉
content yg bagus....terima kasih byk²
Good video, very informative, tqsm, teruskan berkarya,
Tahniah tuan kerana memasukkan kod jalan Persekutuan dan jalan negeri dalam video ini. Cuma untuk Jalan Rawang tu, ada yang mengatakan kodnya ialah B27 dan bukannya B33
Tq tuan. Hump. Mungkin ralat dlm video sy. Tq tuan kerana maklumkan.
@@dontpushpush apapun tahniah kerana memasukkan kod jalan. Tak ramai yang akan mention kod jalan apabila mahu tunjuk arah sesuatu jalan
Dan juga yang penting adalah tuan mention bahawa jalan yang mereka gunakan ini adalah jalan kampung dan bukannya jalan biasa
@@amirzulmuhammad itu semestinya tuan.
Thank you for your information. Will try it soon.
Terbaiklah usaha admin ni. Tq admin
video sgt clear dan jelas, terbaik...👍👍tapi jalan2 byk belok2 kanan,kiri dan byk jln melalui kampong2.😅
Ye betul. Jalan kg. Hehe.
Mati2 ingat masuk latar terus masuk lebuh raya baru sampai ke wce.. hahahaha...
Tapi rasanya mcm selesa lg ikut jalan kuala Selangor tg karang dll... Rasa mcm jauh sangat laa bila ikut jalan seperti video nie..
Iya betul tuan. Jalan ni hanya semata2 utk lepas traffic light kuala selangor tanjung karang pada waktu puncak sahaja. Kalu tak sesak. Mmg jauh lebih baik ikut FT5 tu
Route alternative ni mmg agak terasa jauh kerana hala ke Bestari Jaya..Raja Musa.. tujuan lalu situ, nak skip kesesakan pekan Kuala Selangor dan Tg Karang.. Kalau kedua dua pekan ni X sesak.. mmg selesa ikut jalan luar .. 😊
seminggu 2x bang guna wce naik padang ngn bkt kayu itam....dr lalu plus baik wce...tenang giler...kepala pun xsakit mikir tgh sdap speed nk main brake manjang...hahahaha...
Boleh tak Sabah Sarawak peroleh nikmat perhubungan Jalan Raya yg baik spt di Semenanjung... ?
Saya org Tg. Karang / K. Selangor. Apa yg sy nampak, dgn siap sepenuhnya WCE, kedua-dua bandar ini akan menjadi "pekan hantu", kerana tiadanya excess dr WCE. Jika dr Selatan, tiada jalan keluar terdekat menuju ke K.Selangor-Tg. Karang kecuali melalui Latar, manakala jika dr Utara, kenderaan akan terus melintasi bandar Tg. Karang - K. Selangor. Tidak seperti Sekinchan, Sg. Besar & S. Bernam, di mana WCE akan melalui bandar² tersebut dan pastinya ekonomi setempat bertambah rancak. Tg. Karang & K. Selangor sekadar nmpk dr jauh shj. Satu lagi isu, ialah jika terjadikan kemalangan, dimanakan hospital terdekat untuk dirujuk (jika kemalangan terjadi di WCE antara Sg. Besar - Latar)? Hospital Sg Buluh? Hospital Sabak Bernam? Atau Hospital Tg Karang yg baru shj siap? Pd pandangan sy, apalah kiranya dibina persimpangan bertingkat berhampiran Hospital Tg. Karang. Sekadar pandangan...
umumnya lagi banyak persimpangan lagi banyak punca kesesakkan.
Tp sy tak nafi betul pandangan tuan tu.
mungkin nanti akan ada flyover untuk pekan tanjung karang.
Murahkan sikit harga barang, servis Dan makanan mesti sedap , orang x lari
Terima kasih atas perkongsian video tuan, cantiklah
Ni laluan ban canal,,port duk mncing,.lg dkt dan mudah amik dr jalan rawang batu arang
Terima kasih atas perkongsian yg detail ini. Thorbaek 👍
tq tq
terbaiklah...seronok tgk info macam ni...selau tgk..jrg komen...haha...
Smlm tgk youtube hari ni lalu jln ni.Dr wce beruas nak balik port dickson.sjer try lalu tp akhirnya anak muntah guna jln dlm.traffic jem jln luar mmg dh biasa dh.slalu balik kg guna jln ni sblm wce ada lg pun.
Terima Kasih, info yg amat berguna! 👍🏼
Bila nk siap da projek ni (wce- banting-taiping) ....dah bertahun2 tk siap2 lagi .
Dari segi kualiti jalan raya nya dan RnR..tak sebaik spt lain2 highway...spt plus, sprint dll .
Dari jalan saga tu malam2 boleh nampak bangunan dan lampuan di Genting Highland
Dulu suka ikut plus, tapi memandangkan selalu jem, tukar ke wce. Walaupun jauh sikit tapi bergerak.
terbaik min👍 parit4 tu klu ke kiri smpai balai polis IPD sungai besar tempat saya tu min 😀👍
Info yg sangat padu dan terperinci.
terbaik bang
info yg sgt bermanfaat
sebab video ni semua jalan2 kampung area dri tnjung smpi sungai besar xpnh jem..boleh jem hehehe
Aku baru lalu balik raya dari utara.elak jem kt plus.dari gerik - beruas.sampai tg karang lalu depan rumah awek lama,kg kunci air buang ikut seri tiram ke bestari jaya😂😂
Sesak la kampung Aku 😅. Siap nampak rumah ku dikampung lagi dlm bideo ya.
Bang tumpang lalu bang. Huhu
Lagi..1...jalan..kurang kenderaan ke WCE..exit toll bukit tagar...terus felda sg tengi..lps tu felda soeharto...lps tu terus ke sabak bernam.....jalan pon ok....
Ni memang laluan aku gak ni. Cuma bila musim perayaan, jalan-jalan yang kecik ni memang ramai yang akan lalu juga.
Mantap info...
Ada satu lagi jln cros melalui bukit tagar ke felda sg tengi. Jln tu akan ke sg panjg ke sabab bernam..
Skg ramai dh ramai lalui jln situ...
Akan datng buat lak video jln situ
Insha Allah