Penanam durian wajib tahu..!! Fungsi racun kulat dan serangga ini

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 17 вер 2024
  • #durian #musangking #racunkulat #teknikbusut #d197 #d200 #racunserangga
    Racun kulat mujarab keluaran bayer
    untuk kawalan penyakit
    Biasanya pada musim hujan pokok akan menerima pelbagai jenis penyakit, keadaan yang lembab ini mengundang penyakit kulat iaitu hawar daun di mana kebiasaanya serangan ini berlaku pada bahagian pucuk daun muda, kesannya ialah daun yang muda mulai gugur pada bahagian pucuk dan boleh mengakibatkan pokok mati. Langkah untuk menyelamatkannya adalah dengan mencari racun kulat untuk mengawal penyakit hawar daun ini.
    Ada juga yang mengalami masalah penyakit kanker batang. Penyakit ini perlu dirawat dengan menggunakan racun kulat yang dibancuhkan dengan air. Bancuhan tersebut perlu disapukan pada bahagian batang yang diserang dengan kekerapan dua kali dalam sebulan. Sebelum sapukan racun kulat tersebut, bahagian batang yang dijangkiti itu perlu dikikis dan dirawat terlebih dahulu. Bancuhan racun kulat yang anda dapatkan di nursery yang berdekatan, pastikan bancuhan yang anda lakukan itu mengikut kadar yang telah ditetapkan pada label supaya dapat mengawal dan mengelakkan dari penyakit berjangkit. Jika ada pokok durian anda yang mengalami penyakit ini dengan kritikal, pokok tersebut perlu dimusnahkan secepat yang mungkin dengan tujuan mengelakkan penyakit berjangkit dengan pokok bersebelahan. Apabila musim berbuah telah tiba, pastikan anda tidak membiarkan buah yang rosak dan pecah berhampirang dengan pokok durian anda.
    Mengapa perlu lakukan seperti berikut? Dengan tujuan untuk mengelakkan buah yang rosak dan pecah tersebut menjadi tempat pembiakan kulat dan serangga.
    Ada ranting yang telah mati? Ada ranting yang mengalami masalah serangan serangga? Apa yang anda perlu lakukan? Langkah yang terbaik adalah anda perlu membuat aktiviti pemangkasan dahan atau ranting yang telah mati tersebut. Begitu juga dengan dahan atau ranting yang mengalami masalah serangan serangga, sebelum ianya merebak sehingga ke tahap kritikal, lebih baik kita melakukan aktiviti pemangkasan pada dahan tersebut.
    Ini sahaja serba sedikit perkongsian cara penjagaan pokok durian yang bermula daripada anak pokok sehingga dewasa.
    Salah satu benda yang anda kena ambil serius semasa durian membesar adalah kawalan serangga perosak. Kali ini saya ingin kongsikan beberapa musuh durian. Antaranya:
    1. Kumbang Pemakan daun (Apogonia dan Adoretus ssp) menyebabkan daun berlubang-lubang. Antara racun serangga yang digunakan seperti Deltamethrin & Chlorpyrifos.
    2. Kumbang Pengorek batang (Synanthedon sp) dan (Platypus Cupulatus) menyerang bahagian kulit yang biasanya ada dijangkiti oleh penyakit kenker batang ( Phytophthora palmivora ). Antara racun serangga yang digunakan racun dimethoate, Colam ZC (Lambda Cyhalothrin + Thiamethoxam), Prevathon + endure.
    3. Koya (Pseudococcus sp) iaitu sejenis serangga halus berwarna putih yang gemar melekat pada buah dan dahan pokok. Ianya suka menghisap cecair tubuhan. Antara racun serangga yang digunakan seperti Dimethoate, white oil & Malathion.
    4. Teritip (Phenacaspis sp) iaitu serangga halus berwarna perang yang gemar melekat pada daun, buah dan dahan pokok. Ianya suka menghisap cecair tubuhan. Antara racun serangga yang digunakan seperti Colam ZC (Lambda Cyhalothrin + Thiamethoxam), Dimethoate, white oil, abemectin & Malathion. Disyorkan untuk menyeburkan cuka kayu terlebih dahulu supaya dapat melembutkan cekerang teritip tersebut.
    5. Anai-anai dan Merong (Coptotermes Curvignatus) iaitu sejenis semut yang suka menyerang pokok berpenyakit. Antara racun semut yang digunakan seperti Fipronill & Chlorpyrifos.
    6. Cacing Nomatode menyebabkan akar rosak. Tanda-tandamya iaitu terdapat bintil pada akar. Rawatan dengan Carbufuran.
    Racun kulat.
    Kulat Phomopsis. Kelihatan bintik-bintik hitam kecil yang disebut pycnidia di sekitar luka. Jika tidak dirawat bintik kecil ini akan membesar menjadi perang keputihan atau coklat terang dengan saiz berukuran 1 mm dan dengan sempadan nekrotik berwarna coklat gelap dan lingkari oleh halo kekuningan.Racun yang disyorkan untuk merawat penyakit ini adalah Carbendazim dan benomyl
    Kulat Antraknos (Colletotrichum zibethinus). Kelihatan daun hangus dan berpusar, memanjang ke sisi dan menyebabkan daun menjadi warna gelap pudar. Sebahagian besar gejala berlaku di hujung daun kerana ia berkumpul di dalam tanah dan merebaknya spora bermula pada daun bawah berhampiran tanah.Solusi, gunakan racun Antracol 70% Wp dan Difenoconazole
    Kulat Hawar Daun (rhizoctonia solani). Bermula dengan bintik-bintik kecil, berair dan berwarna hijau kekelabuan dan keliling daun berwarna perang keunguan. Bagi mengawal penyakit ini anda perlu sembur dengan racun Manconzeb manakala untuk merawat gunakan racun Monceren dan Thiram.. Rawatan perlu selang seli semburan. Tempoh kurang sebulan mengambil masa untuk menghapuskan spora-spora ini. Setelah lebih kurang sebulan rawatan racun diatas,semburlah dengan kitosan atau CytoAuxins untuk fasa pemulihan.

КОМЕНТАРІ • 74