Resepi kuih bom bijan | onde onde Rangup dan sedap

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 10 лип 2024
  • Resepi kuih bom bijan Atau Onde-onde yang Rangup Lembut dan Mudah dengan Sukatan Cawan. Kali ini MALAY kitchen kongsikan resepi bom bijan atau di sesetengah tempat dikenali juga dengan onde-onde. Kuih ini berbentuk bulat disaluti penuh dengan bijan. Kali ini Manja buat inti menggunakan kacang hijau. Kuih ini memang selalu jumpa di gerai-gerai menjual kuih. Kali ini jom kita buat sendiri. Untuk resepi ni boleh dapat 20 biji kuih dengan saiz yang sederhana. Mesti cuba ya.
    0:00​​​​ Resepi Kuih bom bijan- intro
    0:30​​​​ Cara buat Kuih bom BIjan
    2:50​​​ Hasilnya kuih bom bijan yang lembut dan sedap
    Bahan-bahan kuih bom bijan/onde-onde:
    Bahagian Inti
    1 cawan kacang hijau (rendam mininum 2 jam)
    3 cawan air (750-800ml)
    1/2 cawan kelapa parut
    1/3 cawan gula merah
    1/3 cawan gula
    1/4 cawan tepung gandum
    sedikit garam
    Bahagian Badan
    2 cawan tepung pulut
    1/2 cawan tepung gandum
    sedikit garam
    1 cawan air
    Salutan
    Bijan
    Cara-cara :
    1) Masukan air ke dalam periuk. Setelah mendidih, masukan kacang hijau yang telah direndam sebelumnya. Masak sehingga kacang hijau lembut (empuk)
    2) Kemudian masukan semua bahan-bahan lain dan masak sehingga kering air dan sebati. Kemudian sejukan.
    3) Di dalam sebuah mangkuk masukan semua bahan untuk bahagian badan (kulit kuih). Uli sehingga menjadi doh dan boleh dibentukan. Manja anggarkan 1 cawan, boleh tambahkan lagi sedikit demi sedikit sehingga boleh membentuk doh seperti di dalam video.
    3) Kemudian, ambil sedikit doh, leperkan dan isikan dengan inti di bahagian tengah. Tutup rapat dan bentukan membulat.
    4) Setelah itu boleh golekan (salutkan) dengan bijan.
    5). Apabila minyak sudah panas, boleh mula menggoreng dengan api yang sederhana kuat. Apabila nampak kuih sudah kekuningan, boleh angkat dan hidangkan.
    Boleh jugak komen dibawah, resepi apa yang korang nak MALAY kitchen untuk video seterusnya.
    Mohon Follower MALAY kitchen SUBSCRIBE UA-cam kami :
    / malaykitchen
    Banyak Lagi RESEPI menarik di web rasmi Malaykitchen :
    malaykitchen.my
    Telegram Malaykitchen :
    t.me/malaykitchen
    Muzik oleh : Ikson
    / ikson
    #malaykitchen #bombijan #kuihondeondebijan
  • Розваги

КОМЕНТАРІ • 24

  • @malaykitchen
    @malaykitchen  2 роки тому +5

    Sedap kuih ni...cara buat pun mudah..mesti cuba ye..😍

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  2 роки тому +1

      Ralat di dalam video *
      untuk bahagian badan /kulit kuih
      1/2 cawan tepung gandum. Bukan 1 cawan.

    • @user-ft6xf3vp4s
      @user-ft6xf3vp4s 11 місяців тому

      ​@@malaykitchenkuih ku kacang hijau

  • @k.kingadevikasinathan2277
    @k.kingadevikasinathan2277 2 роки тому +2

    Hi good morning kak. Just finished viewing. Memang nak try this Saturday for family. Yummy yummy. Thanks for sharing 👌👍🤝🌷🙏❤️

  • @marinaazreen7451
    @marinaazreen7451 Рік тому +1

    Dah try buat ya Allah sedap gila .. senang menjadi .. siapa yg baru nak try buat jualan tu try la buat kuih bom ni mudah je

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  Рік тому

      Alhamdulillah 🤗 terima kasih sudi mencuba ..

  • @mukenah.9170
    @mukenah.9170 2 роки тому

    Malay kitchen
    Ma kasih resep nya.

  • @dapurammahanun6123
    @dapurammahanun6123 2 роки тому +1

    MasyaAllah kelihatan sedap sekali kak... sukaaa sama kuih ini

  • @zaihamid78
    @zaihamid78 2 роки тому

    Alhamdulillah..
    Tq share resipi

  • @haslinahasri3599
    @haslinahasri3599 2 роки тому +1

    Assalammualaikum Dan Selamat petang semua.. diharapkn semuanya sentiasa dlm keadaan sihat-sihat slalu. Antara kuih kegemaran says. Terima kasih,Manja berkongsi resepi. 👍♥️🤗.

  • @user-ft6xf3vp4s
    @user-ft6xf3vp4s 11 місяців тому

    Kuih ku kacang hijau

  • @INDERANICE
    @INDERANICE 2 роки тому +1

    My favorite sejak dari zaman kanak-kanak lagi.

  • @abgputikchannel9730
    @abgputikchannel9730 2 роки тому

    👍👍👍

  • @peagreens7480
    @peagreens7480 2 роки тому +3

    Dalam video salah sebut dan tulis jumlah kandungan untuk tepung gandum bagi membuat kulit/badan kuih, sis...dalam video, sis cakap dan tulis letak 1 cawan tepung gandum, tapi terang² nampak dlm video tu, cawan yg digunakan ialah cawan saiz 1/2 cup...jadi utk penonton yg tengok...sila peka ya tentang kesilapan ni sedikit huhu...takut tak menjadi nanti kuihnya 🤭

  • @aziahabubakar2181
    @aziahabubakar2181 2 роки тому

    Saya dah buat sedap dlm kuali kuih nya meletop mungkin api saya macam kuat sikit.

  • @wazaleanabintiwahab493
    @wazaleanabintiwahab493 Рік тому

    sis,klo tak nak guna kacang hijau,boleh tukar kacang merah tak??. cara masak dia sama mcm kacang hijau tak??.

  • @JeffOiKuenCooking
    @JeffOiKuenCooking 2 роки тому +2

    Looking delicious n perfectly prepared watching fully n hope you will be at my kitchen

  • @arinahhmz
    @arinahhmz Рік тому

    maaf nak tanya
    untuk bahagian badan
    1 cawan atau 1/2 cawan tepung gandum ya ? sebab dalam video n descrition x sama 🥺
    sy nak cuba buat..

    • @Naredaabubakar-zb7kc
      @Naredaabubakar-zb7kc Рік тому

      Yg mana satu ni tepong gandum 1 cawan ke 1/2 cawan x faham dlm video lain

  • @zuriatibaharun9351
    @zuriatibaharun9351 2 роки тому +1

    Knpe kuih jdi meletop masa mgoreng..sya ikut resepi ni..cuma sya simpan peti sblm goreng..

    • @sitisabariah1905
      @sitisabariah1905 2 роки тому

      Zuriati Baharun
      Sama mcm saya juga saya simpan stgh jam dlm peti sejuk baru goreng.Tapi ada yg terus goreng tapi x meletup.Tak pasti mcmana diaorg buat x meletup.

    • @riodaniel7741
      @riodaniel7741 Рік тому

      Minyak x boleh panas sangat... Masih suam2 letak