Resepi Kari Kepala Ikan

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 25 січ 2025
  • Resepi kari kepala ikan yang mudah saya belajar dari ibu mentua saya. Selamat mencuba! Resepi lengkap di www.nasserskit...
    SUBSCRIBE:
    bit.ly/2s0yv1o
    Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah Kari Kepala Ikan. Biasanya Kari Kepala ikan dikaitkan dengan masakan di kedai Mamak, tetapi ada berbagai cara dan gaya untuk menyediakan masakan ini. Resepi ini saya belajar dari ibu mentua saya dan menjadi kegemaran keluarga kami. Tanpa berlengah lagi , Jom kita ke dapur!
    Kari kepala ikan yang baik bermula dengan ikan yang segar, Kepala Ikan yang biasa digunakan untuk masak kari termasuklah ikan kerapu, kerisi dan juga Ikan merah. Saya suka guna Ikan merah. Kesegaran Ikan boleh kita lihat dari insangnya yang masih berlendir seperti ini.
    Inilah dia kepala ikan merah yang telah siap dipotong dan dibuangkan sisiknya. Berat dalam 700g. Kita juga perlukan 5 ulas bawang putih, 1 inci halia dan 2 biji bawang merah.
    Halia dan bawang putih perlu ditumbuk dahulu, tapi kalau nak kisar pun boleh juga. Ini dia bawang putih dan halia yang telah siap ditumbuk. Hiris bawang merah seperti ini.
    Kita juga perlukan 2 peket kecil rempah kari ikan dalam 50g. Anda boleh guna mana-mana jenama yang anda suka. 2 sudu besar halba campur. Halba campur ni terdiri dari campuran biji sawi , biji halba warna coklat cerah dan jintan putih .
    3 tangkai daun kari dan 5 biji cili kering. Kalau tak mahu pedas, boleh buangkan biji cili. 1 biji buah tomato dipotong 4, 1 biji cilu merah dibelah 2 dan 5 batang bendi. 1/2 cawan santan segar pekat. Dan 2 sudu pes asam Jawa. Kalau nak guna asam jawa asli pun boleh juga.
    Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Bila minyak sudah panas, masukkan bawang merah. Jangan gunakan api yang terlalu besar. Jika api terlalu kuat, bawang akan cepat hangus.
    Bila bawang mula kelihatan garing dan berwarna kuning di bahagian tepi, masukkan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk. Kemudian masukkan halba campur. Pastikan tidak ada yang tertinggal. Masukkan daun kari dan cili kering. Kacau supaya rata. Kumpulkan bahan-bahan dari tepi ke tengah supaya masak dengan sekata. Tumis untuk 2-3 minit lagi. Masukkan 1 sudu kecil kunyit. Dan juga rempah kari. Saya tidak campurkan rempah dengan air, kerana saya mahu goreng rempah di dalam minyak. Ini akan memberikan aroma kari yang lebih sedap. Jika rempah dicampur dengan air , suhu rempah tidak akan melebihu 100C. Rempah perlu digoreng sekejap sahaja sebelum kita masukkan 1 cawan air ( 250ml). Ini akan menghalang rempah daripada hangus. Gaulkan supaya menjadi pes. Kuatkan api dan masak sehingga pes menjadi pekat seperti ini.
    Masukkan santan. Dan 2 cawan air (500ml). Kacau! Jangan Tak Kacau! Tambah 2 sudu kecil pes asam Jawa. Jika suka lebih masam boleh tambah asam Jawa, kalau tak suka kari yang masam boleh kurangkan. Kacau supaya pes asam jawa larut.
    Bila kuah sudah mula mendidih, masukkan kepala ikan. Kalau kuah kelihatan pekat, tambah sedikit air. Siramkan kuah pada kepala ikan sementara bahagian bawah masak dahulu. Tambag 2 sudu kecil garam atau secukup rasa. Ada yang suka lebih masin dan ada yang tidak, terpulang kepada cita rasa masing-masing. Kalau mahu boleh tambah 1 sudu kecil serbuk perasa. Tutup kuali dan renihkan untuk 5 minit.
    Kuah kari sudah menjadi lebih pekat. Untuk mencairkan kuah, boleh tambah 1 cawan air lagi. Kalau anda suka kuah yang pekat, tidak perlu tambah air.
    Sekarang, balikkan kepala ikan supaya bahagian atas dapat di masak. Hati-hati semasa balikkan kepala ikan. Untuk memudahkan , saya gunakan sudip dan juga spatula seperti ini. Tambahkan 1 1/2 sudu gula untuk mengimbangkan rasa masam kari. Kemudian masukkan bendi, potongan buah tomato dan cili merah. Renihkan dengan api kecil untuk 10 minit. Bila ikan dan sayur sudah masak, Kari Kepala ikan siap untuk di hidangkan.
    Hiaskan dengan sedikit daun ketumbar. Daun ketumbar akan meningkatkan lagi perisa kari. Hidangkan dengan segera untuk menikmati kesegaran isi kepala ikan segar. Tetapi untuk kuah kari yang lebih sedap, simpan semalaman agar rempah lebih mesra. Sangat sesuai dipadankan dengan roti canai. Selamat mencuba!

КОМЕНТАРІ • 30

  • @nasserskitchen
    @nasserskitchen  Рік тому

    Resepi lengkap di www.nasserskitchen.com/resepi/kari-kepala-ikan-cara-mudah-dan-cepat/

  • @kaknor6617
    @kaknor6617 2 роки тому +2

    Mesti rasa kari ni sedap macam di kedai makan. Mintak izin ye chef saya ambil resepinya. Tq banyak2

  • @rafidahabdullah3793
    @rafidahabdullah3793 5 місяців тому

    Sgt sedap! Ikut bulat-bulat resepi ni.. alhamdulilah sedap betul.. terima kasih atas ilmu nyaa

  • @nandofroject2791
    @nandofroject2791 3 місяці тому

    Terima kasih reseb nya muda dipahami 👍👍

  • @UmmiAtiyahAtifsKitchen
    @UmmiAtiyahAtifsKitchen 3 роки тому +1

    Wowwww terbaikkk dari naseer's kitchen😍

  • @mohdnoh8183
    @mohdnoh8183 5 місяців тому

    Memang sedap dah Cuba busy terbaik..

  • @leeyuenkong6572
    @leeyuenkong6572 11 місяців тому +1

    Looks delicious! I must try it. Thank you for your recipe.

  • @Bavani-uk6mf
    @Bavani-uk6mf 9 місяців тому

    Terima Kasih Chef...Esok saya Nak masak..

  • @noneyyyyy721
    @noneyyyyy721 Рік тому

    Kombongg pocah porut bisa koo pakk 😂😂😂😂

  • @charlfamilychannel1404
    @charlfamilychannel1404 3 роки тому +1

    Mantap kawan.terima kasih dah berkongsi resepi .semoga terus maju.

  • @lyrics5609
    @lyrics5609 Рік тому

    Great video!

  • @rehanarahim7796
    @rehanarahim7796 Рік тому

    Mks resepnya ya.saya akan cuba

  • @kukinglicious
    @kukinglicious 2 роки тому

    sedap betul kari kepala ikan 😋 boleh cuba resepi saya juga thank you

  • @Naredaabubakar-zb7kc
    @Naredaabubakar-zb7kc Рік тому

    Sedappppppp 👍👍👍👍

  • @hamidahahmad574
    @hamidahahmad574 3 роки тому +1

    Yumm nampak berselera … akan masak ni besok… terima kasih Nasser 👍

  • @yusufftaiyyob1229
    @yusufftaiyyob1229 3 роки тому +1

    Nmpk sedap chef..will try😁

  • @nona-so3ur
    @nona-so3ur 3 роки тому +1

    Terima kasih chef Nasser's Kitchen terbaik video2 setiap resepi buat saya rajin nk masak...uummm sedappp..semoga teruskn video berbagai masakan ya..TQ..

  • @faridahmatnor1272
    @faridahmatnor1272 Рік тому

    Terima kasih chef..resepi yg mudah d fahami

  • @mochtarmizi9878
    @mochtarmizi9878 Рік тому

    mantap 😁

  • @Nafeez356
    @Nafeez356 3 роки тому +1

    Thank you chef for sharing another recipe!

  • @fadzilahmad9524
    @fadzilahmad9524 2 роки тому

    Takkan 50g rempah?