Epilepsi, Sawan @ Shoro' - Ustaz Syawal Al-Kdasi

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 10 вер 2024
  • EPILEPSI, SAWAN @ SHORO'
    Diriwayatkan daripada 'Atha' bin Abi Rabah
    menceritakan: Ibnu 'Abbas r.huma. bertanyaku, “Mahukah kamu aku tunjukkan seorang wanita daripada ahli Syurga?" Aku berkata,"Ya." Ia menjawab, "Itulah dia perempuan berkulit hitam yang pernah datang kepada Nabi SAW lalu berkata, "Sesungguhnya aku telah ditimpa shoro' (sawan) dan auratku terdedah (setiap
    kali sawan itu menyerang-pent.)
    Maka berdoalah kepada Allah
    untukku." Maka Nabi berkata kepadanya, "Jika kamu mahu, bersabarlah dan untukmu Syurga. Namun jika kamu mahu, aku akan berdoa kepada Allah agar Ia menyembuhkanmu." Perempuan itu menjawab, "Aku pilih untuk bersabar." Ia berkata lagi, "Namun auratku terdedah (bila sawan itu datang-pent.), maka berdoalah
    kepada Allah untukku agar auratku tidak terdedah." Maka Nabi pun mendoakan untuknya. 'Atha' menceritakan, ia telah melihat Ummu Zufar iaitu wanita tinggi berkulit hitam tersebut sedang bergantung di tirai Kaabah.
    (Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Mardha: no. 5652)
    Shoro' (epilepsi) ialah sejenis penyakit yang menghalang anggota-anggota utama daripada menjalankan fungsinya namun tidaklah menghalang sepenuhnya kerana sumbatan yang menyekat di beberapa
    bahagian dalaman otak, begitu juga sumbatan pada saluran-saluran saraf yang menggerakkan anggota-anggota disebabkan campuran yang pekat atau pekatan yang banyak, lalu menghalang roh untuk mengalir ke anggota mengikut perjalanan normalnya. Akibatnya
    anggota-anggota menjadi cramp (kejang)
    Menurut penjelasan dalam Fath al-Bari, penyakit shara' itu ada dua sebab :
    1) Sumbatan yang dijelaskan.
    2) Gangguan Jin
    Shoro' yang disebabkan oleh sumbatan banyak dibincangkan oleh para tabib (doktor) sama ada dari segi penyakitnya atau cara pengubatannya. Shara' jenis pertama ini ada antaranya yang sukar
    diubati dan akan kekal di badan pesakit hingga akhir hayatnya. Mungkin shoro' jenis inilah yang dihidapi oleh wanita dalam hadis di atas.
    Oleh sebab kesukaran mengubatinya, Nabi memberi pilihan kepadanya sama ada ingin bersabar menanggung penyakit itu (dengan diberi Syurga oleh Allah) atau disembuhkan oleh Nabi. Jika ingin kesembuhan, Nabi akan menyembuhkannya dengan berdoa
    kepada Allah.
    Hadis ini menunjukkan kepada kita, penyembuhan dengan doa dan tawajuh kepada Allah (iaitu pengubatan ilahiyah) lebih memberi kesan daripada kaedah Thobiiyyah (perubatan kedoktoron) terutamanya penyakit² yang sukar diubati oleh doktor² sebagaimana yang diterangkan dalam hadith tersebut.
    Rujukan : 101 Hadis Pengubatan Rasulullah daripada Shahih imam Al-Bukhari. Ustaz Ahmad Adnan Bin Fadzil.

КОМЕНТАРІ • 3