Ulama Ulama "Takut Isteri"

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 7 чер 2023
  • Tajuk: ULAMA ULAMA ‘TAKUT’ ISTRI
    Terjemahan dari karya: Syeikh Yousef ben Mohamed Abjeg al Sousi
    Buku asal : أخبار الأنبياء والعلماء والأولياء والحكماء في الصبر على الزوجات والحلم عليهن
    Penterjemah:Vaurak Tsabat AZ
    Penerbit: Lirboyo Press
    Mukasurat : 142
    1. Kisah para Nabi, Wali, Ulama, Filsuf dan bijak bestari yang tabah menghadapi, menyabari dan membersamai isteri. Karya langka dari seberang, menyentuh isu dianggap sepele tapi mendunia hatta sekarang (mungkin juga dibalik pintu rumah anda).
    2. Sedari tempahan saya menyangka ia hanya himpunan kisah-kisah sahaja, tapi sebaik menyelami isi buku nipis ini, saya sedar inilah ubat kepada rumahtangga yang tenat, penghibur hati yang luka dan penyendal fakta selangi kuliah.
    3. Kisah yang dibawakan penulis bukan sekadar cerita jalanan, omongan warkop atau dikir tukang karut, tapi kisah dibalik tabir Manusia Sempurna, nabi nabi utusan tuhan, waliyullah, pendiri tasawuf, orang soleh hinggalah ke siSocrates failusuf ulung Athena.
    4. Imam Ghazali pendukung ilmu hikmah menyatakan “Sabar menghadapi karenah isteri termasuk ujian para wali”, Nah ..buat abang abang bapa bapak luar sana, tak perlu cari wali dalam gua atas gunung, cukup bersabar yah! ..andalah walinya.
    5. Mukasurat 59, tajuk Nabi Yunus kisah cuplikan dari Ihya Ulumuddin, apabila pengikut melihat isteri menyakiti Nabi Yunus tetapi Baginda hanya diam, mereka menjadi takjub, lalu Nabi Yunus berkata:
    “Tidak usah takjub. Sesungguhnya aku memohon kepada Allah SWT, kesalahan yang menyebabkan Engkau menghukumku di akhirat, segerakanlah hukumanku itu didunia. Allah SWT kemudian berfirman, Sesungguhnya hukumanmu adalah putri sifulan yang kau nikahi. Lalu aku menikahinya dan aku bersabar menghadapi apa yang sedang kalian lihat”
    6. Juga adegan rumahtangga Nabi junjungan juga menjadi contoh, konflik Baginda dengan Aishah hingga menyeret Saidina Abu Bakar terlibat sama. Ya bukan rumahtangga anda saja yang pasang surut, samalah juga dengan Saidina Umar, Qadhi Iyadh, Al-Amir alMubasyir dan belasan lagi manusia yang lebih hebat dari anda.
    7. Membaca buku ini membuatkan anda berfikir, “I’am not that bad after all”, jikapun anda tidak pernah hadapi sebarang masalah, mungkin satu hari anda akan berjumpa dengan, rakan, jiran, pelanggan atau saudara mara yang hadapi masalah serupa, maka ceritakanlah isi buku ini, pasti terubat lukanya.
    8. Saya suka buku ini kerana sumber rujukan diambil dari penulis favorit, seperti Imam Ghazali, Imam Baihaqi, Ibnu Jauzi alBaghdadi, Jalaluddin Sayuthi, Abdullah Sidiq Ghumari hinggalah penulis kontemporari seperti Syeikh Abdul Qadir al Jazairi. Lebih penting tahqiq di nota kaki, memperincikan biografi setiap nama yang dipetik menjadikan setiap kisah menjadi konkrit untuk disampaikan pada khalayak.
    9. Untuk penggila ilmu, penulis dan pencinta buku, ada sudut khusus dan berpengajaran buat anda dari mukasurat 85 hingga 94, Kisah Qadhi Iyad yang bukunya dibakar isteri, Ibnu Hajjam menguliti buku dan langsung tidak isterinya serta Al-Amir Al-Mubasyir bin Fatik yang bukunya ditenggelamkan dalam kolam besar oleh isterinya. Ngeri bukan?
    10. Jestru, jika ada kesempatan milikilah buku ini dan kisahkanlah kepada pada abang dan bapa yang kesulitan dari kita kisahkan rumahtangga kawan kawan, sahabat handai lebih malang ia jadi ghibah (umpatan) lagi menyedihkan jika yang dikhabarkan adalah kisah rumahtangga sendiri.
    Abu Razeen
    Tiadalah diberi ujian oleh Allah melalui isteri melainkan:
    Allah mengampunkan dosamu
    Allah menganjari pahala kepadamu
    Allah mengangkat darjatmu
    Jika kamu bersabar dan beristighfar.

КОМЕНТАРІ •