Istiadat Pertabalan KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sebagai YDPA ke-17

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 5 вер 2024
  • KUALA LUMPUR: Laungan ‘Daulat Tuanku’ bergema lagi apabila Sultan Ibrahim ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, di Istana Negara.
    Hari yang bertarikh 20 Julai 2024 ini akan terlakar dalam lipatan sejarah Malaysia sebagai “hari penegasan” bahawa sistem Raja Berperlembagaan kekal mendukung pentadbiran negara ini yang mengamalkan demokrasi berparlimen.
    Kali pertama berlangsung pada 2 September 1957, istiadat pertabalan yang secara tradisinya diadakan setiap lima tahun, adalah peristiwa kenegaraan tertinggi buat Malaysia bagi menyempurnakan tuntutan Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan.
    Antara lain, Perkara 32(1) itu memperuntukkan perlu ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang kedudukannya mengatasi semua orang lain dalam Persekutuan.
    Ringkasnya, Yang di-Pertuan Agong adalah ketua negara dengan kedudukan tertinggi bagi Malaysia, dan, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda mempunyai peranan yang sangat besar dalam semua tiga cabang utama negara - Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman - iaitu sebagai penyemak dan pengimbang.
    www.bharian.co...
    ------------------------------------------------------------------------------------------------
    #BeritaHarian #BHonline #BHTV
    ➡ Berita terkini di www.bharian.com.my
    ▪️ WhatsApp Channel bit.ly/46dAZbj
    ▪️ LinkedIn / beritaharian
    ▪️ Instagram / beritaharian
    ▪️ Facebook / bhonline
    ▪️ X / bharianmy
    ▪️ TikTok / bharianmy

КОМЕНТАРІ • 1