المرشد الصالح فى احكام الذباءح @ Mursyidil Solih fi Ahkami Zabaih

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 1 лип 2022
  • “ …disukai yang menyembelih bintang korban itu adalah orang yang berkorban, sekalipun ia perempuan ….” (ms 24)
    Buku: المرشد الصالح فى احكام الذباءح
    al Mursyidil Solih fi Ahkami Zabaih (Pembimbing Yang Soleh, Pada Menyatakan Hukum Hakam Sembelihan)
    Pengarang: Syeikh Ibrahim bin Masran alBanjari
    Penerbit: Majlis alBanjari lil Tafaqquh fi Din (cetakan ke 2: 2016)
    Mukasurat: 55
    1. Disebut Musannif dengan rendah diri “Risalah Yang Kecil”, tetapi manfaatnya besar buat mereka yang ingin faqih dalam ilmu sembelihan. Susunan bait dan kalam Risalah ini bakal memberi pengalaman membaca turath Islami dalam susunan moden kepada pembaca.
    2. Suluhan Risalah ini terbit dari rujukan primer Mazhab Shafie, seperti I’anah Tholibin, Iqna’, Majmu’, Mughni, Tuhfah, Sabilul Muhtadin, Matlaul Badrain serta 13 rujukan lain. Jestru Risalah ini adalah portal kepada karya agung yang mudah dimengertikan untuk pembaca awam seperti kita.
    3. Kerangka Risalah terdiri dari:
    Muqaddimah pada takrif dan dalil;
    Fasal 1 rukun sembelihan yang 4;
    Fasal 2 syarat bagi setiap rukun beserta masalah dan faedah;
    Fasal 3 perkara sunat dan makruh;
    Fasal 4 masalah, faedah, tanbih berkaitan sembelihan
    Khatimah 5 soalan kontemporari berkaitan sembelih yang selalu ditanya.
    4. Antara masalah sensasi dikalangan penyembelih amatur adalah kes pisau sembelihan terangkat atau terlepas dari tangan penyembelih. Ada pendapat menyatakan halal dan ada yang mengatakan haram. Istimewanya buku ini merungkai kenapa dikatakan haram di mukasurat 15.
    5. Juga dimasukkan sebagai faedah santri, pandangan Tuanguru Haji Abdul Rahman Pondok Lubuk Tapah dalam isu memberi daging kurban kepada orang kafir serta petua Tuanguru Haji Hashim Pondok Pasir Putih. Antara faedah amalannya:
    Supaya daging binatang sembelihan tidak berlemak
    Supaya daging binatang sembelihan menjadi lembut
    Supaya daging binatang sembelihan tidak berbau busuk
    Supaya lalat tidak menghurung daging sembelihan dan
    Supaya daging sembelihan mencukupi untuk dibuat jamuan, InsyaAllah.
    6. Sayugia pembaca tidak keliru dengan menghukumkan petua atau amalan sebagai amalan sunat atau wajib kerena ia lebih kepada amalan orang terdahulu yang tidak menyalahi hukum syarak, jauh lagi perkara bid’ah.
    7. Oleh sebab itu, tidak hairanlah orang kampong banyak bergantung kepada beberapa individu tetap sahaja yang menyembelih, mungkin dengan alasan daging sembelihannya lembut, tidak berlalat atau dagingnya pula mencukupi untuk semua orang. Berbanding menyerahkan kerja sembelihan kepada tenaga muda yang berangan nak jadi pelapis. Dalam buku ini resipi petuanya dikongsikan untuk siapa yang mahu beramal.
    8. Bagi menyempurnakan hajat santri, Syeikhuna menambah sisipan Tatmimul Faedah dengan memetik nas-nas dari sumber ambilan (beserta baris) untuk menambah keyakinan dan mengambil berkat dari ulama’ silam.
    Abu Razenn
    penyembelih bukan algojo.
    #aburazeenbookreview
    *link shopee dalam komen

КОМЕНТАРІ •