monoloQue , Kimal & NJWA - Selamatkan Legasi ( Versi Upacara )

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 10 вер 2024
  • monoloQue ,Kimal & NJWA - Selamatkan Legasi ( Versi Upacara )
    ===================================================
    Menuju ke depan,
    Yang lampau jangan ditinggalkan
    Berdiri diatas paksi sendiri
    Untuk kita terus dihormati
    Ayuh lah kita
    Ayuh tunjukkan
    Pada dunia rupa dan warna
    Pamerkan Seni dan budaya kita
    Masa depan kita di tangan kita!
    Chorus -
    Ayuh !!
    Selamatkan Legasi Ini .
    Kita bersatu semarakkanlah legasi ini
    Kita teguh berdiri sama tinggi ,
    Kita kukuh menjadi kita
    Ayuh lah kita !!
    Chorus -
    Ayuh !!
    Selamatkan Legasi Ini .
    Joget -
    Janganlah di abaikan!
    Jangan ditinggalkan dipinggirkan diabaikan ditinggalkan dipinggirkan!
    Bridge -
    Mekarkan semula yg layu
    Jangan ditinggalkan..
    Jangan dipinggirkan...
    Janganlah diabaikan
    Selamatkan Legasi Ini !
    Mekarkan semula yg telah layu !
    Selamatkan Legasi Ini !
    Mekarkan semula yg telah layu !
    Lagu oleh loQue
    Lirik oleh Encik Farid
    Pustaka Muzik Pancasona 2020
    ==========================================================
    monoloQue ,Kimal & NJWA - Selamatkan Legasi ( Versi Upacara )
    Dengarkan “ Selamatkan Legasi” di semua gedung- gedung digital pilihan anda sekarang!!
    fanlink.to/Sel...
    BIRO VISUAL
    ---------------------------------
    Dibintangi oleh Kimal dari kumpulan Margasatwa
    Suara Halimunan - NJWA
    MonoloQue 2.0 Dibarisi Oleh :-
    Loko
    Kadax
    Ijoo “Gagak Hitam”
    Apex
    loQue
    Disunting dengan teliti dan diwarnakan dengan cermat oleh Chulat
    Sutradara - loQue
    Pengarah Cinematografi - Ami “Ikhwan “
    Jurukamera 1 - Ami “Ikhwan”
    Jurukamera 2 - Che Yem
    Jurukamera Belakang Tabir / Pelbagai - Pengiran Khairul
    Jurugambar Upacara - Kadir Chan
    Jurutera Bunyi Upacara - Ammar “Lautan”
    Senireka / Poster - Efa “TSA”
    Urusetia - Zeeharz
    Penyelia Projek - Zeeharz
    Akauntan - M Nadzrie
    BIRO AUDIO
    --------------------------------------------
    Dirakamkan oleh monoloQue 2.0 sekitar 2012 / 2014
    “Gamelan Melayu 200 Tahun” telah dirakamkan oleh Orkes Gamelan Pahang Diraja -
    Bonang - Encik Amin
    Gambang - Encik Mat
    Saron - Bo’ Tahir
    Pekin - Maulud
    Kenong - Abang “Ram”
    Gong - Encik Adi
    Gendang - Zizie
    Penerbitan 2012/ 2014
    Penerbit - loQue
    Penolong Penerbit - Aiyad Sakti / Hafiz Ahmad
    Jurutera Rakaman - Hafiz Ahmad
    Penyelia / Penyelenggara - Zakwan Yunus
    Penerbitan 2020
    Suara Emas 1 - Kimal
    Suara Emas 2 - NJWA
    Jurutera Rakaman - Ammar “Lautan”
    Pembantu Jurutera - Pengiran Khairul
    Penyelia / Penyelenggara - Zeeharz
    Adunan Pertama - Hafiz Ahmad
    Adunan Terakhir - loQue
    “Mastering” di Makmal Kampung Batu
    Penerbit Eksekutif - Dato Farid Abd. Jalal
    Diterbitkan oleh loQue
    Sebuah terbitan Penerbitan Pancasona / Perbadanan Muzium Negeri Pahang dalam tahun bersejarah pendemik 2020 .
    Terima kasih Infiniti kami ucapkan kepada Encik Stanley Edward dari Sound Innovations kerana sudi berkoloborasi tanpa kompromi untuk kami berkarya dalam sesi upacara muzik video ini.
    Selamatkan Legasi bakal beralun di serata alam digital pada tarikh keramat 31 Ogos 2020 nanti. Nantikan juga album berkembar ( Double LP ) “Lagu Perang ( Bunyian Gamelan Melayu di Abad ke 21) yang bakal dilancarkan secara fizikal tidak lama lagi !
    Merdekakan deria- deria serta citarasa kita ! Mekarkan Semula Yang Layu ! Ayuh ! Selamatkan Legasi Ini !

КОМЕНТАРІ • 360

  • @GgG-hn5qt
    @GgG-hn5qt 4 роки тому +40

    Ini yg dikatakan tersorok di bilik bedah menjahit bunyi-bunyian..maka terlahir satu legasi ini..👍👍👍👍😍😍

    • @cataloQue
      @cataloQue  4 роки тому +11

      Harap disebarkan anyaman ini !

  • @MohdFuadyahaya
    @MohdFuadyahaya 4 роки тому +9

    MELAYU... Selamatkan Legasi?
    Mekarkan LEGASI YANG LAYU?
    NILAI APA YANG ADA PADA MELAYU HARI INI?
    RADEN MAS PRABHU GUSTI AGUNG KI ASMORO WIJOYO (RMPGAKAW) telah mencipta formula dan mengilhamkan NILAI MELAYU itu adalah ALAM, DUNIA PEMIKIRAN KETUHANAN, BUDAYA YANG MEMERINTAH. itulah NILAI MELAYU YANG PERLU DIMEKARKAN, DISEMAIKAN, DIMERIAHKAN, DISEBARKAN KEPADA SEMUA ANAK CUCU KETURUNAN MELAYU HARI INI AGAR KEMBALI SEDAR DI MASA LALU NILAI MELAYU ITULAH YANG MENGANGKAT MARTABAT SERTA KEAGUNGAN BANGSA MELAYU SEHINGGA MENJADI SEJARAH TAMADUN DUNIA YANG DISEGANI LAGI DIGERUNI!
    Tahniah buat penyanyi monoloQue, Kimal & NJWA atas penghasilan lagu dan persembahan LAGU VERSI UPACHARA semangat tersebut.
    #bangkitMELAYUbangkitRAJANYA
    #bangkitRAJANYAbangkitAGAMANYA
    #bangkitAGAMANYAbangkitTUHANNYA

  • @fahmy5964
    @fahmy5964 4 роки тому +66

    'Jangan diabaikan' Kimal sumpah bunyi Nordin Ahmad. Tambahan ramuan kejantanan Margasatwa dan suara² langit Najwa menyempurnakan susunan muzik Monoloue.
    Terima kasih Loque untuk hadiah Hari Kebangsaan. Sekurangnya ada juga lagu selepas Tanah Airku Tanah Airmu Jua yang boleh dimainkan untuk Merdeka ni.
    Dirgahayu Malaysia 🇲🇾

  • @M_Huzaifah
    @M_Huzaifah 3 роки тому +12

    Mantul, sedap lagu ni. Ni yang M Nasir cakap lagu rock tetap lagu rock, kau sisipkan unsur Nusantara macam mana sekalipun tetap lagu rock. Baru jumpa contoh yang fresh serta sesuai nak bagi tunjuk kawan aku.

  • @anuarkamarudinofficial5199
    @anuarkamarudinofficial5199 4 роки тому +55

    Harap-harap next projek ada kimal lagi sebagai vokalis memang kena dgn susun atur dan cogan kata muzik Monoloque.
    🤘 Mono-santara

  • @Strawbeeyy
    @Strawbeeyy 4 роки тому +107

    Finally loque got the perfect vocalist for his music.
    After emmet.
    Nice🤘🏻

    • @NamaNaq
      @NamaNaq 4 роки тому +5

      kann...pendapat aku la, sebenarnya loque+emmett ni adalah gabungan yg meletup, saling melengkapi...loque ada arah muzik nya yg tersendiri, tapi emmett perlu ada utk muzik loque ni...

    • @rahmatsallehrahim226
      @rahmatsallehrahim226 4 роки тому +6

      @@NamaNaq Silap tu bro! loque tu kene ade dalam muzik emmet! aku rase loque dah jumpe jalan die dan tak perlu sesape dah sebenarnye bak kate @Wan Ahmad tu btui laa..Loque dah jumpe perfect vocalist selepas emmet..lgpn sape tinggal sape pn..monoloQue ni ade sbb emmet pegi canada..salahke loQue nk trus berkarya? bak kate orang lama "buat apa kite terhegeh2 kalau orang taknak" hahahaha!!

    • @sanggeribis177
      @sanggeribis177 4 роки тому +4

      Tak sedap mana pon la mamat ni.. Loque nyanyi sorang lagi ok pada berganding dgn mamat ni.. No offense.. Saja2 ja komen

    • @AlamNatureSemulajadi
      @AlamNatureSemulajadi 3 роки тому +1

      band dia margasatwa nak letak mana

    • @sangmusafir2448
      @sangmusafir2448 3 роки тому +1

      @@NamaNaq Emmett tak masuk sangat muzik eksperimental macam Loque ni. Tengok projek solo Emmett masih lagi ke arah hard rock. Dia join Project EAR pun boleh nampak jiwa Emmett ke mana. Jiwa Loque ke mana. Susah woo kalau main satu band tapi minat muzik dah tak sama, Hehehe...

  • @valevalir8798
    @valevalir8798 4 роки тому +14

    Video music yg nice untuk sbuah persembahan lagu... Cara vokalis margasatwa mmbawa character die sngt dipuji... Aku tau arrangement by loque akan masuk element MELAYU di iring alat2 musik nusatara tanah melayu. Loque represent Malay flavor dan di topping kan rock and roll vibes. Satu hasil seni yg perlu di kredit kan.. Dan terbaik.. .. Pujian juga kepada NJWA dan anggota Margasatwa yg lain... Cop mohor terbaik dari Loque.. Bayang kan Loque pergi ke setiap band. Dan hasil kan satu single dgn mereka berflavor kan irama mcm ni.. 100 padu

  • @miestuff7
    @miestuff7 4 роки тому +22

    Kalo perasan tone warna MV ni mewakili :
    Ungu- 1.2 miligram
    Hijau- Butter worth pushful
    Oren- Trancendence/Selamat Tinggal Dunia
    Merah-Kembali
    ........kalau menurut pendapat hamba yang banyak kekurangan ni.......

    • @bebanhaba8167
      @bebanhaba8167 3 роки тому

      u got the point🙂🙂🙂 agreed

  • @amore2231
    @amore2231 4 роки тому +20

    6 minit lebih ,Jika Queen ada Bohemian Rhapsody ,Monoloque and the gang ada Selamatkan Legasi.

  • @izhamrashid4456
    @izhamrashid4456 4 роки тому +11

    Sound futuristic Melayu. Dasyat & mantap.

  • @gudangkarya9635
    @gudangkarya9635 4 роки тому +7

    Kimal menjahit warna dan loque melukis bunyi,kegilaan yang waras

  • @farhanaj191
    @farhanaj191 4 роки тому +16

    Ya Allah padu teruk. Sinar fm, era fm kena masukkan lagu ni la.

    • @naimfauzi138
      @naimfauzi138 4 роки тому +2

      farhan aj nanti era masok lagu ‘ u memang sangat cute ‘jaa sampai kesudah

    • @farhanaj191
      @farhanaj191 4 роки тому +2

      @@naimfauzi138 apa kejadahnya lagu kt radio msia ni. Banyak sampah drpd lagu berkualiti

    • @ezfreak0159
      @ezfreak0159 4 роки тому

      Nijam org mana layan radio dah bos. Hahaha

  • @ednygma1785
    @ednygma1785 4 роки тому +6

    Musti kena masuk final ajl lagu ni....musti...ayuh kalian pendengar elektronik kita kecoh

  • @Wad18Studio
    @Wad18Studio 4 роки тому +2

    Betul kate Altimet dlm rancangan Korek Fizikal, muzik loQue ni mcm makan pulut, xblh masuk mulut terus telan, kene kunyah lumat-lumat then baru telan, xblh layan tiap-tiap hari...mmg paduuuuu...

  • @arepjawe
    @arepjawe 4 роки тому +4

    Betul kata Altimet, dengar monoloque macam makan pulut. makan sikit tapi kenyang...

  • @sharkslanchannel6943
    @sharkslanchannel6943 3 роки тому +2

    Tak jemu tgok . Mmg respect 100% usaha loque membuat kelainan dlm muzik tanah air . Goodjob monoloque & team yg terlibat

  • @MrSphnix
    @MrSphnix 4 роки тому +1

    Kesempurnaan paduan suara klasik kimal/loque/najwa dengan susunan bunyian monoloque boleh buat pendengar pejam mata sambil keluar air mata bangga anak melayu

  • @merqahmad
    @merqahmad 4 роки тому +6

    Ada macam state of abysmal. Betul lah Grunge itu dalam jiwa. Hail to Monoloque & Butterfingers!

  • @keemiy
    @keemiy 3 роки тому +1

    Jujur dari sudut hati...saya mendengar lagu nie mesti saya termenung, lepas tu tutup mata, menangis... terima kasih, abg Loque atas karya yg berkualiti ini....kalau sabun jatuh, jangan pungut...AYUH!!

  • @syamz
    @syamz 4 роки тому +6

    sedap gila lagu ni! suara Kimal sedap nak mapuh ya Allahh sedapnyaaa 😭😭😭

  • @nasaruddinfaiz
    @nasaruddinfaiz 4 роки тому +24

    Agama Usul Bangsa,
    Bahasa Jiwa Bangsa,
    Budaya Raga Bangsa,
    Adat Martabat Bangsa.
    #SelamatkanLegasi

  • @ahmadnalzam2421
    @ahmadnalzam2421 2 роки тому

    Mmg padu la vokal kimal.

  • @dondarion3841
    @dondarion3841 4 роки тому +1

    Legasi nusantara
    Indah nan berbunga
    Nuansa bangsa di tanah budaya
    Garapan adab dan bunyi
    Sedang elok dan seni
    Semarak dan peliharalah
    Supaya bersemai tiada terputus
    Terima kasih anak seni dan seteru

  • @M.Rahimrahman
    @M.Rahimrahman 3 роки тому

    Fuh, sebuah lagu merentas masa, kualtitnya tiada nilai. Majulah muzik untuk negara #selamatkanlegasi

  • @ramlanishak5220
    @ramlanishak5220 4 роки тому +1

    Kuala Pilah baru sampai... terbaik utk vokalis... dan yg terlibat.. 👍🏻👍🏻👍🏻

  • @eightyseven9786
    @eightyseven9786 4 роки тому +32

    Kalau kurdt kobain, allahyarham tan seri dr pramlee, allahyarham r.Azmi, allahyarham tan seri s.m salim tengok ni mesti bangga..

    • @cataloQue
      @cataloQue  4 роки тому +4

      Wahhh Alhamdulillah dan Al Fatihah !

    • @vespareptilia2029
      @vespareptilia2029 3 роки тому

      Riff awl-awal mula tu da pancut Huu...

  • @idhamsyafiq357
    @idhamsyafiq357 3 роки тому

    Maaf ckp...salah satu pemuzik yang bukan mengejar wang n publisiti..tapi ape yang penting hasil karya yang diutamakan..karya yang bagus tidak perlu takut untuk berada dizamwn yang mana...kerana dia tidak ditenggelamkn oleh zaman .. padu monoloque..

  • @SuperJheng19
    @SuperJheng19 4 роки тому +1

    Suatu karya..mantap

  • @papavolen3367
    @papavolen3367 4 роки тому +1

    Patut masok radio ni....tringat lenggok Sheqal.nusantara

  • @azmuzik6889
    @azmuzik6889 4 роки тому +11

    Psychedelic level invrease 89%... 90%... 91%...

  • @aziqkhairul2389
    @aziqkhairul2389 4 роки тому +1

    SC Barai bawa ku kemari. Sungguh syahdu telingaku mendengarnya pada hujung minggu seperti ini. Powerrr!!!

  • @nipleong1894
    @nipleong1894 4 роки тому +1

    Barang nusantara kaw kaw ....aduhhh line up gila2 ni sedap muzik dan suaraa

  • @abdfaiz4518
    @abdfaiz4518 4 роки тому

    Kemas gabungan musik .tahniah syahdunya Dan irama

  • @lokmanhakim2415
    @lokmanhakim2415 4 роки тому

    Susunan bunyi yang mantap bunyi melayu lama dan irama rock serta vokal yang padu dari kimal dan najwa.. memang satu muzik yang di kelas yang lain... Tahniah monoloque kimal najwa

  • @farispencer
    @farispencer 4 роки тому +1

    Ya Allah subhanallah alhamdulillah lamanya aku x dengaq muzik mcm ni. Padu nakharom,

    • @cataloQue
      @cataloQue  4 роки тому +1

      Alhamdulillah, mohon dikongsi dengan jiran sebelah, pasang kuat2 !

    • @farispencer
      @farispencer 4 роки тому

      @@cataloQue baikkkkkkk hidup nusantaraaaa

  • @sibakat
    @sibakat 4 роки тому +1

    Diet seimbang untuk telinga.cukup dengan segala zat yang diperlukan

  • @mohdbinahmad1837
    @mohdbinahmad1837 4 роки тому

    Walaupun lagu macam ni takkan sampai views puluh-puluh juta pun, aku tetap support karya nusantara macam ni. Dan atas permintaan, kimal anok jati tranung, aku nok mg dengan loque collab se lagu lagi, tapi selit muzik&lirik ulek mayang. Dia bukan jadi muzik berantu doh, biar jadi muzik hantu suntik dadoh nusantara. Semuga maju jaya untuk loque, kimal, njwa dan semua ahlinya

  • @iskandarrais506
    @iskandarrais506 4 роки тому +2

    Sampai bila2 hidup lagu ni

  • @zunaidizulkifli7986
    @zunaidizulkifli7986 2 роки тому

    Sedap.....

  • @faizfaiz3256
    @faizfaiz3256 4 роки тому

    Aduhhh.boleh khayal lagu ni.👍

  • @hakimmahkamah3044
    @hakimmahkamah3044 3 роки тому

    padu!

  • @kembangsepatu4264
    @kembangsepatu4264 3 роки тому

    Lenggok nusantara kimal, jahitan bunyi nusantara bergaul rentak baru Monoloque beserta alunan suara lunak njwa menghidupkan tubuh dan jiwa lagu ini. Semoga legasi terus diselamatkan oleh kita dan generasi seterusnya. Padu. 👍

  • @amirulshah5871
    @amirulshah5871 4 роки тому

    Kalau aku millionaire
    Aku tak mampu nak beli
    Ini seni tak ternilai

  • @anasamir1510
    @anasamir1510 4 роки тому

    Ngam ngam padu. Satu tumbukan barai di udara.

  • @seddielectrician7725
    @seddielectrician7725 4 роки тому +3

    Bila aku dengar,hayati bunyi bunyian muzik bro loque ni...buat aku macam duduk planet lain....umpama duduk satu tempat yang sunyi tapi ada perempuan menari tanpa muzik...
    Aarrrhhhhhh...susahh nak tafsir dgn kata²...layannnn...

  • @anepzainal3621
    @anepzainal3621 4 роки тому

    Kau pakai earphone kau ttup mata , kau pasang lagu ni , kau bayang .

  • @azfarazaJep
    @azfarazaJep 4 роки тому +1

    Lagu syahduuu.. mesti pasang time main bola. 🤟🏻

    • @pakuserpih508
      @pakuserpih508 4 роки тому

      Azfar Aza Kerja btul gak kn... tp diorg nk ke lagu cmni? 😔

  • @alhafizsaharuddin2415
    @alhafizsaharuddin2415 4 роки тому +1

    best..lagu yang masih ada nilai kontekstual..

  • @najmiaiman347
    @najmiaiman347 4 роки тому

    Sc barai bawak aku kesini ...... Mantap gabungan muzik traditional dengan moden.....mantop😊

  • @uzumaki6759
    @uzumaki6759 4 роки тому +3

    Mrrrrrindinggg.. Teringat zaman malayneum

  • @durichannel2923
    @durichannel2923 4 роки тому

    Ad lengokk dikir barat.... Wau bulannnn terbaikkk

  • @muhamadanassafwan9441
    @muhamadanassafwan9441 4 роки тому

    SubhanAllah. Idea segar dan hasil berkuasa dari paduan tangan2 kreatif pencinta2 musik tanah air. Sudah sampai masanya kita tetapkan genre sendiri yang ada unsur2 kemelayuan dalam nadi musik2 seperti ini. Alhamdulillah. Legasi masih diteruskan.

  • @hazimhashim1513
    @hazimhashim1513 4 роки тому +2

    Barang jadi. Sedap secukup rasa.

  • @rahahafiz
    @rahahafiz 4 роки тому

    Louque punya arrangement lagu memang gempak! Lagu-lagu buat kita nak dengar balik lagu-lagu traditional Melayu. Tabik! Sc Barai ada bola, Monoloque ada musik. Satu hari mungkin boleh kobelerasi bolasepak+musik dalam event. Let’s go!

    • @syamz
      @syamz 4 роки тому

      tak silap baru ni Monoloque buat lagu untuk team Selangor

  • @pembenchitaugeh
    @pembenchitaugeh 4 роки тому

    Ok.... Not bad... Sc barai with you loq

  • @nova8107
    @nova8107 4 роки тому +2

    ngam sore kimal ngan muzik loque..

    • @cataloQue
      @cataloQue  4 роки тому +2

      Alhamdulillah, Kimal dan Margasatwa mempunya masa depan yang sangat cerah , truskan menyokong Bunyi Malaysia !

    • @nova8107
      @nova8107 4 роки тому

      @@cataloQue mmg akan sentiase sokong.. teros kn berkarya!!

  • @ahmadnazirin1553
    @ahmadnazirin1553 4 роки тому

    Wakil nusantara untuk dunia. Stimmm dengar.

  • @mohdamrul352
    @mohdamrul352 4 роки тому +2

    Sangat padu

  • @t0m3n_t4r0
    @t0m3n_t4r0 4 роки тому +2

    Padu terox.

  • @anjangstremtv7613
    @anjangstremtv7613 4 роки тому

    Dimana bumi dipijak, disitu langit langit dijunjung! Sapot lokal! #scbarai support lokal till we die!

  • @shafikahamzah
    @shafikahamzah 3 роки тому

    Jaga kimal ni baek2.. dia punya suara ni legasi penyanyi2 kita terdahulu..Harap bakat dia dihargai.. Nanti dia dh blaaa ke overseas sbab tension dgn industri seni baru bangga dan poser ehh artis kita femes dkt america! poser teruk!

  • @pannnciko
    @pannnciko 4 роки тому +1

    Padu wehhh! Aku tak tahu nak cakap apa lagi, biarlah bulu meremang ni yang merasa.

  • @muqriasmady5239
    @muqriasmady5239 4 роки тому

    Sentiasa Mantap!! Kami Sentiasa sapot #baraiboi

  • @feorix182
    @feorix182 4 роки тому

    Pulut power dari monoloque. Tambah pulak dgn sambal rendang dari Kimal. Fuhhh LEGASI..

  • @muhammadyussofamir824
    @muhammadyussofamir824 3 роки тому

    Musique yang "mahal". Malaysia perlukan elemen macam ni sebagai akar lagu.

  • @muhammadafiq6687
    @muhammadafiq6687 4 роки тому +1

    Lirik + muzik + vokal = cukup padu!
    Love dari SC Barai!

  • @joehariffrazali9654
    @joehariffrazali9654 4 роки тому +4

    padu... padu.. padu... truskan kePADUan demi perPADUan... ayuh!!! selamat hari keMERDEKaan !

  • @fiealong2378
    @fiealong2378 4 роки тому +1

    Mendayu-dayu!!!

  • @johnj1163
    @johnj1163 4 роки тому +1

    Terbaik brother... Slamat hari merdeka yg ke 63...merdeka..merdeka..merdeka

    • @cataloQue
      @cataloQue  4 роки тому +1

      Slamat Hari Merdeka !

  • @loqeu07
    @loqeu07 4 роки тому

    Mmg padu

  • @boboiboikedoy1280
    @boboiboikedoy1280 4 роки тому

    aku dengar lagu ne dari ads youtube dan aku tpksa parking tepi semata2 cari tajuk lagu sebelum ads tamat 😂😂

  • @whyznaqauris7230
    @whyznaqauris7230 4 роки тому

    Ini LEGASI yg takkan basi,ia variasi bunyian yg punya raga jiwa maka akan terus tetap bersemi.

  • @husnifikri9358
    @husnifikri9358 4 роки тому

    terbaik .. mantap perfect vocalist combination.

  • @AidilGoh
    @AidilGoh 3 роки тому

    Sedap

  • @HummingBirdsMY
    @HummingBirdsMY 4 роки тому +1

    naik bulu roma dengar ! lagu best !

  • @MrHellsperms
    @MrHellsperms 4 роки тому

    Epik. Syabas

  • @noorfadhilimohamadfadhil1416
    @noorfadhilimohamadfadhil1416 4 роки тому

    terbaik... fresh sound dgn aura kemelayuan...

  • @nyelzd_3046
    @nyelzd_3046 4 роки тому +2

    Mantap

  • @limdewi8195
    @limdewi8195 4 роки тому +2

    arrrgghhh sudah...kau buat aku pejam mata seketika...😎

  • @munface2
    @munface2 4 роки тому +9

    Kwn ttap kwn...bkn senang nk ada line up camni...Jaga elok2 Ijoo tu Loque.....bia jarang ada...bkn xde trus...hehehe....truskn bkarya Loque...best2...Aku suka...

    • @rahmatsallehrahim226
      @rahmatsallehrahim226 4 роки тому +5

      Aku rase ijoo yg kene jage "MonoloQue" sbb monoloQue byk bg ruang untuk die berkarya tanpa batasan! itu yg aku nampak la kan

    • @munface2
      @munface2 4 роки тому

      @@rahmatsallehrahim226 maksud aku Ijoo ni kje sessionist....takot dia xleh bri komitmen je utk Monoloque...sbb pnah tgk byk show dia xde. Dia gitaris tepat utk Monoloque

  • @mohdaidil5917
    @mohdaidil5917 4 роки тому

    Monoloque terbaiklah. Tanjak tu lambang Melayu.
    Salam dari SC BARAI 😘

  • @sajasajanakkomen
    @sajasajanakkomen 4 роки тому +1

    Apabila muzik bergabung dengan art beginilah jadinya

  • @xtcadvanced7291
    @xtcadvanced7291 3 роки тому

    musik adelah hadiah ...
    tak paham dengar pi jejaohh ,,,
    memang jadi abg loque,, original ...
    konsep korang memang original ....
    sangat hebat

  • @fauzihailani5244
    @fauzihailani5244 4 роки тому

    Luar biasa

  • @sultanrayza
    @sultanrayza 3 роки тому

    Padu!!!!

  • @husnijee
    @husnijee 4 роки тому

    Lagu mcm ni lahh.. ptut anak muda support!

  • @CosaNostra786
    @CosaNostra786 3 роки тому

    Kimal mmg ngam dgn monoloque

  • @mhdnurrazin7751
    @mhdnurrazin7751 4 роки тому

    Fuh rasa lain bila dengar lagu ni, fusion yang mantap

  • @dissolver5388
    @dissolver5388 4 роки тому

    terbaik ahhh

  • @jepahfromthespace2673
    @jepahfromthespace2673 4 роки тому

    Padu 👍 pecah habisaa

  • @fitrinorhisham9679
    @fitrinorhisham9679 4 роки тому

    Area Rumah Aku asyik hujan. Lepas aku pasang lagu ni, kemain panas jadinya.
    On fire 🔥
    ❤ from SC Barai

  • @amidamaru8064
    @amidamaru8064 4 роки тому

    Idola ku smua. Zaman indie🥰🥰

  • @afiqrazak8204
    @afiqrazak8204 4 роки тому +1

    tersangat padu sungguh bertenaga. fuhh. selamat merdeka!!!

  • @kramer674
    @kramer674 4 роки тому +1

    Hebat. Halwa telinga yang diperlukan setelah sekian lama. 👍

  • @poqjaq
    @poqjaq 4 роки тому +1

    Banyak elemen bunyi, susah halwa telinga nak hadam, tapi sedap Loque!

  • @thenannaks9120
    @thenannaks9120 4 роки тому +2

    peeergghh sumpah terpaduu 👍👍

  • @MohdAdam-rr1mp
    @MohdAdam-rr1mp 4 роки тому

    selamat datang arus bunyian baru...unik..dan perlu dengar selalu baru faham "lemak" assential lagu ni...sukses brader loque..💥🎼🤘🤲

  • @thepenukul6723
    @thepenukul6723 4 роки тому +2

    Padu🔥

  • @ridhwanrusydiazri
    @ridhwanrusydiazri 4 роки тому

    Padu! Halwa telingaku yang baharu. Moga dapat bertemu Loque, Kimal dan yang lain atas padang dengan SC Barai!

  • @60stv88
    @60stv88 4 роки тому

    Padu bebbb salute la loque 👍👍👍