Perkongsian aku.. Teknik mudah dalam menanam sawit dengan cara yang betul.

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 13 жов 2024
  • #sawit #tanamsawit #kebunsawit
    Cara-cara Menanam Kelapa Sawit
    PENDAHULUAN
    Kelapa sawit sesuai ditanam di kawasan tanah yang gembur, tanah liat gembur dan tanah gambut (kurang dari satu meter dalam). Tanah gambut (lebih satu meter dalam), tanah masam dan tanah paya adalah kurang sesuai bagi tanaman kelapa sawit. Walau bagaimanapun dengan pengurusan sistem pengairan dan pembajaan yang sempurna, jenis-jenis tanah ini boleh juga ditanam dengan kelapa sawit dengan jayanya.
    PERLAKSANAAN KERJA
    Kerja-kerja pembersihan, pembarisan dan penanaman kacang penutup bumi di kawasan ladang hendaklah disempurnakan sebelum menanam anak-anak pokok kelapa sawit.
    Pembersihan: Kerja-kerja membersih ladang hendaklah mengambilkira kos buruh dan jentera, keadaan tanah (curam atau rata), hutan atau kawasan tanam semula.
    Adalah penting operasi pembersihan ladang dijalankan serentak dengan masa anak benih dapat diperolehi dari pembekal. Jika mempunyai tapak semaian sendiri, masa penyediaan ladang hendaklah disesuaikan dengan masa mengeluarkan anak benih yang telah cukup matang untuk ditanam di ladang. Perancangan jadual kerja adalah amat mustahak untuk kejayaan penanaman di ladang.
    Pembarisan: Barisan tanaman dibuat mengikut arah Utara-Selatan supaya pokok-pokok mendapat cahaya matahari yang maksima.
    Kekacang penutup bumi: Menanam kekacang penutup bumi dilakukan setelah kerja-kerja pembarisan selesai dilaksanakan. (Kawasan gambut tidak perlu tanam kekacang).
    Penutup bumi adalah untuk:
    Mengawal hakisan
    Memperbaiki status zat pemakanan dalam tanah, khususnya Nitrogen
    Memelihara kelembapan tanah
    Tiga jenis kekacang penutup bumi yang biasa ditanam adalah:
    Centrosema pubescens
    Pueraria phaseoloides
    Calopogonium mucunoides/caeruleum
    Benih kekacang boleh dibeli dari pembekal-pembekal swasta manakala kompos rhizobium boleh dibeli di Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM). Kaedah ringkas menanam kekacang penutup bumi adalah seperti berikut:
    Umumnya campuran 10g kompos rhizobium dengan 10kg biji benih kekacang digunakan.
    Campuran tersebut ditabur didalam jalur yang selari diantara 2 barisan pokok kelapa sawit.
    Jarak di antara jalur-jalur adalah 2 meter.
    Contoh kadar campuran biji benih kekacang adalah seperti berikut:-
    Kekacang Kg/ha
    Centrocema pubescens 4.0
    Pueraria phaseoloides 1.1
    Calopogonium caeruleum 0.6
    Baja campuran N:P:K:Mg (15:15:6:4) digunakan sebagai baja asas dengan kadar 56 kg/hektar.
    Tabur baja debu Fosfat (seperti CIRP) pada kadar 560 kg sehektar mengikut jadual berikut:
    Pengawalan rumpai dan serangga perosak diperlukan dengan mengguna racun-racun yang sesuai jika hendak memperolehi tanaman kacang yang baik.
    Penanaman: Anak benih sawit yang telah berumur 12-15 bulan ditapak semaian adalah sesuai untuk ditanam. Kaedah ringkas penanaman adalah seperti berikut:-
    Lubang tanaman disediakan 2-3 minggu sebelum menanam. Ukuran lubang mesti dilebihkan dari ukuran polibeg supaya penanaman mudah dijalankan. Tanah lapisan bawah dan lapisan atas diasingkan.
    Taburkan 150g - 200g baja Fosfat di dalam lubang.
    Buangkan/tanggalkan polibeg sebelum anak benih ditanam. Masukkan anak benih ke dalam lubang yang telah disediakan.
    Lubang dikambus dengan tanah lapisan atas dahulu dan diikuti dengan tanah lapisan bawah supaya buku-pangkal pokok berkeadaan sama rata dengan permukaan tanah.
    Anak benih hendaklah berkeadaan tegak selepas ditanam.
    Mampatkan tanah di sekeliling pokok dengan tidak merosakan akarnya.
    Masa menanam hendaklah pada musim hujan dan elakkan dari menanam pada musim kemarau.
    Lazimnya, jarak tanaman yang dipilih adalah 9 meter tiga segi yang memberi 136 pokok pada 1 hektar. Kepadatan pokok sehektar dengan jarak tanaman yang berbeza
    Sulam pokok-pokok yang mati apabila menjalani pemeriksaan sekurang-kurangnya 6 bulan selepas menanam.
    Tanaman selingan: Kacang tanah, jagong dan lain-lain tanaman kontan atau sayur-sayuran boleh ditanam sebagai selingan dalam masa tiga tahun pertama selepas pokok sawit ditanam.
    Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan tanaman selingan ialah:
    Tanaman itu memberi keuntungan dalam masa tiga tahun.
    Tanaman itu tidak memberi persaingan yang boleh menjejaskan kesuburan pokok kelapa sawit dari segi zat-zat pemakanan, air dan cahaya matahari.
    Ada pasaran atau mudah memasarkan hasil tanaman selingan itu.
    Ternakan: Haiwan ternakan terutamanya kambing biri-biri mempunyai potensi yang baik untuk diternakkan di ladang kelapa sawit. Di samping menambahkan hasil dari jualan ternakan, ia dapat juga mengurangkan kos pengawalan rumpa

КОМЕНТАРІ • 42

  • @sawitpayarimba89
    @sawitpayarimba89 4 місяці тому

    Mantap 👍🤝 salam sukses

  • @agustangagu5673
    @agustangagu5673 2 роки тому +1

    Mantap pak bos 👍

  • @RamanAman-lu2df
    @RamanAman-lu2df 18 днів тому

    asalamualikum bro boli ank sawit kt mna bro .pakcik ingt nk boli jgk nk sulam

  • @huaizam8390
    @huaizam8390 2 роки тому +1

    Terbaik tuan..perkonsiang yg bagus..kt mn tu tuan

  • @mohdbakar2785
    @mohdbakar2785 2 місяці тому

    Beza yangambi dan aar hibrid bos....

  • @rizuanepit9327
    @rizuanepit9327 9 місяців тому

    Cara y paling bagus pakai baja akar ni semasa tanam atau selepas tanam

  • @salimainlc1355
    @salimainlc1355 2 роки тому +1

    Racun bang...semak tu. mcm mne pokok nk naik cun2..hahaha.

  • @TipsPertanian
    @TipsPertanian 2 роки тому +1

    Salam sehat dan salam sukses.. Jangan lupa hadir di kebun adi pak tani yang penuh berbagi 🔬🔬 ilmu lihat yang merah ya

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 роки тому +1

      Terima kasih pak.. salam sucses kembali..

  • @mualaey6989
    @mualaey6989 Рік тому +1

    salam tuan, klau nk tanam sawit ni tuan dy ade teknik penanaman jugk ke tuan atau dy prlu mengikut jarak?

  • @avocadovalley7172
    @avocadovalley7172 2 роки тому +1

    salam kenal

  • @astorusnegus4813
    @astorusnegus4813 6 місяців тому

    tabur tinja ayam kering 100g + kapur gml 100 + erp pengglak akar 100g + urea 50 g.

  • @farhanpaan3439
    @farhanpaan3439 2 роки тому +1

    Terbaik info...

  • @suhaimiderahman7542
    @suhaimiderahman7542 2 роки тому +4

    Berapa sepokok benih sawit boh

  • @zamarishari3777
    @zamarishari3777 2 роки тому +1

    Nusry mne tuan...kwn jenuh cri x dpt...tekam ke

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 роки тому +1

      Tekam.. tpi susah kalau kite ni pekebun kecik.. benih rejek je lah dptnye. Jenuh cari, tmpah pun x dapat juge. Nak2 ambik jelah walaupun benih kecik tak sebaya umur

  • @mohdfaizatbinmnoor8289
    @mohdfaizatbinmnoor8289 2 роки тому +2

    2016 saya ambik dekat sini bang .. 800 pokok ... tapi call 3 hari lepas, nak ambil lagi dah x ada dia ckp.. susah betul nak cari sekarang ..

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 роки тому

      Ya.. semua dh org book.. bulan 7 baru ade . Tu pun kene book.

  • @tradisionalfishing2091
    @tradisionalfishing2091 2 роки тому +1

    kalau selalu terendam banjir saat musim hujan ... sebaik nya di bikin parit pake exafator bang...

  • @azilrnu9253
    @azilrnu9253 5 місяців тому

    Berapa ekar ni bos, pisang subur ke tanam celah sawit

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  5 місяців тому

      kecil kecilan je.. subur.. leh makan hasil 2 tahun lebih .

  • @lamankasturi4852
    @lamankasturi4852 2 роки тому +1

    macam mane dengan air ye. bagi kawasan yang kurang hujan?

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 роки тому

      Sawit tak mati kalau kemarau 2,3 bulan kalau dah tanam.. dia boleh hidup dan membersar elok kalau dpt air hijan semiggu sekali.

  • @pokmang2778
    @pokmang2778 Рік тому

    kawasan kebun demo tak ada vavi ke?

  • @azmihussain1325
    @azmihussain1325 2 роки тому +1

    Kalau pokok kekuningan apa sebab broo.. saya punya banyak kuning x hijau pekat

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 роки тому

      Tery masuk 15,15,15 kmfm hijau.. sawit ni mudah je.. xde masalah macam pokok mende lain.. buh baja subur kom hijau

    • @azmihussain1325
      @azmihussain1325 2 роки тому

      Aok beli anak benih sulam d rises jerantut ke?

  • @mamatcerul9196
    @mamatcerul9196 2 роки тому +1

    Berepa harga satu pokok tu..boss?

  • @johna8147
    @johna8147 2 роки тому +1

    Pendapat saya baja 15-15-15 kurang sesuai untuk pokok yang baru ditanam...yg sesuai crp ataupun urea...maaf jika saya salah😉

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 роки тому

      Knp crp , knp urea bos.. boleh terang. 😊

    • @johna8147
      @johna8147 2 роки тому +2

      @@DkebunAndak cirp diletakkan dlm lubang sebelum tanam untuk penggalak akar boss...urea untuk batang/daun....kandungan K mungkin tidak sesuai untuk pokok umur 1 tahun kebawah...mungkin lain org lain cara😉

    • @DkebunAndak
      @DkebunAndak  2 роки тому +1

      @@johna8147 bos mungkin pandai dengn komen2 kenyit mata tu.. comel sangat.. tuan mugkin tau K tu untuk buah sahaja. tapi baru hari ni saye degar baja subur 15,15,15 / 16,16,16/17,17,17/ yg bayak gun untuk kesuburan sayur tak boleh untuk bawah umur setahun.. 😂😂. Ulmu baru.. terima kasih tuan untuk ilmu tu.

    • @johna8147
      @johna8147 2 роки тому

      @@DkebunAndak terima kasih atas padangan tuan👍...saya pun tak pandai sangat...teruskan buat video pasal pertanian tuan...mungkin banyak lagi yg saya kene blajar

    • @daengngajilapaddare3946
      @daengngajilapaddare3946 Рік тому +1

      Kalau main benam cari baja jenis Slow/controller release seperti agroblend atau ajib... yaramila 16-16-16 masuk jenis soluble tak sesuai benam ... yaramila pun tak rekomend guna baja dorang sebagai baja asa dalam lubang...
      Kaedah saya gun
      Agroblend CRF (12-14 bulan) + Rhizagold/mikroba untuk akar atau guna Rock phosphate. .
      Bagi tanah sering tegenang air sebelum tanam sebaiknya korek lubang seminggu sebelum tanam dan tanah bekas korek itu di tabur dolomite sama RP...
      Waktu tanam baru kasih agroblend 300 gram untuk keperluan dlm 9-12 bulan atau baja yg slow release 15-15-6-4 300gram juga untuk 4 bulan.... lepas itu kalau mau guna yara gunalah dgn spec 20-10-10 500 gram baru sambung 16/16/16. 2x 500 gram...
      Sekedar berkongsi...

  • @tengkuharith6026
    @tengkuharith6026 2 роки тому

    pembetulan tuan perang rusia-ukraine.

  • @zalihisalam7287
    @zalihisalam7287 9 місяців тому +1

    suara bising tak dengar