Kelas Intensif SPM 2022 @MDETTAR AMPANG bermula 4-5hb Februari 2023

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 9 лют 2023
  • Kelas Intensif 1) Fizik 4-5hb Februari 2023
    Anjuran @Masjid Darul Ehsan Taman TAR & Surau Ubudiah Ampang Jaya
    Program intensif SPM yang saya anjurkan Surau Ubudiah dengan kerjasama Masjid Darul Ehsan Taman TAR bertujuan membantu pelajar-pelajar (di Ampang Jaya) yang mengambil subjek-subjek sains tulen khususnya membuat persiapan secukupnya serta mengukuhkan lagi kefahaman bagi subjek-subjek tersebut. Sebab, sebagai kita semua maklum, pelajar-pelajar melayu kita ni lemah dalam bidang Sains secara umumnya. Ditambah pula, kos-kos kelas tambahan utk subjek-subjek sains ni, mahal sekarang. Jadi, kami menjemput guru-guru cemerlang yang pakar didalam bidang subjek masing-masing dari sekolah-sekolah berprestasi tinggi, SBP dan MRSM serta mempunyai pengalaman menanda kerta-kertas SPM telah untuk:
    - Mendedahkan topik-topik penting yang harus dikuasi
    - Teknik-teknik terkini menjawab kertas soalan
    - Teknik-tenik menjawab soalan-soalan KBAT
    - Tips-tips penting pemarkahan didalam SPM
    - Teknik pengurusan masa ketika menjawab soalan
    Penguasaan dalam subjek-subjek sains adalah penting bagi memastikan golongan pelapis muda negara terutamanya anak-anak Islam Ampang mempunyai kepakaran yang sewajarnya di dalam bidang sains dan teknologi.
    Alhamdulilah, pihak Masjid Darul Ehsan Taman TAR juga mempunyai aspirasi yg sama dan mendukung program ini dgn menaja sebahagian dari keseluruhan kos untuk 5 SUBJEK sepanjang 9 HARI x 9jam seperti jadual berikut
    Fizik = 4-5hb Feb 2023,
    Matematik Tambahan = 11hb Feb 2023,
    Biologi = 17-18hb Feb 2023,
    Matematik = 25-26hb Feb 2023 &
    Kimia = 3-4hb Mac 2023
    Kami berharap sumbangan dari mana-mana pihak lain atau individu yg sudi menginfaq fisabilillah kepada golongan penuntut ilmu = (Kos program yg masih memerlukan tajaan berbaki RM5,200 - status 1/03/2023)
    Jadi, kami sangat sangat sangat berharap sumbangan dari hamba Allah bermurah hati untuk membantu.
    Kami dari urusetia sukarelawan ucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua penyumbang/penaja dan Kita doakan agar usaha dan wang ringgit yg disumbangkan akan menjadi pahala yg berpanjangan kerana membantu penganjur menyampaikan ilmu yang bermanfaat. Aamiin
    Jazakallah Khairan
    Sumbangan boleh dibuat melalui akuan bank Surau Ubudiah Ampang Jaya
    Affin Islamic
    1055 7000 0370
    SURAU UBUDIAH AMPANG JAYA
    Sebarang pertanyaan, sila hubungi (secara whatsapp sahaja) :
    019 278 7997 (Pn Riri Yanti) - www.wasap.my/60192787997
    019 313 4664 (Tn Hj Ashadi Nordin) - www.wasap.my/60193134664

КОМЕНТАРІ •